Posted by: Fathi Yusof | Mac 31, 2008

Genius Sufiah Yusuf jual tubuh: pedoman buat kita

Sedih membaca kisah Sufiah Yusof. 10 tahun lepas kita rasa bangga bila seorang kanak-kanak Muslim yang ibunya dari Johor berjaya membuktikan dirinya seorang genius dengan layak memasuki Oxford di usia 13 tahun.

Hari ini kita membaca kisah yang sangat menyedihkan yang dialami olehnya.

Apa yang berlaku memberikan bebarapa gambaran buat kami:
1. Manusia tidak boleh semata-mata disumbat dengan pembangunan akal, tanpa jiwa dan rohaninya terisi dengan iman dan emosi yang seimbang. Lihat, betapa pentingnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak.
2. Manusia juga tidak boleh didik dengan keras dan memaksa. Potensi jiwa manusia yang memberontak dan meletup bila sekatan itu melampau dan tidak diisi dengan kawalan iman.
3. Kecemerlangan akademik bukanlah segala-galanya bagi mencapai kebahagiaan di dunia (apa tah lagi untuk kejayaan di akhirat)
4. Genius itu kurniaan Allah. ia juga amanah buat ibu bapa dan diri sendiri. Salurkan kelebihan yang Allah berikan itu pada jalan yang betul. Jadikan tokoh-tokoh genius yang hebat dalam sejarah Islam seperti Imam Syafie, Imam Bukhari dan sebagainya sebagai role model untuk memberikan sumbangan kepada umat di zaman ini.

Berikut adalah berita yang saya petik dari Metro:

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.

Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.

Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).

Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.

“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.

Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.

“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.

Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.

Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.

Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.

Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.

Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.

Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”

Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.

Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).

Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.

Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.

Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.

Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.

Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.

Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.

Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”

Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.

Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.

“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.

Berkaitan:

Sengsara orang berzina

Mendidik anak dengan naluri kasih sayang

Kasih sayang perlu dibajakan

About these ads

Responses

  1. Berkata Imam Al-Ghazali : ” Ilmu tanpa amal adalah junun (gila), amal tanpa ilmu adalah sia2..” Sedih jugak bila baca kisah ni..Sedih sbb seorg muslimah yg dikatakan genius tp sanggup menjual maruah diri semata2 ingin mengejar dunia. Orang genius spt sufiah byk kerja lain yang halal boleh dia lakukan, tapi kenapa jln itu yg dia pilih…Ini membuktikan kecemerlangan akademik semata2 tidak menjamin kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi di akhirat kelak..Diharap kisah ini menjadi iktibar kepada semua ibubapa dlm mendidik anak2. Kita tidak boleh menyalahkan sufiah 100% dlm hal ini, mungkin terdpt problem2 lain yg menyebabkan dia terjerumus dan memilih jln yang salah disisi agama ini. Dengan doa & harapan semoga sufiah segera kembali kepangkal jalan. ameen…

    • bukan sya nak menghalal kan apa yang haram n mngharam kn apa yg halal kat sini kita kena la lihat sufiah itu manusia biasa sya rasa dia mencari sesuatu yg bersifat abstark yg sukar difahami n sukar untuk diselami ‘complecated’ dengan sinar cahaya hidayah dari allah sahaja dapt membantu dia mencari jalan yang benar n lurus jadi saya rasa biar kan lah dia berterusan sebegitu kerana semua ini tidak lah adil kalau kita nak menyalahkan dia semata mata kerana ini berpunca dari ayah n nafsu nya yang liar tapi pada hakikat nya dia seorang yang baik n berhati mulia …….. dia bukan diberi anugerah untuk pandai dalam math tapi dia ditren untk menjadi genius dalam bidang math dia terlalu tertekan jadi kite doa kan lah kebahagiaan dia didunia n akhirat

  2. SAYA X FHM, KNP ORG YG BLUM B’KHWIN PUN MELKUKN P’STUBUHAN….SY FHM, MNUSIA AD NFSU,TP KNPA ORG ZAMAN TOK NENEK KITA LEH KAWAL, ANAK MUDA KTA SEKARANG TIDAK…ZAMAN DEPA LAGI SEKSI, BERKEMBAN JE…TAK ADA PUN KES ZINA, KHALWAT, ROGOL…MANA PERANAN GOVERNMENT???KNPA BIARKAN BAJU2 SEKSI DIJUAL SCRA BERLELUASA…JWPNNYA MDAH…SBAB, ISTRI PMIMPIN KITA PN PKI BJU2 KTA…TUDUNG TAK PYH KISAH LA…PIKIR R BEK2….

  3. memang menyedihkan,inilah akibatnya iman di letakkan di kepala lutut dan nafsu menjadi raja..makanya tidak tahu halal dan haram….
    tak taulah nak cakap kembalilah ke pangkal jalan….

  4. Astargfirllah…Sedih memang sedih… dulu aku bangga gak bila tengok berita pasal sufiah budah genius dapat masuk oxford.. tapi sekarang kenapa jadi camni.. mungkin tersalah didikan kot.. wallahuallam…

  5. [...] Berikut adalah petikan dari News of The World yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu dalam Harian Metro oleh Abi Muslih: [...]

  6. Salam..sume..Astaghfirullah…ape nak jadi manusia zaman skarang…mmg susah nak dpt hidayah dr Allah…tp jika kite ade usha insyaAllah tuhan akan bg kat kite jugak…akal yg kite ade ni sepatutnya dikawal dgn iman….tp bile iman tu sendri x prnh ade dlm diri…maka akal tu secare automatik “syaitan” yg akan cube kawal….so x hairanlah jika zaman skarang ramai manusia bersifat “haiwan” sbb ramai antara kite yg malu, segan, riak n angkuh tak nak sujud pada Allah…bile tak nak sembahyang…mane datang nye pengisian “iman” dalam diri…ingatlah bahawa kite ade AL-QURAN n AL-SUNNAH yg bole kite gune tuk jadi panduan hidup dunia akhirat…belajar dr kesilapan n kelemahan mase lalu…dekatkan diri dengan Allah nescaye hidup akan lebih bermakna n bahagia dunia kahirat… saya menyeru diri saya n sume umat islam lain supaya berdoa pd Ilahi smoga adik sufiah ni mendapat petunjuk dr Allah tuk kembali ke jalan yg diredhai Allah..Amin

  7. Salam. Kita tak blh terkejut dengar berita pasal sufiah ni, masyarakat melayu kita pun apa kurangnya, bohsia, GRO, pelacur,seks bebas. Siapa kata dulu takde kes2 zina ,rogol , sumbang mahram etc. Ada memang ada tapi ditutup sebab takut malu. Saya dah bertahun tinggal di UK, dan banyak kes2 mcm ni cuma kita kat malaysia terkejut sebab sufiah ni budak pintar dan pernah dapat publisiti. Kat UK , boleh pilih jalan syurga atau jalan neraka, kita bebas. Jadi peranan keluarga dan teman rapat amat penting utk menentukan jalan mana yg kita cenderung. Mak sufiah pun tak tahu dia dah jadi mcm ni, so blh nampak peranan keluarganya amat longgar, boleh menekan anak supaya genius, solat pun jadi routine tapi ketenangan jiwa dan kebahagiaan di rumah sendiri tak dapat dirasakan Sufiah sejak dari zaman kanak2nya. Satu iktibar untuk ibu bapa dan anak remaja.Sama2 kita berdoa utk Sufiah dan untuk anak cucu kita supaya dipelihara Allah. Di samping tu, anak2 yg ada depression perlu dibawa utk rawatan, kalau tak, fikiran mereka jadi celaru dan akn buat keputusan yg salah dan memakan diri sendiri.

  8. sedih…..sedih…….teramat sedih. Sama-samalah kita berdoa semoga Sufiah kembali ke pangkal jalan. Semoga terbuka pintu hatinya memilih jalan yang diredhai Allah. Pintu taubat masih terbuka. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Pengasih. Ameen…..

  9. Assalamualaikum…

    Saya x rase nie kemahuan Sufiah dengan melacurkn diriyer semate2 mahukn wang…. Ape yg t’jd t’hadap diri Sufiah mgkin kerana tekanan yg di hadapi yg x dpt di kgsi & kita s’diri pn xtahu ape yg sebenarnyer t’jd pd diri Sufiah.. Sape ler diri kita nie utk m’jd hakim b’ckp mengikut akal yg di lutut…

    Perlu ler m’cermin diri s’diri dahulu sebelum m’gutuk org lain… Xde sape2 pn yg mahukn diri di jadikn pelacur mahupn Sufiah… & xsalah juge sy katekan di sini kadangkala hati seorg pelacur lg mulia @ bersih dari hati org yg snantiase memandang serong ngn ape di p’katekn oleh org di Barat…

    Jdkn diri anda di tmpt Sufiah sebelum b’kata ape jua..

    Doakn agar Sufiah @ sape jua selamat dari di fitnah & snantiase di lindungi oleh Allah… Cekal melalui ape jua rintangan & fikir sebelum b’ckp adalah lebih penting daripd m’hukum org lain tnp tahu sebb p’kara t’sebut…

    Saya doakn agar Sufiah pulang ke pgkuan keluarga ngn secpt mgkin… Amin.

  10. Kalau kita lihat perjalanan hidup sufiah bagi saya amat menyedihkan dan memalukan tetapi kita sebagai manusia memang tidak lari dari membuat kesilapan tanpa kita sedari dan seharusnya kita sebagai rakyat malaysia janganlah meletakkan kesalahan ini sepenuhnya padanya mungkin ada penyebab lain selain alasan menjual maruah diri untuk meneruskan pendidikan dan kehidupan… berilah sokongan padanya dan keluarganya dia masih bererti bagi kita….

  11. Saya kesal dengan apa yang terjadi pada sufiah. kes ini sepatutnya menjadi iktibar kepada ibu bapa sekarang supaya tidak terlalu mengongkong dan manjakan anak yang masih di bangku sekolah. perlu diingat, teori perkembangan kanak-kanak. kepintaran akan musnah kalau tidak kena gayanya. saya berharap sufiah dapat kembali ke pangkal jalan yang diredhai oleh Allah yang memberikan kepintaran.

  12. WOOHOO

  13. mang sukup sedih kisah pelajar pintar yang menjadi role pada kebanyakan org… kita jadikan iktibar dari apa yg terjadi….

    jgn dihina, dicaci dan dijajah cerita pelajar pandai ni… aib org kita kena jaga, moga aib kita ALLAH jaga gak…

    kita doakan dia agar dia kembali ke pangkal jalan dengan taubat NASUHA… moga dibuka pintu hatinya untuk menerima cahaya ilahi dan bebaskan dirinya dari kegelapan…

    ameennn…

  14. saya agree dengan nursyirah. Jangan lah dikeji dicaci serta dijaja lagi cerita pelajar ini.. Entah apa yang dilaluinya pun kita tak tahu.. kasihan kan ibunya yang telah mengandungkannya. Pasti hancur luluh hati ibu bila mendengar kritikan dan cela dari kita semua. Bila yang baik kita puji , bila jadi tak baik kita cela… Sebaik-baiknya kita doakan mudah2an Allah berikan hidayah serta terbuka hatinya untuk kembali ke jalan yang lurus.

    Dan yang penting lagi… bukan dia saja sebenarnya masalah nya… Di malaysia ni berlambak lagi hal-hal seperti ni yang berlaku depan mata kita… Budak2 perempuan berpeleseran di mana saja… Dengan pakaian yang tak senonoh, Apa yang kita bleh buat??? Paling banyak pun kita tengok dan geleng kepala. hrmm, saya rasa patut kita merungkai masalah yang ada didepan mata kita di Malaysia ni terlebih dahulu dari sibuk menjaja cerita si Sufiah ni. Apa suggestion netters sekalian untuk membendung gejala sosial kat Malaysia ni yg dah terlalu dan amat memualkan… Sampai tak sanggup nak keluar ke KL bila hujung minggu. Pompuan lelaki bergomol terangan2 tanpa segan silu lagi dah…. hish… nauzubillah….

  15. ….asalamualaikum…astagfirullah…….jika diperhatikan semakin ramai umat islam yang tumbang di lembah kehinaan satu persatu….sedih..pilu…kecewa..dan malu…..ttp dalam kes sufiah ini…saya hairan……knp keluarganya tidak bertindak dgn lebih awwl shinga terpaksa menangung aib yang tlh disebarkan…sepatutnya mrk bertanggungjawab membawa balik sufiyah dr dahulu lg…bg saya sufiyah tidak boleh dipersalahkan…….melihat kpd cr dia dibesarkan…cr dia dididik….seratus peratus itulah punca yang tlh menjadikan sufiyah terjerumus jauh ke dalam lembah yang sy pasti dia jg tidak ingin masuk tetapi TERPAKSA MEMILIH jalan itu…..sy kesian dgn sufiah…dia telah dianugerahkan st anugerah yang tidak dpt diperolehi oleh semua orang…tetepi anugerah itu hancur,hilang begitu sahaja oleh insan yang telah nmembesarkan dia..iaitu ayahnya….tergamak seorang ayah membuat anaknya sprti begitu….astagfirullah…sy tertanya-tanya…..di mana peranan ibu sufiyah dalam menangani masalah ini…sbg seorang ibu…dia harus menyelami perasaan anaknya sendiri….sungguh kasihan nasibmu SUFIAH……marilah kita bersama-sama mendoakan agar sufiyah kmbali ke pangkal jalan….AMIN

  16. inilah kisah dan tauladan
    dalam mencari ketaqwaan
    untuk mereka yang berakal

    sama2 kita doakan dan fikirkan. kenapa??

  17. salam utk semua,
    iktibar utk semua, jgn paksa anak keterlaluan akibatnya, amat memudaratkan. Ilmu dan iman perlu bergandingan agar tidak terlibat dalam perkara yang ditegah oleh Allah. Semoga Allah memberi hidayah dan pedoman ke arah jalan yang lurus dan benar kepada kita semua, amin!

  18. rasanya si sufiah ni suka2 kot buat perkara terkutuk ni.Aku xrasa dia nak duit tp sebab utama dia nak release tension dari segala masalah yang berlaku terhadap dirinya.Duit 2 sebab kedua kot..Tp caranya salah lah. Xperlu lacurkan diri..Banyakkan sembahyang n dekatkn diri kepada agama kita walaupun kt xsesempurna mana

  19. salam……agree dgn ain dan nursyirah…
    setiap yg terjadi ade hikmahnye….
    jgnla kite menunding jari kpd sufiah semata2..
    cube kita pk dgn lebih teliti…
    adakah ape yg terjadi kpd sufiah ini,dgn mengikut kehendak hatinye sahaja???
    hmmmm……..tak mungkin…..seorang pelajar yg pintar terpikir utk membuat perkara terkutuk ini….
    ni mungkin terjadi akibat dr kesengsaraan hidup yg dialaminye…..
    kenape????kenape jd begini????
    cuba anda sume tnye diri anda sendiri….
    jika anda berada di tempat sufiah,ape yg bakal terjadi kpd anda????
    anda mungkin menjadi lbh teruk drpdnye….
    sufiah menjadi begitu akibat tekanan yg dialaminye….
    dia seorang pelajar yang cerdik pandai…..
    tertekan dgn kecerdikannye…..
    tertekan dgn bapanye……
    terpengaruh dgn cara hidup orang barat yg mementingkan keseronokan di dunia….
    jgn salahkan sufiah seorang……
    tunding jari pd diri kita…..
    sewaktu sufiah menjejakn kaki ke oxford,kita sanjung dia,kita beri dorongan pd dia….
    tapi….
    ape yg kita buat bila sufiah da ada di sana?????
    ada tak kita memberikn dorongan pdnye????
    memberi kata2 semangat pdnye lg?????
    ada??????
    so,
    tunding jari pd diri sendiri……

    tp…..
    nasi da jd bubur…..
    apekan daya kita nak melawan takdir…..
    ape yg boleh dilakukan kini sebagai hamba allah yg lemah,
    hanyalah berdoa supaya dibukakan pintu hati sufiah untuk kembali ke pangkal jalan……
    dan semoga pintu hati kita tidak tertutup….
    amin……
    wassalam….

  20. org mcm sufiah tu ibu bapa ade salahnye begitu juga dgn diri dia . penderaan dari bapa dia tu adalah kisah lama , mungkin sikap benci kat bapak dia tu yg membuat diri dia menjadikan alasan mcm tu . sekarang kita tak boleh salahkan mak bapak dia kalau keadaan dia jadi macam tu pucuk pangkalnya diri sendiri sebab diri sendiri yg mengawal pergerakan ,emosi dan persekitaran. sebab dia yg putuskan hubungan dia dgn parent dia. kita mungkin boleh cakap kesian “dia disebabkan kesengsaraan hidup dia jadi mcm tu tetapi lagi satu kemungkinan yg kita mungkin tak tahu ialah mungkin dia sendiri suka buat dgn apa yg dia buat sekarang ni dan dalam kurungan ( tahap seks yg terlalu kuat ) kita tak menunding jari ke arah sufiah tapi setiap masalah ada jalan penyelesaian dia bukannya tak boleh carik kerja yg baik dan dia bukan calang-calang org utk mendapatkan yg terbaik utk diri dia , tapi mungkin juga desakan hidup itu yg tak boleh nak argue . mcm yg ex husaband dia katakan ( jonathan ) … semakin dirinya mendekati allah , dan masa sama jugalah sufiah perlahan 2 menjauhikan diri kepada allah . mcm sekarang mak bapak dia suruh balik kerumah nak selesaikan masalah dia tapi dia sendiri yg tak nak ..malah berkata kalau parent nak bertegas nak jumpa dia juga dia nak ugut buat sidang akhbar ” kenapa dia jadi mcm tu adalah di sebabkan penderaan masa lalu “. ade ke patut …org lagi nak tolong dia selesaikan masalah dia tapi lagi dia benggang .ialah mungkin dia malu sebab semua org dah tahu dan pandang serong terhadap dia .
    Dan sekarang ni kita sibuk2 nak hantar seseorang utk menyelesaikan masalah dan bawa balik dia pulang tapi dia adakah dia akan terima ????.
    ( cuba pikirkan ????? )
    Duit tu mungkin soal kedua tapi keseronokan tu mungkin pekara pertama nak release tension .
    ” aku yg menghargai kepandaiian yg terdapat pada diri dia dan yg tak terdapat pada diri aku – semoga dia bertaubat , pulanglah ke pangkal jalan dan balik lah kepangkuan keluarga . setiap masalah ade jalan penyelesaian semua org sokong dan sanggup membantu dia .
    ( p/s – SEBELUM MELAKUKAN SESUATU PERKARA BERPIKIR DULU SBLM BUAT …. walaupun mengambil masa berpuluh-piluh tahun)

  21. Ermmm..terkejut juga bila dengar berita tentang sufiah yusuf…sayang seribu kali sayang.. budak cerdik pandai.. camtu leh terjerumus ke dalam kancah maksiat yang amat menyedihkan…musnahkan masa depan sendiri…..yang sepatutnya lebih baik…dengan anugerah yang Allah bagi…dia boleh berjaya… hidup senang-lenang…tapi apa yang berlaku sebaliknya. Terfikir juga,,, salah siapa semua ini berlaku… siapakah harus dipersalahkan?sufiah ?Atau ibu bapanya? Atau persekitarannya?…daripada berita yang dipaparkan di dada akhbar…terbukti..sufiah mengalami kecelaruan jiwa yang teruk.. pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi… dalam usia yang muda… dia hidup tertekan… dengan disiplin yang kuat semasa masih di bawah jagaan ibu bapa, perkahwinan yang tak kesampaian…… tambahan lagi…tinggal di negara barat… pelbagai gejala negatif..boleh menular tanpa sempadan… didikan agama yang rapuh…perjalan hidupnya amat memilukan… kalo boleh tolong sufiah…kita tolonglah membawa sufiah ke pangkal jalan.. pintu taubat sentiasa terbuka…selagi nyawa….belum diambil Yang Maha Esa…

  22. Salah satu doa yang di ajar oleh Nabi kepada Abu Bakar sidiq ” Ya muqallibal Qulub, sabits qolbi a’la deenik ” ertinya “wahai yg membolak balikan hati, tetapkan hatiku pada agama Mu” hati kita seumpama pada dua jari Allah (maha suci Allah yang tidak menyerupai makhluk).Hari ini kita boleh taat, mungkin esok kita durhaka pada Allah. Hidayat mutlak di tangan Allah, tidak semestinya orang kafir mati di dalam kekafirannya. Bila-bila masa Allah boleh beri hidayat. Kepada saya, Sufiah, para responden dan seluruh umat Nabi, curigailah iman kita sendiri. Sejauhmanakah perintah dan larangan Allah kita turuti. Syaitan akan berusaha untuk rosakan iman kita hingga ke nafas terakhir, hanya Allah yang boleh selamatkan kita.sama-sama lah kita membaharui iman kita dengan banyak memperkatakan “La ila ha illah” al-hadis tafsiran Ibn Abbas mendakwahkan Kalimah dan letak harap pada rahmat Allah serta takut kemurkaan Allah, jangan lupa berdoa.-amin

  23. Salah satu doa yang di ajar oleh Nabi kepada Abu Bakar sidiq ” Ya muqallibal Qulub, sabits qolbi a’la deenik ” ertinya “wahai yg membolak balikan hati, tetapkan hatiku pada agama Mu” hati kita seumpama pada dua jari Allah (maha suci Allah yang tidak menyerupai makhluk).Hari ini kita boleh taat, mungkin esok kita durhaka pada Allah. Hidayat mutlak di tangan Allah, tidak semestinya orang kafir mati di dalam kekafirannya. Bila-bila masa Allah boleh beri hidayat. Kepada saya, Sufiah, para responden dan seluruh umat Nabi, curigailah iman kita sendiri. Sejauhmanakah perintah dan larangan Allah kita turuti. Syaitan akan berusaha untuk rosakan iman kita hingga ke nafas terakhir, hanya Allah yang boleh selamatkan kita.sama-sama lah kita membaharui iman kita dengan banyak memperkatakan “La ila ha illAllah” al-hadis tafsiran Ibn Abbas mendakwahkan Kalimah dan letak harap pada rahmat Allah serta takut kemurkaan Allah, jangan lupa berdoa.-amin

  24. Salam…terlalu cerdik bermasalah, tak cerdik pun bermasalahkan?…dugaan2..supaya kita berfikir mendapat keredhaan dariNYA. Masih ada ruang kembali ke pangkal jalan.
    Qala Nabi:Innama a’malu binniat..walikul amri ima nawa…………..ila akhir..

  25. Salam…terlalu cerdik bermasalah, tak cerdik pun bermasalahkan?…dugaan2..supaya kita berfikir mendapat keredhaan dariNYA. Masih ada ruang kembali ke pangkal jalan.
    Qala Nabi:Innama a’malu binniat..walikul amri ima nawa…………..ila akhir..

  26. salam…
    ini satu pengajaran kepada kita semua..malah perlu bersyukur dgn wujudnya kisah hidup ini.w’pun diluar dugaan kita. namun jgn nak salah dia…hidup ni byk dugaan n cabaran so brgntg kat kita sendiri nak handel cmne. kita kena lihat dr pelbagai aspek….yerla soh nblaja je 24 jam…pendidikan makayh die cmne?..klu makayh kita jaga kita ok..sure la kita jd ok…teras dalaman tu pntg ni….namun harap die kembali ke pangkal jalan…family adalah paling utama ni untuk kita jd the best person 4 dunia n akhirat

  27. salam..
    seharusnye ini menjadi pendoman kpd semua ibubapa diluar sana..kita harus memastikan pendidikan yang diterima seimbang terutamanya dlm hal-hal berkaitan agama..
    Kerajaan seharusnye memandang serius hal ini,jgn sibuk dgn keputusan pru yg lalu..
    bagi semua remaja dan ibubapa renung-renungkanlah hal ini…

  28. salam….mmm
    hidup kter byk dugaan dan cabaran…yg penting dlm hdup adalah Agama ALLAH s.w.t dan Sunnah Rasulullah saw..pasti kter xkn sesat smpai bla2..dan ALLAH akn mlidugi kter..guna akal pkiran ..jgn duk pkir nk kseronkn hdup jer…rela mruah dri trgdai dgn nilai wang smata-mata…kesronkn hya smentara utk kter ini sbgai ujian ALLAH…hrap lah sufiah brubah ati..biar hdup kter mcm lilin rela membakar dri untuk agama,bangsa ,ibubapa dan negara tercta..Jgn duk ikut sgt nfsu syaitan yg stiasa mgjk kerah kesesatan..

  29. hm.. semoga aper yg d lalui sufiah menjadi peringatn kepade kiter semua, expcly parents lah kan.. didik ank dgan kasih sayang bukan dgan paksaan atau kekerasn, coz sy sbgai studnt dapat rase tekanan yg dapat d terima, kalau parents sy wat cam2 kat sy..

  30. kepada semua masyarakat diharap hentikanlah daipada bercerita pasal sufiah yusuf .kasihanlah sikit pada empunya diri mana anda semua tahu masalah beliau. kasihan jugalah pada keluarganya. korang semua tahu tak dosa mengumpat tu dosa yang besar disisi agama . baik korang jaga tepi kain korang sendiri dari menyibuk hal orang lain. zaman sekarang ni banyak musang berbulu ayam cth macam org tu masuk penjara walaupun kesalahnya cuma kecil seperti mencuri dah dicop jahat selama-lamanya tetapi sedarkah anda yang diluar sana banyak musang berbulu ayam lakukan jenayah paling kejam . fitnah ,rosakkan hidup org lain tak dipenjara terus berleluasa. sedarkah anda dosa dgn tuhan boleh dimaafkan tetapi dosa sesama manusia tidak akan terhapus selagi empunya diri tidak memaafkan DENGAR TU./

  31. ye..betul tu..xbaik mengumpat pasal org..yang penting, untuk merasai keamanan dan hidup sentiasa diberkati Allah, sesebuah negara itu wajib menjalankan hukum Allah. sebagai contoh hukum HUDUD..hukum ni sudah diterangkan dlm al quran dan ianya wajib dilaksanakan.

  32. dunia ini umpama pentas lakonan
    kita harus lakonkan dengan yang terbaik
    Allah anugerahkan kita akal fikrkan untuk laksanakan tanggungjawab yang diberikan jadi oleh itu jangan buat sesuatu kerja yang boleh membawa padah pada diri sendiri yang dilaknat oleh Allah S.W.T bagi yang terlajak baliklah ke pangkal jalan, kan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..Amin…….

  33. ibu bapa jangan terlalu mendesak anak2 untuk berjaya tanpa memikirkan keperluan fizikal dan mental anak2.pendidikan agama dan dunia haruslah seimbang agar anak-anak dapat menyuaikan diri apabila berjauhan dengan keluarga

  34. anak2 yang terlalu dipaksa belajar…tanpa membenarkan mereka bermain…akan berasa tertekan.apabila meningkat remaja…..mereka mula pandai berfikir dan mula menyalahkan ibubapanya…dengan menyatakan waktu kanak2 dan remaja hilang begitu sahaja

  35. bagi saya,tidak ada apa yang menghairankan tentang perilaku sufiyah pada hari. bahkan saya merasakan bahawa perkara seperti ini juga banyak berlaku di negara kita sendiri. cuma kurangnya pendedahan diberi kepada golongan mereka ini. sufiyah hanya ingin melepaskan jiwanya yang selama ini dipaksa mengikut landasan yang tidak dipilihnya. namun skrg dia sudah mempunyai kebebasan bagi menentukan perjalanan hidupnya. mungkin dia dipandang keji, jijik mahupun murahan. tapi jika dia kembali ke jalan yang benar, adakah kita akan melupakan apa yang pernah dilakukannya sebelum itu. kita masih akan ingat apa yang dia pernah lakukan hari ini dan tetap akan menghina dan terus mencaci perbuatannya. ini bukan perkara yang pelik, tetapi adalah budaya masyarakat kita. oleh itu, saya juga menyokong tindakan sufiyah untuk tidak pulang ke pangkuan keluarganya mahupun kembali ke malaysia. jika anda menjadi dirinya, pasti anda juga akan membuat perkara yang sama. biarlah dia dengan cara hidup yang disukainya.kerana suatu hari nanti dia akan mengakhiri juga “pekerjaan” yang dilakukan hari ini. lebih hebat tentangan maka lebih teballah keangkuhan dan keegoaanya untuk kembali ke pangkal jalan. biarlah dia menemui kesedaran tanpa dipaksa. sedangkan dalam negara kita sendiri, byk lagi mahasiswa yang mempunyai masalah lebih besar dan lebih teruk darinya.tapi mengapa dia yang kita fokuskan. seseorang tidak akan mengetahui apa itu kenikmatan sebelum mengenali kesakitan. berilah sufiyah ruang dan masa baginya berfikir dan menyedari tindakannya hari ini. dia berhak menentukan corak hidupnya sendiri. jangan la menganggap diri kita ini tahu baik dan buruk sehingga mampu membetulkan kesilapan orang lain.

  36. salam….setelah membaca perihal pelajar yang pernah menjadi kebanggaan Malaysia suatu ketika dulu, membuatkan pelbagai perkara bermain dalam minda saya…sebagai seorang pelajar, saya percaya kita semua turut pernah merasa tekanan berdasarkan kehendak sendiri dan juga kemahuan ibu bapa…namun, apa yang paling penting adalah kebijaksaan individu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan diredhai Tuhan…peranan ibu bapa juga penting…mungkin Sufiah merasakan bahawa keruntuhan institusi keluarganya menyebabkan dia rasa hilang panduan untuk memilih alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan tekanan yang dihadapi…selain pemantapan minda, saya kira sebagai insan biasa perlu juga dilengkapi dengan pengisian rohani untuk menjadikan hidup dalam keadaan seimbang..sentiasa ‘check and balance’ perihal yang dilakukan sepanjang hari agar hari2 yang bakal dilalui akan bertambah baik…saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga sufiah…namun, penyelesaian terhadap permasalah tersebut adalah bergantung kepada dirinya sendiri..tindakan melarikan diri daripada masalah, bukanlah jalan yang terbaik…sebagai rakyat malaysia, saya kira adalah lebih baik isu ini tidak diperbesarkan kerana perkara ini akan menambahkan lagi tekanan terhadap sufiah…semoga segala permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan diredhai..InsyaAllah…

  37. entahla…..sepatutnya kiter sebagai manusia kenela berfikir dalam membuat sesuatu perkara.. bukankah Allah telah memberi kite akal ….dulu sayer pernah menganggap dier sebagai idola sayer sebab pandai dalam matematik…..tp tak sangka sekarang lain pula nasib dier.. nak salhkan dier 100% tak boleh gak yerla dier masih ader ibu yang sepatutnyer dari dulu cuber melindungi dier..tp baru skang dier nk cari..mmglah ibu sufiyah ader usaha menjejaki sufiyah tp macm tak bersungguh-sungguh…adik-beradik yang lain tak pula membawa masalah…diharap sufiyah dapat kembali ke pangkuan keluarga…sememangnyer keluarga adalah segalanyer…

  38. kesian sufiah..die terlalu menderita..kte perlu tlg die tuk kehidupan yang lebih bermakna..hmmm..

  39. kita sama2 doakn supaya sufiah lembut hati utk mengubah hidup dia ke jln yg benar.moga dia sentiasa ingat pd ALLAH dan mndpt hidayah drpd ALLAH.

  40. sama-samalah kita mendoakan moga allah membuka pintu hatinya dan balik ke pangkal jalan.

  41. Salam semuanya….
    bagi pendapat saya…mereka yg tidak berkelulusan tinggi tetapi mampu mencari hidup sendiri dengan jalan yang halal…adalah lebih baik daripada genius tapi tak tahu nak bezakan antara baik dan buruk..
    apapun…doakan moga sufiah kembali ke pangkal jalan….aameeen ya Rabb!!!

  42. ntahla..dah tertulis and tesurat…orang yang pandai ade dugaan dia sendiri..yang tak pandai pun ade dugaan die..sebenarnya cara ibubapa mendidik tu penting..kawan2 aku yang kene culture shock sumer dari family yang terlalu2 mengongkong anak die..ekceli bersosial ade kelebihan die..

  43. INI ADALAH SATU PENGAJARAN……

  44. aslmmkum…saya berhrp agar kak sufiah sedar ape yg telah berlaku terhadap dirinya..saya berharap kak sufiah kembali ke pangkal jalan…jangan la terus melibatkan diri terhadap perkara2 yang negatif sekiranya kak sufiah sudah sedar apa yg dah berlaku kepada dirinya..bertaubat lah,pintu taubat msh terbuka untk kak sufiah…kak sufiah pelajar genius matematik,sayang la ape yg telah dikurniakan oleh allaj kepada kak sufiah..saya berharap sekali lagi agar kak sufiah kembali menjadi manusia yng berguna…!!

  45. asslm…..Saya doakan sufiah kembali ke jaln yang benar…..Dan kpd semua pembaca,ambil pengajaran dr kisah ini…jadilah manusia yang berguna kpd agama,bangsa dan negara.

  46. aku turut terkilan dan simpati dgn kes sufiah ni..kite ni sbg manusia x perfect kan..msti ade wat silap..dan terbukti x semestinya dgn jaminana degree d tgn,ia akn menjanjikan kite sbg insan yg berguna dn org yg taat pd agama d mase dpn..kejayaan kita pd ari ni atau sebelumnye,x semestinya ia menjamin kn kita hidup yg berguna utk masyarakt..pape pon aku arap sufiah akn dpt berubh dan hidop dgn cara hidop islam yg d tuntut..brubah la sufiah..klu sufiah masih ingt dan cinta kan Allah..sblom terlmbt..

  47. berita mengenai pengakuan budah sufiah yg melacurkan diri di kota London. amat mendukacitakan saya, lebih lebih lagi dengan status dirinya yg genius dan telah mengemparkan dunia pendidikan Malaysia dan Britain.. kanak_kanak !3 tahun berjaya diterima masuk ke Oxfofd.sepatutnya segala kepandaian yg beliau miliki hendak digunakan untuk pembangunan pendidikan di Malaysia. alangkah baiknya beliau berkhidmat sebagai pensyarah. ini dapat meningkatkan tahap pencapaian Matematik dikalangan pelajar Melayui.. saya berharap beliau dapat kembali ke pangkal jalan. sesungguhya pintu taubat sentiasa terbuka.Amin……

  48. nauzubillahiminzalik..semoga ape jua yg terjadi pd sufiah dpt kite jdkn iktibar untk teruskn khdpn ini..ingtlah bhw iman manusia itu kdgkala bertmbh & berkurg…hnya kite yg dpt mengawalnye..dgn care sntiase melakukn syariat Allah s.w.t…semoga Allah dpt mengampunkn dosa beliau dan kmbali ke pgkl jln..amin…

  49. mint dijauhkan..sMg djadikan pedoman…berdoa bersama agr sufiah kembali ke pgkl jln…insyaallah..allah lebih mengetahui…

  50. you are so bad sufiah…..

  51. assalamualaiku semua. saya tak ada nak bagi komen panjang-panjang. cuma satu saja. dunia ini ada syaitan. syaitan itu sentiasa menyesatkan manusia. jd untuk meminggirkan syaitan dlm diri kita. jadikan iman sebagai pengayuh. dan jadikan takwa sebagai penumpang. sebab hidup ini ibarat perahu.

  52. Hidup kene seimbang agama,sosial dan akedemik
    !!!!!Tapi kte jgn slhkn sufiah.mungkin die tensionkut………….Ye la mengadap buku 24jam….

    Tapi tak tahu lah allahualam

  53. sedeynyer ble tgk sufiah jd cm 2…tp xley nk salahkan sape2…if bca article kat ats neh,bunyinya mmg bapa dia yg slh…act bapa dia punca dia m’jd xtentu arah…kesian sgt kat dia…sgt genius tp lain jdnye…yg paling kesian mak dia,yg da lahirkan dia,kandungkan dia 9bulan 9 hari…ble besa neh jd nyer…kalo dr dia baby lg mak dia taw yg dia akn jd cem gini ble besa,mst mak dia da rendam dia siap2 dlm air…sufiah…sufiah…nama yg lembut n sedap didengar tp perwatakan dia xserupa nama…mmg salah ur father but plez thinking bout ur mother…she neva ask u to be like this rite???fikirla elok2 sufiah…if bapa u jahat pn,jgn buat mak u jd cmneh…malu dia,kesian dia sufiah…ati ibu u,tuhan je yg taw perasaan dia skrg neh…sufiah,masih xterlambat lg…plez la kembali ke jln yg benar…i respect u but if u hurt ur mother juz like this,i will hate u forever…think of her k…penat dia lahirkan u…xmnta sesen pn dr u,dia cuma nk tgk ank2 dia berjaya…remember that sufiah…get out from the darkness!!!!

  54. DOA ADALAH JALAN YANG TERBAIK UNTUK ORANG-ORANG YANG SESAT PADA JALAN ALLAH S.W.T. SIAPA YANG TAHU APA YANG SUFIAH FIKIRKAN? SEMUA INI ADALAH BERPUNCA DARI MASYARAKAT,IBU BAPA DAN DIRI SUFIAH SENDIRI, KENAPA? KEBANGGAAN MASYARAKAT TERHADAP SUFIAH MENYEBABKAN SUFIAH LUPA DIRI. SEMUA MASYARAKAT BANGGA DENGAN KEJAYAAN SUFIAH SEDANGKAN KITA TAHU BAHAWA TOKOH-TOKOH ULAMA ISLAM YANG BERJAYA DAHULU TIDAKLAH DI AGUNG-AGUNGKAN SEBALIKNYA DI SYUKURI. BAPA KEPADA SUFIAH BOLEH DI KATEGORIKAN SEBAGAI BINATANG YANG BERTOPENGKAN MANUSIA.MANAKALA IBU SUFIAH DIGREDKAN SEBAGAI SEORANG IBU YANG GAGAL.IBU SEHARUSNYA MENJADI SEMANGAT DALAM JATUH DAN BANGUNNYA ANAK.DIRI SUFIAH SENDIRI PULA GAGAL DALAM MENCARI KEPUASAN DIRI YANG DIA TIDAK PERNAH PEROLEHI DARI ZAMAN REMAJANYA. DALAM MALAYSIA SENDIRI RAMAI GADIS-GADIS SEPERTI SUFIAH YANG TERJERUMUS PADA JALAN YANG HINA INI. TAPI KITA HARUS INGAT SELAGI DUNIA INI BERPUTAR SELAGI ITU PINTU KEMAAFAN MASIH TERBUKA.KUTUK-KUTUK JUGA SEMBAHYANG DAH K…BELUM?

  55. “SESUNGGUHNYA SHOLAT ITU MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR”

    Rasulullah Bersabda :
    “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya kalian akan diberi rizki sebagaimana rizki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang”. (HSR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnul Mubarak, Ibnu Hibban, Al Hakim, Al Qudha’i dan Al Baghawi dari ‘Umar bin Khaththab t)

    “Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Alloh dan perbaikilah dalam mencari (rizki), karena sesungguhnya seseorang tidak akan mati sampai selesai/habis rizkinya dan jika ditangguhkan darinya maka bertakwalah kalian kepada Alloh dan perbaikilah dalam mencari (rizki), ambillah apa yang halal dan tinggalkan apa yang haram”

  56. Sungguh sedih nasibnya.Padahal islam mengajarkan bagi kita untuk seimbang dalam bekerja, kita disuruh berusaha dan juga bertawakkal, mencari yang halal dan meninggalkan yang haram. Tidak usah takut akan kelaparan, karena tidaklah seseorang itu akan mati sebelum habis rizkinya makanya kita disuruh berusaha kemudian bertawakkal.

    Edhoy
    http://www.biofir.com/riadi

  57. apa mau jd dgn bdk sufiah niee..blaja tinggi tp takda otak..apa brg dia nieee?????
    klu dia tu adeq gua,da lama gua servis kuda beb,tp pa pun… gua harap bdk sufiah ni INSAF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  58. laian kali jangan jual tubuh okey!!!!!!!!!!!!!!

  59. sokonglah sufiah!!!!!!!!!!!

  60. Saya sendiri telah melihat video klip wawancara wartawan dengan Sufiah. Nyata wanita ini amat senang dengan cara hidup yang dilaluinya buat masa ini. Tanpa segan silu mengakui melalui pengalaman tersebut beliau mengalami seks yang terhebat dalam hidupnya. Cara pemikirannya terlalu kebaratan. Persekitaran dan cara hidup menjadi penyebab.
    Tapi perkara ini juga berlaku di Malaysia. Cuba atasi permasalahan yang terdekat dan jangan asyik menjaja cerita Sufiah.

  61. em sama2la kita mendoakan diri sufiah.kita manusia tdk sempurna pasti da yg tersilap..sama2la kita mengambil ia sbg pedoman..dan jan trs2san menghakimi sb kelak kita ja akn diperlaku bgtu dlm situasi berlainan pula.k

  62. kesian sufiah..aku rase yg patut dipersalahkan ialah parents dia.terlalu kongkong sgt pun tak bagus.genius yg mcmtu pun bole tumbang.pity her

  63. Sufiah, janda berusia 23 tahun.Jika apa yang dilaporkan di atas adalah benar, maka sungguh keji, jijik dan hina sekali apa yang dilakukan oleh Sufiah. Walau bagaimana susah sekali pun hidup seseorang itu, ini langsung tidak memberi ‘lesen’ kepadanya untuk melanggar hukum Allah. Seseorang itu mesti keluar dari kesusahan hidupnya dengan cara yang sah, yang dibenarkan oleh syarak, bukan dengan cara memaksiati Allah, apatah lagi berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Jika benar Sufiah mengaku telah berzina dan pengakuan ini dibuat olehnya dengan kesedaran, maka hanya orang-orang sekular dan jahil sahaja yang akan mengadakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’. Menurut hukum Allah, apa yang sepatutnya dilakukan ke atas Sufiah adalah rejam sampai mati. Ini kerana dia merupakan seorang penzina muhsan (telah berkahwin). Hanya ini sahajalah satu-satunya hukum Allah ke atas penzina yang keji ini dan hanya dengan pelaksanaan hukum rejam ini sahajalah yang akan membebaskan dosa zinanya di akhirat kelak, jika dikehendaki oleh Allah.

  64. sy stuju dgn komen saudara musaddad..
    kte xbley nk slhkan sufiah 100%..
    tekanan yg die alami sjk kecik 2la punca dia jd mcm tuh..
    smg satu hr nt Allah bkakkn pntu ht dia utk balek ke pgkal jln..insyaAllah..
    amin,amin..

  65. semoga allah pelihara diri dan keluarga kita….amin

  66. biarlah dia, sibuk pesal?

  67. mungkin smua ni terjadi atas siksaan yg di lakukan oleh bapa sofiah. mngkin ketika kecil sofiah menjadi mangsa bapanya sendiri. sedangkan anak org bapa dia bleh bt bgtu, knapa tdak anak dia kn. kesian sofiah. smoga pintu hati sofiah terbuka untuk berubah dan kembali ke jalan yg benar. amin.

  68. KEMUNGKINAN INI BUKAN KEHENDAK DIRINYA TETAPI KESUNTUKAN WANG YANG MENJADI SUFIAH BERGINI, KITA BERHARAP MEMBERI PELUANG PADA DIRINYA SEMOGA BERUBAH DAN SEDAR APA YG TELAH BELIAU LAKUKAN,

  69. sia sia jep jadi orang genius tapi perangai x rupa genius pon. pandai guna otak,tpi x pndi guna akal.


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: