Posted by: Fathi Yusof | Ogos 10, 2007

Menyambut kelahiran anak 1: bersyukur dan hebahkan

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Tangisan pertama si anak yang baru keluar bertemu alam dunia, memberi makna besar kepada ibu. Seorang ibu, juga bapa tentunya mengukir senyum gembira tatkala melihat anak yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia. Namun di sebalik kegirangan itu terselit tanggungjawab yang mula terpikul oleh bapa dan ibu. Tanggungjawab yang bermula sejak saat kelahirannya itu, perlulah dipikul berbekalkan pedoman wahyu.

bayi-from-god.jpg

Islam agama yang maha hebat. Ia menerangkan dengan terperinci tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyambut kelahiran anak Langkah-langkah ini tentunya terlukis melalui gerak laku Baginda Rasulullah SAW sekalu pendidik terulung sepanjang zaman.

Dalam perbincangan yang lepas, kami telah menyentuh soal mendidik anak dalam kandungan dan memilih nama anak yang baik. Begitu juga cara mengelakkan kesilapan dalam memilih nama. Tentunya menamakan anak itu antara perkara awal yang dilakukan. Namun ada lagi tindakan lain yang perlu dilakukan segera, sebaik sahaja anak muncul di alam dunia. Dalam posting ini dan beberapa posting berikutnya, kami insyaallah, akan kemukakan melihat beberapa langkah penting dalam tempoh segera selepas kelahiran. Ini termasuklah soal azan, iqamah, tahnik, aqiqah dan seumpamanya.

Syukur dan memberitakan kelahiran

Jika ditanya kepada seorang bapa, atau ibu, apakah antara peristiwa yang manis dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama.

Kegembiraan ini tentunya perlu disandarkan kepada syukur yang melimpah kepada Allah. Syukur atas nikmat dan rekezi anak kurniaaanNya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsing, dan syukur atas segalanya. Ibu dan bapa perlu ingat bahawa Allah menjamin akan menambahkan nikmat kepada hamba-hambanya yang bersyukur.

Selepas itu, bapa janganlah lupa memberitakan khabar gembira itu kepada keluarga, dan rakan-rakan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk berbanga-bangga. Tapi, atas semangat agama yang menganjurkan agar kita memberitakan nikmat kepada orang lain. Memberitakan nikmat adalah sebahagian dari bersyukur. Secara tidak langsung, mereka yang menerima berita dapat mendoakan buat kita dan turut melafazkan syukur kepada Allah.

Inilah tindakan pertama. Tindakan-tindakan lain akan kami kemukakan dalam posting berikutnya…

About these ads

Responses

  1. […] August 27, 2007 Posted by Abi Muslih in Umum. trackback Dalam paparan yang lalu kami ada kemukakan langkah pertama bagi menyambut kelahiran iaitu menyatakan rasa bersyukur. Syukur perlu dirasakan dan diluahkan oleh […]

  2. […] Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan Hebahkan […]

  3. baguslah web ni
    sesuai unt semua jns glngn
    sy hrp apa yg dnyata adlah btl
    TQ abimuslih mamafarhah
    apa maksud nama2 ni
    FATHIYATUL SYIFA’=
    ARIEF HAQIMIE=
    JAHIZAH JABARULLAH=
    tlg brkn jwpnsecpt mungkin

  4. Thanks!,

  5. x sabar nak menunggu kelahiran bayi pertamaku…emmmmm

  6. apa makna nama Ardhanea

    • Yang cantik seperti ibunya… hehee…

  7. […] kelahiran anak anda? Bagaimana anda disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?) Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan Hebahkan Galakan Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Azan dan Iqamah ke Telinga Bayi Sambut Kelahiran Dengan […]

  8. […] kelahiran anak anda? Bagaimana anda disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?)Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan HebahkanGalakan Ucapan Tahniah Atas KelahiranAzan dan Iqamah ke Telinga BayiSambut Kelahiran Dengan […]


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,200 other followers

%d bloggers like this: