Posted by: Fathi Yusof | Januari 15, 2008

Sengsara orang yang zina

Tazkirah Remaja Bersama Mohd Zawawi Yusoh

KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.

Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.

Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.

Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer. Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.

Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.”

Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

About these ads

Respon

  1. [...] (Lihat: Sengsara orang yang berzina) [...]

  2. [...] Sengsara orang yang berzina [...]

  3. [...] Sengsara orang berzina [...]

  4. kadang-kadang kita pun tertanya-tanya di mana puncanya gejala seks haram ni, apa yang silapnya dgn anak-anak muda ni.mereka ada akal yg pandai, ada pelajaran, tapi tak bijak mengawal nafsu.siapa yang harus dipersalahkan selain diri mereka sendiri.macam mana agaknya nasib masa depan anak-anak kelahiran perbuatan haram tu nanti.mewarisi ciri nafsu tak terkawal turunan ibu dan ayah mereka.

  5. Perkara ni berlaku disebabkan oleh pemikiran masyarakat yang terlalu terbuka. Saya sendiri melihat betapa beraninya staf yang masing-masing telah berkahwin mempunyai isteri atau suami lain di pejabat, tanpa segan silu mengaku melakukan hubungan intim pada setiap kesempatan.

  6. Masa sekarang lah kita harus membenteras gejala seks di kalangan remaja sekarang.Remaja sekarang terlalu mengikut budaya barat sehingga ada yang lupa pada asal usul sendiri.Ibubapa yang sepatut memain peranan dalam mendidik anak-anak sekarang.Kenapa kita harus takut pada telunjuk mereka.

  7. macam manalah kita nak membenteras gejala seks yg semakin menjadi ni kalau pemimpin2 kita, separuh ulama2 yg patut mengajar pelajarnya tp malah sebaliknya merogol pelajarnya,guru2..mcm2 lagi..bg saya mencegah ni bukan tak boleh..bolehhhhhhhh…..tapi kena dari diri kita sendiri dan cara didikan ibu bapa dan keluarga.. tapi hairan gak kekadang didikan keluarga cukup pun masih gak terpesong..sebab apa??? sebab kebebasan tu org tua tak jaga sangat! fikir2kan renung2kan.

  8. pada che lin…jangan lah kata pada anak2 yg tak bersalah tu sebagai anak haram…walaupun hakikat dorang tu dikategorikan anak haram tapi dorang pun tak mahu dilahirkan sebagai anak haram..tu semua salah sipembuat dan si penzina ler..jgn lah kata disebabkan ibu bapa mereka sesuka hati berzina/ melakukan perbuatan haram tu dan mereka akan mewarisi ciri nafsu mereka…bg saya nafsu ni ada pada setiap manusia ciptaan allah s.w.t cuma diri kita sendiri yg kena kawal nafsu kita dari terjerat oleh syaitan yg menyesatkan! setiap manusia ada hati dan perasaan…mereka yg lahir dgn cara yg tak betul jgn lah lagi ditambahkan derita dan disakitkan telinga…sebab mereka juga adalah makhluk allah yg inginkan kebaikan dan jalan yg lurus dari padanya..sadakallahuladzimmm..

  9. saya setuju dengan pandangan che lin. benar….tiada manusia yang ingin dilahirkan dari hubungan yang tidak sah, jadi jangan dihina dan dikeji mereka2 yang datang dari hasil yang haram. sesungguhnya setiap kelahiran dan kejadian manusia ke dunia ini adalah suci dan bersih…persekitaran yang akan membentuk keperibadian setiap mereka samada menjadi manusia atau sebaliknya…allahualambisawab

  10. lelaki ada 9 akal 1 nafsu , manakala perempuan ada 1 akal 9 nafsu .

  11. syaitan telah bersumpah yang dye akan memesongkan akidah dan menyesatkan anak2x adam…….. jadinya kita kenalah jadi hamba allah yang bertaqwa dan beriman kepada allah.. jika kita beriman tapi tidak berilmu tidak ada gunanya jua, jika kita berilmu tapi tidak memahami xda gunanya gak, jika kita memahami tapi tidak mengamalkannya serupa xyah gak, so kita kenalah kenal diri kita siapa sebenarnya… bagi orang yang beramal soleh ingatlah syaitan amat gemar mengoda.. so kenalah berwaspada selalu…………

  12. jgn biar kn nafsu mguasai kita..

  13. emmmm……….
    di mana pun kt berada ,kt perlu ingat pahala dan dosa. apa yg baik dan apa yang salah. insyallah, kt akan dpt menjaga diri dgn baik. jgn lupa solat 5 waktu dan amalkan 10 muawasafat..sentiasa ingat ALLAH s.w.t. hidup kt pasti terjamin. (n_n)

  14. emmmm……….
    di mana pun kt berada ,kt perlu ingat pahala dan dosa. apa yg baik dan apa yang salah. insyallah, kt akan dpt menjaga diri dgn baik. jgn lupa solat 5 waktu dan amalkan 10 muawasafat..sentiasa ingat ALLAH s.w.t. hidup kt pasti terjamin. (n_n)
    ini mungkin, kali pertama saya muncul dan kali terakhir saya muncul dan bagi komen kat laman yang penuh ilmiah dan pengajaran ini. sbnrnya saya malu nak mengaku yg saya tersesat. hu32. nak carik maklumat ttg keje sekolah tapi sampai kat sini.maaf la,saya mmg buta it ckit. ntah mcm mana laman ini dll menarik minat saya. saya mintak maaf sekiranya saya ada menyinggung sespe k..insyallah, jika di pjgkan umur saya akan kembali. salam ukhwah dr saya. (n_n) mintk diri dulu assalammualaikum w.b.t (n_n)

  15. aku harap apa yang korang paparkan ni dan bagitahu ni janganlah korang plak talm dua muka ye
    bukan apa zaman sekarang pandai cakp je.
    jadi apa yang kita nak cakap kat orang kita mesti menilai diri kita dahulu k……
    chowwwwww

  16. betol, betol, betol….

  17. betul…along setuju dgn tengku…along tgk remaja sekarang dah makin berani..begitu juga ibu bapa…semua org tak sempurna…tapi kita jgn terikut kehendak nafsu,,nnt menyesal tak sudah…salam…

  18. Salam semua

    Pada pendapat saya… gejala zina & sumbang mahram yang berlaku sekarang ini adalah kesan dan akibat dari masyarakat islam kita yg sudah lalai dengan solatnya…. sudah menjadi janji Allah, barang siapa yg menjaga solatnya.. insyallah akan terhindar kemungkaran kepadanya…

    Renung2 kan lah.. adalah kita benar2 menjaga solat kita atau kita hanya solat sekadar memenuhi rukun islam kita..

    Semoga Allah memelihara kita & keturunan kita dari kecelakaan ini & fitnah akhir zaman.

  19. ape2 pun jauhi lah zina…klu sdh tlanjur insaflar

  20. Salam,
    Maaflah yea,sbb mencelah..pada asalnya,saya mmg telah terlanjur byk kali…alhamdulillah berkat doa kedua org tua saya,serta nenda,saya telah menjauhi perkara terlarang tersebut..alhamdulillah…skrg saya dah bernikah dan mempunyai anak kembar…doakan kebahagiaan kami sekeluarga..amiiinnn..

  21. k


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: