Posted by: Fathi Yusof | Mei 29, 2008

Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri

Ada beberap komen dan e-mel yang kami terima menggambarkan bahawa agak banyak krisis rumah tangga yang melanda pasangan-pasangan muda.

Di bawah ini kami perturunkan ringkasan tanggungjawab dan hak suami isteri untuk rujukan anda sekelian.

Tanggungjawab dan hak suami.

Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Hadis riwayat Muslim).

Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)

Tanggungjawab dan hak isteri.

Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.

Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Tanggungjawab bapa terhadap anak.

Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.

Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)

Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci.

About these ads

Responses

  1. [...] minggu yang lepas, terdapat banyak e-mel dan komen yang mengadu tentang perangai suami yang tidak bertanggungjawab kepada para isteri. (Buat masa ini kami belum pernah menerima luahan hati para suami tentang [...]

    • perlukah saya bercerita tentang seorang isteri yang dalam seminggu tentu sekali dua dia menyakitkan hati suami….bayangkan selama 14 tahun perkahwinan…lebih 700 kali menyakitkan hati…..degil…tak mendengar kata…melakukan walaupun suami kata jangan…. pemalas….. dan 1001 sifat negatif yang lain nya…..
      saya sebagai suami dah 14 tahun hidup dengan kesabaran…walaupun saya mengakui saya bukanlah suami yang sempurna…. yang bagus sangat…..

  2. Suami saya pencemburu orangnya. Mungkin ada baiknya kerana saya tahu dia menyayangi saya. Tetapi cemburu beliau keterlaluan sehingga membuatkan saya merasa diri saya terjatuh dalam kategori yang rendah akhlaknya. Beliau melihat sesuatu terlalu jauh sehingga membuat kesimpulan yang tidak benar. Contohnya, ketika berjalan, ada lelaki melintasi saya dan kebetulan saya melihatnya (tentunya saya melihat orang itu kerana saya ada mata dan bukan melihat yang ada maksud lain), dia terus membuat andaian mengatakan saya jenis yang menyukai melihat lelaki. Kata-kata sebegini membuatkan saya sakit hati kerana saya tidak begitu. Bagaimana saya nak tangani persepsi suami yang sebegini?

    • Sebenarnya orang yang berpendapat sebegitu adalah orang yang tidak suka menghormati orang lain dan tidak sepatutnya dihormati. Perbuatan orang yang menghina itu sudah tentu menjadi bukti atas kehinaan dirinya sendiri. Orang seperti itu sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri…..Perlu banyak bersabar insyallah ada jalan keluarnya…..

  3. MUNGKIN SAUDARI MEMPUNYAI SEJARAH YANG PERNAH TERJADI, SEPERTI MUNGKIN DAHULU MENJADIKAN PASANGAN HILANG KEPERCAYAAN

  4. apakah hukumnye jika suami tidak memberi nafkah tetap kepada isteri, ? apakah yg harus saya lakukan jikalau suami tak habis2 lepak siang dan malam tidak menghiraukan penat lelah isteri menjage seorg ank,,

  5. Assalamualaikum,
    Saya telah berkahwin selama 13 tahun dan pernah bercerai kemudian rujuk semula. Saya mempunyai anak lelaki berusia 12 tahun dan 6 tahun.
    Masalah saya adalah suami saya tidak mahu bekerja dan suka boros berbelanja samaada duit itu duit gaji saya ataupun duit yang dipinjam kemudiannya saya yang perlu membayar. Saya juga sering dipukul dengan teruk. dia pernah berzina dengan teman wanitanya serta pernah menganiayai saya sehingga membuat laporan polis dengan tujuan saya dimasukkan ke dalam lokap. Kedua ibu bapa suami saya memihak kepada dia dan pernah berkata kepada saya, sekiranya suami saya tidak berkenan kepada saya sekarang suami saya telah berkahwin dengan orang kaya dan hidup senang.
    Wajibkah saya hormat kepada suami saya yang tidak bertanggungjawab ini.
    Adakah berdosa sekiranya saya meminta cerai?

  6. Assalamualaikum,
    Saya telah berkahwin selama 19 tahun hasil perkahwin kami ada 3 org anak yang kakak 19 tahun 17 dan 12 tahun, Suami saya seorang peniaga restoran walau pun restoran kepunyaan sendiri ada banyak masalah kewangan.Saya berkerja di sebuah pejabat swasta selama 25 tahun.
    Saya juga banyak bantu suami dalam hal kewangan.
    Bla dia perlukan kewangan dia akan buat muka sedih ceritakan masalah kedai tak cukup duit bayar gaji pekerja la beli barang tak cukup duit nak cover chqeck tak cukup duit sampai habis barang kemas saya value kat 30 ribu setiap kali suami buat muka sedih saya pun hulur duit atau barang kemas. baru2 ada ramai pekerja perempuan indon dia kedainya. Ada ramai kawan or customer yang kenal saya sebagai isteri boss bagi tahu saya yang suami awak keterlaluan mesra dengan pekerja indon selepas tutup kedai bawa gi makan kat kedai kadang2 pegi ke rumahnya suatu hari saya pegi ketuk bilik perempuan indon suami saya ada baring di atas katilnya bayangkan macam mana keadaan saya indon tu pun dah lari. Saya sampai ketahap bercerai tapi dia kata masih sayangkan keluarga saya pun berbaik balik dengan suami.saya harap ini la first and last eksilapan dia buat.Tapi hampa harapan saya tak sampai 5 bulan dia dapat indon lain pula. Ada pekerja suami yang perihatin pada saya bagi tahu kak boss gan perempuan lain pula, Saya mula siasat suami hari2 di pocketnya ada ubat perangsang lalaki tapi dia tak tidur sama saya than buat apa dia makan ubat bila saya perlukan dia selalu elak penatla pening takcukup tidur saya buat2 berdengkun saya tahu perubahan suami sebab kami dah satu tilam selama 19 tahun, saya dah nampak dengan mata sendiri hampir setiap malam suami bilik perempuan indon kedua tapi saya tak berdaya nak gaduh lagi saya pun balik kerumah hampir 6 bulan saya tak pernah tanya apa2 pun.comment suami pada saya, saya tak pandai jaga badan gemua saya dah habis beribu tapi tak kuran juga. saya ingin tahu ada dosa saya buka rahsia suami di laman ini.

    • Komen puan dijawab dalam posting terbaru

  7. [...] Dikemukakan dalam ruangan komen bagi artikel : Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri [...]

  8. Salam..
    Saya telah berkhawin dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Walaubagaimanapun kami tinggal berjauhan diantara satu sama lain dan hanya berjumpa hanya sebulan sekali. Selepas beberapa hari perkhawinan kami, saya mendapat tahu bahawa suami saya mempunyai seorang kekasih dan masih menjalani hubungan selepas kami berkhawin. Beberapa kali kami telah bergaduh sehingga saya meminta dilepaskan kerana tidak sanggup ditipu secara terus menerus lagi. Suami saya meminta agar ia diberi peluang berjanji tidak akan mengulanginya lagi tetapi saya tahu dia masih lagi berhubungan dengan perempuan itu. Hari ini sudah genap seminggu kami tidak menghubungi satu sama lain kerana saya sudah tidak tahan lagi ditipu olehnya sedangkan dia mengaku yang dia sudah lama tidak menjalinkan hubungan dengan perempuan itu. Sukar sungguh saya ingin mempercayainya bimbang akan terluka lagi. Saya selalu berdoa agar Allah memberikan jalan yang terbaik untuk saya dan anak saya walaupun terpaksa menerima hakikat kami terpaksa berpisah. Persoalannya adakah segala amal ibadat saya termasuk solat diterima olehNya sedangkan pada masa yang sama saya menderhakai suami saya sendiri. Pernah satu ketika sewaktu saya mengandung, saya selalu memaki hamun suami saya itu atas apa yang dilakukan olehnya. Kini dia meminta saya agar diberi peluang tetapi saya begitu takut untuk menerima dia kembali. Apa perlu saya buat?

  9. saya pening kepala memikirkan tabiat si isteri saya yang mementingkan keluarganya semata-mata. saya pula dianggap orang nombor 2 manakala orang nombor 1 adalah ibubapa dia. selama 8 tahun saya bersabar dengan gelagat dia. makan tak dijaga,pakai tak dijaga dengan sempurna.jika saya balik kerja dia tidur depan tv. rumah tak terurus. sudah berbuih saya menasihatinya. jika saya terasa dengan keluarganya dia selalu menyebelahi keluarganya. selain itu dia pernah menyatakan kepada saya, ibunya menasihatinya agar pentingkan ibubapa dulu sebab suami isteri ni adalah umpama senipis kulit bawang.ada juga teringin untuk kawin lagi satu.pernah luah pada kawan tapi kawan cakap fikirkan kebaikannya.buntu fikiran.


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: