Posted by: Fathi Yusof | Ogos 14, 2007

Bahaya obesiti bagi kanak-kanak gemuk dan gebu

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup serta berkhasiat. Meskipun begitu, ada di antara ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Meskipun masalah tersebut adalah biasa di kalangan kanak-kanak, namun ia sukar dirawat.

obesity.jpg

Walaupun banyak usaha boleh dilakukan, ramai kanak-kanak obes akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka. Situasi ini boleh menyebabkan kenaikan dalam kes sakit jantung, diabetes dan juga sesetengah jenis barah di dalam beberapa dekad yang akan datang.

Setiausaha Persatuan Pediatrik Gastroentorologi dan Pemakanan Eropah, Dr. Johannes Taminuau berkata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menghalang anak-anak mendapat obesiti sejak dari awal. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang obes akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka.

“Merujuk kepada kajian terbaru, semakin awal kanak-kanak menjadi obes, semakin obeslah mereka di kemudian hari.

“Dengan ini, risiko mereka mengidap penyakit kronik juga meningkat,” katanya.

Pensyarah dari Universiti Amsterdam, Belanda ini berkata demikian semasa menyampaikan ceramah yang bertajuk Obesiti: Adakah Anak Anda Berisiko Tinggi pada seminar Program Permulaan Pemakanan Ceria di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa yang mempunyai anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Ia juga memerlukan kefahaman tentang masalah ini dan menekankan kepentingan tabiat makanan yang sihat.

Jelas beliau, cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatrik, pakar pemakanan atau pakar diet kerana obesiti adalah satu keadaan yang kompleks.

“Nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin memberi kesan buruk.

“Suplimen untuk mengurangkan berat badan dan lain-lain penawar juga mungkin membahayakan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak,” tegasnya.

Namun begitu, kata beliau, bantuan pakar tidak menjamin keputusan yang positif.

Faktor-faktor yang menyebabkan obesiti

Obesiti di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah keturunan atau struktur genetik. Dr. Taminuau menyatakan, hampir 35 peratus kes obesiti dikesan di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka mempunyai berat badan normal. Namun begitu, secara amnya, kanak-kanak mempunyai risiko menjadi obes yang lebih tinggi jika ibu bapa mereka juga obes.

Bercakap dengan lebih lanjut tentang peranan genetik, Dr. Taminuau menyebut bahawa sesetengah gen seperti leptin, MC4R, MC3R dan protein berkaitan agouti mengawal selera dan rasa kenyang.

“Kajian ke atas tikus menunjukkan ketidakseimbangan ke atas gen-gen ini boleh menyebabkan kecenderungan untuk makan dengan lebih.

“Walaupun ini merupakan satu maklumat yang menarik, masih terlalu awal untuk kita boleh mengurus masalah obesiti menerusi gen,” katanya.

Tambah beliau, obesiti terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal.

“Sebenarnya, badan yang gemuk bukan hanya menyimpan lemak, tetapi ia juga mengandungi otot pejal.

childobesity.jpg

“Jika kita lebih berat, maka lebih banyaklah otot pejal yang diperlukan untuk bergerak dan penggunaan tenaga sewaktu rehat juga lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal,” katanya.

Jelas Dr. Taminuau, hal ini berkaitan dengan faktor belajar yang mana kanak-kanak mencontohi tabiat makan yang kurang sihat seperti makan dengan berlebihan seperti mana yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Sehubungan itu, ibu bapa mesti menjadi teladan yang baik dan mengamalkan tabiat makan yang sihat untuk kebaikan anak-anak mereka.

“Makan dengan berlebihan menyebabkan kanak-kanak menjadi obes. Apabila mereka obes, kanak-kanak cenderung untuk terus makan dengan berlebihan kerana mereka memerlukan lebih tenaga untuk bergerak.

“Jika kita membiarkan kanak-kanak memupuk tabiat makan dengan dengan berlebihan ia boleh menyebabkan satu kitaran yang sukar diputuskan,”tegasnya.
Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa mesti terlibat secara aktif di dalam program pengurangan berat badan anak mereka yang obes. Ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengikuti program pengurangan berat badannya jika ibu bapa turut mengambil bahagian.

“Senaman yang banyak mungkin tidak dapat membantu kanak-kanak mengurangkan berat badan dengan dramatik.

“Namun demikian, adalah mustahak bagi kanak-kanak mengikut pelan aktiviti fizikal yang bersesuaian kerana tahap lemak badan berkait secara langsung dengannya,” katanya.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu memantau pengambilan makanan kanak-kanak sebagai langkah pertama. Jelas Dr. Taminuau, makanan karbohidrat kompleks (berkanji) adalah mengenyangkan dan mengurangkan kemungkinan untuk makan dengan berlebihan.

“Lemak penting bagi kanak-kanak mendapatkan tenaga, tetapi pengambilan lemak berlebihan akan menyebabkan 90 hingga 95 peratus daripadanya disimpan sebagai lemak di dalam badan.

“Sementara karbohidrat pula, walaupun tenaga berlebihan darinya juga akan disimpan sebagai lemak di dalam badan, jumlahnya adalah lebih kurang 10-20% lebih rendah lemak,” katanya.

Tambahnya, walaupun makanan berprotein adalah penahan selera yang paling mujarab, namun ibu bapa dinasihatkan tidak mengamalkan diet tinggi protein dalam mengurangkan berat badan anak-anak kerana ia mungkin merbahaya.

“Lebih baik menggalakkan pengambilan serat yang tinggi seperti makanan kekacang, buah-buahan dan semua jenis sayur-sayuran kerana ia juga turut mengenyangkan.

“Makanan-makanan ini juga rendah lemak dan mengandungi kandungan tenaga yang rendah ke sederhana,” katanya lagi.

Oleh kerana lebih mudah untuk mengawal pengambilan cecair berbanding makanan pepejal, ibu bapa dinasihat mengehadkan pengambilan minuman bergula. Ini kerana rasa manis menggalakkan makanan dimakan dengan lebih cepat dan pengambilan lemak sebanyak 11 peratus.

About these ads

Responses

  1. bagi akibat-akibat pengambilannya

  2. macam ane nk print hah????????? susahla… tak kan aq nk kene salin

  3. betul tu…ramai pelajar2 saya yg mengalami masalah lebih berat badan ….

  4. badan gemuk memang merbahaya, sebab ia boleh menyebabkan mereka mudah sakit sendi. Kadang-kadang, lutut dan kaki menjadi sangat sakit, sebab terpaksa menampung tubuh yang terlalu gemuk. Risiko ini juga ditanggung oleh orang yang terlalu kurus. Tulang mereka sangat rapuh. Langkah terbaik, dapatkan tubuh badan yang BMI normal.


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: