Posted by: Fathi Yusof | Ogos 13, 2007

Hamil Anak Luar Nikah: Perlu Aqad Dua Kali?

SOALAN; Ustaz saya ada kemusykilan,perlukah perempuan yang hamil anak luar nikah dinikahkan sekali lagi,ini kerana lelaki yang menghamilkan dia telah bertanggungjawab dan menikahinya,tetapi ada yang mengatakan perlu di akad nikah sekali lagi setelah melahirkan anak.Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan oleh Ust Ahmad Adnan bin Fadzil:

Wallahu A’lam tentang pandangan tersebut. Sekadar yang saya tahu, dalam masalah mengahwini wanita hamil kerana berzina ada dua pandangan ulamak;

a) Pandangan pertama; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad. Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

b) Pandangan kedua iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan pertama tadi.

Kesimpulannya, menurut pandangan kedua wanita yang hamil harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain. Jadi, mengikut pandangan ini akad perkahwinan antara mereka berdua adalah sah.
Wallahu A’lam.


Respon

  1. Assalamu alaikum
    bagaimana pendapat anda mengenai pacaran..??

  2. jaman sekarang pacaran udah melampaui batas

  3. bagaimana pendapat anda KLO ada wanita hamil di luar nikah,tp bapaky si jabang bayi ga mau bertanggung jawab trus prgi??????????gimana keadaan keluarga wanitay?

  4. salam,

    ustaz ada seseorang yg saya kenali mengalami masalah dek kerana keluarga sebelah lelaki tidak mahu menerima si perempuan kerana tidak kaya kononnya.walaupun wanita tersebut merupakan seorang yg beragama, cantik dan berbudi pekerti , menutup aurat, serta datang dari keturunan yg baik2, tetapi keluarga si lelaki menolak hanya kerana tidak sekaya mereka.sudah 5 tahun si lelaki bersabar menunggu jawapan dari keluarganya supaya menerima calon yg dipilih kerana Allah tetapi keluarganya masih buat2 tak endah dan hingga kini wanita tersebut tetap menjadi pilihan hati lelaki tersebut.lelaki tersebut tetap dengan memilih wanita tersebut kerana kualiti agama dan budi pekerti wanita itu yg menawan hatinya.

    jadi ustaz, boleh tak seseorang itu melakukan dua kali aqad dalam perkahwinan mereka? aqad pertama di kalangan mereka dan saksi2 tertentu dan rahsia dari pengetahuan keluarga lelaki. kemudian apabila telah mendapat persetujuan dari keluarga lelaki, mereka akan melakukan aqad kedua di hadapan keluarga lelaki itu pula..

    sekian,

    • Saudara/ri ‘saya’, assalamualaikum,

      1. Sebaik-baiknya berkahwinlah dengan restu ibu bapa agar ia diberkati. Berundinglah dan minta lah nasihat dari yg mereka yg dihormati oleh kedua ibu bapa. Namun jika halangan ibu bapa boleh membawa kepada darurat yg lebih besar seperti zina dll, maka perkahwinan secara sembunyi mungkin jalan terakhir.
      2. Aqad Perkahwinan yg cukup syarat dan rukunnya adalah sah walau pun tanpa pengetahuan ibu bapa.
      3. Acara ‘aqad kedua’ jika ada hanya utk memenuhi hasrat yg dinytakan. Namun jangan smpai timbul fitnah yg lebih besar seperti anak lahir lebih awal dari kiraan munasabah dsb.
      jazakallah

  5. salm,

    terima kasih atas respon ustaz.. ya itulah yang sahabat lelaki saya ini lakukan iaitu dengan berunding dengan keluarga si lelaki tetapi keluarga lelaki menolak pilihannya kerana duniawi. malah sahabat saya telah melakukan istikhara terlebih dahulu dalam sebelum membuat keputusan untuk memilih wanita tersebut sebagai pasangan hidupnya.dan jawapan yg diterima baik.masalahnya keluarganya pula mahu memaksa dia berkahwin dengan wanita yang tidak menjamin pendidikan agama keluarga yg bakal didirikan melalui perkahwinan.sebab itu mereka ingin tahu jika keadaan berterusan begini dan tiada jalan lain, mereka ingin lakukan seperti yg saya tulis sebelum ini. jadi kesimpulannya 2 aqad ini dibolehkan, begitu ya ustaz?


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: