Posted by: Mama Farhah | Julai 26, 2007

Hak Jagaan Anak (Hadhanah) Selepas Cerai

Apa Hak Wanita Selepas Cerai (Siri 2)

ist2_348336_icon_broken_heart1.jpg

Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.

Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?

Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.

Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya berdasarkan hujah kitabKifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 93:

“Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyyiz)”.

Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu mempunyai salah satu syarat sepertimana berikut:

“Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu”.

Ini bermakna anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya. Persoalan yang timbul ialah apakah had umur untuk menentukan mumaiyyiz itu? Sebenarnya Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyyiz ini. Walau bagaimanapun menurut kebiasaan, bagi lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dianggap mumaiyyiz manakala perempuan pula apabila berumur 9 tahun. Apabila pemeliharaan anak itu dimulai dari ibu maka para Fuqaha mengambil kesimpulan bahawa kerabat dari ibu lebih berhak mengasuh daripada kerabat bapa. Jika ibu hilang kelayakan hak jagaan anak maka anak itu diserah kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas (butir-buti penuh lihat lampiran ‘A’).

Dalam kes Rugayah lwn Bujang (1987 Jld. VI, I J.H.) Yang Arif Kadi Besar Wilayah Persekutuan Syeikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman telah memutuskan hak jagaan anak yang mumaiyyiz adalah diberi pilihan kepada anak-anak itu siapakah yang ia mahu sama ada tinggal dengan ibu atau bapa dengan berdasarkan sebuah hadith:
“Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang sudah mumaiyyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal”.

(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Hendaklah kamu berdua membuang undi tentang anak kamu, maka berkata suami perempuan itu, “Siapakah yang boleh menentang saya berkenaan anak saya (bererti suami itu tidak bersetuju cara membuang undi)”. Lalu Rasulullah saw menyuruh anak itu memilih antara ibu atau bapa dengan sabdanya: “Ini bapa engkau dan ini ibu engkau, pilihlah siapa antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal bersama”. Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu. Lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersama”.

(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Tirmizi)

Dalam hadith yang lain:
“Seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, suamiku hendak membawa anakku, pada hal anakku sudah pandai mencari air untukku ke perigi Abu Inabah”. Rasulullah menjawab: “Ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tangan ibumu. Kemudian perempuan itu pergi bersama anaknya”.

Ini bermakna anak-anak yang mumaiyyiz diberi pilihan sendiri untuk menentukan siapa penjaganya sama ada ibu atau bapa. Persoalan yang timbul ialah jika anak itu berdiam diri? Menurut kitab Fathul-Muin dalam fasal hadhanah menyatakan anak itu lebih utama diserahkan kepada ibunya.

Berkata Ibnul-Qaiyim: “Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin. Maka anak itu diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acap kali tersalah pilih. Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata: “Aku dengar gutuku berkata: “Telah berselisih faham dua orang ibu bapa di hadapan hakim tentang siapa yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim menyuruh anak itu supaya memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih bapanya. Berkata ibunya kepada hakim:”Cubalah tuan hakim tanya kepada anak itu apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya kepada anak itu. Anak itu menjawab: “Ibuku menghantarku ke tempat mengaji Al-Quran tiap-tiap hari dan guru-guru acap kali memukulku. Manakala bapaku membiarkanku bermain-main bersama kawan-kawan, sebab itu aku suka tinggal dengan bapaku”. Mendengar demikian, hakim memutuskan untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan: “Engkau lebih berhak memelihara anak itu”.
Demikian pandangan Ibnu Qaiyim.

Menurut Syed Sabiq dalam kitabnya ýFiqh As-Sunnah Juz 8 halaman 219 menyatakan: “Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting dari hak penjaganya”.

Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur 9 tahun dianggap mumaiyyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.

Anak Antara Bapa Dan Ibu

Ulama Syafi’iyah berkata: Apabila anak tersebut lelaki dan ia memilih ibunya, anak itu boleh tinggal di tempat ibunya pada malam hari, pada siangnya bapa boleh mengambilnya untuk disekolahkan atau bekerja. Kerana tujuan mengasuh anak adalah untuk kebaikan.

Apabila si anak memilih bapanya maka anak tinggal bersama bapanya siang malam tetapi tidak boleh dicegah apabila si anak ingin menjenguk ibunya. Mencegahnya akan menyebabkan si anak derhaka kepada ibunya dan memutuskan hubungan dengan ibunya. Apabila si anak sakit maka ibu lebih berhak untuk merawatnya kerana sakitnya itu menyebabkan si anak seperti anak kecil yang memerlukan layanan, kerana itu si ibu lebih berhak mengasuhnya.

Apabila anak itu perempuan dan ia memilih salah satu antara dua orang tuanya maka ia boleh tinggal di tempat orang tua lain, asalkan tidak terlalu lama. Kerana perceraian antara suami isteri menyebabkan kedua-dua bekas suami isteri itu tidak sesuai untuk berada di satu tempat. Apabila anak perempuan itu sakit maka ibunya lebih berhak merawat di rumahnya. Apabila salah satu orang tuanya sakit sedangkan si anak tidak serumah dengannya maka si anak tidak boleh dicegah untuk menjenguknya atau untuk hadir di tempat orang tuanya yang meninggal dunia.

Bercerai Bersama Anak

Ibnu Qaiyim berkata: “Apabila salah seorang antara orang tuanya berpergian kerana adanya suatu keperluan, tetapi akan kembali dan lainnya tidak berpergian maka orang yang tidak berpergian lebih berhak mengasuhnya kerana berpergian dengan membawa anak kecil terutama yang masih menyusu akan menyusahkan si anak. Apabila salah seorangnya berpindah untuk menetap di tempat lain sedang tempat yang dituju atau perjalanannya mengkhuatirkan maka orang tua yang mukim lebih berhak mengasuhnya.

Apabila perjalanannya aman, ada dua pendapat:

1. Bahawa asuhan anak itu diserahkan kepada bapa agar bapa dapat tetap mendidik anaknya. Pendapat ini adalah juga pendapat Malik dan Syafi’i. Pendapat ini juga dipraktikkan oleh Qadhi Syuraih.
2. Bahawa ibunya lebih berhak mengasuh anaknya. Pendapat lain mengatakan bahawa apabila yang pergi itu bapanya maka ibu lebih berhak mengasuhnya. Kalau ibunya pergi ke daerah asalnya maka ibu itulah yang lebih berhak mengasuhnya. Apabila si ibu pergi ke tempat lain maka bapanyalah yang lebih berhak mengasuhnya. Demikianlah pendapat Abu Hanifah.

Pada prinsipnya kita meninjau dan meneliti mana yang paling baik untuk si anak dan lebih bermanfaat, apakah dapat memelihara dan dapat menjaga si anak. Anak itu pergi bersama salah seorang antara kedua-dua orang tuanya ataupun tidak ikut, sama sahaja, asalkan tidak menyebabkan putusnya hubungan anak dengan orang tuanya. Apabila ada maksudnya menyusahkan si anak maka si anak tidak boleh diajak pergi.

Anak Diluar Nikah

Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri yang pada asalnya mereka bersekedudukan dan melahirkan anak. Selepas itu mereka kahwin. Apabila berlaku perceraian, anak itu menjadi bahan rebutan. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang berhak menjaga anak yang tak sah taraf itu? Menurut Seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan:

“Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu”.

Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan.

(bersambung lagi dalam siri 3: hak Tuntuan Nafkah Anak, Tuntutan Harta Sepencarian, Tunggakan Hutang)

About these ads

Responses

  1. [...] kita telah bincangkan tentang hak-hak bagi wanita yang bercerai meliputi soal mutaah, nafkah eddah, hak Hadhanah dan tuntutan nafkah anak. Kali ini kami tampilkan artikel tentang hak berkaitan harta [...]

    • assalamualaikum….
      sya sudah bercerai hampir 2 tahun ,di sini saya ingin mengemukakan pertanyaan tentang hak penjagaan anak saya dengan bekas isteri saya yang sudah berkahwin dgn lelaki lain,bolehkah sekiranya saya menuntut hak penjagaan sepenuh utk anak perempuan saya ini?terima kasih.

      • Salam,

        Hadhanah yang diserahkan kepada ibu boleh gugur sekiranya ibu berkahwin lain tetapi jatuh kepada nenek sebelah ibu. Kemudian barulah jatuh kepada bapa. Rujuk seksyen 83, 84 & 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (WP) 1984.

        Peguam Syarie.

  2. Assalamualaikum,

    I have a query here and wish to check on this matter:

    I am a Malaysian and my ex-wife is non Malaysian, not even a PR, we have 2 kids (both Malaysian). The eldest boy is 3.5 years and the 2nd daugter is 2 years old.

    We are now fighting for the custody of the children? Would really appreciate if you could kindly advise me on this matter.

    Thank you

  3. Waalaikum salam,

    Bro. Haris, it is better to get opinion from professional legal practitioner on this crucial issue. As far as I was concerned, the first issue is about domicile. Where do your children reside? If within Malaysia, they are under Malaysian law. To be more specific, under Syariah court’s jurisdiction. Second issue is on the right of custody. Since your children are under the age of mumayyiz (refer to the article) the priority is given to the mother. But, the court have discretionary power to rule otherwise based on special circumstances such as nusyuz etc. But, again, I hope that you refer this case to Syariah lawyers.

    • Salam Abi Muslih…

      ada carakah utk saya contact awak…?memandangkan saya skg sgt2 memerlukan khidmat nasihat berkaitan hak penjagaan ini dgn segera.
      harap pihak anda boleh membantu.

  4. Assalammualaikum … terlebih dahulu tahniah atas keujudan blog anda ni yg penuh dgn informasi.

    Sy ada satu kemusyilan … andaikan begini. Sy dn bekas suami sudah bercerai 2 tahun. Tp sy sudah pun bernikah utk kali ke2. Bekas suami baru2 ni nekad mengatakan dia tak akan memberi nafkah kpd anak2 kami lagi kerana saya sudah bernikah lain. Betulkah cara dia itu ?

  5. Asm wbt
    Saya ada pertanyaan, di dalam article dinyatakan bahawa hak penjagaan anak adalah lebih kepada ibu (jika memenuhi 7 syarat), what about hak penjagaan sekiranya si ibu sudah bernikah lain? baaimana si ibu boleh memperolehi hak penjagaan anak-anaknya. Untuk pengetahuan, selama ini ayah mereka tidak memberi nafkah dan cuma si ibu menjaga, tetapi setelah ibu bernikah, anak-anak diambil ayah (tanpa perintah mahkamah, secara kasar boleh dikatakan ?culik) dan ibu tidak di beri peluang bertemu anak-anak (perempuan 7 & 9 tahun). prosiding mahkamah memakan masa terlalu panjang yang menyiksa emosi ibu (mungkin anak-anak juga).
    Terima kasih.

  6. Asm Wbt,

    Saya ingin bertanya, apakah yang patut dilakukan oleh seorang bapa sekiranye bekas isteri tidak memberi peluang kepada bapa untuk bertemu dan bercakap dengan anak selepas perceraian sedangkan si bapa selepas perceraian tidak pernah putus untuk memberi nafkah kepada anak seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

    Adakah perlu untuk si bapa memberi nafkah anak yang lebih kepada bekas isteri atas kehandak bekas isteri, sedangkan perceraian berlaku adalah kehendak isteri dan bekas isteri sudah berkahwin lain dan bukankah seorang bapa tiri itu juga wajib memberi nafkah kepada anak tiri.

    Apakah yang patut dilakukan oleh seorang suami sekiranya bekas isteri tidak melaksanakan segala tuntutan yang patut diberikan kepada bekas suami seperti yang diarahkan oleh mahkamah selepas tiga tahun bercerai.

    • Assalamualaikum tuan, saya telah berpisah dengan bekas isteri saya pada bulan Disember 2012. Hasil perkahwinan saya dan bekas isteri, saya telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Anak saya kini tinggal bersama bekas isteri saya di Sabah. Saya menetap di Selangor. Saya telah berkahwin lain dan bekas isteri saya juga telah berkahwin lain. Dalam hal ini, bolehkah saya tuntut hak penjagaan anak saya memandangkan bekas isteri saya sudah berkahwin lain ? Untuk makluman, bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki dari Britain.

      Pohon pandangan tuan dalam hal ini.

      Terima kasih

  7. Assalamualaikum.

    Bekas suami saya sangat yakin yang dia tidak perlu memberi nafkah kepada anak2 kerana saya telah pun berkawin lain. Besides, my husband and I are doing well. Pls help clarify this matter.

  8. sy suri rumah sepenuh masa tiada pendapatan tetap.. tinggal dgn mertua selama 5 thn berkahwin dan kini kami hendak becerai kerana masalh tertentu yg tidak dpt diselesaikan.. adakah sy berhak menjaga anak lelaki sy yg berusia 4 thn?

  9. saya dan suami sering tiada kesefahaman. saya pernah dipukul, ditumbuk, disepak dan dicampak bila berlaku pertelingkahan. adakalanya saya cuba mempertahankan diri dengan memukul balik. tetapi sebagai perempuan tidak berdaya mengatasi suami dan berserah sahaja. ini telah berlaku lebih kurang 5kali selama 2tahun setengah berkahwin dan juga sewaktu saya mengandungkan anak pada bulan yang ketiga atau keempat.

    saya pernah terjumpa gambar lucah wanita-wanita lain yang suami berhubung dengan dan mempunyai bukti bahawa gambar itu diambil sendiri oleh suami (sebelum & selepas berkahwin). namun suami tetap berbohong dan tidak mengakui kelakuannya. saya juga telah menangkap suami merakam video adik perempuan dan anak buah perempuan saya yang sedang mandi.

    suami juga sering mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun walaupun kesilapan saya kecil atau muka saya menampakkan kesedihan. jelas sekali saya sedih dengan tindakkannya.

    wajarkah saya menuntut fasakh?

    kami mempunyai seorang anak (bawah 2tahun) yang masih saya susukan. suami sering mengugut untuk membawa lari anak hampir setiap kali masa pertengkaran. sedang saya memeluk anak pun dia boleh memukul saya.
    saya khuatir anak dibawa lari dan mempengaruhi anak dengan gejala tidak sihat suami atau dianiaya bapanya sendiri.

    saya amat takut dan tidak tahu ape perlu saya buat tanpa menghancurkan perkahwinan demi kebaikan anak.
    saya sedar ini adalah dugaan daripada Allah SWT. dan redha dengan segala ketentuannya. diharap Abi & Mama dapat memberi nasihat. sekian wassalam.

  10. saya ada seorang kawan dimana dia telah bercerai dengan isterinya..masalahnya di sini bekas isteri kawan saya tidak membenarkan anak2 bertemu dengan ayahnya..malah dia telah mengugut bekas suami nya akan membawa kes ke mahkamah sekiranya si ayah bertemu dengan anak-anak dan membawa mereka keluar berjalan..malah bekas isterinya juga telah melemparkan kata2 kesat kepada bekas suaminya..dalam kes ini apa sepatutnya dilakukan oleh kawan saya tersebut..adakah sekiranya dia bertemu dengan anak2 dia didapati bersalah dan boleh dibicara di mahkamah?

  11. Assalamualaikum,
    Saya telah bercerai sejak 3 tahun lepas dan pernah buat tuntutan utk mendapat hak jagaan anak2 dan telah dapat nafkah untuk anak2. Tetapi masalahnya, saya tidak tahu bahawanya surat penceraian saya tidak tercatat bahawa saya telah mendapat hak jagaan anak2.

    Menjadi persoalan kini ialah saya ingin membuat pertukaran sekolah anak2 tetapi tidak ada surat hak jagaan anak2..dan saya telah kemukakan ke pejabat agama islam, tetapi mereka meminta saya pergi ke makamah syariah. Setelah saya pergi ke makamah syariah, pejabat minta saya berjumpa dengan sekian2 orang yang terlibat semasa perbicaraan yang telah berlaku 3 tahun lepas, setelah pergi ke pejabat bersebelah makamah, dia tidak tahu menahu dan hanya mencadangkan saya pergi ke pejabat semula untuk membuat fail baru utk tuntutan hak anak2 dan memanggil semula bekas suami.

    Bagaimanakah caranya sebab saya tidak tahu alamat bekas suami dan saya mesti bertukar kerja dari kuala lumpur ke johor bahru pada bulan 10 ini.

    Kerana tidak ada dokumen hak jagaan anak2, anak2 saya tidak dapat bertukar sekolah? Adakah cara lain, selain bekas suami mesti hadir di makamah? terima kasih

  12. assalamualaikum…

    saya nk tanya, saya bkahwin dgn suami saya seorang bukan warganegara…tp kami bkahwin di malaysia.dalam hampir 4tahun kami bkahwin, kami sering bgaduh walaupn hal kecil..kerna hanya salah faham dan kami seing tidak bsependapat..dan akhir2 ini kami bgaduh besar semasa saya dlm pantang..dan dia kaata dia ingin pulangkan saya ke keluarga saya..dulu masa kami sering bgaduh dia sering cakap nk hantar saya balik ke keluarga saya n saya sering dhalau keluar dr rumah..tp dia tahu saya tak dapat pergi ke mana2 kerna saya jauh dr malaysia..dtempat yg asing bg saya..dan tiap kali gaduh dia sering juga ugut nak jatuhkan talak ke saya..

    saya tertekan dr segi mental dan emosi..jd skrg dia sudah pulangkn sy ke keluarga saya..dn dia kata kerna saya minta pulangkan ke keluarga saya..dia pandai berbelit2 kn cerita..dia kata smua nya dtangan dia samaada dia mau mceraikan saya atau tidak..tp skrg ni smua nya di salahakn saya..

    saya nak tanya:

    adakah benar jika isteri meminta cerai,adakah si isteri bdosa sedangkan si isteri tidak pernah sekali minta dceraikan…

    kedua, adakah hak asuh anak2 jatuh ke tangan suami,jika si isteri yg minta cerai..?sedangkn slama ini saya yg mjaga mereka kerna dia selalu pergi kerja bberapa hari smpai bbulan2..

    ketiga, jika si isteri minta cerai, adakah si isteri dapat nafkah anak2…?

    keempat,adakah saya harus tunggu masa iddah juga walaupun saya lg dalam pantang…?

    terima kasih..

  13. assalamualaikum..
    sy telah bpisah 8 thn yg lalu, tetapi suami sy telah baru melepaskan sy 4 tahun yg lepas. km dikurniakn seorang ank prempuan yg kini telah brusia 11 thn.pberian nafkah anak baharu saja berjalan pada tahun lepas sebanyak RM100 sebulan.Cuba bayangkn apa yg boleh dbuat dgn RM100 sbulan? untuk pegetahuan semua, suami sy mmg org berada dan bkemampuan,walaupun beliau cuma seorang PAR sek rendah, anak juga xpernah djengok dan tiada juga wang yg lebih dberikn khasny pd hari perayaan atau mjelang psekolahan bmula.nafkah sering dberi lewat dr tarikh gaji. dia juga tidak mberikan apa2 kpd sy semasa eddah. padany ,sy seorang guru dan bgaji tinggi. tetapi apa yg sy ingin katakn ialah tanggungjawapny sbg seorang ayah. sy juga ada meminta supaya nafkah itu dinaikkan sedikit sebanyak RM 200,tetapi dia enggan bbuat demikian dgn alasan dia tidak mampu, padahal sy tahu dia bkemampuan. apa yg perlu sy lakukan?

    • Wsalam, Allysa.
      Berundinglah dgn cara baik. Jika tak berjaya, dptkan bantuan org tengah melalui sulh dan lain2.

  14. Adik saya telah menceraikan isterinya dah mempunyai seorang zuriat yang berumur setahun setengah. Masalahnya anak yang dilahirkan adalah anak diluar taraf memandangkan mereka bernikah setelah adik ipar saya mengandung 6 bulan.
    Saya paham bahawa adik saya tidak boleh menuntut anak saudara saya tetapi ingin dimaklumkan bahawa bekas adik ipar saya bukanlah warganegara
    Bolehkah saya sebagai ibu saudara mengambil anak saudara saya sebagai anak angkat

  15. Salam,

    saya ingin bertanya, adakah seorang bapa berhak mengambil 2 dari 5 orang anak ke rumah kakaknya selepas bercerai untuk dijaga? sedangkan emak kepada anak tersebut mampu menjaga kesemua anak2nya. kedua2 anak yg hendak dibawa adalah lelaki dan berusia 13 dan 8 tahun.

    keputusan oleh bapa tersebut untuk mengambil 2 orang anak lakinya diputuskan oleh bapa itu sendiri tanpa bertanya pendapat 2 anak lakinya.

    saya harap tuan/puan dapat memberi balasan untuk persoalan saya…terima kasih.

  16. Saya telah menceraikan isteri saya 3tahun lepas dah mempunyai 2 zuriat yang berumur 6tahun dan 4tahun setengah. Masalahnya anak sulong yang dilahirkan adalah anak diluar taraf memandangkan kami bernikah setelah bekas isteri saya mengandung 6 bulan dimana kandungan itu bukan dari benih saya.Selepas bercerai saya menjaga kedua2 zuriat sehingga sekarang.Persoalan disini adakah saya berhak untuk mendapat hak jagaan anak?walaupun anak itu bukan darah daging saya?selepas bercerai tiada kebajikan dari bekas isteri saya terhadap anak..dari segi khabar,keperluan dan sebagainya

  17. Assalamualaikum…………….
    Saya bermasalah dengan keluarga selepas saya jatuh sakit iaitu pendarahan di dalam kepala. Saya mengalami pembedahan kepala sebnayak 2 kali, membuatkan saya seperti kanak-kanak. Pembedahan pertama saya masih bergelar seorang isteri dan pada masa itu saya mengandung 8 bulan. Dalam pembedahan pertama saya melahirkan anak perempuan. Selepas itu saya diceraikan suami saya dengan talak satu. Hak jagaan anak saya jatuh kepada ibu saya kerana pada pencereaian itu saya masih dlm keadaan sakit. Tetapi sekarang saya sudah beransur pulih dan saya sudah dapat menjaga anak saya sendiri. Tetapi anak saya telah dipisahkan daripada saya. Sekarang saya menuntut nafkah bulanan anak saya daripada bekas suami saya. Apakah yang harus saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

  18. saya keliru yang mana satu? adakah saya boleh membuat tuntutan nafkah atau pun saya yang bertangungjawab terhadap anak yang tak sah taraf yang telah saya lahir tanpa nikah..

  19. saya telah bersama suami orang dan telah pun melahirkan seorang anak lelaki tanpa nikah..saya ingin menuntut nafkah untuk anak sya,

    saya keliru yang mana satu? adakah saya boleh membuat tuntutan nafkah atau pun saya yang bertangungjawab terhadap anak yang tak sah taraf yang telah saya lahir tanpa nikah..

    • sedikit komen drp saya:

      spt artikel di atas, anda x berhak tuntut nafkah anak luar nikah walaupun kepada lelaki yg menyebabkan anak itu terhasil. Ini krn anak luar nikah atas tgungan ibu semata-mata:

  20. Salam, selain daripada syarat-syarat umum untuk hak penjagaan anak seperti cukup umur, kedaan emak atau ayah, adakah ia juga boleh dipengaruhi on sebab penceraian tersebut berlaku.Kiranya pihak isteri berlaku curang terhadap si suami, adakah hak penjagaan boleh di alih kepada pihak suami sepenuhnya?

    • hukum fiqh mengatakan, hak hadanah boleh hilang sekiranya ibu dibuktikan fasik. sekiranya isteri pernah curang dan dapat dibuktikan di mahkamah, maka hak jaga anak boleh berpindah kepada suami sekiranya ibu tidak dapat membuktikan bahawa dia benar-benar telah insaf, bertaubat dan berkelakuan baik.

  21. assalamualaikum..saya ibu kepada 5 org anak, tahun lps suami saya telah berkahwin secara senyap di thailand. saya tidak dapat menerima keadaan ini dan rasa sangat tertipu dan kecewa.bolehkah saya memohon utk berpisah dan bgaimana dgn hak jagaan anak.t kasih

  22. say ade 1 persoalan..
    sy tlh bercerai dgn suami sy..
    dan skrg sy sudah b’kawin ln..
    slme ini sy yg menjaga anak2..tp slps sy b’kawin ln..
    bks suami menuntut hak pengajaan ank..
    adakah sy leh m’dpat kna hak pengajaan ank2 lg..?

  23. Asalamualaikum…
    saya ada 1 soalan….
    pada baru ini isteri saya ditangkap dibawah kesalahan aktar 27b….ketika saya tiada di rumah kerana tugas…dan saya ada 2 orang anak lelaki berusia 10 thn dan 5 thn.saya ingin tahu di sini siapakah yang berhak menjaga anak2 saya?sekiranya kami berpisah sedangkan isteri saya adalah seorang surirumah yang tiada pendapatan….

    • En Aziz, Akta apa tu? Akta Dadah berbahaya ke? Adakah dia sudah sabit kesalahan? Secara umumnya, seorang yang tidak berkelakuan baik akan hilang hak hadhanah.

  24. Saya ingin bertanya.Saya ada anak luar nikah bersama suami saya sekarang ini.Anak luar nikah saya berumur 6 tahun.Saya baru berkahwin tahun 2010 pada bulan 10.Dan saya sekarang mengandung anak kedua.Saya mengandung lima bulan.Apa akan jadi pada anak luar nikah saya sekiranya saya mahu tuntuk fasakh kerana antara saya dan suami tiada persefahaman dan suami selalu mengugut dan memaki hamun saya dengan panggilan pukimak anjing dan sebagainya.Adakah anak luar nikah bersama suami saya akan menjadi hak jagaan saya atau dihantar ke pusat kebajikan.Suami saya berhak menuntuk hak jagaan ke atas anak sulong saya itu?Tolong saya.

    • anak luar nikah akan kembali kepada ibu sahaja. Bapa x berhak menuntut atau mendapat hak penjagaan.

  25. Assalamualaikum.

    Bolehkah kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun (belum mumaiyiz) membuat pilihan hendak tinggal bersama ibu atau bapanya?

    Wassalam.

    • Assalamualaikum…

      Sememangnya dalam membuat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan anak-anak, kepentingan dan kebajikan anak-anak ialah perkara pokok yang harus dititikberatkan. Malah apabila sudah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), pada kebiasaannya mahkamah akan meminta pandangan anak-anak sama ada mereka mahu tinggal dengan ibu ataupun bapa.

      Untuk mengelakkan perebutan pada kemudian hari, adalah dinasihatkan saudara membuat satu permohonan hak hadhanah anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. Walaupun ada persetujuan secara lisan antara saudara dan bekas isteri, namun itu tidak membawa apa-apa kesan dari segi perundangan. Hanya perintah mahkamah memberikan pemutus kepada hak hadhanah anak-anak saudara.

      Seksyen 86 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 mengatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah hadhanah. Mahkamah akan membuat perintah dengan melihat kepada kemahuan ibu bapa dan juga kemahuan anak-anak. Mahkamah akan cuba mengimbangkan kemahuan kedua-dua pihak ini.

      Hak hadhanah juga tidak semestinya diberikan kepada satu pihak sahaja. Seperti dalam kes saudara, mahkamah tentunya akan mempertimbangkan pilihan anak-anak saudara dan jika melihat kepada kebajikan dan kepentingan anak-anak, mungkin juga mahkamah akan memberikan hak hadhanah seperti yang dipohon.

      Apabila keputusan telah dibuat, maka saudara dan bekas isteri wajib mematuhinya. Jika bekas isteri masih berkeras mahukan hak hadhanah terhadap kesemua anak-anak, dia hendaklah juga mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.

      Walaupun hukum syarak menekankan bahawa ibulah orang paling berhak terhadap hadhanah anak-anaknya, namun yang lebih penting ialah kepentingan dan kebajikan anak-anak tersebut. Ibu bapa haruslah lebih sensitif dalam hal ini dan hormatilah pendapat dan pandangan anak-anak.

  26. salam.
    sy ingin bertanya,apakah hak penjagaan anak (lelaki berumur 7thn & perempuan berumur 2 thn) akan jatuh kepada bapa sekiranya ibu yang meminta cerai? Sedangkan si ibu meminta cerai kerana tidak ingin bermadu dan si bapa semakin mengabaikan tanggungjawab terhadap anak & isteri.

    • hak jagaan anak tidak jatuh pada bapa walaupun ibu minta cerai. Yang lebih penting ialah membuktikan di mahkamah, kebajikan anak-anak akan lebih terjaga oleh pihak yang ingin menjaga mereka.

  27. Assalamualaikum..
    sy inigin bertanya, sy telah berpisah dgn suami dan hak penjaan sementara telah diberikan kepada sy.setelah bercerai, sy masih lg memberi bekas suami berjumpa dgn ank2 mengikut kelapangan dia.namun begitu sy khuatir dgn keadaan ank2 bila bersama bekas suami. ini kerana keluarga bekas suami tidak menyukai sy.oleh kerana itu kami bercerai disebabkan keluarga bekas suami banyak masuk campur dlm urusan kami suami isteri dan banyak menghina sy sewaktu sy menjd isterinya.utk makluman, bekas suami ada meminjam wang yg banyak dengan ibu sy…sy juga telah memaklumkan kepada bekas suami agar membayarnya.namun mereka sekeluarga tidak mengendahkan lalu membuat ibu sy seperti pengemis yg menagih hutang.malah sewaktu sy menalefon keluarga bekas suami dgn perkataan yg baik, tp sy telah dihina dgn perkataan yg kotor yg tidak sepatutnya seorang islam mengungkapnya. perkataan seperti “butuh, betina sial dll”.jadi sy telah memaklumkan kepada bekas suami sekiranya mahu berjumpa dgn ank2, msti la di luar tanpa dibawa pulang kerumah keluarganya.ini kerana sy tidak mahu ank2 sy dihina dgn perkataan kotor seperti itu.namun bekas suami berdegil, dan mengugut mahu merampas hak penjagaan ank2.jd disini sy mahu tahu bagaimana harus sy mendapatkan hak penjagaan ank sepenuhnya dan melarang bekas suami dari membawa ank2 berjumpa keluarganya?ini kerana sy tidak yakin dan percaya kepada bekas suami dlm penjagaan ank2…sewaktu sy bergelar isterinya dia tidak mampu mempertahankan sy, inikan pula ank2 yg masih kecil dan tidak dpt membela diri….malah selama kami bergelar suami isteri pn , sy yg banyak menguruskan hal ank2…bekas suami tidak pernah melakukan tanggungjawab seorang bapa melainkan sy menyuruhnya…dan sekiranya dia yg menjaga ank2 kelak, sudah pasti ibunya yg menjaga ank2 sy sedangkan ibunya dan adik-beradiknya tidak menyukai kami…jd bagaimana nasib ank2 sy jika dlm jagaan mereka…harap bantu sy bagaimana utk sy selesaikan masalah ini…terima kasih

  28. Assalamualaikum..
    sy inigin bertanya, sy telah berpisah dgn suami dan hak penjaan sementara telah diberikan kepada sy.setelah bercerai, sy masih lg memberi bekas suami berjumpa dgn ank2 mengikut kelapangan dia.namun begitu sy khuatir dgn keadaan ank2 bila bersama bekas suami. ini kerana keluarga bekas suami tidak menyukai sy.oleh kerana itu kami bercerai disebabkan keluarga bekas suami banyak masuk campur dlm urusan kami suami isteri dan banyak menghina sy sewaktu sy menjd isterinya.utk makluman, bekas suami ada meminjam wang yg banyak dengan ibu sy…sy juga telah memaklumkan kepada bekas suami agar membayarnya.namun mereka sekeluarga tidak mengendahkan lalu membuat ibu sy seperti pengemis yg menagih hutang.malah sewaktu sy menalefon keluarga bekas suami dgn perkataan yg baik, tp sy telah dihina dgn perkataan yg kotor yg tidak sepatutnya seorang islam mengungkapnya. perkataan seperti “butuh, betina sial dll”.jadi sy telah memaklumkan kepada bekas suami sekiranya mahu berjumpa dgn ank2, msti la di luar tanpa dibawa pulang kerumah keluarganya.ini kerana sy tidak mahu ank2 sy dihina dgn perkataan kotor seperti itu.namun bekas suami berdegil, dan mengugut mahu merampas hak penjagaan ank2.jd disini sy mahu tahu bagaimana harus sy mendapatkan hak penjagaan ank sepenuhnya dan melarang bekas suami dari membawa ank2 berjumpa keluarganya?ini kerana sy tidak yakin dan percaya kepada bekas suami dlm penjagaan ank2…sewaktu sy bergelar isterinya dia tidak mampu mempertahankan sy, inikan pula ank2 yg masih kecil dan tidak dpt membela diri….malah selama kami bergelar suami isteri pn , sy yg banyak menguruskan hal ank2…bekas suami tidak pernah melakukan tanggungjawab seorang bapa melainkan sy menyuruhnya…dan sekiranya dia yg menjaga ank2 kelak, sudah pasti ibunya yg menjaga ank2 sy sedangkan ibunya dan adik-beradiknya tidak menyukai kami…jd bagaimana nasib ank2 sy jika dlm jagaan mereka…harap bantu sy bagaimana utk sy selesaikan masalah ini…terima kasih

  29. Assalamualaikum,

    Saya ada satu pertanyaan tentang perceraian suami isteri. Saya mempunyai seorang anak tiri berusia 13 tahun dan dua orang anak angkat berusia 8 tahun dan 18 bulan. Adakah saya boleh mendapat hak penjagaan kedua2 anak angkat saya sekiraya berlaku perceraian antara saya dengan suami? Suami saya sudah menyatakan kebosanannya hidup bersama saya. Dia berasa tertekan dan makan hati dengan sikap saya katanya. Saya tak mahu komen lebih2 tentang hal itu. Saya tau saya memang tidak sempurna. Jadi saya ingin tahu kedudukan anak2 itu kerana saya mampu menjaga kedua2nya dengan pendapatan tetap saya sebagai seorang pensyarah.

  30. Assalamualaikum

    Sememangnya dalam membuat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan anak-anak, kepentingan dan kebajikan anak-anak ialah perkara pokok yang harus dititikberatkan. Malah apabila sudah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), pada kebiasaannya mahkamah akan meminta pandangan anak-anak sama ada mereka mahu tinggal dengan ibu ataupun bapa.

    Untuk mengelakkan perebutan pada kemudian hari, adalah dinasihatkan saudara membuat satu permohonan hak hadhanah anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. Walaupun ada persetujuan secara lisan antara saudara dan bekas isteri, namun itu tidak membawa apa-apa kesan dari segi perundangan. Hanya perintah mahkamah memberikan pemutus kepada hak hadhanah anak-anak saudara.

    Seksyen 86 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 mengatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah hadhanah. Mahkamah akan membuat perintah dengan melihat kepada kemahuan ibu bapa dan juga kemahuan anak-anak. Mahkamah akan cuba mengimbangkan kemahuan kedua-dua pihak ini.

    Hak hadhanah juga tidak semestinya diberikan kepada satu pihak sahaja. Seperti dalam kes saudara, mahkamah tentunya akan mempertimbangkan pilihan anak-anak saudara dan jika melihat kepada kebajikan dan kepentingan anak-anak, mungkin juga mahkamah akan memberikan hak hadhanah seperti yang dipohon.

    Apabila keputusan telah dibuat, maka saudara dan bekas isteri wajib mematuhinya. Jika bekas isteri masih berkeras mahukan hak hadhanah terhadap kesemua anak-anak, dia hendaklah juga mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.

    Walaupun hukum syarak menekankan bahawa ibulah orang paling berhak terhadap hadhanah anak-anaknya, namun yang lebih penting ialah kepentingan dan kebajikan anak-anak tersebut. Ibu bapa haruslah lebih sensitif dalam hal ini dan hormatilah pendapat dan pandangan anak-anak.

  31. salam,
    sy ingin bertanya sy telah bercerai dgn bekas suami setahun yg lalu.dan hak jagaan anak ketika itu pada bekas ibu mertua saya.sehinggalah kami bercerai hak jagaan diserahkan kepada bekas suami sy.sy sendiri tidak faham kenapa hak jagaan boleh berada ditangan suami sedanhkan anak saya berusia 11 bulan ketika itu.kami bercerai secara baik.hak jagaan diberikan kepada saya minggu pertama dan ketiga.tetapi setelah dua bulan bekas suami tidak benarkan sy berjumpa anak sehinggalah kehari ini.saya buntu.ini adalah penceraian kali kedua kami.sebelum ini kami pernah bercerai buat kali pertama kerana sy berlaku curang dan telah melakukan zina ketika menjadi isteri.setelah 2 minggu kami rujuk semula dan dia telah memaafkan sy.kami bercerai buat kali kedua setelah sebulan kami rujuk atas alasan bekas suami tidak boleh hidup bersama sy.semasa berkahwin suami selalu memukul sy,kitaka mengandung pun begitu.adakah disebabkan penceraian pertama sy tidak berhak mendapat hak jagaan anak sedangkan kami bercerai buat kali kedua penceraian cara baik.saya telah insaf dgn perbuatan sy dahulu.sekarang sy tidak dibenarkan berjumpa dgn anak sy.tolonglah sy ingin tahu adakah saya berhak mendapat hak jagaan anak saya yg kini berumur 1 tahun 10 bulan.saya amat merindui anak perempuan saya.bila sy ingin berjumpa dgn anak bekas suami akan memaki hamun saya dgn berkata sy tiada hak untuk berjumpa anak sy kerana saya ini nusyuz.adakan saya tidak berhak dan boleh melihat anak tidak kurang 50 meter yg suami sy perkatakan itu.sedangkan kami bercerai buat kali kedua buakan sebab saya curang atau sebaliknya malah kami bercerai secara baik.

  32. Saya ingin bertanya… Suami saya ingin mengambil 2 dari 5 orang anak yang berusia 10 & 9 tahun dari bekas isterinya, kerana semasa bercerai mahkamah telah memutuskan hak penjaan kekal 2 orang anak pada suami saya… Masaalahnya bekas isteri pada suami saya tidak benarkan…

  33. Assalammualaikum…

    Kakak saya mempunyai 4 orang anak. Bongsu berumur 2 tahun dan dibawah jagaan keluarga saya sejak dilahirkan. Persoalannya :

    1. Kakak saya sedang menunggu giliran untuk kes penceraiannya
    ( difailkan diatas sebg keganasan rumahtangga)
    dimahkamah…menggunakan biro guaman. Berapakah tempoh masa yg diambil utk kes sebegini?

    2. Kakak saya memang memberi anaknya yang bongsu berdasarkan permintaannya tanpa paksaan ( secara lisan-hubungan adik-beradik ) kepada saya sebagai anak sendiri dan tanpa persetujuan bekas suaminya. Apakah prosedur yang boleh saya ambil sebagai penjaga? Apakah tindakan sewajarnya yang perlu saya buat sebagai penjaga yg melibatkan undang2?( semasa kandungan kakak saya berusia 2 bulan bekas suaminya merancang memberi kepada kakaknya sendiri kerana tidak berkemampuan menanggung kos anak yg saya jaga sekarang).

    3. Dalam hal ini, apakah status saya sebagai penjaga kepada anak saudara saya (lelaki-berusia 2 tahun ) dari segi undang2?

    4. Apakah saya berhak untuk memfailkan kes ini di mahkamah kerana bekas suaminya pernah menyerang saya ditempat kerja?( saya telah membuat 2 laporan polis). Bolehkah saya memfailkan saman malu melalui peguam peribadi saya ? Bolehkah evidens ini dijadikan bukti yg mengukuhkan tindakan ini?

    Sekian Terima kasih.

  34. askm,
    saya ingin merujuk soalan yang telah dikemukakan oleh en.ferouz bin mudin. keadaan yang sama tetapi bekas isteri saya adalah mualaf.jika bekas isteri sya telah berkahwin lain, hak penjagaan adalah ke atas nenek sebelah ibu.masalahnya, nenek sebelah ibu itu bukan islam dan masih makan babi

  35. Assalamualaikum wbt.
    Saya ada persoalan mengenai hak jagaan anak. Adakah siibu berhak utk mendapat hak jagaan sekiranya siibu mempunyai ‘pendamping’ atau ‘saka’ keturunan..? Bolehkah perkara ini dirujuk kpd 7 syarat yg salah satu syaratnya siibu mestilah beragama..? Akan tetapi tidak pasti sama ada siibu tersebut mengetahui yg dirinya itu ada ‘penddamping’..namun, yg pasti ibu dan bapanya mengetahui perkara ini..dengan yg demikian, adakah ibu mertua sy juga tidak berhak utk hadhanah ini sekiranya bekas isteri saya tidak layak utk hadhanah..?

    Saya dimaklumkan oleh bapa mertua tentang perkara ini pada malam hari selepas bercerai..lebih mengejutkan, anak2 pernah bercerita bahawa ternampak ‘sesuatu’ ketika ibunya sedang marah..namun pada masa itu (masih bersama dan dlm proses utk bercerai) kami tidak mengesyaki apa2 yg pelik2 dgn lebih mendalam..

    Sekian terima kasih

  36. Saya mempunyai masalah rumah tangga dan sekarang dalam proses penceraian secara fasakh kerana suami tidak member nafkah zahir selama 3 tahun dan terdapat ugutan bunuh.
    Mempunyai 2 orang anak ( 2 tahun dan 6 bulan).Sebelum ini anak ada bersama suami dan saya telah memgambil anak dengan cara baik,sebaliknya suami telah membuat laporan polis dengan menyatakan saya dan ibubapa telah mengambil anak tanpa izinnya ( culik ) sekarang saya ingin mengambil anak saya semula setelah suami telah berjanji akan pulangkan.
    Kini suami telah membuat laporan polis kali ke 2 dan meletakan syarat saya perlu tinggal sembumbung bersamanya sehingga kes mhkamah selesai.Apa yang saya perlu saya lakukan untuk mendapatkan anak saya kembali tanpa tinggal bersama suami ?

  37. assalamualaikum..seperti yg kita ketahui hak penjagaan anak adalah lebih kepada isteri/bekas isteri..tetapi persoalan saya bolehkah anak2 tersebut diserahkan kepada bekas isteri yg tidak bertanggung jawab,maksud saya semasa bersama si isteri tidak menjalankan tanggungjawabnye sebagai seorang isteri baik dari segi melayan mkn minum suami,hal rumah tangga & sehinggalah mengabaikan anak2 sehinggakan suami pula yang mengambil tempat isterinya didalam menjaga segala hal kebajikan,makan minum anak2.si isteri diberi kebebasan untuk bekerja disalah gunakan.bahkan apabila ditegur/bertengkar acap kali si isteri meminta cerai..suami tetap bersabar didalam tempoh lima tahun kebelakangan ini kerana fikirkan,kasihkan anak2.sikap isteri ini masih mahu enjoy berparty kesana kesini tampa ade sedetik pun dihati mahu berubah dari degi perangai kelakuan,tingkah laku..pakaian dipakai….Allah saja la yg tahu kebebasan diberi untuk bekerja tidak sedikitpun membantu suami yang berkerja keras demi kelurga.tetapi si isteri sanggup pula untuk curang dengan lelaki lain meningalkan suami & anak2 sesuka hati mahu balik atau tidak ke rumah demi mengejar keseronokan buat dirinya tampa memikirkan tanggungjawabnye sebagai isteri@ibu..Persoalan saya adakah undang2 akan tetap memberi hak penjagaan anak2 kepada si isteri @ ibu ( patutkah saya gelar dia ini sebagai seorang ibu ??) yang berkelakuan seperti ini? bolehkah dia membimbing anak2nye kelak?bolehkanh dia memberi tunjuk ajar yg baik kpd ank2 ini? bolehkah dia menjadi tauladan yg baik kpd ank2 ini? bolehkah dia……?? selama lima tahun bersama tidak pernah sekali pn dia menghadap ALLAH yg esa. Patutkah anak2 yg masih mentah berumur 1,4 & 5 tahun ini diserah kepadanya…Apakah undang2 yang ada yang boleh si suami mendapat hak penjagaan ke atas anak2 yg tidak berdosa ini demi tidak rela melihat anak2 yg masih suci bersih ini rosak disebabkan oleh perempuan yang seperti ini… Harap pihak tuan dapat dapat memberi jawapan kepada persoalan2 sya ini. sekian, Suami yang kasihkan anak2nya.

  38. Assalammualaikum,
    saya ingin bertanya, betul ke hukum syariah anak perempuan penjagaan harus kepada bapak dan penjagaan lelaki kepada ibu? kalau betul, boleh saya minta darimana fatwa tersebut diturunkn dan ape/kenape maksud kandungan hukum syariah tersebut? terima kasih..

  39. salam.

    Saya adalah ibu saudara kepada kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun. Bapa kanak-kanak itu, iaitu abang saya telah meninggal dunia ketika kanak-kanak tersebut masih bayi. Jadi, kanak-kanak itu tinggal bersama saya semenjak bayi kerana ibunya tidak mahu menjaganya. saya masih belum berkahwin. mempunyai pekerjaan tetap dan mampu untuk menyara anak saudara saya. Namun kini selepas 8 tahun berlalu ibu kanak-kanak tersebut (bukan warganegara) telah menuntut hak penjagaan anaknya. Saya meragui status agama ibu kanak-kanak itu. Ibu kanak-kanak itu memeluk islam semenjak berkahwin dengan abang saya. tetapi kini dia telah kembali tinggal bersama keluarganya yang bukan islam di negara asalnya. Saya khuatir sekiranya anak saudara saya diambil ibunya tinggal di negara asalnya bersama keluarganya yang beragama kristian. Saya amat bimbang terhadap akidah dan pendidikan agama anak saudara saya. saya ingin dptkan penjelasan, bolehkah saya menuntut hak hadhanah ke atas anak saudara saya. Jika boleh bagaimanakah caranya.

  40. saya adalah ibu saudara kepada 3 anak buah, abang saya bercerai dengan bekas kakak ipar kerana inginkan rumah lain. Untuk pengetahuan tuan, abang saya sekarang tinggal di rumah pusaka bersama-sama emak saudara saya yang tidak berkahwin. Emak saudara saya ini memelihara kami sejak kecil ketika ibubapa kami keluar bekerja. Oleh yang demikian, sebagai balasannya apalah salahnya dia tinggal bersama abang saya. Bekas iapar saya menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk berpisah. Sedangkan selama 8 tahun mereka berkahwin, semua urusan anak-anak dan rumahtangga diuruskan oleh emak saudara saya ini.
    Balik kerja.. lauk dah siap di masak, rumah telah siap dikemas… anak-anak terurus makan dan pakainya… mengaji… bersekolah dan lain-lain. Kini dia ingin memohon hak penjagaan anak-anak sedangkan anak saudara saya menangis tidak mahu tinggal bersama ibunya. Untuk makluman, bekas ipar saya sememangnya seorang yang baran dan anak-anak sering dimarahinya. Selama 8 tahun berkahwin, abang dan ipar sering bergaduh dan dipengakhirannya ipar akan meminta cerai… Selama 8 tahun abang saya bersabar semoga bekas isterinya akan berubah dan menerima kehidupan seadanya tanpa membandingkan kehidupan adik-beradiknya yang lain… yang bergaji besar…

  41. Pertanyaan dan pandangan:-

    memang diketahui bahawa selalunya bila penceraian hak hadanah selalunya diberikan kepada ibu.

    Dengan kata lain selalunya keputusan dirujuk kepada habith dan kisah waktu zaman nabi:-

    “datang seorang wanita bertemu nabi lalu mengadu dan berkata peruta aku inlah yang mengandungkan anak aku, aku yang melahirkannya bersusah-payah dan sekarang suami ku telah “menceraikan” aku dan mahu merampas anak dari jagaan ke”.

    Nabi berkata kau (merujuk kepad aperempuan itu) yang berhak keatas anak selagi kau tidak berkawin lagi”.

    ini adalah hadith dan kisah yang benar. Tetapi ramai tidak nampak atau sengaja tidak mahu membahaskannya atau apa sahaja.

    Perhatikan ayat “suami aky telah “menceraikan” aku…” jelas perkataan itu berbunyi menceraikan. Persoalannya bagaimana pula sekiranya pihak perempuan pula yang “meminta Cerai” seperti tuntutan cerai khuluk???

    Banyak yang terjadi zaman sekarang perempuan yang zalim terhadap suami, menuntut cerai atas alasan yang tidak benar dan menfitnah suami. ADILKAH suami yang dituntut cerai dari si isteri lalu dalam masa yang sama dinafikah hak hadanah buat si suami atas anak??!!!

    Adilkah si suami didalam keadaan keterpaksaan dan dipaksa melepaskan si isteri yang menuntut cerai… kemudian dalam keterpaksaan “bercerai” pula dengan si anak???? walaupun ada hak lawatan.

    Media sekarang dan kita selalu dengar hanya perempuan sahaja dianiaya. Padahal diluar sana lagi ramai lelaki yang dizalimi dan teraniya atas fitnah perempuan.

    hak lawatan juga selalu perempuan ambil kesempatan untuk menghalang lelaki dari jumpa anak dan merancuni fikiran anak membenci si suami.

    sudah lah si suami dituntut cerai oleh si isteri, hak jagaan tak dapat kemudian diperlekehkan hak lawatan si suami dan ditambahkan lagi beban dgn tuntutan nafkah yang selalunya membebankan pihak si suami. Adakha mahkamah memandang semua ini???!!! jawabanya hakim terlalu banyak terlepas pandang mengenai ini.

    terlalu ramai hakim dan mahkamah terlepas pandang juga mengenai syarat hak hadanah itu sendiri. iaitu hak hdanah itu ada 7 syarat dan walau satu sayat tidak dipenuhi maka gugurlah hak hadanah itu. syarat ini adalah wajib diturut bukan sebagai “hiasan” sahaja.

    Persoalannya berapa kerap kali Hakim-Hakim dan mahkamah menuruti 7 syarat hadanah ini??!!!! saya berani cakap boleh dikatakan hampir “Kosong” persen %.

    Sebenarnya kalau diikuti benar 7 syarat ini hampir lebih 80% hak hadanah siperempuan jelas tergugur tidak memenuhi syarat.

    seperti syarat sah sembahyang, sah mengerjakan haji dan syarat sah amalah amalan ibahdah yang lain. Semuanya perlu penuhi syarat. Tidak penuh maka tidak sah. Sama lah juga syarat hak hadanah.

    kalau tidak tidak akan Nabi bersab begini dalam hadithnya.

    “tidak akan bau syurga bagi perempuan yang menuntut cerai terhadap suami atas alasan yang tidak benar”

    ” tidak aku tinggalkan kamu (lelaki) satu fitnah yang lebih besar dari fitnah seorang perempuan”

    “Orang perempuan lah yang lebih ramai masuk neraka berbanding lelaki”

    ” 2 dari 3 (66.666%) hakim masuk neraka kerana ketidak adilannya”

    Cuba perhatikan dan fahami sabda dan hadith nabi ini!!!! dan Fahamkan dan selidik lah kebenarannya!!

    Dan bayang kan pula sekiranya….. andai kata Nabi Muhammad SAW masih hidup….. lalu datang seorang lelaki pula lalu mengadu nasibnya…. “Ya Rasulllah, Aku berkorban untuk keluarga dan rumahtangga ku, dan sekarang isteri ku menzalimi aku dan menuntut cerai dan mahumerampas kasih sayang dan hak jagaan anak aku dariku…”

    agak-agak para pembaca sekalian… dan para hakim-hakim sekalian semua…..
    apakah yang akan dijawab oleh Nabi Muhammad SAW junjungan besar kita???!!!!!!!

    Ramai diluar sana lelaki yang terpisah silahturahim dengan anaknya disebabkan oleh si perempuan. Seperti kawan saya telah terpisah dgn anaknya lebih 5 tahun sekarang dan mungkin ramai lagi yang terpisah lebih lama dari itu. Jelas satu kezaliman yang nyata.

    Ingat Khalifah Abu bakar dan Umar juga pernah memperingatkan para hakim dan gabenor gabenor negeri islam … “Janagn kamu melindungi wanita wanita yang atas kejahatannya..”

    Ingat lelaki juga mempunyai hati dan perasaan, luka hati perempuan selalu didedahkan dan kononnya selalu dizalimi dan tidak diadili secara benar. tapi luka hati lelaki siapa yang tahu???!!! dan mana hilangkan keadilan atas itu??!!!!

    survay baru baru ini ada mengeluarkan mengatakan 60% lelaki lebih berumur 25 tahun tidak berkahwin lagi. Antara alasannya ialah mahu mengukuhkan kewangan dan kumpul harta. sebenarnya jawaban ini kurang tepat.

    sebenarnya antara alasan adalah kerana sistem perundangan sekarang di mahkamah syariah malaysia sekarang menyebabkan si lelaki takut nak kahwin. Dan ramai perempuan nak kahwin cari lelaki tua kerana harta.

    Lelaki muda takut nak kahwin kerana banyak kes-kes yang terdedah dalam media jelas kurang berkeadilan terhadap lelaki.

    Jelas dan benar sepertimana ada satu alim ulamak berkata… akan sampai satu zaman ” perkahwinan itu nanti pada satu ketika bukan lagi atas sebab satu tuntutan dan ibadah tetapi bukan lain hanya satu perniagaan..”

    jelas ramai wanita sekarang ramai… bukan semua tapi ramai yang berniaga atas perkahwinan…. kahwin cerai kahwin cerai tuntut harta… harta sepencarian dan guna anak yang dijaga sebagai alat senjata untuk menuntut nafkah yang melampau-lampau.

    MAAF lah…. FIKIR fikirkan lah

  42. Salam,

    saya telah berkahwin pd september 2011 tetapi sebelum bernikah sy telah mengandung dan ank yg lahir itu tidak berbintikan nama suami.
    pada hr perkahwinan suami saya hanya memberi wang mas kahwin sedangkan dia berjanji untuk memberi wang hantaran semasa perjanjian bertunang dahulu. segala urusan majlis juga ditanggung oleh saya dan keluarga. selepas bernikah kami duduk berjauhan dan suami tidak memberi nafkah malah dia yang meminta dari saya, sehingga keperluan untuk bayi suami masih tidak menyediakan sebaliknya dia sering meminta2 duit dari saya. pada bulan mac 2012 saya dapat duduk bersama dengan suami. menjadi masalah juga di mana duit deposit rumah saya juga yang uruskan. baru 5 bulan kami duduk bersama suami telah naik tangan pada saya dengan alasan mahu keluar berjumpa kawan. pada 22 jun 2012 saya telah pulang ke kampung tanpa pengetahuan suami kerana saya berasa sakit hati marah dan sedih dengan sikap suami yang sambil lewa dengan kerjanya dan sebelum itu suami juga sering melepak rumah kawan2nya sehingga pagi. saya juga pernah mencari suami saya di rumah kawan2nya. saya tidak meninggalkan sebarang nota untuk makluman suami namun pada 23 jun 2012 saya pulang ke rumah semula. pada 24 jun 2012 saya dan suami telah bertelagah di mana saya tidak mahu suami keluar rumah dan kami bergelut kunci motor. dalam pergelutan sekali lagi suami mengasari saya dengan menggigit di lengan kiri saya. selepas saya merayu dan memeluk kakinya namun suami tetap ingin keluar sehingga baju saya terkoyak. Apabila suami dpt melepaskan diri saya nekad utk ke hospital dan membuat report polis kerana kecedaraan yang saya alami. dan pada 25 jun 2012 saya telah failkan cerai dan pada hari yg sama suami telah hantar sms mengatakan dia telah mengangkut semua pakaiannya kecuali pakaian kotor di dalam mesin basuh. dan sejak itu saya dan suami tidak duduk bersama. kes saya masih di pejabat agama dan masih dalam proses perbincangan.

    Soalan :

    1) Adakah saya boleh digelar nusyuz kerana pulang ke kampung tanpa pengetahuan suami?

    2) Bolehkah saya menuntut nafkah untuk anak perempuan berumur 8 bulan?

    3) Bolehkah suami mengambil anak untuk jagaan dia selama seminggu? sedangkan selama 2 bulan tidak bersama suami tidak pernah menjengah & memberi nafkah untuk anak.

  43. Asalamualaikum, sy ada saudara. Beliau telah berkahwin dengan warga Pakistan di Pakistan dan juga telah melahirkan seorang anak perempuannya di Pakistan.beliau belum mendaftarkan anak tersebut di JPN kerana suami telah membawa anak tersebut baik ke Pakistan selepas 3 tahun menetap di Malaysia.kini beliau sedang menuntut hak jagaan anak di mahkamah syariah di negeri sembilan. Adakah mahkamah syariah boleh membenarkan tuntutan beliau kerana anak adalah warganegara Pakistan. Undang-undang yang boleh digunakan untuk membolehkan mahkamah membenarkan tuntutan beliau?

  44. Salamm..
    Saya nk tnya rakan sy dah bercerai hmpir 2tahun…tp skrg dia rasa tertekan sebab masa kawin bekas laki dia byk guna nama dia untuk credit card..kereta..rumah dan kerja yg dibuat tapi ex laki dia xbayar..padahal dia yg buat semua kerja tu..ex laki dia skrg dh kawin baru dan asik ganggu tnjuk kekayaan bersama bini baru dia..skrg kwn sy tertekan sebab nama blacklist sbb hutang yg dibuat suami atas nama dia…ni kan teranaiya..harap puan dpt bg pndangan dan cara untuk membuka kes agar bekas laki dua setel kn sgala hutang dia tanggung n dh byr…skrg ni kawan saya nk belu hpone hutang di seng heng yg byaran rm100 sebulan pon xblh buat sbb blacklist..dia tertekan dan tak tau buat bagaimana sbb ex laki dia sgt licik..smua nama istri…kereta kena lelong pon nama istri..soalan sy..bagaimana dia blh tuntut n clearkn nama dia sbb dah bercerai hmpir 2 tahun..2.apakah khidmat guaman tinggi utk bantu beliau?? 3.tiada sbrg bukti bertulis utk jd bukti..melainkn report polis semasa suami dia curang..4.kepada siapakh dia perlu rujuk kes ini sbb dh 2 tahun..dia takut..sapa2 blh bntu email saya akie84@yahoo.com

  45. salam,
    saya nk bertanya,sy telah bercerai dgn isteri sy selama 5 tahun.Sy mempunyai seorang ank perempaun kini berusian 12 tahun.Selepas penceraian hak jagaan ank di bawah saya.Sepanjang tempoh penceraian ini sy sentiasa memberi kebenaran kepada bekas isteri sy utk ambil ank ketika cuti sekolah,raya & pada bila2 masa dia hendak.Tetapi setiap kali dia ambil kadang2 sy sendiri pergi menjemput ank sy semula dan kami sering bergaduh sekiranya dia tidak menghantar ank pulang & kadang2 dia menghantar lewat malam dan keesokan harinya ank sy perlu bersekolah.Sy terpaksa mengambil juga ank ini kerana sy tdk mahu ank sy kentinggalan dalam pelajaran.Sepanjang tempoh sy menjaga ank jarang skali dia memberi atau membeli apa2 keperluan utk ank sy.Tetapi baru2 ini dia hendak tuntut hak penjagaan ank sy.Saya & bekas isteri masing2 telah berkahwin lain.Semasa penceraian, kami telah bersetuju sekiranya bercerai hak penjagaan ank dibawah sy.Ank sy tinggal bersama sy & isteri,emak & adik lelaki sy.

    Soalan sy disini, sekiranya perkara ini ke mahkamah sy masih layak tak untuk penjagaan anak ini.

  46. Suami kluar rumah dgn membawa anak sulung umur 7thn +. Sy dapat berjumpa dgn anak sulung, namun dia seperti diajar membenci sy berdasarkan cakap2nya yg tidak selayak umurnya.lawyer inginkan bicara sebelah pihak di hadapan hakim kerana anak sulung tdk pergi sekolah dan kelihtn trauma.sy ada meminta suami pulangkn anak kerna tindakan bawa kluar anak dr tempat kami tinggal selama ini akan memberikan impak buruk.ternyata benar, anak ini merasakan dia menjadi mangsa kejahatan sy dan menyanjung sngt membela ayahnya.suami menarik simpati saudara mara dgn meyakinkn sy seorg ibu yg dn is3 yg garang.sedangkn dia selalu menghukum anak dgn kekerasan spt merotn dgn hanger dan mencabai mulut anak2..apakah kesalahan yg blh disabitkn terhdp suami memandangkn anak tdk hadir ke sekolah dn tindakan bwa kluar dr rmh menjadikan kehidupan anak sgt teruk dr fizikal, dan psikologi.suami seorg guru bimbingan kaunseling.

  47. Kalau Suame Dan isteri Sudan di bercarai.anam2 tingal di ibunya. Anak lelaki dah 7 tahun.bapanya warganagara asing so anak bole jaga bapa ke…..

  48. assalammualaikum ustaz,,
    saya ingin bertanya. Adik saya telah melahirkan anak diluar nikah dan bayi tersebut telah dijaga oleh ibu bapa saya. tetapi baru2 ini adik saya telah melarikan diri bersama-sama teman lelakinya dan membawa sekali bayi tersebut. mereka mengatakan mereka telah bernikah. boleh atau tidak ibu bapa saya meminta hak penjagaan bayi tersebut memandangkan lelaki tersebut tidak mempunyai hak ke atas anak tersebut dan adik saya pun baru berumur 18thn tidak mempunyai perkerjaan dan tempat tinggal. Dikhuatiri bayi tersebut akan didera atau dieksplotasikan.


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: