Posted by: Fathi Yusof | Julai 6, 2011

Suami Tidur Dengan Wanita Lain

Soalan:

Assalamualaikum,
Saya telah berkahwin selama 19 tahun hasil perkahwin kami ada 3 org anak yang kakak 19 tahun 17 dan 12 tahun, Suami saya seorang peniaga restoran walau pun restoran kepunyaan sendiri ada banyak masalah kewangan.Saya berkerja di sebuah pejabat swasta selama 25 tahun.
Saya juga banyak bantu suami dalam hal kewangan.
Bla dia perlukan kewangan dia akan buat muka sedih ceritakan masalah kedai tak cukup duit bayar gaji pekerja la beli barang tak cukup duit nak cover chqeck tak cukup duit sampai habis barang kemas saya value kat 30 ribu setiap kali suami buat muka sedih saya pun hulur duit atau barang kemas. baru2 ada ramai pekerja perempuan indon dia kedainya. Ada ramai kawan or customer yang kenal saya sebagai isteri boss bagi tahu saya yang suami awak keterlaluan mesra dengan pekerja indon selepas tutup kedai bawa gi makan kat kedai kadang2 pegi ke rumahnya suatu hari saya pegi ketuk bilik perempuan indon suami saya ada baring di atas katilnya bayangkan macam mana keadaan saya indon tu pun dah lari. Saya sampai ketahap bercerai tapi dia kata masih sayangkan keluarga saya pun berbaik balik dengan suami.saya harap ini la first and last eksilapan dia buat.Tapi hampa harapan saya tak sampai 5 bulan dia dapat indon lain pula. Ada pekerja suami yang perihatin pada saya bagi tahu kak boss gan perempuan lain pula, Saya mula siasat suami hari2 di pocketnya ada ubat perangsang lalaki tapi dia tak tidur sama saya than buat apa dia makan ubat bila saya perlukan dia selalu elak penatla pening takcukup tidur saya buat2 berdengkun saya tahu perubahan suami sebab kami dah satu tilam selama 19 tahun, saya dah nampak dengan mata sendiri hampir setiap malam suami bilik perempuan indon kedua tapi saya tak berdaya nak gaduh lagi saya pun balik kerumah hampir 6 bulan saya tak pernah tanya apa2 pun.comment suami pada saya, saya tak pandai jaga badan gemua saya dah habis beribu tapi tak kuran juga. saya ingin tahu ada dosa saya buka rahsia suami di laman ini.

Anonymous

Dikemukakan dalam ruangan komen bagi artikel : Hak dan Tanggungjawab SuamiĀ Isteri

Jawapan:

Waalaikum salam wbt wth,

Puan,

1. Saya mengucapkan takziah di atas kesukaran yang menimpa puan dalam menempuh alam rumahtangga. Moga-moga ujian yang besar ini menjadi menghapus dosa-dosa yang lepas dan mengukuh hubungan puan dengan Allah SWT.

2. Tindakan puan mengadu hal ini di sini bukan satu kesalahan. Ia tidak dianggap sebagai memburukkan suami kerana apa yang dilakukan oleh suami itu terlalu berat di sisi syarak, dan memerlukan tindakan seperti ini. Maksiat dan kezaliman tidak boleh didiamkan atau disembunyikan. Perlu dicegah dan diatasi. Bahkan puan bukan sahaja mengadu secara bersembunyi begini, malah perlu tampil kepada pihak berkuasa bagi melaporkan kezaliman yang dilakukan. Puan ada hak, dan ia perlu dituntut.

3. Berdasarkan apa yang berlaku itu, telah jelas bahawa suami puan telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Ia termasuklah:

  • mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain secara
  • mengabaikan tanggungjawab nafkah batin
  • mengambil hak isteri tanpa keperluan sebenar

4. Oleh demikian, terpulang kepada pihak puan sendiri samada untuk terus bersama beliau atau berpisah. Namun, jika puan percaya masih ada ruang untuk suami membaiki diri dan meninggalkan terus perkara mungkar, maka usahakanlah. Lebih berkesan jika melibatkan orang tengah yang dihormati dan dipercayai.

5. Jika puan memilih untuk berpisah, boleh melalui prosedur taklik atau fasakh. Pada umumnya hak penjagaan anak terletak pada puan, dan suami tetap ada tanggungjawab untuk menanggung mereka.

6. Akhirnya, usahlah puan terlalu lama memendam masalah ini. Berbicaralah kepada yang boleh dipercayai. Jika tiada juga, pihak pentadbiran agama tentu bersedia untuk membantu. Bertindaklah.

Abi Muslih

About these ads

Responses

  1. nasib puan sama dgn nasib sy… yg mampu sy buat skrg berdiam diri n menangis shaja..


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: