Posted by: Fathi Yusof | Jun 26, 2007

Kisah-kisah Mertua Tinggal Serumah

Oleh Hidayah Mohammad

KITA sering mendengar mengenai menantu perempuan dan ibu mentua yang tidak ‘sebulu’. Ada saja perkara yang dilakukan menantu akan menimbulkan kemarahan ibu mentua dan ada juga perkara yang dilakukan ibu mentua tidak disenangi menantunya.

 Gambar Hiasan

Kajian menunjukkan percanggahan itu berlaku kerana dua generasi itu saling cuba menunjukkan kelebihan masing-masing bagi menarik perhatian lelaki yang menjadi kesayangan mereka.

Ada yang mengatakan kebanyakan ibu mentua tidak mahu berkongsi kasih anak lelaki mereka dengan menantu sehingga menimbulkan kekecohan atau perselisihan faham dalam keluarga kerana ingin mendapat perhatian lebih berbanding menantu.

Dalam hubungan ini, sudah tentu anak lelaki berkenaan pening kepala memikirkan yang mana satu perlu diberi keutamaan. Dua-dua pun sayang.

Namun, jarang sekali kita dengar ibu mentua yang rapat dengan anak menantu perempuannya seperti kawan baik, apa tah pula boleh duduk serumah. Dengan mempertahankan prinsip tolak ansur dan berfikiran terbuka, suri rumah sepenuh masa, Norbaya Katik, 53, mampu mengekalkan kesejahteraan keluarga, tanpa menyinggung perasaan menantunya.

Ketika menemubual Norbaya dan menantu, Rohaizah Md Bakari, 28, di kediaman mereka di Kampung Sungai Raya, Kajang, baru-baru ini, jelas kelihatan hubungan mereka yang begitu akrab.

Bagi mereka, tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain paling penting. Namun, yang pasti kedua-dua wanita ini mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.

Bagi Norbaya yang mempunyai tiga anak lelaki berusia antara 27 hingga 32 tahun itu, sikap lemah lembut yang ada pada menantu, berbudi bahasa, sentiasa tersenyum, pandai melayan tetamu yang berkunjung ke rumah dan bijak menguruskan hal rumah tangga adalah tunggak utama mencapai kesejahteraan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

“Walaupun cantik, tetapi tidak memiliki sifat murni sebagai menantu yang baik pun tidak guna juga. Begitupun, sebagai ibu yang sudah mempunyai tiga menantu perempuan, saya tidak pernah membeza-bezakan mereka. Ketiga-tiga mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan mereka tersendiri,” katanya.

Norbaya berkata, Tuhan menciptakan manusia tidak ada lebih dan tidak ada kurang. Dia Maha Adil. Yang penting adalah keikhlasan daripada hati masing-masing serta pandai memainkan peranan sebagai isteri dan menantu yang baik.

“Ibu mana yang mahu melihat anak lelakinya berkawan dengan perempuan yang tidak bersopan. Bagi saya, ciri wanita Muslimah dengan menutup aurat adalah yang baik,” katanya.

Menantunya, Rohaizah yang berkahwin dengan anak keduanya, Norhasnizam Mohd Hashim, 29, tinggal bersamanya dan suami, Mohd Hashim Sidek, 60, sejak mereka berkahwin tiga tahun lalu. Hubungan semakin erat berikutan mereka mengekalkan prinsip bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.

Norbaya berkata, sejak pasangan itu tinggal bersama keluarganya, tiada perselisihan faham atau apa-apa yang boleh mengecilkan hati masing-masing.

“Saya gembira. Selalunya jika ada perkara yang perlu dibuat pilihan, kami akan berbincang untuk membuat satu keputusan. Tidak semestinya, mak mentua kena buat pilihan untuk semua perkara. Kadang-kadang menantu juga mampu membuat keputusan yang betul. Maka, kita ikut yang betullah.

“Tidak semestinya yang muda kena dengar cakap yang tua dan yang tua pula kena dengar cakap orang muda. Kita kena buat pilihan yang bijak menerusi perbincangan. Mana yang baik, kita ambil,” katanya.

Beliau yang kini mempunyai tiga cucu hasil perkongsian hidup tiga anaknya yang sudah berumah tangga berkata, ibu mentua perlu memahami menantu mereka sekiranya mendapat menantu perempuan yang bekerjaya.

“Pada hari bekerja, saya akan memasak, tetapi pada hujung minggu pula menantu akan memasak dan saya hanya duduk berehat sambil melayan kerenah cucu.

“Kalau mereka mahu berjalan-jalan atau bersiar-siar atau makan di luar, menantu akan ajak pergi bersama. Inilah dinamakan kebahagiaan menantu dan ibu mentua,” katanya.

Sementara itu, Rohaizah yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang berkata, sejak tiga tahun tinggal bersama ibu mentuanya tidak pernah berlaku salah faham antara mereka. Malah, beliau berbangga mendapat ibu mentua yang berfikiran terbuka.

“Sebagai menantu perempuan, kita perlu menjaga hati ibu mentua supaya mereka tidak akan berkecil hati. Percakapan juga perlu difikir terlebih dulu dan dikawal supaya tidak memalukan suami.

“Walaupun bekerja dan kadang-kadang letih, saya perlu bertimbang rasa bahawa ibu mentua juga bekerja di rumah dan dia penat memasak, mengemas rumah dan sebagainya,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Jalan Klang Lama.

Rohaizah berkata, peranan sebagai menantu juga besar untuk mengecapi kehidupan yang bahagia. Beliau banyak membaca bagi mencari panduan mengekalkan rumah tangga bahagia.

“Ibu mentua saya seorang penyayang dan dia tidak pernah membeza-bezakan menantu yang ada. Dua lagi menantu perempuannya juga baik dan kami saling bekerjasama di rumah ibu mentua.

“Sesekali keluar kami akan keluar bersama dan apa-apa pilihan saya merujuk kepada ibu untuk buat pilihan,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata, Mohd Akib Dennis berusia dua tahun.

Beliau berkata, walaupun sudah memiliki rumah sendiri, rumah ibu mentua menjadi rumah utama dan hanya pada hujung minggu saja akan pulang ke rumah sendiri di Kajang.

Lawati: http://www.abimuslih.com/

About these ads

Responses

  1. heee x boleh lah mentua duduk serumah.. xde privacy nk bermanja n menikmati dunia rumah tangga sebenar dgn suami dan anak2…sakit hati jgk kadang2 dgn mentua yg duk serumah…


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: