Posted by: Abi Muslih | Januari 15, 2008

Kisah-kisah budaya seks gadis pelajar IPT

Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala seks bebas

PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.

Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini.

Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM).

“Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.

Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.

Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.

“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.

Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.

Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.

Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.

Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.

Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.

“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.

(Lihat: Sengsara orang yang berzina)

“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.

Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.

“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.

Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.

Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.

Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT.

Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura.

Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media.

Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.

Berita Harian 15 Januari 2008

Tambah rezeki dengan berkahwin

Lagi kisah tentang gadis-gadis terlanjur

Akibat perlakuan seks pelajar UiTM?


Respon

  1. yup. Pelajar IPT paling banyak terlibat dengan salah laku dan gejala seks. Saya merupakan bekas pelajar UM, dan pernah menyewa selama beberapa bulan di kawasan yang disebutkan di atas. Dan memang terbukti, banyak kali terserempak dengan adegan-adegan kurang manis ditangga atau dalam lif.

    Nampaknya kes-kes asmara kantoi yang dipaparkan dengan meluas di internet langsung tak memberi kesan kepada pasangan ini untuk ‘behave’ apabila berada dalam kelompok masyarakat. Malahan asmara bebas ini semakin banyak dan dilakukan secara terbuka di hadapan umum.

    Masyarakat harus prihatin dan menegur secara berhemah. Jika mereka tidak insaf pun, sekurang-kurangnya terbit rasa malu di hati mereka yang terlibat.

  2. mengapa nak salahkan Abim plak? kenapa tidak kerajaan dan ulama2 bestarinya? huhu. oh, lupa. kerajaan kan sibuk berpolitik dan menaikkan harga barang, sampai terlupa yang memperkasakan “modal insan” yang digembar-gemburkan sebelum ini adalah tumpuan paling utama. huh..

    • Salam, inilah masalah kita, asyik salahkan pihak kerajaan mana peranan ulama-ulama di pihak pembangkang dan yang pro pembangkang. Sepatutnya perlu bekerjasama dengan ulama kerajaan yang bestari membantu mengatasi masalah sosial para remaja…kerajaan ada usaha untuk bangunkan “modal insan” pihak hang apa yang dibuat….fikir-fikirlah sendiri

  3. pandai dalam dan kampung kerinchi itu tempat aku lepak, ahahah

  4. satu je nak bendung perkara2 slah laku seks gadis2 ipt ni…pihak ippt yang ngaja depa kenalah bagi kurusu intensif tentang halal haram..bagi tahu mereka tentang haram buat maksiat..akibatnya masuk neraka..ceritakan pada mereka azab neraka pada mereka dan pantau aktiviti sosial mereka diluar…lebih baik lagi kalau kursus agama tentang halal haram ni dibuat setiap minggu kat ipt…mereka selama ni buat memanglah kerana nafsu…tapi nafsu boleh dibendung bila tahu halal haram….lebih lagi pihak yang berkenaan buat kawin ramai2 macam kat negara timur tengah…maksiat dapat dicegah…ada tak rasaanya lagai adegan2 tep tangga yang akan berlaku agaknya?

  5. assalamualaikum…

    inilah akibatnya kerana meletakkan nafsu sebagai raja hilang segala rasa malu…tepuk dada tanya iman..
    izinkan saya linkkan blog anda ini…….

    • betul tuu

  6. assalamualaikum,

    Bayan, saya setuju sangat. Nampaknya tahap kepekaan kepada mungkan makin kendur. Yang hodoh dipandang biasa. Yang baik pula diperlekeh-lekehkan. Maksiat depan mata, tapi buat tak endah.

  7. Kaptnizam,
    Sebenarnya pelajar di IPT yang sudah ada mata air ni patut digalakkan nikah cepat-cepat. Soal wang belanja dan mas kahwin tu, perlu dipermudahkan. Yang penting maksiat terkawal. Dah nikah boleh lah berdating sampai puas. Jangan risau sangat pasal rezeki. Berkat usaha, Allah akan permudahkan jalan (lihat entri dalam link di atas)

    Nuriman dan sapa2, jika nak linkkan ke blog anda persilakan. Jangan malu-malu…

  8. Inilah donia…

  9. saya juga belajar di UM, walaupun sewa kolej yg mahal..RM15/hari..tp sy lebih rela bayar daripada ari2 duk sakit mata tgk adegan budak2 ni..

  10. bg gadis2 yg suka berhibur 2 igt2 lh mak bapak.. kalo u buat you yg rugi boy xda rugi pape pun.. bia berfikiran kolot jnji selamt dunia akhirat..

  11. boy xrugi ka? boy rugi gak klo gadis tu terberanak… pastu kene paksa kawen [dgn gurl yg tentunya xcantik akhlaknya], bg yg pengecut tu lari la ke hujung dunia…

  12. ye, betul anakkawi. Dua-dua rugi. Boy and girl.
    Dunia akhirat…

  13. wahai gadis….
    ingatlah bahawa maruah adalah makhkota yg paling penting daripada segala galanya….
    cuba berfikir sejenak…….
    setelah melakukan perkara terkutuk tu……….
    adakah laki2 tu nak bertanggungjwb…..?
    apakah nasib bayi tu nanti……?
    adakah laki2 tu nak kawin ngan gurl yg dia tahu boleh serahkan diri kat sape2 yg dia suka…..?
    camna ngan dosa yg byk ditanggung…?
    jd sy merayu kepada semua wanita di dunia agar tidak mudah menyerahkan maruah kpd lelaki…….
    buatlah seks secara halal iaitu dengan adanya ikatan perkahwinan…..
    seronok yg anda kecapi dgn cara yg x btol…..
    adalah bersifat sementara…..ingatlah…….(“,)

  14. [...] Berkaitan: Kisah-kisah Budaya Seks Gadis IPT [...]

  15. insaf la oiiiiiiiiiii

  16. Sayangi lah diri anda wahai kaum hawa…….

  17. btol tu..xyah la bagi body kat laki..
    BUKAN diorang nk b’tanggungjwb klau da mengndung…
    klau mula2 tu mmg la manis janji nya ckp nak jage smpai kawen tp
    lps bwat PROJEK mesti xde lagi janji2 tuh..kenapa?
    sbb dia da rasa badan korang…spatutnya jadi perempuan ni kena b’syukur sbb perempuan lagi byk kelebihan dr laki..
    tau knapa? sbb laki ad 1 nafsu tp xbole jaga bebaik..
    pempuan ada 9 tp bole jaga..mcm mana nk jaga? solat la…

  18. Wahai hamba Allah, sedarilah bahawa kita dipinjam oleh Allah hanya untuk sementara, cuma nak lihat betapa kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan atau tak…pandanglah diri kita yang kerdil ni..sayangilah diri kita agar kita dsayangi Allah…banyakkanlah doa kepada Allah,pasti hidup kita akan bahgia dunia dan akhirat….amin Ya Rabbi…

  19. walaupun bru sem 1 di sebuah univrsiti di shah alam..namun kisah remaja menggurkan anak tetap ade di tempat kami..dan kerap menghantui pelajar disini…ish..anak yang digugurkan itu akan mnolak anda trus ke neraka dengan senang..fikir-fikirkanlah

  20. Wellhhh…. I don’t know what to say…

    May Allah send some guidance to y’ll,

    Don’t do drugs…O.k

    see U on the other side…….

  21. if u all look at ipta now days, there a lot of this matter happen. dont you all forget to look into the ipts. from what am i observe, commonly ipts students is the most who are influent tto do these forbidden activity. i hope all of us take an action when see couple around us coz our prophet ask us to avoid all that thing as hard as we can. please tell those who stupid with religious do the right things.

  22. yaALLAH berikan lah petunjuk kepada hamba Mu yang berada d akhir zaman ini..selamat kan lah umat islam daripada terjurumus kelembah zina

  23. Nauzubillah… mintak jauh dari keluarga kita….
    sesapa yg buat tu… klu tak malu kat org lain malu la kat diri sendiri….

  24. masalah gugur dan buang bayi ini adalah masalah sifat kebinatangan selepas seks bebas atau seks haram di kalangan masyarakat malaysia hari ini. Kelalaian dari didikan agama dari rumah di kalangan ibu bapa. Wahai manusia seluruhnya, dan ingatlah janji2 mu ketika kamu bersumpah kepada ALLAH bahawa lamu akan memertabatkan agama Nya daripada kesesatan dunia. Perindahkanlah kemanusiaan mu dari kejahilan yang durja mengalah sifat binatang. Perelokkanlah kasihsayang mu untuk jiwa manusia seperti mu. Jangan mudah lupa pada pencipta mu walau apa yang kamu lakukan.

  25. wehh..bodo nye budak2 ni..dh tau msk ipt tu, blajo laa..ni keje berendut je pastu pregnant..bile dh mngandung br nk nyesal..sori to say laa..kebanyakan student2 ni culture shock n mostly dr kwsn perkampungan.i mean dr luar bandar laa yg byk mcm ni.my sis doktor n ade clinic sendiri.ramai bdk2 yg terlanjur ni yg tanye ade abortion kat clinic akak aku ni tapi sorry laa, mmg takde pun.n my sis tanye laa diorg blajo mane n kebanyakan nye dr kampung2.kesian aku tgk diorg ni.lepas laku gile bile blkg mak bapak diorg

  26. wahai wanita islam..insaflah..bangkitlah.. jgn mudah bermimpi lagi.. kerana kamu adalah wanita yang mampu goncangkan dunia ..
    jgan jadi seperti “epal” masam yang mudah dibuang… carilah apa yang kamu perlukan dalam hidup bukan apa yang kamu mahukan dalam hidup…jadika Alquran sebagi petunjuk

  27. Brani buat brani tggung,jgn buang baby tu,dia x b’salah,yg b’salah mak bapak baby tu,bgi pluang mreka utk m’betulkan k’silapan mreka.Masyarakat kita t’lalu m’yalahkan mreka.Sbb itu k’jadian m’buang baby b’leluasa skrg.Bg mreka pluang…………..x slahkan.

  28. lelaki mcm tu hanya mahukan bdn pmpn tu..seks semata2..mustahil mahu bertanggungjawab,,ingtlah akan azab yg akan Allah berikan

  29. betul…igt azab drpd allah

  30. semua tahu buat seks d luar nikah tu haram..tmbh lg diorang peljr ipt..tapi nafsu itu tak ddidik dgn smpurna.punca adlh iman rosak yg xdiusakan..so nk usaha ats iman kita peljr ipt kena libt diri dlm agama . .spt belajr sunah nabi melalui keluar jalan Allah

  31. en fathi, mcmana nak contact en fathi?, no hp en fathi dah tukar kan. ur student.

  32. insaflah wahai umat manusia.. sesungguhnya pedihnya azab di neraka..setiap apa yang kita lakukan akan dicatit..
    carilah islam dalam diri kita..

  33. kembali kepada islam… cara terbaik ialah gunakan hukum islam… rejam sampai mati org yg b’zina.. beri pengajaran pd yg laen.. baru selesai maslah…

  34. Pengajian Kitab Bersama al-’Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  35. duharap pihak yang bertanggungjawab menitik beratkan isu ini kerana ia melibatkan modal insan negara…..kerajaan macam tak tau jer isu ini dah jadi barah…cam x wat kerje,risau n len2 lah

  36. undi lah pas….. pilih la pimpinan ulamak,berjihad tegakkan undang2 hukum hudud.br la negara selamat dr bala Allah…. br la maksiat dpt dibendung… TAKBIR…..singkirkn pemimpin rasuah,pulau umno…..

  37. ERM..cik norhaizah…sy bljr kt um gak.dr first degree untl master.duduk luar je..xde masalah pun..ok je..bleh gak skor..xde kesah pun ngan sakit2 mate ni..ngan adegan2..

    bg sy, kl duduk kolej pun..maksiat pun bleh jadi gak..kt mane2 pun bleh..yg penting dr diri kite sendiri.

  38. caleg mana ci yang bener-bener beragama islam 1000%…????????….

  39. kenapa ….sebab akal nafsu telah menguasaiii……
    kalau begitu terus surf my web…

  40. akhir zaman….

    dunia nak kiamat……
    ya allah simpangkan aku dari perbuatan terkutuk ini…

  41. Wah! Ternyata saya salah masuk nch…
    Bahasa Nak nak takye-Takye itu ape..?

  42. 2 la,g mngji tinggi2,dok mgabiskan wit mk bpk,tp wat kj hrm ni..ingat owg bplajran ni,hrg diri dia tinggi,tp tnp sdr,dowg snd mmbenam maruah dowg..insaf la weii..

  43. xpyh la nk slhkan mk bpk ker,kerajaan ke, ulama ker @ owg lain..sume tletak pd diri snd..nk kata bdk kck,dh bsr panjg..nk kata xcerdik,blajar dh tinggi dh..sume tletak kat hati…klu ko xnk wat,pe owg goda pn ko xkn wat..tp klu ko mmg nk wat,xyah owg ckp,ko snd akn wat..kekdg mk bpk dh bg didikn cukp smpurna..klu x,xkn smpai ke ipt kot kn..xgn gak krjaan wat kempen ksdaran klu remaja 2 dok ikut hati snd..yg penting hati…xyah la nk tunding jari kat owg lain..owg lain la yg slh..remja 2 mngsa la konon?!!


Leave a response

Your response:

kategori