Posted by: Mama Farhah | November 1, 2007

Faktor-faktor kegagalan pendidikan anak-anak

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Dalam beberapa siri akan datang kami akan menghuraikan beberapa faktor yang menjejaskan kualiti pendidikan anak-anak. Maklumat ini berasaskan sedikit pengalaman serta melihat kepada perkembangan semasa. Rujukan kepada beberapa penulisan termasuk buku Pendidikan Anak-anak oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan juga dibuat.
Sebelum menghuraikan tentang tanggungjawab, kaedah dan bentuk-bentuk pendidikan anak-anak, Dr Abdullah Nasih Ulwan terlebih dahulu menjelaskan dengan terperinci faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kerosakan pendidikan anak-anak. Seorang ibu atau bapa yang berhasrat mendidik anak, harus terlebih dahulu mengetahui punca yang mengagalkan pendidikan anak-anak. Moga, maklumat ini menjadi ‘alarm bell’ kepada mereka supaya tidak terjerumus dalam penyebab-penyebab tadi.

Faktor-faktor kerosakan pendidikan anak-anak adalah seperti berikut

a. Ibu bapa terlalu sibuk, atau sengaja menyibukkan diri dengan urusan seharian sehingga mengkesampingkan usaha mendidik anak
b. Kaedah dan cara didikan yang tidak betul– sama ada dilakukan secara sedar atau tidak sedar – menyebabkan anak-anak lemah dan rosak
c. Pergaduhan berpanjangan suami isteri, juga terkadang mengheret ibu bapa dan mertua menyediakan landskap hodoh kepada persekitaran pendidikan anak-anak.
d. Perceraian suami isteri menjadikan si anak terkontang-kanting, keliru dan mencari lubang menyelesaian yang membobrokkan.
e. Aktiviti yang lagha, apa lagi yang merosakkan, menyebabkan anak-anak menjadi asyik dengan dunia palsu dan menghancurkan.
f. Silap memilih kawan, atau geng yang akhirnya mendorong anak-anak terjunam ke lembah keruntuhan budi
g. Bahan-bahan media seperti internet, CD, VCD, imej-imej dalam telefon bimbit, majalah, TV, dan lain-lain yang punya pengaruh maha hebat mendorong anak-anak untuk terus rosak.
h. Kemiskinan dan pengangguran ibu dan bapa, serta kesempitan hidup melampau boleh juga mendorong anak-anak punah akhlak terutama apabila gejala keruntuhan itu ditemani dengan lambaian materialistik yang menggoda.
i. Anak-anak yatim yang dahagakan perlindungan dan kasih sayang juga boleh menjadi mangsa keruntuhan akhlak jika kebajikan dan pendidikan mereka tidak ditangani dengan betul.

Insyaallah kami akan paparkan faktor-faktor di atas satu per satu dalam posting akan datang.

About these ads

Responses

  1. budak muda zaman sekrang mempunyai sifat ingin mencuba perkara2 yang baru

  2. banayk faktor mempengaruhi keruntuhan ahlak


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: