Posted by: Abi Muslih | April 1, 2008

Mencari jodoh atau menunggu jodoh?

Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”

“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”

“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”

“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:

first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…

Beliau juga memberikan komen:

akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!

Berkaitan: Panduan Memilih Jodoh , Cari Menantu dapat Hantu,


Respon

  1. Assalamualaikum,

    Memang betul mencari jodoh adalah suatu yang susah, saya dah 3 kali putus cinta. Malahan kawan2x banyak membantu untuk saya mencari jodoh, tetapi semuanya berakhir dgn tragedi. terus terang saya katakan saya redha atas ujian yang Allah turunkan pada saya ini. Baru2x ini parents saya telah berusaha mencari kan calon untuk saya. cuma hati saya tidak terbuka untuk menerima dia..mungkin disebabkan kami tak sekufu. saya cuma risaukan masa depan yg akan dibina bersamanya. Buat masa ini saya banyak berdoa dan bertawakkal pada Allah..sebab fikiran saya buntu bila memikirkan mengenai soal jodoh ini.

  2. assalamualaikum…..

    cuma ingin kepastian,usaha yang bagaimana perlu kita buat untuk mencari jodoh?….

    • pastinya kita jujur .dan setia pada yg satu.kalau betul nk cari jodoh cari macam saya anak satu kerja sendiri perusahan herba

      • yg tadi 0132777753

  3. Sebab kenapa ramai rakyat malaysia terutama wanita yang tak kahwin lagi disebabkan difahamkan dari kecil dengan pepatah”takkan perigi cari timba”.Manusia yang patut kita contohi adalah Nabi Muhammad S.A.W.Kalau kita tengok balik sejarah hidup baginda,pada usia 25 tahun baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dimana pada masa itu Siti Khadijah meminang Baginda.Nah inilah yang berlaku pada baginda.Cuba kita praktikkan macam zaman Rasullah dulu pada zaman sekarang.Dah tentu mak ayah kita akan cakap “Ini dah langgar adat dah ni”.Jadi nampak tak sebenarnya pekahwinan di Malaysia lebih pentingkan adat.Nak buat kendurila,nak ada karaokela dan macam2lagi.Sebab ape buat camni,sebab ia merupakan adat.Jadi cadangan saya jadilah “perigi cari timba”.Buang sikit sifat malu tu.Mesti dapat.Tapi pastikan org yang nak kita jadikan teman hidup itu biarlah namanya “Manusia” bukannya “mayat hidup”.Masa time nak meminang nanti plan balik dengan jodoh kita itu supaya tidak menyakiti ibubapa kita.Saya hanya kongsi pengalaman saya dimana isteri saya yang melamar saya,sebab saya ni pemalu dan pendiam.Alhamdullilah hari saya telah dikurniakan 2 cahaya mata.Pesanan saya jangan ikut hati,jika ada perselisihan faham periksa diri sendiri dulu,supaya tingkah laku kita dapat diperbetulkan.Dan bermaaf2anlah.Jangan tunngu Hari Raya.Nanti tak kekal lama.Insyaallah jodoh pasti berpanjangan

  4. aku ni umur dah 36 tapi belum kahwin rileks je..apa nak risau..bila dah jodoh..kahwin la tu..

  5. salam be fathi, apa khabar?

    lama x jumpa dan sembang..

    menarik topik ni

    Abi Muslih: Salam Zul, kami sihat2. Jazakallah atas kunjungan.

  6. yup :)

  7. kehidupan didunia ini yang penuh dengan panca luba sebenarnya x cukup lau kita hanya berdoa tapi tidak berusaha , jodoh kta sebenarnya ada dimana-mana cuma diri kita je yang xnak mencarinya

    • sy janda jelek miskin dan tak berpendidikan. masih bolehkah sy mengharapkan-yg namanya jodoh?

  8. ntahlah, susah nak ckp, sy baru jer putus tunang, sedih mmg tahu..saya berdoa semoga satu ari nanti ada yg akan mengisi ruang hati saya

  9. Sya baru je putus tunang selama 3 bulan je..bertunang dgn suami org. tapi yg penting bukan sya yg tergila2 kt dia. duit hantaran penuh masih dgn saya dan dia telah meghalalkan..sedih mmg sedih sebab da sayang tapi nk buat camner jodoh tak de..ada hikmahnya….insyaallah jodoh sya bukan dgn suami org kot

  10. Sye bru clash ngan kekasih sye. Skang umo dah 28. Punca clash kerane bapanye nak jodohkan dier dgn org lain. Yang sedihnye sblm ni ade org dtg meminang sye tapi sye tolak kerane nak mempertahankan cinte kami, tetapi bile bapanye nak jodohkan dier ngan org lain senang2 je ea trime. Sedih, pilu tak terkate.

    • itu dugaan drpd allah,hrp terima dgn hti yg setenang2nya

  11. salam… saya muslimat berusia 25 tahun.. sedikit nak kongsi, saya mahu meminta pendapat… saya sudah 3 kali menjadi ‘perigi mencari timba’, tapi tidak berhasil. Saya gunakan sahabat yang saya thiqah untuk tolong saya. itu adlh ikhtiar saya..
    1. tahun 2004 – saya pernah tanya status seorang muslimin ini dengan orang tengah. ok, timba ini dah match dengan perigi lain.
    2. tahun 2006 – saya taqdim seorang junior kampus saya, melalui orang tgh.. 2 bulan menunggu jawapan, akhirnye tidak juga berhasil
    3. tahun 2007 – melalui surat, kepada seorang muslimin yang saya kenali di alam blog, juga ditolak
    4. 2008 – saya dimatch kan (bukan perigi cr timba), tapi ‘jodoh’ tak panjang. Muslimin ni soleh orgnye.. dengan saya diberi harapan, tp dlm masa yang sama ada muslimat2 lain yg dia janji jugak.. saya peliklah dengan org yg pasang banyak2 ni..
    5. saya baru je clash dengan no (4) di atas, ada sahabat yg menyarankan untuk guna lagi org tengah melalui UBM spt sebelum ini, saya agak keberatan, inferior… tambah lagi, biarlah saya clearkan hati saya, redha dengan apa yg berlaku, tidak disangka saya diuji dengan hadirnya seorang baru2 ini, terpisah 12 tahun, berjumpa kembali bila masing2 sudah bekerjaya. Jumpa terserempak sewaktu kursus. Sekufu dari segi harta, tapi tak sekufu dari segi tarbiyyah. Lelaki ini adalah pemuda biasa, bukan kriteria saya, tidak terlibat dlm dakwah.. dia adlh org yg sy pernah suke masa zaman sekolah rendah dulu, walaupun itu cerita lama, tapi kerana saya masih lagi fragile dgn apa yg berlaku, jadi saya mula considering him. Aqal katakan tidak, tapi hati kata mahu. saya tak nak terlibat dengan couple!! apa yang perlu saya lakukan? Kebelakangan ini, banyak terfikir tentang hidayah, dan saya doakan hidayah utk pemuda ini.

    Apa yg patut saya buat? Perlukah saya menunggu/mencari jodoh orang2 yg soleh utk saya, sedangkan saya sudah agak serik (kes no 4). Atau saya perlu open heart kpd sesiapa shj, termasuk kawan lama saya ini?

    • Assalamualaikum.
      kpada Nurul,sy bukan nk tunjuk baik disini. Cuma nk berkongsi pendapat.Saudari menyatakan tentang ex ex yg cuba saudari jadikan jodoh,dan saudari mengatakan serik dgn kes no 4.Bg sy dia psang byk sbb mgkin ingin beristri ramai,bkan sbb ingin berfoya2.lgipun saudari mengatakan yg dia tu soleh orangnya.Jd fikir luas2,Allah benarkan lelaki kawin ramai,ade hikmahnya.(kan anda kata anda dari golongan tarbiyah,mesti tau benda ni kn!). Kemudian kes no 5.Anda katakan dia x sekufu,sbb x dia terlibat dgan dakwah.Padahal kes no 4, dia org soleh.Ada perselisihan disini. So pendapat saya,tepuk dada tanya iman. The choice is there.Mgkin saudari masih samar2 lagi,atau mgkin saudari masih tidak bersedia.cuma nasihat saya,jganlah menuduh lelaki yg pasang ramai itu x alim,lelaki yg x terlibat dgn dakwah tu x masuk syurga.Solat Istiqarah kn ada!!!Peace.Assalamualaikum.

  12. salam..sye dah pun berusia 29 tahun..tapi masih blum betemu jodoh..putus cinta sbyk 3 kali..bila dekat hari nk betunang ada shaja halangan sehigga saya jadi fobia..sekarang ni saya hanya berserah shja kepada allah..

  13. salam abi muslih..semoga sekeluarga dberikan Allah kesihatan..
    sy ada soalan..sy sangat berbesar hati jika dapat dijawab soalan ini..
    sy mempunyai kecenderungan hati kpd seseorang..tetapi sy tidak berani mengambil risiko utk terus mendekatinya n mengenalinya..sy takut menyemarakkn api nafsu n panahan2 syaitan..sy tahu kemampuan sy krn sy bukanlah soleh..sy perlu mujahadah selalu utk setiap perkara..demi memelihara hati dan perasaan drp api kelalaian cinta manusia..blhkah jika sy mengambil pendekatan teruskan komunikasi dengan Allah..berdoa..
    alhamdulillah jumpa jg medium utk meluah stelah dminta drpNya utk tjukkn jalan..terima kasih byk2..assalamualaikum

    • assalamualaikum, Akhi Ababil, sebaik-baiknya saudara mendapatkan bantuan seseorang yang berakhlak dan amanah untuk menjadi orang tengah yang dapat menyatakan hasrat awal saudara untuk mendekatinya. Laksanakan perkenalan dengannya secara berakhlak melalui pihak ketiga itu. Bila sudah kenal seadanya, lakukanlah solat istikharah utk minta petunjuk dariNya. Jangan biar tanpa jawapan jelas. Jika ada janji, tunaikan. Namun ingat, jaga komunikasi dengan kaum hawa, agar jangan terpalit dengan dosa… wasalam

  14. Salam semua,

    saya bersetuju yang ababil sepatutnya memulakan langkah. Kalau dah berkenan, apa tunggu lagi, lakukan solat istiharah, kalu dah dapat petunjuk diberi, orang tengah kan ada. mana tahu hati si dia pun pada anda?

    Sebenarnya saya pun nak berkongsi cerita, masa dahulu orang sentiasa beri nasihat supaya kalau nak cari pasangan, cari semasa di ‘U’. memang confirm semua bujang. Kalu dah bekerja susah kerana masa tu bagi wanita, umur dah meningkat.Lelaki pula kebanyakan suami orang.

    Tapi, saya berpendapat masa belajar adalah belajar, jika saya ada jodoh adalah, kalau tak, mungkin saya bela anak angkat, dan esok, duduk rumah orang tua. sampai begitu sekali saya berfikir. Semasa bekerja memang ada yang berminat, namun sayang hati saya tidak pernah terbuka sehingga umur 25 tahun. Pada masa itu, ibu di kampung sudah mula rungsingkan saya, saudara mara mula bertanya, kawan2 bujang pun boleh dikira dengan jari. Mula saya tersentak sendiri. Oleh itu saya main rembat saja sapa yang berminat, demi menutup mulut orang sekaliling yang asyik bertanya. Namun ALLAH sayangkan sya agaknya, saya menolak menerusi ibubapa ketika dia masuk meminang, saya sedar saya tiada hati langsung terhadapnya. Saya juga sedar rupa bukan segalanya.Kacaknya dia hingga si pondan pun berminat. Tapi apa ada pada rupa kalau solat pun lewat kan? macam mana dia nak didik anak2 nanti? Dia amat marah hingga mengugut ingin mengenakan sihir kepada saya. Tapi saya serahkan segalanya pada ALLAH.

    Dalam keadaan itulah saya merasa nikmat tawakkal yang sebenar, dan ia amat manis. Sukar dipercayai saya berjumpa dengan suami saya sekarang selepas 3 hari kami bawa haluan masing2.

  15. Salam…
    Saya baru saje putus cinta..sekrg dgn umur sy yg dah menjangkau 34 thn rasanya sdh susah utk sy mencari jodoh..sy telah berusaha ini kali ke3 sy putus cinta…peritnya teramat sgt. Bf sy kawan dgn pilihan keluarga. Kini sy tidak tahu lg bagaimana usaha untuk sy mencari jodoh yg baru. Kenalan, keluarga tiada yg sudi untuk membantu mencari. Semua menyerahkan pd sy mencari sendiri. Sy rasa teramat sedih. Medium di internet ini jugak tak byk yg membantu…kebykkan yg sy kenal diinternet hy mengambil kesempatan. Sy ingin bertanya adakah cara lain lagi utk sy mencari jodoh sy…wasalam

  16. [...] aku amik dari website SINI.  Aku rasa masalah atas ni bagi orang yang tak pernah kena, mesti kata masalah atas ni dah biasa [...]

  17. salam..
    bagai mana pula calon isteri n suamai dah bersedia tapi mak si calon isteri belum mengizinkan dgn memberi alasan yang picisan..
    saya pun pelik..xde masalh dgn kewangan..bila si calon suami lari, baru mak si calon isteri tersedar

  18. salam..
    saya ingin minta pndapat sahabat semua…adakah wajar/ bersesuaian andainya sy iklankan di mana2 yg saya mmgs erius utk mencari teman hidup?

  19. emmm pening bila fikir hal jodoh?bila jodoh nak sampai nie…penat dah berusaha…emmmm kenangan cinta lama semuanye musnah..

  20. salam semua kepada yang mencari jodoh dan memperkatakan tentang jodoh.. saya pun dalam situasi yang sama macam kalian. cuma saya tidak berputus asa. saya tetap berdoa dan mendekatkan diri kepadaNya. saya fikir mmg sukar untuk mencari yg serasi dengan kehendak saya. sebab perkahwinan ini bukannya sehari dua. sy mendambakan suami yg bersih daripada zina. rupanya sukar mencari yg sebegini dizaman ini.

  21. aku ingin kan cinta,aku juga ingin kan kebahagian dan sebuah kehidupan y sempuran macam orang lain tapi aku gagal sebab aku ini tak canti macam orang lain selalu kena buli.ada ke lelaki y nak kan aku…..

  22. aku berusia 24 tahun pada tahun ini 2009.
    masalhnya aku selalu kecundang dalm percintaan.
    aku sudah 7 kali bercinta.
    semua laki yg berkawan ngn aku xjujur terhadap aku.
    aku sudah terlalu kecewa.
    tolongla crikn aku seorg laki yg betul2 setia dan sgup memperisterikn aku
    aku betul2 berharap

  23. salam aku de teman lelaki tapi msalah aku takut nak terangkan pada fmily tentang hubungan kami.dia tua 10th dari aku.aku sayangkan die..bagaimana aku nak jelaskan pada mereka tentang hubungan akudgn dia.aku runsing???bagaimana carayeeee


Leave a response

Your response:

Kategori