Posted by: Fathi Yusof | Julai 18, 2007

Apa hak wanita selepas cerai

Oleh : Ghafani bin Awang Teh

ist2_348336_icon_broken_heart.jpg

Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”.

( Surah at-Talak : 6 )

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan itu ialah :

i. Tuntuan Mutaah
Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah:
“ Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah : 241)

Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
“Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan”.
(Surah Al-Baqarah : 236)

Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya”.
(Surah Al-Ahzab : 49)

Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.
Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.

Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.

Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:
1. Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.
2. Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.
3. Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.

ii. Tuntutan Nafkah Eddah
Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat:
a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda,
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.
b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt:
“Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan anaknya”.
( Surah At-Talaq: 6)
Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal hingga anak itu lahir.
Seseorang isteri yang mengandung sememangnya menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi penderitaan di mana kemungkinan besar memberi kesan kepada kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan perasaaan dan menjaga kepentingan anak dalam kandungannya maka Islam memutuskan bahawa perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat nafkah eddah.
c. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Ini adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi Muhammada saw mengulas mengenai talak tiga ia menyatakan:
“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah”.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam kes ini berhak mendapat nafkah kerana Allah swt berfirman:
“Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekayaaan kamu”.
(Surah At-Talak : 6)
Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama ada perempuan itu dalam eddah talak rajie atau talak bain semuanya mendapat nafkah.
d. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada kebiasaaannya seseorang yang diceraikan kerana kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab suami itu dianggap terhapus.
e. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 menyatakan:
“Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”.
Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan:
“Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Dalilnya ialah:
“Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Menurut kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 4 karangan Abdul Rahman Al-Jazini menerangkan :
“Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung”.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan:
“Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa edddah maka ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu terluput”, berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 85 ;
“Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu dan isteri (yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya”.
Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat di atas.

(bersambung lagi dalam siri 2: hak Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), Tuntuan Nafkah Anak, Tuntutan Harta Sepencarian, Tunggakan Hutang)

About these ads

Responses

  1. ada hak hak wanita yang lebih pendek tak??

  2. ada hak hak wanita yang lebih pendek tak??

  3. [...] artikel sebelum ini, kita telah bincangkan tentang hak-hak bagi wanita yang bercerai meliputi soal mutaah, nafkah eddah, hak Hadhanah dan tuntutan nafkah anak. Kali ini saya tampilkan artikel tentang hak berkaitan harta [...]

  4. tp ada suami yang rela masuk penjara daripada memberi mutaat kepada bekas isterinya.hal itu demi pengorbanan dan kasih sayang kepada isteri barunya..semua harta jadi hak isteri kedua..

  5. Bekas suami saya telah berjanji secara lisan utk memberi rumah sebagai bayaran balik pinjaman kepada kakak saya. Namun perkara tersebut telah disangkal apabila bekas suami telah berkahwin dan mempunyai anak. Saya baru tahu fikirannya telah berubah apabila mendapati duit saraan anak telah dikurangkan daripada yang telah dijanjikan dalam mahkamah. Ia juga telah menuntut duit sewaan rumah tersebut.

    Adakah sesiapa diantara anda semua boleh membantu?

  6. untuk pengetahuan tuan, sebelum si isteri bernikah dengan si suami, si isteri telah mempunyai rumah sendiri.ketika hidup bersama, suami telah menjual rumah tersebut dengan syarat si suami akan mengganti rumah tersebut.kini mereka telah bercerai.

    bolehkah si isteri menuntut semula rumah atau gantian dari bekas suami?

  7. Comelmontel, rumah itu adalah hak isteri. Bekas suami mesti menggantikan nilai rumah berkenaan. Tambahan pula terdapat syarat untuk menggantikan. Cuma kesulitan mungkin timbul dari segi pembuktian. Harap buat rujukan kepada peguam syarie untuk tuntutan.

  8. salam abi muslih…

    semasa dalam edah (talak rajie) bolehkah si isteri tinggal serumah dengan si suami.

    • saya nak bertanya apakah hukum nya seorg suami mengaku rumah tangga yg di bina telah retak semata2 untuk memikat gadis lain?berdosakah si isteri apabila si suami berzina sedangkan si isteri mngizinkan suami berkahwin?apakah cara terbaik bagi isteri serta anak yang terinaya dengan perbuatan suami yg telah menduakan si isteri?

  9. salam abi muslih

    apakah batas-batas seorang perempuan yang berada dalam iddah(talak Rajie).

  10. salam abi muslih

    apakah hukum isteri yang diceraikan dengan (talak rajie) membenarkan bekas suami menyentuhnya sehingga membawa ke tempat tidur tetapi tidak sempat bersetubuh dengannya.

  11. bagaimana saya ingin tuntut mutaah.sya telah diceraikan oleh suami saya talak rajie.usia perkahwinan baru berusia 1 tahun.adakah berhak saya tuntut mutaah.sya ada anak berusia 8bulan

  12. saya dah bercerai.dan dalam tempoh eddah.saya masih lagi mengadakan hubungn bersama bekas suami.tapi xmerancang untuk rujuk.apa hukumnya?

  13. Bekas suami saya mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM50,000. 00 sebulan. Kami mempunyai 2 orang anak (Lelaki – 14 tahun dan perempuan 12 tahun). Saya mendapat hak penjagaan mereka. Saya sekarang mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM3,000.00 sebulan.
    Sekarang bekas suami telah berkahwin. Dia tidak mempunyai anak tetapi isterinya anak seorang anak perempuan yang berumur 7 tahun.

    Soalan pertama :

    1) Berapakah sepatutnya dia memberi nafkah untuk anak2 saya sebulan dan apa hukum jika dia memberi nafkah yang kurang
    2) Patut kah saya mengunakan pendapatan saya untuk membiayai anak2.
    3) apakah hukum nya jika dia mendahulu kan anak tirinya lebih daripada anak2 nya sendiri?

  14. apa bleh mengajukan hal itu ayo

  15. apakah pengenalan yang lengkap untuk hak hak eddah serta kewajipannya

  16. apakah muqaddimaah yang ringkas mengenai hak hak eddah serta kewajipannya

  17. apakah muqaddimah untuk hak hak eddah serta kewajipannya

  18. assalamu’alaikum,
    suami saya dah bercerai dgn bekas isterinya dan mempunyai seorang anaksebelum mengahwini saya.selepas kami bernikah suami saya tetep memberi nafkah bulanan utk anak nye tetapi sekarang ni dia telah ditahan dan masok penjara atas sebab tertentu. jadi bagaimana dgn nafkah bulanan anaknya. adakah saya dituntut untuk memberinya (sebagai pihak suami) ataupun tidak.

    • Wsalam,
      JIka puan menguruskan harta suami, berilah nafkah dari harta suami itu. Puan tiada tanggungjawab utk membayar dari wang sendiri. Jika berkemampuan dan sesuai, hulurkan sebagai sedekah. Wallahu a’lam.

  19. Assalamualaikum Abi,

    Isteri saya ememhon cerai dari saya atas alasan tidak bersefahaman dalam hidup. Dia mengugut akan larikan diri tanpa dikesan jika tidak diceraikan. Berbagai langkah telah saya usahakan selama hampir 9 bulan. Beliau tidak membenarkan saya bersama dan enggan melayan saya.
    Pada 3 Jan 2011 dia failan saman diMahkamah Rendah Syariah dan pada 6 Jan 2011 beliau diceraikan.
    Sebelum bercerai beliau telah nyatakan yang beliau taidak mahu apa2 dan satu sen pun dari saya asalkan saya menceraikannya.
    Dalam kes ini apakah hak beliau yang beliau boleh tuntut.

    • Wsalam,

      Sdr Ramlan. Takziah atas dugaan. Tentu apa yang ditetapkan oleh Allah ada hikmah tersendiri. Jika tuan menceraikan dia, dia ada hak untuk tuntut hak2 seperti yang dihuraikan di atas. Kecuali dia disabitkan derhaka (nusyuz). Pensabitan derhaka adalah dengan laporan dan pembuktian oleh suami. Enggan melayan, dalam keadaan tertentu boleh dikira nusyuz, namun ia sukar dibuktikan melainkan dengan iqrar (pengakuan).

      • Assalamualaikum Abi,
        Sekiranya terbukti dan diakui oleh si isteri yang beliau nusyuz dan berkata tidak mahu satu sen pun dari saya, apakah hak beliau mengikut syara’?
        Diharap Abi dapat memberi jawapan berdasarkan soalan yang diatas.
        Wasalam.

      • Assalamualaikum Abi,
        Terima kasih atas nasihat dan panduan. Masaalah yanag saya hadapi telah selesai. Saya faham hak-hak bekas isteri saya. Alhamdulillah saya telah langsaikan permintaan beliau berdasarkan syariah secara luar mahkamah. Agama Islam amat adil. Memang benar, walaupun isteri sudah diceraikan mereka tetap mempunyai hak mereka. Suami mungkin terlepas di dunia tapi tidak akan terlepas diakhirat.
        Walaupun mereka telah diceraikan atas sebab apa sekali pun, sisuami patut menghargai jasa si isteri yang telah melahirkan zuriatnya. Mereka tetap mempunyai hak sewaktu mereka hidup bersama.

  20. askum…
    bleh saya tanya pendapat ramai mengenai massalah yang saya hadapi skrg….
    suami saya keje kapal slalu belayar 3bln skali baru blik…. tetapi dlm diam2 dia mjalin hubungan dgn pompuan sabah….. masalah saya dia mahu kahwin dan menceraikan saya, akan tetapi saya mempunyai loan yang bernilai 40k bolehkah saya menuntutnya & hutang peralatan umah yang saya tanggung skrg…..

    • Wa’alaikum salam…. (di harap saudari tidak meringkasakan ucapan assalamualaikum kepada askum…tidak molek)

      pada pendapat saya, saudari berhak ,menuntut harta sepencarian. sekiranya saudari bekerja tuntutan boleh 1/2 harga rumah jika tidak bekerja 1/3 dari harga rumah dan KWSP bekas suami menurut kemampuan. saudari juga berhak memohon nafkah edah selama 3 bulan (lebih kurang) dan juga berhak menuntut muta’ah….
      saya cadangkan sekiranya dia masih ingin menceraikan saudari, saudari perlu memberitahu suami yang saudari akan menuntut kesemua di atas. ramai kalangan wanita menganggap segala tuntutan akan diabaikan oleh bekas suami tanpa apa2 tindakan mahkamah…tetapi saudari dan suami harus ingat, kerajaan akan memperbaiki siste ayng sedia ada bagi membolehkan hak saudari yang telah ditetapkan mahkamah dilaksanakan…wallahualam.

  21. assalammualaikum….bleh saya bertanya apakah hak seorang perempuan yang nusyus dalam hak penjagaan anak2?

  22. assalammualaikum….boleh ka llki dkatakan nusyuz,,,,? 1 suami tidak dpt mmbri nafkah istri dan ank2. 2 suami memukul istri. 3 suami mgaibkan istri adakah itu nusyus bagi lelaki? boleh terangkan tentang nusyuz n hak2 istri? sebap kawan sya sering dugut dgan perkataan nuzyus,,,hilang hak penjagaan anak. sedangkan pada masa yang sma si suami tidak mampu untuk mnjga anak dlm keadaan baik. cthnya suami sbln ni tidak pernah tahu penjagaan ank2, suami tidak pernah bangun mlm tukarkan lampin anak, suami tidak pernah sekali mnjaga anak2…tapi dlam masa yg sama suami jadikan anak2 mangsa dlm proses penceraian , mahu rebut hak penjagaan anak? adakah hak penjagaan akan jatuh pada si suami??????

  23. assalamualaikum…sya nak bertanya..bagaimane saya hndak mangatasi maslah yg saya hadapi sekarang kerana Semasa saya bercerai dlm tahun 2000..pada waktu itu saya tidak tahu mengenai hak wanita…rumah yang saya beli diatas nama suami dan saya adlah penjamin bank sahaja.Semasa proses penceraian,saya dan bekas suami telah berbincang dalam bilk suluh dan saya telah menyerahkan rumah kpada bekas suami.Pada waktu itu,saya percayakan bekas suami,tanpa ragu2.Masalah telah timbul setelah kami bercerai selama 3 tahun dan apa yg saya dapati bekas suami tidak membayar rumah tersebut sampai rumah itu di lelong.saya telah berjumpa pegawai AKPK untuk mengatasi masalh ini.AKPK telah berbincang dgn pegawai bank dan telah memberitahu kepada saya,hasil perbincangannya…saya di kehendaki membayar RM400 sebulan selama 10 tahun.Saya terkejut dgn jawapan ini..saya x mampu membayar sebanyak itu.Dan sekarang saya tidak boleh membuat pinjaman ape2 dari bank dan saya bingung bagaimana saya hendak memiliki rumah sendiri dan saya juga risau dgan masa depan anak saya yang sekarang berumur 14 tahun dan anak yg berumur 4 dan 3 tahun..Bagaimana nanti anak saya hendak melanjutkan pelaj
    aran.

    • Puan, masalh puan ini berpunca dari sistem undang2 kita yang meletakkan liabiliti keatas penjamin, bila penghutang tidak mampu membayar hutangnya. Cuma perlu kepastian, bayaran 400 sebulan itu untuk baki hutang selepas lelongan atau untuk menanggung bayaran ansuran rumah itu? Apa yg berlaku selepas lelongan? Sekarang rumah itu milik siapa? Sepatutnya keputusan suluh itu dapat melepaskan liabiliti puan dari apa yang berlaku. Lebih baik puan merujuk kembali kepada pihak berkuasa agama, serta cuba mendapatkan arahan mahkamah syariah yang dapat membatalkan kedudukan puan sebagai penjamin.

      Abi Muslih

  24. saye ingin meminta pendapat sekira nya bekas suami tidak bekerja, siapakah berhak memberi nafkah kepada anak2 jika saye juga tidak bekerja.

  25. berapa yang layak sy tuntut nafkah slps cerai akibat suami main pelacur?sy mempunyai ank umur 8bln.gaji bersih suami di payslip adlh rm619.

  26. Assalamualaikum, sye nak bertanya kalau seorang isteri sudah hidup 25tahun dgn suaminya tp tidak dikurniakan cahaya mata n si isteri tidak berkerja apekah hak yg si isteri akan dpt jika si suami menceraikan dengan talak 1,2 atau 3?

  27. as’salam,sy ingin bertanya..suami sy ada bw seorg wanita indon-jawa (janda anak dua).pada mulanya diambil sebgai pembantu rumah.tp selepas seminggu suami beritahu sy yg dia akan mengambil wanita tersebut untuk dijadikan isteri..dan suami dan wanita tersebut ada beritahu sy yg mrk ada beritahu sy yg mrk pernah tidur di hotel sblm itu..sy mendiamkn diri dan menangis…sy benarkn wanita itu tinggal dirumah itu kerana sy tidak mahu kehilangan suami sy..perkara ini berlaku pd bulan ramadhan dan syawal..syawal sy thn ini sepatutnya pulang ke kmpg halaman sy..tp sy kene ikut suami dan wanita itu berhari raya dirumah kakak wanita tersebut..setiap hari sy bermandikan air mata dan kerap sy tdur sendirian…suami juga sering berjanji intuk tidur bersama wanita tersebut..tp dgn sy suami x mahu tidur bersama…katanya wanita tersebut pun berhak tidur dgn dia sekali dgn panggilan ibu….slps hbs nya bulan syawal,sy bw diri keluar rumah kali pertama tanpa izin suami krn suami telah melakukan maksiat dirumah tersebut dgn wanita itu…kata suami mrk telah pn bernikah mengikut adat jawa(jurunikah ustaz..saksi sy tidak diberitahu siapa,sy mmg tidak tahu jam berapa nikah,di masjid/surau mana,)kemudian sy bawa mak dan ayah sy untuk berbincang masalah kami…sy mengambil sedikit saja pakaian sy…sy buat keputusan untk berpisah dan bercerai…sy tinggal dgn teman satu tempat kerja…tidak jauh dr rumah suami…suami pernah hntr sms beritahu suruh pulang..tetapi sy tidak mahu…sy tidak akan mengganggu kebahagiaan rumahtangga suami dan wanita tersebut…sy doakan agar suami dan wanita tersebut bahagia hingga akhir hayat mrk….allah swt telah tetapkan jodoh,pertemuan,ajal maut adalah kuasaNya….sudah tertulis/termaktub dlm buku hidup sy sebagai hambanya…kini sy kelihatan tenang,sabar dan sy semakin dekatkan diri dgn Tuhan….
    soalan sy:
    1. apakah benar cara yg sy lakukan tinggal berasingan dgn suami meskipun kami belum lg berpisah/bercerai?
    2. setelah bercerai,apakah sy akan dpt tuntutan muta’ahfasakh dr suami?
    3. sekiranya sy tidak mahu satu sen pun duit dr suami,apakah syarat-syarat yg perlu sy ikut?
    4. adakah sy dikira nusyuz?
    5. apakah sy dikira berdosa melakukan perkara sedemikian?

    sekian,

    wasallam..

  28. as’salam…sy juga pernah lalai dr menjalankan tanggungjwab sebagai seorg isteri…tetapi selama kami berkahwin 3thn ini,suami jarang bantu sy dirumah…sy bekerja dr isnin hingga jumaat 8jam sehari…kadang kala keletihan juga…pernah juga sy menolak permintaan suami krn sy terlalu penat….hinggakan kepala sy pening2…kerja sy byk menghadap komputer…sy sedar akan kelalaian sy sebagai isteri…akan tetapi sebagai suami,dia perlu membimbing dan bantu isteri dalam segala soal seperti ibadah solat serta kerja2 rumah yg lain…yg utama,sy lebih suka solat berjemaah..tetapi suami sering saja menyuruh sy solat sendirian…hati sy mula tawar…bulan puasa pula suami turut mengikut sy tidak puasa.sedangkan sy uzur ketika itu…
    soalan:
    1.apakah yg perlu sy lakukan?
    2.adakah sy dikira nusyuz?
    3.sy telah pun memfailkan kes sy ini ke mahkamah. masih dalam proses..
    tetapi dalam masa terdekat ini apa yg perlu sy lakukan?
    bantu lah sy untuk mencari jalan penyelesaian…..

  29. Ramai di antara kita ni hanya study bab nak kawin je.. bab cerai tak ambil kisah sebelum terjadinya penceraian. Bila dah cerai masing2 nak tuntut hak.

    Jadi kepada lelaki yang nak bernikah dan berpoligami agar tidak habis banyak wang dan harta sebab dituntut oleh isteri, pelajari teknik berpoligami di laman binimuda.com

  30. askm,mslh sye ialah suami sering mnuduh sye dngn jntan lain.hinggakan tuduhan itu meracuni anak2 sye,spnjang perkhawinan kami, dia tidak langsung ada perasaan utk bahagiakan kami,sdangkan dia mampu.nafkah kami dberi skadar ada,bila soalan diajukan padanya,jwbnye sye xbesyukor..tp dia mampu bejoli…alasannya duit dia…lme dah sye sudah x than dgn sikapnya,bla sye mohon cerai,dia tuduh sye tuduh dngn jntan lain..disini sye ingn tahu ape hak sye jika yg memohon pnceraian…

  31. It’s not often I stumble on individuals with a writing style like yours.

  32. Howdy! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
    I’m kinda paranoid about losing everything I’ve
    worked hard on. Any suggestions?

  33. Jika yg menuntut cerai/menceraikan it istri karna suami tdk menafkahi keluarganya lalu apa hak yg wajib dipenuhi suami kpd istri dan anaknya selepas bercerai

  34. Assalamualaikum..maaf pd semua bukan niat saya na mengaibkn suami tapi saya ingin meminta pandangan semua org ttg masaalah saya ini…saya berkahwin lbih kurang 2thn yg lalu dgn jarak jauh saya dsabah dan suami dperak..kami slalu btengkar utk pkara yg membataskan kami utk mbuat satu kputusan dan akhirnya hbgn kami jadi tegang dan sampai berbulan2 kdg2 tu baru saya dpt dengar suaranya dlm hp atau sms,keadaan ini terlalu mnyiksakan saya..dulu suami saya seorang yg tenang dan slalu memberi saya kekuatan ats apa jua masaalah tapi kini dia dah mulai naik jemu dan sampai satu ketika dia mencabar saya utk melepaskan saya sekiranya saya mengingkari kemahuannya..kdg2 pkara yg mjadi pergaduhan itu seperti saya selalu mnyatakn saya sunyi, bingung, rindu dan perlukn suami dkala sakit ataupn ambl dan hantar pg kerja pd setiap hari,bila pkataan ini saya ulang2 dia mberontak dan mngancam saya untuk mbebaskn saya..soalan saya, adakah talak itu telah jatuh sekiranya saya bakal mengulangi soalan tersebut atau mberontak untuk dia usahakan keinginan saya spt yg demikian??

  35. I’m impressed, I have to admit. Seldom do I encounter a blog that’s both educative and engaging,
    and let me tell you, you’ve hit the nail on the head.
    The problem is an issue that too few men and women are speaking intelligently about.
    I am very happy that I came across this during my hunt for
    something regarding this.


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: