Posted by: Fathi Yusof | Julai 12, 2007

Didik Anak Dalam Kandungan

Oleh: Abi Muslih 

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran? Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga. Terhenjut-henjut tangan, juga kaki. Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

foetus2.jpg

“Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, ‘remaja tua’ pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu” kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

“Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran”, saya menambah

“Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: ‘fantasi’) TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu…” ulasnya lagi.

“Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh” balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul. Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak. Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya. Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan dan murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai, dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur. Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak. Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu. Sebab itulah, terdapat gesaan agar, anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran kea rah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam, dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung. Perasaan ibu perlulah damai. Jika stress, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor. Oleh itu peranan bapa selaku lelaki paling hamper amatlah penting. Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah – bukan anak-anak yang derhaka pada kita…


Respon

  1. […] perbincangan yang lepas, kami telah menyentuh soal mendidik anak dalam kandungan dan memilih nama anak yang baik. Begitu juga cara mengelakkan kesilapan dalam memilih nama. […]

  2. buat yang terbaik dalam kehidupan kerana manusia ini hidup sementara je di dunia….

  3. Salam Ziarah. Thx krn byk info yg saya dpt dari sini. 1 blog yg juga jumpa cara x sengaja yg mengajar anak dari bayi hingga bayi boleh membaca quran umur 2tahun dan menghafal 25 surah umur 3 tahun. http://www.darwishndarwisya.blogspot.com

  4. salam,saya skrg hamil anak ke 2.boleh bg saya ayat suci al-quran ketika ibu hamil

    • Iera, banyakkan membaca Al-Quran. Juga buat suami. Terutamanya Surah Maryam, dan Surah Yusuf

  5. salam..apa yg ptt sy bt apabila suami sll keluar mlm dan blik lewat pg…fikiran sya berserabut dan saya tau itu tidak elok bg kandunagn saya.

  6. Assalaamu ‘alaikum… Salam kenal…

    Mari kita bina keluarga muslim yg cerdas & berkarakter Islami dengan mempersiapkan pendidikan anak-anak kita sedini mungkin.. sejak dlm kandungan: kita kenalkan konsep “Tuhan”, “logika”, emosi positif, dll melalui stimulasi emosi ortunya. Membaca Al Quran oleh ibu hamil sangat positif menstimulasi prkmbangan emosi dan persepsi janin akan konsep yg kita ajarkan (stimulasikan). Memperdengarkan alunan bacaan Al Qur’an (selain oleh ibu hamil, bahkan pakai alat audio jg gpp)…

    Semoga kita menjadi lebh baik ya..

    Salam

  7. Assalam..saya nak tanya..saya dah bercerai dgn suami dah dekat 2 tahun..tp waktu dalam eddah..saya ada bersama dengan dia..tp bkn dalam keredhaan sy..sbb saya msh x nak rujuk dgn dia..selagi dia x nak berubah..jadi adalah sy dgn bekas suami dah rujuk kembali walaupun sy tak redha..lagi pun dia lansung x bg sy nafkah dlm tempoh eddah tersebut..


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: