Posted by: Fathi Yusof | Jun 3, 2008

Pelajar sekolah ketagih seks seawal usia 12

Gerun membaca laporan-laporan berkaitan gejala seks remaja dalam akhbar Metro baru-baru ini. Saudara boleh membaca ulasan beberapa aktivis sosial yang mendedahkan kelakuan dahsyat generasi muda hari ini.

Gejala maksiat yang merosakkan maruah, keturunan, hatibudi dan harga diri ini seolah-olah dianggap biasa oleh sesetengah golongan. Bahkan ada yang meremehkannya kemelut ini sebagai satu ‘fenomena biasa’ semata!.

Lebih malang lagi, dilaporkan ada dari mereka yang melakukan dosa besar ini di rumah mereka sendiri. Semuanya gara-gara ibu bapa yang cuai dalam mendidik anak (ditambah dengan media dan persekitaran yang memang mendorong kearah itu). Moga Allah jauhkan kita dari bala yang menghancurkan kita ini.

Baca laporan di bawah:

KUALA LUMPUR: Sangat membimbangkan apabila remaja seawal usia 12 tahun ketagih seks dan onani, bertukar-tukar pasangan seks, minum arak, lesbian, hidu gam, meraba, mencuri dan merokok.

Pelbagai krisis sosial yang menakutkan itu dikesan Gerakan Ehsan Selangor (GES) selaku satu daripada penganjur program yang dikhaskan kepada pelajar bermasalah di Selangor sepanjang penganjuran program Kem Smart Remaja sejak enam tahun lalu.

Tidak cukup itu, pertubuhan badan bukan kerajaan berkenaan turut menemui pelajar berusia 14 tahun tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, membaca surah al-Fatihah dengan betul, mandi wajib dan bersembahyang.

Setiausaha Kehormat GES, Mahezan Baharom Shah, berkata sepanjang GES terbabit dengan program berkenaan, satu rumusan boleh dibuat iaitu remaja yang terbabit dengan gejala sosial datang daripada pelbagai latar belakang keluarga.

“Remaja yang terbabit dengan gejala sosial tidak semestinya datang daripada keluarga miskin, ada juga membabitkan anak orang kaya atau VIP, datang daripada keluarga berpendidikan, ibu bapa orang kuat agama, profesional dan sebagainya,” katanya.

Mahezan berkata, program yang bermula sejak 22 April 2003 itu dan sehingga kini sudah siri ke-11 ‘mengeluarkan’ 621 peserta dari seluruh daerah di Selangor membabitkan 454 lelaki dan 167 perempuan.

Menurutnya, sepanjang pengalaman GES terbabit dalam Kem Smart Remaja, didapati hampir keseluruhan remaja berusia 13 hingga 15 tahun yang mengikuti program itu mengaku merokok sejak seawal darjah enam, selain gemar menyimpan rakaman aksi seks dalam telefon bimbit.

Lebih serius lagi, katanya, ada peserta menyamakan perbuatan mereka dengan ibu bapa seperti minum arak, merokok dan berhibur di kelab malam.

“Apabila ditanya sebab apa mereka terbabit misalnya merokok, dia menjawab, ‘mengapa ibu bapa boleh lakukan, sedangkan saya tidak boleh’.

“Sepanjang enam tahun, pengalaman yang saya lalui bersama rakan sangat menakutkan. Malah, ada yang datang ke sini dalam keadaan ‘tidak betul’, selalu tersenyum, menyendiri dan buat apa yang disukai tanpa memikirkan orang lain dan selepas diselidiki, ia angkara menghidu gam,” katanya.

Mahezan berkata, yang membimbangkan, golongan itu masih muda dan mentah, tetapi arif melakukan aktiviti ‘hard core’ (melampau).

Mahezan, antara orang terawal terbabit dalam program itu, berkata antara masalah lelaki dan perempuan, kedua-duanya hampir sama, tetapi yang mengejutkannya perlakuan seks semakin meningkat.

“Mereka bukan saja suka menyimpan koleksi rakaman seks dalam telefon bimbit tetapi arif mengenainya, malah seawal usia 12 tahun sudah melakukannya dan lebih mengejutkan, ada perempuan bertukar pasangan sehingga 10 lelaki.

“Selain itu, berdasarkan pengakuan mereka, peserta perempuan terbabit dalam aktiviti meraba, mencuri, memeras ugut, bohsia, ketagih onani, ponteng kelas, merokok dan lesbian.

“Sementara lelaki pula, selain terdedah dengan seks, juga terbabit dalam rempit, merokok, hisap ganja, hidu gam, curi motosikal dan gay,” katanya.

Mahezan berkata, perilaku seseorang itu diketahui melalui sesi ‘soal-siasat’ bersama peserta melalui borang yang diedarkan.

“Apabila mereka meluahkan aktiviti sebelum ini melalui borang, kami mendekati untuk mencungkil rahsia dan kemudian memberi semangat serta petunjuk untuk berubah,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya, punca atau penyebab kepada masalah dihadapi remaja hari ini ialah masalah keluarga seperti perceraian serta kesibukan ibu bapa sehingga mengabaikan anak, termasuk kurang beri perhatian dan kasih sayang.

“Ada peserta, ibu dan bapanya sibuk bekerja dan dia diberi kemewahan seperti kad kredit, kereta dan pembantu. Dengan kemudahan itu, dia bebas ke mana saja untuk bergembira, termasuk ke disko,” katanya.

Menurutnya, remaja pada usia belasan tahun mudah terpengaruh untuk meneroka perkara baru atau yang menarik minat mereka.

“Perempuan suka berahsia tetapi apabila dia sudah percaya dengan seseorang, hubungan itu lebih rapat dan mesra dan kemudian lelaki ambil kesempatan,” katanya.

Mengenai keberkesanan program berkenaan, Mahezan berkata, secara keseluruhan ada berubah dan lebih mengharukan apabila ibu bapa mengucapkan terima kasih dengan perubahan tingkah laku anak mereka.

“Dulu ada yang tak sembahyang tetapi kini melaksanakannya, lebih hormat orang tua dan mendengar kata. Ada juga tidak mahu berubah tetapi selepas mereka menyertai program ini, kami menjejaki mereka sehingga tamat persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Fasilitator, Al Kamarizal Abd Latif, 32, yang juga ahli jawatankuasa pembimbing sejak 2003 mengakui berdepan dengan pelbagai kes ‘unik’.

Katanya, ada kes pelajar berusia 14 tahun ketagih minum arak disebabkan tiada sekatan keluarga, malah di rumah mereka turut disediakan air setan itu dan bar.

“Ibu bapa mereka tidak melarang, bagaimana kita hendak ‘tegur’ pelajar terbabit? Jika ‘bimbingan’ di rumah sudah ada cacat cela, sukar dibetulkan semula,” katanya.

Al Kamarizal berkata, pernah juga dia berdepan kes pelajar ketagih seks dengan sepupu dan kerap melakukannya di rumah mereka sendiri.

“Selepas waktu sekolah, mereka ada masa antara empat hingga lima jam sementara ibu bapa pulang. Masa inilah mereka melakukan perkara tidak elok.

“Jika hal begini timbul, siapa harus disalahkan? Namun, saya akui ada kalanya anak sukar dikawal, ibu bapa harus memerhatikan mereka,” katanya.


Respon

  1. seminggu cuti di KL membuatkan aku loya dengan sikap mak bapak dan anak2 muda di sana. aku bersyukur duk di kelantan.

  2. Alhamdulillah aku bersyukur mempunyai seorang ibu yang amat penyayang walaupun mempunyai kerjaya tetapi tanggungjawab dan layanan kepada anak2 tidak pernah terabai… ibubapa berkerjaya bukanlah alasan yang tepat bagi masalah sosial yang melanda masyarakat sekarang sebenarnya…

  3. setuju sangat…dah rosak sangat akhla k remaja kini..

  4. Mak bapak susah-susah cari duit nak sara hidup bagi anak & family..tp si anak pulak hidup kat dunia ni tak pakai otak…tak de sapa yg boley jaga diri kita melainkan kita jaga diri sendiri..mak aku pon sibuk jugak keje…tapi alhamdullillah aku ada otak yg boley berfikir dan berfungsi…bezakan yg baik dan buruk..

  5. aku saket ati satu ja… kadang kadang… orang yang mengutuk tu pn buat menda yang sama gak… depan orang len yaya kata orang tu macam tu macam nih… tapi dia sendiri pon buat… huhu

  6. nak tau 1 benda x
    aku ada kawan nagn budak perempuan umo 19 town ni. dia da rosak pasal bapak dia yang buat sejak umo dia 8 tahun. cuba la bayangkan benda tu berlaku kat dia hampir setiap minggu. la ni dia da bebas dari bapak dia pasal da sambung blaja kat kolej kat penang
    tapi dia la ni tenagh ketagihkan benda yang bapak dia buat kat dia
    saper la yang nak dipersalahkan dalam hal ni
    nak kata bapak dia memang dah salah pun
    nak kata dia x salah x boleh gak pasal dia yang dah bebas tu mula mencari pasangan seks sendiri untuk memuaskan nafsu dia
    mak dia yang tau pun x amik apa-apa tindakan
    apalah nak jadi ngan dunia la ni kan???

  7. Menurut cerita pis+ac=ous, org cam bpk dier ni yg aku nak…hehe, mudah-mudahan die ikut aku masuk neraka!!!HAHA!!!

  8. sekarang dunia makin tua , di dalam al_quran ada menyatakan ape bila hari kian hampir kehidupan didunia nie akan menjadi jahiliah kembali, ramai anak muda yang rosak akhlaknya, ingatlah allah melihat setiap ape pun hambanya lakukan didunia nie……… allah maha pengampun pintu taubat sentiasa terbuka, fikirkanlah alam akhirat yang kekal abadi……. dunia nie hanyalah pinjaman semata-mata…… janganlah sesekali kita melakukan larangannya. ingatlah azab neraka yang amat pedeh sedang menanti disana.. carilah yang halal, tinggalkanlah yang haram , jangan sesekali meghalalkan yang haram dan megharamkan yang halal……… nauzubillahiminzalik………

  9. semoga ianya jd pengaran kpd semua dlm mendidik ank-ank…

  10. jadikan islam sebagai cara hidup
    insyaallah selamat

  11. banyakkan menonton kisah drama yang membawa pengajaran tentang peristiwa suka duka pahit manis

  12. ASTAGFIRULLAHHALA’ZIM
    dimana peranan ibu-bapa sekarang…
    jgan jadikan neraka itu sebagai mahkota yang ingin kita junjung..
    berpijaklah pada bumi yang nyata lagi jelas ini..
    jadika ALQURAN SEBAGI PANDUAN HIDUP..
    SAYANGI ISLAM ANDA

  13. Ya Allah,ape lar nk jadi…

  14. salam semua

    Itulah yang ditakuti sekarang. Makbapak tu kalau tengok anak – anak pakai pakaian yang terdedah, ketat hingga nampak semua, laranglah sekurang ianya tidak berpunca dari rumah.
    Budak2 memang ligat, dunia dah nak ke Penghujungnya…… Lindungilah diri dan keluarga bersama dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH S.W.T

  15. pe nk jd r ngn dunia zaman sekarangkan…
    insaf lah cepat…
    dunia dh hampir ke pnhujung dh…

  16. aku brsyukur la da mak n ayah yg sentiasa peka dgn anak2,bagi didikan agama n sentiasa nasihatkn aku n adk2.. aku permpuan gak n study kt srwk… family aku kt utara.. tapi Alhamdullilah aku x trsasar dr tujuan utama aku nk mngjar ilmu… thnx mak ayah…

  17. Salam semua,

    Anda pandai komen saja kan? dan pandai tulis.. tetapi x pandai bertindak..

    DIMANA IMAN anda sekelian?
    anda sudah join mana² persatuan yang menguatkan Ukhwah Islam?

    anda semua dah mendalami Islam dengan sebenar²nya ke? Anda Telah bergiat dengan NGO² islam dan menyebarkan Akhlak org yang beragama Islam? kalau setakat baru jumpa tabligh tepi jalan dah x beri salam kat diaorg..

    aku sarankan, x payah la ko komen². Bukan apa, Sebab orang yang melakukan benda² merosakkan ni bukan baca Blog pun.

    baca komen aku ni dengan mata hati, jangan baca komen aku ni dengan perasaan marah/ ego!!

    Buat permulaan mari la kita join Kumpulan IKRAM dulu. tak tau leh taip kat search enggine tu.. kalo korang xnak jugak join, aku xtau nak cakap apa, 2 golongan jer korang ni.. MUNAFIK atau KAFIR. Aku x cakap, Dlm Al-Quran yang tulis.

    chow..

  18. You really make it appear so easy with your presentation but I in finding this
    matter to be actually something which I believe I might never
    understand. It seems too complex and very wide for me.
    I am having a look forward for your next post, I will
    try to get the grasp of it!


Tinggalkan Jawapan kepada missizy Batal balasan

Kategori