Posted by: Fathi Yusof | Jun 26, 2007

Suami wajib mencari nafkah keluarga

Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

BARU-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa bilangan suami yang menjadi suri rumah tangga semakin meningkat. Ini bermakna, suami berhenti bekerja dan menjadi pengurus rumah tangga, manakala isteri meneruskan kerjayanya di luar rumah. Walaupun tiada data rasmi mengenainya, namun dipercayai bahawa semakin banyak pasangan suami isteri yang membuat keputusan seperti ini dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan mereka.
kawin-fazli.jpg

Punca utama yang menyebabkan pasangan suami isteri membuat keputusan ini ialah kerana kesukaran untuk mendapatkan kemudahan penjagaan anak yang memuaskan hati. Mengambil pembantu rumah tidak menjadi pilihan kerana mereka merasakan kehadiran pembantu ini mengganggu privasi.
Menghantar anak-anak ke pusat asuhan juga dianggap tidak sesuai kerana tahap penjagaan yang kurang memuaskan hati. Maka, keluarga yang dalam keadaan ini memutuskan bahawa adalah wajar si suami berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, manakala isteri terus bekerja dan secara tidak langsung menjadi pencari nafkah keluarga.
Ada yang melihat suami-suami yang memilih menjadi suri rumah tangga sebagai kumpulan yang mengalami perubahan paradigma kerana sebagai lelaki, mereka sanggup membuat kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh wanita. Oleh kerana itu, keputusan mereka dipandang mulia dan terpuji. Namun, wajarkah aturan seperti ini berlaku dalam keluarga Islam?
Wajarkah seorang suami yang beragama Islam menjadi pengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi pencari dan pemberi nafkah untuk keluarga tersebut? Pastinya, tidak wajar. Aturan ini tidak wajar bukan kerana Islam menghalang suami dari melakukan kerja-kerja rumah. Malah, suami amat digalakkan untuk membantu isteri di rumah sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah membantu isteri-isteri Baginda. Aturan ini tidak wajar kerana ia melanggar ketetapan Allah bahawasanya dalam keluarga Islam, tanggungjawab nafkah terletak di bahu suami (An-Nisa’:34).

Ini bererti, dalam keluarga Islam, golongan suami yang wajib bekerja untuk mencari nafkah dan bukannya isteri. Walaupun Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja, tetapi wanita bekerja bukan untuk menanggung nafkah keluarganya. Melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti suaminya berpenyakit dan tidak boleh bekerja atau wanita itu merupakan seorang ibu tunggal, si isteri terpaksa menjadi pencari nafkah untuk keluarganya.

Jika dia redha dengan aturan tersebut, maka itu adalah lebih baik baginya. Sebaliknya, jika dia tidak reda, tiada kesalahan baginya kerana waris suami perlu memainkan peranan mereka seperti yang termaktub dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 233. Sekiranya suami tiada halangan untuk bekerja, mereka perlu menanggung nafkah keluarganya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang membawa maksud: “Jika seseorang itu mencari kayu api dan menjualkannya, itu adalah lebih baik dari dia meminta-minta”.
Demikianlah kerasnya tuntutan Islam agar kita berusaha mencari rezeki.Justeru, walaupun gaji isteri 10 kali ganda berbanding suami, suami masih perlu memberi nafkah kepada isterinya.Jumlah nafkah sebenarnya bergantung kepada kemampuan suami.
Jadi, tiada isu bahawa apa yang diberi oleh suami tiada nilai di sisi isteri. Yang penting, nafkah itu dapat menampung keperluan keluarga tersebut.
Di zaman serba canggih dengan teknologi maklumat (IT) ini, memang wujud banyak kesempatan untuk bekerja dari rumah. Malah, ramai yang kini mencari rezeki dari bilik tidur mereka sendiri dengan menggunakan Internet. Sekiranya suami-suami tadi tidak bekerja di luar rumah tetapi masih mempunyai pendapatan dengan bekerja dari rumah dan menggunakan pendapatan tersebut untuk keluarga, maka aturan ini boleh diterima oleh Islam.
Namun, jika suami tadi hanya menjadi pengurus rumah tangga tetapi tidak membawa nafkah, maka itu adalah sesuatu yang amat tidak wajar. Malah, isteri boleh menuntut fasakh sekiranya suami gagal menunaikan tanggungjawab nafkahnya untuk tempoh yang tertentu. Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan al-Quran dan Sunah sebagai panduan untuk mengatur kehidupan kita.

Jadi, apa perlunya menoleh ke Barat? Jika fenomena suami menjadi suri rumah tangga ini semakin ketara di Barat, mestikah ia juga berlaku dalam masyarakat kita? Akan mundurkah masyarakat kita jika fenomena yang sama tidak berlaku di sini?

Bagi masyarakat yang tiada panduan, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi tidak bagi masyarakat Islam. Jika masyarakat Hadhari menjadi matlamat kita, ini adalah antara perkara-perkara yang perlu dihentikan segera.

Lawati: http://www.abimuslih.com


Respon

  1. dunia dah hampir kiamat..siapa siapa yang menyokong suami boleh duduk dirumah dan membenarkan isteri pergi bekerja dia telah melanggar hukum allah..kecuali disebabkan si suami keuzuran tidak boleh bekerja. itu dimaafkan dalam islam.

  2. jgn ubah hukum allah..jika si suami duduk kat umah goyang kaki tk bekerja..si isteri pulak yang membanting tulang cari nafkah keluarga bukankah pelik tu..satu lagi..jgn terikut sangat dengan budaya barat yang menuntut suami supaya membenarkan isteri mencapai cita-citanya dalam kerjaya..sbb itu ramai suami dah tk kerja. bila tgk si isteri dah ada pangkat n berduit sikit mulalah tknak bekerja..

  3. Superb site you have here but I was wanting to know if you knew of any discussion boards
    that cover the same topics talked about in this article?
    I’d really love to be a part of online community where I can get opinions from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Appreciate it!

  4. When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each
    time a comment is added I get three emails with the same
    comment. Is there any way you can remove me from that service?
    Cheers!

  5. Howdy! Do you use Twitter? I’d like to follow you if that would be okay. I’m absolutely enjoying your
    blog and look forward to new updates.

  6. Thank you for any other informative blog. Where else may just I am getting that type of information written in such a perfect approach?

    I have a venture that I’m simply now operating on, and I have been at the look out for such info.

  7. When I originally commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time
    a comment is added I get four emails with the same comment.
    Is there any way you can remove people from that service?
    Thanks a lot!

  8. I know this if off topic but I’m looking into starting my own weblog and was curious what all is required to get set up? I’m
    assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?
    I’m not very web smart so I’m not 100% positive.
    Any suggestions or advice would be greatly appreciated.
    Appreciate it

  9. I truly love your website.. Very nice colors & theme.
    Did you create this site yourself? Please reply back as I’m hoping to create my own personal site and want to learn where you got this from or what the theme is called. Thank you!

  10. Farming in Globe of Warcraft will never be as considerably fun as taking down an epic 25 man boss with a hundred million HP.

    You need to provide reasonable rates, but they can be 20% beneath the common auction house
    sale rates and you will nonetheless make a profit. ) adds an extra layer of team camaraderie, which makes for a
    fantastic co-op experience. The characters themselves aren’t
    the most detailed, texture-wise, but the little intricacies like
    moving parts on their robot’s frames as well as various guns,
    show a lot of attention to detail. Transformers: War for
    Cybertron is now available in retail stores nationwide (and digital distributor Steam) for
    PC, PS3, and Xbox 360.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: