Posted by: Mama Farhah | Ogos 20, 2007

“Cuba Pak Cik telefon Allah! Saya di neraka ke berapa…”

Oleh: Mama Farhah

Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramaiyang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil. Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata

“Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam.”

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab: “Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa.” Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.

Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati…


Respon

  1. Ustazah.. mcmn nak daptkan kekuatan nak tegur kemungkaran yg berlaku depan mata kita? Sedih… kdg2 rasa bersalah tk tegur..tp bila nak tegur, tangan dan kaki bagaikan kena paku, mulut mcm kena kunci.. Hanya hati yg asik menyumpah tk henti2..

  2. myNisa’KL,

    Benar tu, mencegah kemungkaran memerlukan kekuatan jiwa dan keberanian. Kita dah tahu, ia adalah tanggungjawab, namun kadang-kadang berat rasanya untuk membuka mulut. Saya cadangkan agar kita mulakan dengan menegur kemungkaran yang kecil dan hampir dengan kita serta keluarga seperti lambat solat dan lalai dengan hiburan melampau. Bila dah biasa boleh lah teruskan dgn kemungkaran di luar rumah. Latihan berani boleh dimulakan dengan menyertai aktiviti amar makruf dan nahi mungkar secara berkumpulan. Sdri dari Nisa’ tentu tahu tentang aktiviti edaran risalah dan Ekspidisi Dakwah yang dianjurkan oleh anak-anak muda sempena hari pesta-pestaan di ibu kota. Yang terdekat tentunya menjelang Merdeka nanti. Nisa’ mungkin boleh turut sama @ anjurkan program seumpama itu pada waktu yang sesuai dengan bantuan keselamatan. Insyaallah ia melatih kita untuk berani mencegah mungkar. Yang penting ialah tekad dan keikhlasan.

  3. Sedih membaca artikel tu. tapi tu la realiti dunia kita selepas merdeka…walaupun dah 50tahun merdeka tapi makin teruk dijajah hawa nafsu.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: