Posted by: Fathi Yusof | Julai 18, 2007

Lelaki! Wanita mahukan perhatian, bukan cadangan penyelesaian

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Seperti hari-hari kerja lain petang tu Budin balik keletihan. Tergambar dalam fikirannya, sofa empuk, atau katil lembut untuk dia landing. Terbayang juga kopi o panas atau teh ais terhidang bersama-sama karipap gulung kegemarannya. Dia masuk dan terus disambut dengan senyman isterinya, Hana. Tapi, senyuman Hana tak semanis biasa. Nampak kelat sedikit. Ah, tak kisah lah, fikir Budin.

bunga4.jpg

Syukur, kopi o dah ada. Dia minum, sambil membelek-belek surat khabar. Ada berita yang belum sempat dibaca. Hana membuka mulut. Rupa-rupanya ada masalah di pejabatnya tadi.

“Bang, patut tak kalau kita tak tegur kawan sepejabat kita?” Tanya Hana

“Kenapa?” balas Budin.

“Hana ingat nak boikot Salmah, kawan sepejabat Hana. Dia buat fitnah kat Hana?”

“Fitnah?” Tanya Budin lagi. Sambil tangannya membelek surat khabar.

“Macam ni….bla… bla..,” Hana mula bercerita panjang. Namun belum sempat habis bercerita Budin cepat-cepat menyampuk.

“Apa kata, kalau Hana buat begini….begitu…” cadang Budin dengan niat untuk cuba membantu.

Namun, Hana tak pula memberikan respon atas cadangan Budin, sebaliknya terus menceritakan masalahnya yang meleret-leret dan mengheret-heret peristiwa yang berlaku berminggu-minggu dan berbulan-bulan yang lalu, antara dia dan Salmah.

Budin mengulangi cadangan penyelesaiannya. Ditambah pula dengan pilihan-pilihan tindakan penyelesaian yang logik.

Namun, Hana rasa dia belum puas menceritakan masalahnya. Hatinya masih terpendam rasa sedih, geram, marah, pilu dan rasa terpencil. Dia mahu meluahkan segalanya agar apa yang terbuku dikalbunya akan terungkai. Dia mahu Budin mendengar luahan hatinya itu. Lantas, Hana terus berbicara menceritakan masalahnya, tanpa menghiraukan cadangan Budin tadi.

Pada Hana, bila Budin memberikan penyelesaian, maknanya Budin tidak mahu mendengar suara hatinya. Budin mahu memberhentikan dia dari terus bercakap, fikirnya. Budin seolah-olah tidak simpati padanya. Budin mengguris perasaannya.

Sebaliknya, Budin pula mula rasa buah fikirannya tidak dihiraukan, lantas mendengar sambil lewa. Matanya galak menjeling surat khabar. Dia rasa kecil hati sebab pandangannya tidak dihargai. Dia ikhlas membantu, tapi bantuannya ditolak mentah-mentah, oleh isteri sendiri. Dia rasa tak berguna, dan tak dihormati. Hingga dia dikejutkan dengan kata-kata pedas isterinya…

“Abang! Dengar lah Hana nak cakap ni, orang tengah sedih dia buat tak tahu je. Besarkan surat khabar dari isteri sendiri. Abang ni dua kali lima dengan Salmah!”

Budin menjawab:….(adegan berikutnya dipotong)….

Persoalannya: kenapa masalah begini boleh berlaku. Puncanya kecil sahaja, namun boleh menjadi besar, menanah, membisul dan membarah. Cuba fikirkan apakah punca dan penyelesaiannya. (Berikan komen anda)


Respon

  1. dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham adalah perkara biasa, cara untuk menaganinya pula terpulang kepada pasang suami-isteri. Dalam kes di atas lak masalahnya kecil sahaja tetapi jika terus dibiarkan akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Dalam alamrumah tangga ilmu pengetahuan berumah tangga amat penting, Suami isteri harus banyak membaca atau mencari dari sumber2 lain untuk membantu mereka memahami pasangan masing-masing, kerana lelaki dan perempuan adalah dua makhluk yang diciptakan Allah S.W.T dengan ciri-ciri yang berbeza. Ianya bukanlah untuk saling mencari kelemahan atau kelebihan tetapi untuk saling top-up each other. Jika kita cuba untuk memikirkan dan memahami keadaan kita akan nampak banyak hikmahnya dan pasti kita akan bersyukur dengan fitrah kejadian yg maha Esa ini. Bagi mereka yang masih belum berumah tangga ambil peluang (masa yg ada) dengan berusaha mematangkan diri dan belajar sebanyak mengenai ilmu rumah tangga, bukan sahaja dengan membaca, malahan boleh belajar dari pasang2 yang telah berumah tangga. “MASALAH AKAN BUAT HIDUP LEBIH KICK”

  2. \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

  3. […] artikel lepas, kami mengemukakan satu situasi antara Budin dan Hana. Memang kadang-kadang perselisihan faham […]

  4. […] Wanita mahukan perhatian […]

  5. Ai andarstand…(“.)

    thnx…

  6. pengalamn mnjadi sepasang suami isteri bukan bnda g boleh dibeli, bayangan orng bujang berbeza dngn realiti kehidupan rumhtngga, bila masing-masing faham agama dn tnggungjawab. mudah mncapai kebahagiaan. kita mencari bahagia di dunia ini dan akhirat kelak.

  7. menyusahkan! perempuan inginkan perhatian! penah tak si perempuan fikir pasal laki dia? nak relax ke, nak lepak ke, nak tido ke, nak apa ke? asik laki je kena dengar cakap bini ke?
    asik laki je kena ikut tunding bini dia ke? kalau tak, melayang periuk belanga kat rumah… :))
    ermm.. wallahualam.. asam garam rumah tangga… pandai2 ler give and take… kaum hawa, ur not born to be a BOSS!

  8. mmg wanit ini nk kn berhatian tp mereka berfikir menyikut hati..bkn mengunakan otak.. 2la jadi masalah.. kekadang wanita perlu didik dan diberiperhatian..

  9. alahai ciannyerrr jd hana ni erk……kpad suami2 jgan slaluu pgkh isteri.bglah pendapat yg rasional jagn wat lawak bodoh…………….!!!!!!!!!!!!!!!!

  10. antara tips untuk komunikasi yang baik ialah skil mendengar yang bagus.. untuk jadi pendengar yang bagus bukan senang.. tapi skil ini sangat penting dalam rumah tangga.. mungkin hana boleh kata macam ni – ” abang..hana ada masalah ni.. abang penat x sekarang sebab hana nak minta pendapat abang…” atau pun, begini – “abang, hana ada masalah.. hana harap abang dengar dulu sampai hana habis cerita..n hana harap sangat abang dapat beri pandangan abang… so, xdela hana sakit hati budin buat donno kat die, ataupun budin sakit hati kat hana sebab mcm xnak dengar pendapat yg die beri..
    ape2 pun…masing2 kena kenal pasangan masing2 dulu…wallahua’alam..

  11. macam saya “dear dengarlah dulu sampai b habis cerita”..and my husband memahami.dengar dulu baru bagi respon. saya pun akan ikut nasihat yang dia berikan 🙂


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: