SAYA berusia 29 tahun dan mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan namun masih belum ada tanda hamil.
Saya mengalami masalah angin yang banyak dalam badan terutama pada ulu hati dan perut tetapi sukar untuk mengeluarkan angin itu. Adakah masalah angin terlalu banyak di dalam badan menyebabkan saya sukar mendapat zuriat?
Selepas bersama suami, air maninya keluar dan kadangkala ada darah berwarna coklat keluar. Apakah yang harus saya lakukan?
IRA,
Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.
Jawapan
BELUM hamil dalam usia perkahwinan seperti puan bukanlah bermakna puan mempunyai masalah kesuburan. Peluang sesuatu pasangan untuk hamil dalam mana-mana bulan hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna, setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya hamil.
Setelah enam bulan mencuba, 75 daripada 100 pasangan didapati berjaya hamil, manakala selebihnya masih belum hamil. Namun setelah setahun mencuba, keseluruhannya meningkat kepada 85 hingga 93 pasangan yang berjaya hamil dan hanya tujuh hingga 15 pasangan saja yang masih gagal hamil.
Bagi pasangan yang belum hamil ini, peluang seterusnya untuk hamil sendirinya hanyalah sekitar empat peratus saja. Memandangkan peluang hamil masih tinggi pada setahun pertama mencuba, kebanyakan doktor lazimnya menasihatkan agar tidak tergesa-gesa mendapatkan rawatan kesuburan kerana ia sebenarnya mungkin tidak perlu untuk pasangan terbabit.
Ujian dan rawatan berkenaan bukan saja memerlukan perbelanjaan, malah masa untuk temu janji yang tidak tetap tetapi lebih bergantung kepada hari kitaran haid wanita.
Dalam keadaan tertentu misalnya sudah pun diketahui mempunyai penyakit berkaitan kesuburan seperti penyakit peradangan pelvis, endometriosis ataupun jika usia wanita mencecah 35 tahun ke atas, tidak perlu menunggu selama ini. Malah mereka digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah enam bulan mencuba.
Bagaimanapun, anda dan suami masih boleh terus berjumpa doktor tanpa menunggu lagi untuk memulakan penyiasatan awal. Anda mungkin hamil dengan sendirinya dalam tempoh pemeriksaan terbabit
Lazimnya, penyakit berkaitan kesuburan tidak menyebabkan masalah angin dan sakit ulu hati sebagai masalah utama. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah itu walaupun ia tidak berkait dengan kesuburan.
Seeloknya, berjumpa doktor pakar sakit puan anda untuk mendapat kaunseling lanjut mengenai peluang kehamilan secara amnya. Anda juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan secara am dan boleh memilih untuk menjalani pemeriksaan kesuburan asas.
Pemeriksaan pintu rahim (serviks) menggunakan alat spekulum dan ujian pap smear juga mungkin turut dilakukan, terutama memandangkan anda mengalami pendarahan selepas hubungan seks, ini tiada kaitan dengan kesuburan namun penting untuk diperiksa.
Perlu difahami, faraj bukanlah anggota yang mempunyai bentuk atau alat penyokong sehingga dapat menampung semua air mani yang masuk ke dalamnya. Faraj berada dalam keadaan bertaup dan pipih pada keadaan biasa. Hanya dengan kemasukan zakar atau alat lain, faraj membuka dan memberi ruang kepada kemasukan alat terbabit, kemudian mencengkamnya.
Setelah zakar dikeluarkan (ataupun setelah zakar mengendur semula), bukaan faraj kembali kepada keadaan asalnya iaitu hendak bertaup semula dan menyebabkan apa-apa yang terperangkap di antaranya seperti air mani atau angin boleh terkeluar semula.
Wanita tidak memerlukan air mani yang banyak bertakung di dalam faraj untuk hamil. Yang lebih penting adalah bilangan dan kualiti sperma yang terkandung di dalam baki air mani yang tinggal di dalam faraj.
Selain itu, bukan air mani yang sepatutnya masuk ke dalam ruang rahim menuju ke dalam tiub falopio untuk mensenyawakan telur, tetapi hanyalah sperma yang berenang menembusi mukus serviks dan terus ke dalam tiub falopio melalui ruang rahim.
Wish i had the talent to write such posts.
By: fact fun on Disember 4, 2007
at 9:29 am
assalamualaikum…
saya da berkahwin selama setahun 7 bln but still lum dpt baby..
i dont know why..plez help me…
By: nura on Januari 14, 2008
at 9:00 am
assalamualaikum,,
ni dah masuk tahun ke 8 saya berkahwin, tapi masih takda zuriat lagi. dah check dgn pakar berlainan klinik, dan cuba rawatan herba, dan sebagainya, tapi masih tak berubah. doktor2 kata, berserahlah kepada ALLAH kerana saya dan suami tiada masalah kesuburan/mandul. bukan semua pasangan berkahwin dapat anak. ada yg sehingga akhir hayat pun tiada berzuriat. terimalah dan redalah ia sebagai satu UJIAN setelah kita berusaha.
By: Teh on Januari 15, 2008
at 8:16 am
assalamualaikum…
saya dah setahun lebih berkahwin,ttp masih belum dikurniakan zuriat. kawan2 yg berkahwin selepas saya kebanyakkannya sedang mengandung, malah ada yang telah mendapat zuriat. dah try bermacam2 petua, ubat, tp masih hambar. saya menjadi semakin tertekan dgn soalan demi soalan di samping cemuhan dan memek muka sesetengah individu yg tidak memahami dan tidak pernah mengalami perasaan seperti ini…bukan putus asa, tp tak mampu nak berfikir lg. hanya mampu menyerahkan kepada-Nya & berdoa semoga suami tersenyum penuh makna.
By: Mrs.Naim on Januari 30, 2008
at 5:03 am
saya dah kahwin masuk lapan tahun,masih belum dikurniakan anak,saya pasrah.Dan yang lebih bermakna suami aku dah kahwin lain,dia dah dpt anak dengan isteri baru,so aku ok jer.
By: nora on April 1, 2008
at 1:38 pm
ada hikmah gak. think +ve. kwn sy lg sdih dh 6 taun kawin dh byk habis duit tup2 lg 2 mgu nk bsalin anak mninggal. sedihny…
By: marina on Julai 17, 2010
at 7:43 pm
akum..
saya da masuk 3 tahun kahwin pun belum dikurniakan cahaya mata. terasa nak sangat putera/puteri di waktu ni. Suami pun dah teringin sangat-sangat punya zuriat dengan saya. perkahwinan suami yang lalu dikurniakan 4 anak.dengan saya masih belum ada rezeki…
By: ieda on April 3, 2008
at 4:44 pm
saya dah kahwin masuk 6 tahun,masih belum dikurniakan anak. suami saya mempunyi 5 orang anak dengan bekas istrinya, jadi masaalah mungkin ada pada saya, saya dah cuba tanya pakar sakit puan, katanya tak mandul. saya mengalami keputihan dan haid yang tidak teratur. saya dah cuba bermacam-macam herba. dan makan ubat dari pakar sakit puan. tetapi sehingga kini masih belum ada hasilnya. adakah saya mandul??
By: Lia on Julai 15, 2008
at 6:40 pm
Saya telah berkahwin 7 tahun dan mendapat rawatan pakar sakit puan, saya dan suami tiada masalah. Tapi bila berubat kampung dikatakan ada sejenis benda yang memakan benih suami sebelum ia sempat disenyawakan. bETULKAH?
By: salina on Mac 15, 2009
at 10:40 pm
sy dah kawin 5 taun dan masih gagal mendapat zuriat. dah pelbagai ubat telah dicuba tetapi masih lum berhasil.
By: anim on Ogos 3, 2009
at 11:16 pm
SAYA BERKAWIN 3 TAHUN TAPI TIDAK DAPAT ANAK LAGI APAKAH CARA UNTUK DAN DI MANAN KAH HOSPITEL YANG DAPAT MEMBERIKAN RAWATAN DI DALAM MASALAH INI, GEMAS NAGORI 9
By: KIKO on Mac 25, 2010
at 10:38 am
Salam.
Saya sudah masuk tahun kesembilan kawin dn alhamdulilah sekarang saya hamil 5 minggu setelah dimakbulkan doa oleh Allah dan juga makan ubat subur.Sebenarnya saya mengalami PCOS dan haid tak regular.
Antara nasihat saya( ialah:
1) Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat serta berdoa dn bersrah dengan Allah.
2) Buat baik dengan suami dan mohon maaf kalau ada silap.
3) Kalau berat badan lebih,kurangkan.
4) Bg PCOS jgn makan ayam daging.
5) Pantang fast food dan air gas.
6)Elakan makan benda yg diproses cam burger.
7)Jgn pakai kasut tumit tinggi.
By: Ana on April 20, 2010
at 11:50 pm
alhamdullilah…
saya juga telag 9 thn kawin tp masih blm dikurniakan zuriat & ada PCOS, period x regular….
saya pun kena amalkan apa yang awak sebutkan tu…
By: YUSS on Mei 5, 2010
at 5:03 pm
Saya sudah 11 tahun berkahwin,sudah pun menjalani rawatan IUI untuk mendapatkan anak tapi belum ada rezeki lagi,harap-harap lambat laun ALLah s.w.t makbulkan hajat saya untuk dapatkan anak sendiri
By: lina on Mei 1, 2010
at 9:00 pm
Bagi yang sukar dapat zuriat macam kita,banyakkan bersabar.Allah nak bgi sekejap jer.Saya pun bila tengok test UPT ada double line tak percaya dan sekarang pun macam blur.Rezeki Allah nak bagi kejap jer.Saya jumpa dr Hamid Arshad.Alhamdulllah lekat.Dr Hamid nasihat jgn makan ayam daging sbb ada hormon dan bg PCOS kurangkan berat badan.Balik jumpa dr,saya diet juga dan turun hampir 4.5 kg.Jangan bersangka buruk dgn Allah S.w.t dan yakinlah Allah Maha Berkuasa.
By: Ana on Mei 1, 2010
at 11:12 pm
nita pun mglami mslh yg sama..nk kgsi ngn kwn2 agr dpt tengkan persaan ni
By: nita on Ogos 3, 2010
at 1:28 pm
Alhamdulillah…iza pesakit pcos…belum ada anak juga.
Dr Hamid tu dari hospital mana ye…
By: iza on Februari 2, 2011
at 10:16 am
iza, saya ader search pasal Dr.Hamid Arshat. Temujanji kena buat sebulan awal.
Klinik Dr. Hamid Arshat
75M Medan Setia Satu
Plaza Damansara
Bukit Damansara
(03-20945800)
By: sya on Julai 26, 2011
at 3:52 pm
Sy berumur 23thun,dh bru 5blan brkhwin..sjak brkhwin,sy mengalami kdtgan haid sebulan 2kali..adkah ini smptom2 yg sy m’pnyai pyakit?dn shgga kini,sy msih blum lg brjaya hamil
By: Zuera on Mei 10, 2010
at 4:19 pm
saya berumur 28 tahun sudah berkahwin hampir 6 bulan tetapi masih belum dikurniakan zuriat..saya ingin bertanya..satu isu yg agak “memalukan” tapi saya ingin bertanya jugak.dipendekkan cerita setelah saya n suami melakukan hubungan ..saya banyak mendapat nasihat dari kawan2..supaya meletakkan bantal di bawah punggung setelah suami saya selesai..saya sudah melakukan hampir setengah jam selepas selesai..tetapi”air” itu akan keluar apabila saya bangun dah berdiri..adakah ianye normal?itu saja persoalan saya..
By: ingin tahau on Julai 1, 2010
at 1:12 pm
saya da berkawin 16thn masih blum punya zuriat. mcm2 saya sudh berubat termasuk jumpa pakar puan. namun kehampahan jg saya dapat. saya perna mengandung namun sering kali gugur. saya tak tahu bagaimana lagi harus saya buat utk boleh mendapatkan anak. saya sedih sgt sbb adik2 suma punya anak. saya jadi bahan ketawa org. kadang2 saya malu jumpa keluarga. airmata tak dapat saya tahan.
By: aku on Julai 11, 2010
at 11:12 pm
kak,sekurang2nya kak penah dpt merasakan betapa gmbira bila dpt thu diri mrgndung.mcm nita dh byk kli test prgnt test tp xpnh double line.mmg sdih sgt..ksian kt suami nita..
org sekeliling pun asik perli2 ja.nita pun dh xlrt nangis..hri2 bedoa kt Allah SWT moga percepatkan kami dpt zuriat…………aminn
By: nita on Ogos 3, 2010
at 1:36 pm
Sekurang2nya dpt hamil daripada x perna hamil. Benda ni x paya malu pada kelurga sebap kelurga la yg sepatutnya memberi semangat pada awak. Jadi kelurga dan adik2 atau kakak abg mestila memahami setuase awak………
By: Tanpa Nama on Januari 13, 2013
at 1:57 pm
X paya layan sangat kawan2 yg x memahami awak. Dan awak x perlu malu pada kawan2 yg dah ada zuriat…. yg penting suami tidak abaikan awak ini semuanya kita x minta allah yg menentukan semuanya ada hekma di sebaliknya…….. kita x tahu apa ganjaran yg diberi pada kita.
By: Tanpa Nama on Januari 13, 2013
at 2:05 pm
nita nk tau petua melancarkan haid.ada sapa2 tau makanan yg hrus nita ambil.utk memudahkan tau wktu subur….moga senang nk dpt zuriat
By: nita on Ogos 3, 2010
at 1:39 pm
kalau ada kwn2 nk kgsi ilmu send la petua dkt nita9387rbbt@yahoo.com.my
By: nita on Ogos 3, 2010
at 1:40 pm
silap plak…tariz9387rbbt@yahoo.com.my
By: nita on Ogos 3, 2010
at 1:41 pm
Saya ingin bertanya, ada kemungkinan tak seseorang disahkan hamil pada hari ke 13 selepas haid? Cth hari pertama haid = 5hb, ujian kehamilan dibuat pd 18hb pd bln yg sama, result positive. Adakah dia mmg hamil atau ada faktor lain?
By: Zaza on Ogos 20, 2010
at 1:37 pm
asalamualaikum…saya berumur 23 tahun..pada 26/12/2010 saya telah melakukan operation appendiats dgn ovarian cysct…boleh saya tahu punca sakit ovarian cysct…? dan punca sakit perut sebelah kiri…?
By: lia on Januari 21, 2011
at 11:10 pm
Salam semua,
Saya berpengalaman susah mengandung. Pertama kali mengandung ketika usia perkahwinan 7 tahun. Anak kandunagn pertama meninggal ketika kandungan di perut berusia 5 bulan. Mengandung kedua dipermudahkan Alhamdulillah kini udah 8 bulan usianya.
Boleh bertukar pendapat dengan saya dan yang inginkan petua.
Boleh juga baca cerita saya di blog.
Jangan putus asa, Allah sentiasa mendengar doa umatNya.
By: Ija Zambry on Mac 31, 2011
at 2:16 pm
dah msuk thn k5 saya kwen…tp blom gak ad zuriat…sdih rasa nya n kcian pn ada kt my hubby…mcm2 tretmnt dh wat..tradisionl n rwtan hospital..tp blom gak ad rzki…skrg ni redha je lh….n sdg mcri ank angkat..
By: mila on April 4, 2011
at 10:20 pm
tuan/puan,
sya ingin btanya..pd tuan,adakah seseorang wantia tu peranakkn telah dipotong itu jika wanita itu ingin mengandung semula ada kah ada kaedah2 yang mbolehkn wanita itu mgandung semula untuk mdapatkn anak..?
tolong lah saya ingin kan ada kepastian..
By: faisal on April 13, 2011
at 2:18 am
tuan saya ingin bertanya.apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu mandul ? apakah kesan sekiranya air mani yang keluar cair tak seperti selalu.boleh tuan beri keterangan mengenai perkara ini.betul-betul ingin mengetahui.
By: myrul on Mei 10, 2011
at 9:41 pm
salam, kini hampir 5 thn usia perkahwinan kami, namun masih tiada tanda yang muncul untuk membuktikan kami boleh mempunyai zuriat. Pelbagai usaha telah dijalankan samaada tradisional mahupun moden. Jadi, kami hanya berserah kepada Nya. Sampai masa kami akan dikurniakan anak. DOA USAHA IKHTIAR TAWAL.. itu pegangan kami…. sehingga kini hubungan kami masih utuh walaupun pernah sesekali badai melanda…
By: azura on Jun 2, 2011
at 11:49 pm
saya bh nk msuk thun ke3 khwin tpi lum ada anak g pe kh msalah ya..dn ktarn haid sy tk menentu.
By: Tanpa Nama on Julai 13, 2011
at 2:50 pm
salam,saya telah bekahwin selama 4 bulan.pada bulan pertama dan kedua selepas perkahwinan haid telah lewat selama 2 minggu.masuk bulan ketiga, saya telah membuat ujian kehamilan pada minggu pertama dan keputusannya +ve. Tetapi malangnya haid telah datang pada minggu kedua. Pada awal kedatangan haid, terdapat tompokan bewarna coklat selama 3 hari. Tetapi masuk hari keempat darah seperti haid mula keluar.Perasaan saya masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Perasaan berdebar-debar datang lagi apabila bulan keempat, haid saya lewat 3 minggu. Pada 22hb Julai sedikit tompokan darah telah keluar dan berlarutan sehingga 23hb. Saya agak keliru dengan situasi diri saya sekarang.Adakah saya perlu berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan rujukan?
By: sya on Julai 26, 2011
at 3:49 pm
Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.
By: ketikketok on Mac 9, 2012
at 5:49 pm
salam, sy cm kawan2 yg len msih mnungu rzki dh sthun kwin. sedih ati haya tuhan yg tahu (.
By: Tanpa Nama on Mac 13, 2012
at 8:26 pm
http://sethamil.com/hop.php?ref=akunakhamil
InsyaAllah pasti membantu
By: Abang Tuah on Jun 20, 2012
at 12:05 pm
saya berkahwin pd 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan yg berusia 4 tahun..saya ingin mendapatkn zuriat lagi dan saya dan isteri tidak pernah merancang..baru2 ini isteri saya melakukan program kesuburan tapi masih belum berjaya..umur sy 35thn dan isteri sy 28thn..harap pihak tuan dppt membantu..tqvm
By: adil on Julai 18, 2012
at 11:52 pm
nama saya farida saya sudah menikah kira 4 tahun yang lalu tapi sampai sekarang kami belum dikarunia seorang anak, itu disebabkan dari hasil pemeriksaan dokter suami saya azzosspermia, mungkinkan kami bisa mempunyai anak dengan kondisi suami saya seperti itu, mohon bantuan jawabnnya….
By: farida on Oktober 31, 2012
at 12:24 pm
Hello, Neat post. There’s a problem with your site in internet explorer, could test this? IE still is the market chief and a large element of other folks will omit your fantastic writing because of this problem.
By: brassmusician.com on Mei 20, 2013
at 5:23 am
What’s up everyone, it’s my first pay a quick visit
at this web page, and paragraph is genuinely fruitful in
favor of me, keep up posting these articles or reviews.
By: help.vth.ru Additional Info additional reading Check Out help.vth.ru Check This Out Click at help.vth.ru Click At this website click for source Click Here Click In this article Click on help.vth.ru Click On this page Clicking Here Continue Continue Readin on Mei 20, 2013
at 1:38 pm
We are a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
Your web site provided us with valuable information
to work on. You have done a formidable job and our whole community will be grateful to you.
By: Vernita on Mei 20, 2013
at 2:06 pm