Posted by: Mama Farhah | November 22, 2007

Bentuk-bentuk kesilapan didikan anak

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak. Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat. Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengatahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja. Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus ‘makanan’ rohani anak-anak yang sentiasa ‘lapar’ dan ‘dahagakan’ petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah ‘kebiasaan budak-budak zaman sekarang’, tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza. Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan. Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri. Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang ‘mendidik’ anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri. Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau keastas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka ‘Rumahku Nerakaku’. Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggung jawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah an-Nahl:90)

SAbda RAsulullah SAW:

“Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah.” (Riwayat Ahmad dan al_Baihaqi)

Selain itu, kesilapan juga berlaku ababila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk. Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan anak. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hisup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga. Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.


Respon

  1. saya berminat dengan blog ini walaupun pertama kali singgah.boleh berikan tip2 bagaimana menghukum anak sekiranya dia membuat kesalahan.saya confuse sama ada nak menghukum degn kekerasan atau cara lembut.kalau cara keras takut jadi ganas dan bertambah degil. tp risau juga kalau guna cara lembut takut dia akan mengulangi kesilapannya dan naik minyak.kalau boleh berikan contoh2 hukuman yg anda gunakan pada anak2

  2. utk pengetahuan abi & mama, anak saya baru berusia 2tahun 2 bulan.so,jenis pendekatan yg bagaimana perlu dilakukan.

  3. Isyada, terima kasih krn berkunjung.

    Bagi anak umur 2 tahun, ‘menghukum’ adalah jalan terakhir. Banyakkan memesan, menasihat, mengingat, mengulang-ulang pesanan–di samping bermain-main, bergurau dan bermanja. Insyaallah dapat kurangkan dari ‘menghukum’ bahkan dapat elakkan terus.

    Ingat mendisiplinkan, tidak semestinya dengan menghukum. Jika dia tak patuh, gerakkan dirinya untuk buat. Contoh dia sepahkan buku dan enggan letakkan atas meja sprt disuruh. Pegang badan dan tangannya dan biar dia bawakan buku itu ke meja. tak perlu marah dan hukum.

    Kecuaian tidak sepatutnya dihukum bg 2 thn. begitu jg kebanyakan kesilapan lain.

    Namun, jika perlu juga. Hukum bukan utk menyakitkan tp utk dia tahu bhw dia salah. minta dia buka tangan, bagi tahu kenapa dihukum dan baca bismillah serta sebat perlahan tapak tangannya.

  4. Terima kasih dengan nasihat dan panduan Abi Muslih, saya benar-benar menghargainya. InsyaAllah saya akan mendidiknya mengikut nasihat yg diberikan.

  5. Syukran kpd Abi muslih & Mama Farhah membuka minda ana untuk mengembangkan ilmu ttg kluarga kepada masyarakat dan sahabat2 ana dengan tambahan ilmu dari blog antum..

  6. suami saya menghukum anak dgn memukul tapi saya langsung tdk bersetujuh dgn caranya,kami sering bertengkar pasal anak,saya ingatkan pada suami itu bukan cara terbaik menyelasaikan masalah sekarang dia sudah berubah sajak dia sering masuk ke blog ini.terima kasih…

  7. Salam buat abi & mama, saya sebenarnya bermasalah dalam mendidik anak, masalahnya bila anak buat salah dengan mudah sahaja saya memukul anak untuk menghukumnya, lagi satu anak saya itu suka meragam dan menangis saya selalu je buat tak tahu, betulkah tindakan saya itu, tolonglah abi bagi nasihat dan panduan kepada saya.
    untuk pengetahuan abi anak saya baru berumur 4 tahun dan 2 tahun 3 bulan.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: