Posted by: Mama Farhah | Julai 30, 2007

Lelaki bercakap kerana mahu sesuatu, wanita bercakap kerana mahu bercakap!

Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

Dalam artikel lepas, kami mengemukakan satu situasi antara Budin dan Hana. Memang kadang-kadang perselisihan faham antara suami isteri berlaku, walau pun dengan alasan yeng remeh. Masalah-masalah seperti tidak sangkut kain pelekat, kopi kurang gula, lupa tutup suis lampu pun boleh jadi punca ‘perang’ suami isteri. Selain faktor gagal mengawal kemarahan, tidak ada kesabaran, mulut laser, dan lain-lain, kami mahu melihat pula dari sudut lain. Sudut perbezaan antara jantina, seorang lelaki dan seorang wanita.

 401071821_bf0681f296.jpg

Ini anugerah Allah. Sengaja Allah jadikan kita berbeza, agar kita mencedok manfaatnya. Dan, Allah minta pula agar kita saling kenal-mengenali. Dalam al-Quran Allah sebutkan bahawa manusia dijadikan dengan lelaki dan wanita ini adalah ‘li ta arafu‘ untuk kenal-mengenal.

Berbalik kepada kisah Budin dan Hana. Budin yang keletihan dari pejabat mengharapkan kerehatan, dengan kopi yang lazat, isteri yang tersenyum dan anak-anak yang ceria. Mindanya mengharapkan kerehatan. Dia mahu rehat dengan membaca surat khabar dan menonton TV. Agar suis fikirannya dapat di’off’ dari hal ehwal pejabat. Mindanya mahu dikosongkan dari berfikir tentang ‘masalah’. Itu harapannya.

Namun Hana telah lama menunggu kepulangan suami tersayang. Hatinya bagai empangan yang nak pecah. Mahu diceritakan kepada suaminya apa yang bergolak dalam hatinya. Masalahnya di tempat kerja tadi betul-betul membuat emosinya terganggu. Dia mengharap ketenangan dengan kehadiran suaminya yang bukan sahaja mendengar masalahnya, bahkan menyokongnya menghadapi Salmah yang menghantui perasaannya. Nah, bila Budin muncul inilah harapannya untuk merungkai kekusutan emosinya. Lantas, dicurahkan perasaan sedih bercampur geram, pilu berbaur marah; dengan harapan agar suaminya yang tersayang itu mendengar dengan penuh penghayatan.

Hana mengharapkan perhatian. Agar Budin memahami keperitan jiwanya. Agar Budin menghayati ‘deritanya’ sepanjang hari itu. Itulah ubat yang dapat menyembuhkannya. Dia akan gembira jika Budin menunjukkan minat dan perhatian atas ceritanya. Itu tanda cakna. Dia mahu bercerita sepuas-puasnya. Hingga lega. Jika Budin menyatakan sokongan dan turut menyatakan marahnya terhadap Salmah, itu adalah ubat tambahan yang mempercepatkan kelegaannya.

Hana tidak mengharapkan cadangan penyelesaian. Dia tidak faham kenapa Budin terlalu cepat menyatakan penyelesaian. Baginya itu tanda Budin tidak mahu mendengar luahan perasaannya. Budin tak prihatin dengannya. Budin tak sayang lagi kepadanya.

Budin pula sebenarnya sayangkan Hana. Sapa tak sayang bini, fikir Budin. Bila isterinya menceritakan masalah, dia mendengarnya. Sambil itu, fikirannya ligat berfikir. Baginya, bila masalah diceritakan, cadangan penyelesaian diharapkan. Tak mungkin Hana sekadar bercerita tanpa mengharap ‘sumbangannya’. Bagi Budin, sumbangan yang wajar pada masa itu ialah mencadangkan cara untuk menghadapi masalah itu. Bila Hana mula mengulang-ulang perkara yang sama, Budin menganggap itulah masanya dia bersuara. Lantas dengan cekap dia menjelaskan kaedah menyelesaikan masalah itu. Satu per satu. Namun, sebaliknya Hana enggan melayan cadangannya, bahkan menuduh bahawa dia tak lagi sayang kepadanya.

Bagi Budin, bila Hana menceritakan masalah, bermakna Hana mengharapkan pandangannya. Sebagaimana dia dan kawan-kawannya dulu, setiap kali kawannya menceritakan masalah, dia tak akan mensia-siakan. Dia akan memerah otak untuk mencari jalan penyelesaian. Kawannya juga banyak membantunya memberikan pandangan jika dia ada masalah. Baginya setiap orang yang bercakap mesti ada tujuannya.

Tambahan pula, dia amat letih. Fikirannya tak mempu mendengar terlalu banyak masalah. Dia mahu rehat dari mendengar masalah. Baginya masalah adalah untuk diselesaikan, bukan untuk diheboh-hebohkan.

Bagi Hana pula, dia mengharapkan perhatian dari Budin. Dia bercakap kerana mahu meluahkan perasaannya. Jika Budin mendengar dengan penuh perhatian dan sokongan, dia akan lega. Masalahnya sudah hilang dengan cara itu. Dia tidak minta cadangan Budin. Jika dia mahukan cadangan Budin, dia akan nyatakan dengan jelas. Contohnya dia akan berkata: “Abang, apa pendapat abang? Apa yang patut Hana buat?”.

Dari sinilah perlu kenal-mengenal. Lelaki perlu memahami bahawa wanita amat perlukan komunikasi untuk meluahkan emosinya. Wanita akan lega jika emosinya dibelai dan disokong. Wanita perlu pula memahami lelaki. Biasanya orang lelaki akan bercakap untuk sesuatu tujuan tertentu. Fikiran lelaki akan ligat memikirkan penyelesaian apabila diceritakan sesuatu masalah. Kelemahan lelaki ialah mereka kadang-kadang cepat terbeban dengan luahan emosi yang berlebihan. Ini kerana lelaki biasanya lebih lambat untuk memproses maklumat dan meluahkan sesuatu yang berunsur emosi.


Respon

  1. bukalah sangatpenting.com bulan oktober nanti tgl 10. dan dapatkan berbagai ilmu penting

  2. betul tu…

    perempuan selalu meluahkan emosi dgn berckp dengan org yg rapat dgn dia….

    mslhnye ramai laki yg malas nk dengar dan kurg peka dan respond..

  3. laki perempuan sama jer…ada yg memberi perhatian ada gak takder… yg tension tu c pemberita tulah..c pendengar buat derkkkkk jer..kehkeh….
    kalau ada masalah kat pejabat cubalah setle sendiri..kalau masalah tak tau masak bg lah tahu kat mak or mak mentua tak pun call terus kat shef wan kita:) kalau masalah tentang suami isteri sembng dan luahkan kepada suami or isteri..kalau suami tak mahu dengar.. buat2lah sembang apa benda yg dia minat..bila dia dah naik rancak nak sembang pasal benda yg dia minat tu.. ape lagi!!!!! go to sleep lah…jgn layan biar dia tahu mcm mana kalau org lak buat derk jer kat dia…hahahahaha! selamat mencuba..

  4. err…ntah!? gue lagian baru 20 tahun, ya mana bisa gue ngrti, cuma yg gua tau, pikiran gue tu ngak sama gkaya Budin kok…gua itu lagi terbuka luas. gkaya openminded gitu…. iya, bnyk juga cewek yg mnt sama gue tapi gue blum ketemu sama yg cocok dgn gue, maunya yg sring menguderstanding syapa diri gue yg sbnrnya, ya itu baru separuhnya lagi dari diri gue sih…

  5. errmm..memg fitrah pompuan cam 2..laki ne cam cool sket banding ngan pompuan yg lbih emosional..=)

  6. Perempuan ni….kalau cerita kat hubby ..mestile nak kan perhatian. Pompuan gila pun nak perhatian..inikan pula isteri….
    Hubby kena le dengar dgn penuh perasaan…walaupun tak suka……kalau tidak jangan kawin (tak gitu kekawan)

  7. Natasha

  8. best…mohon utk share ..

  9. I am a fan of this blog ffor awhile now andd I have never been disappointed.

    I’m hoping to see more posts in the style of your last one.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: