Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala seks bebas
PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.
Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini.
Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM).
“Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.
Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.
Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.
“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.
Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.
Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.
Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.
“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.
(Lihat: Sengsara orang yang berzina)
“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.
Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.
“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.
Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.
Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.
Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT.
Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura.
Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media.
Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.
Berita Harian 15 Januari 2008
Tambah rezeki dengan berkahwin
yup. Pelajar IPT paling banyak terlibat dengan salah laku dan gejala seks. Saya merupakan bekas pelajar UM, dan pernah menyewa selama beberapa bulan di kawasan yang disebutkan di atas. Dan memang terbukti, banyak kali terserempak dengan adegan-adegan kurang manis ditangga atau dalam lif.
Nampaknya kes-kes asmara kantoi yang dipaparkan dengan meluas di internet langsung tak memberi kesan kepada pasangan ini untuk ‘behave’ apabila berada dalam kelompok masyarakat. Malahan asmara bebas ini semakin banyak dan dilakukan secara terbuka di hadapan umum.
Masyarakat harus prihatin dan menegur secara berhemah. Jika mereka tidak insaf pun, sekurang-kurangnya terbit rasa malu di hati mereka yang terlibat.
By: Bayan on Januari 16, 2008
at 8:30 am
mengapa nak salahkan Abim plak? kenapa tidak kerajaan dan ulama2 bestarinya? huhu. oh, lupa. kerajaan kan sibuk berpolitik dan menaikkan harga barang, sampai terlupa yang memperkasakan “modal insan” yang digembar-gemburkan sebelum ini adalah tumpuan paling utama. huh..
By: Affuan on Januari 16, 2008
at 9:49 am
Salam, inilah masalah kita, asyik salahkan pihak kerajaan mana peranan ulama-ulama di pihak pembangkang dan yang pro pembangkang. Sepatutnya perlu bekerjasama dengan ulama kerajaan yang bestari membantu mengatasi masalah sosial para remaja…kerajaan ada usaha untuk bangunkan “modal insan” pihak hang apa yang dibuat….fikir-fikirlah sendiri
By: Sira on Oktober 3, 2009
at 9:03 pm
atas sebab apa ek kat malaysia tak menjalankan hukum islam….biar dorang gerun ckit
By: abirah humayra on Jun 1, 2010
at 1:14 am
jangan asyik menuding jari kat orang lain…perhatikan dalam rumahtangga kiter sendiri sudah memadai…apakah kiter dah penuhi semua kehendak diri??????
By: Tanpa Nama on Oktober 15, 2010
at 3:34 pm
pandai dalam dan kampung kerinchi itu tempat aku lepak, ahahah
By: anakkawi on Januari 16, 2008
at 11:17 am
satu je nak bendung perkara2 slah laku seks gadis2 ipt ni…pihak ippt yang ngaja depa kenalah bagi kurusu intensif tentang halal haram..bagi tahu mereka tentang haram buat maksiat..akibatnya masuk neraka..ceritakan pada mereka azab neraka pada mereka dan pantau aktiviti sosial mereka diluar…lebih baik lagi kalau kursus agama tentang halal haram ni dibuat setiap minggu kat ipt…mereka selama ni buat memanglah kerana nafsu…tapi nafsu boleh dibendung bila tahu halal haram….lebih lagi pihak yang berkenaan buat kawin ramai2 macam kat negara timur tengah…maksiat dapat dicegah…ada tak rasaanya lagai adegan2 tep tangga yang akan berlaku agaknya?
By: kaptnizam on Januari 16, 2008
at 9:05 pm
assalamualaikum…
inilah akibatnya kerana meletakkan nafsu sebagai raja hilang segala rasa malu…tepuk dada tanya iman..
izinkan saya linkkan blog anda ini…….
By: nuriman on Januari 16, 2008
at 10:31 pm
betul tuu
By: di on Disember 10, 2009
at 3:08 pm
assalamualaikum,
Bayan, saya setuju sangat. Nampaknya tahap kepekaan kepada mungkan makin kendur. Yang hodoh dipandang biasa. Yang baik pula diperlekeh-lekehkan. Maksiat depan mata, tapi buat tak endah.
By: Abi Muslih on Januari 17, 2008
at 2:29 am
Kaptnizam,
Sebenarnya pelajar di IPT yang sudah ada mata air ni patut digalakkan nikah cepat-cepat. Soal wang belanja dan mas kahwin tu, perlu dipermudahkan. Yang penting maksiat terkawal. Dah nikah boleh lah berdating sampai puas. Jangan risau sangat pasal rezeki. Berkat usaha, Allah akan permudahkan jalan (lihat entri dalam link di atas)
Nuriman dan sapa2, jika nak linkkan ke blog anda persilakan. Jangan malu-malu…
By: Abi Muslih on Januari 17, 2008
at 2:34 am
setuju
By: kolie on Jun 4, 2010
at 11:50 pm
Inilah donia…
By: khairulnizambakeri on Januari 17, 2008
at 8:40 am
saya juga belajar di UM, walaupun sewa kolej yg mahal..RM15/hari..tp sy lebih rela bayar daripada ari2 duk sakit mata tgk adegan budak2 ni..
By: noorhafhizah on Januari 18, 2008
at 1:37 am
INSAF LAH WAHAI MANUSIA JANGAN NAFSU MENGAWAL DIRI KITA BIAR KITA YANG MENGAWAL DIRI KITA DAN NASFU KITA . DIDIKAN AGAMA HARUS DI TITIKAN SETIAP ANAK DARI PADA KANDUNGAN LAGI . BERTERUSAN DEKATKAN DIRI KITA PADA TUHAN .
By: KIKO on Mac 25, 2010
at 10:51 am
bg gadis2 yg suka berhibur 2 igt2 lh mak bapak.. kalo u buat you yg rugi boy xda rugi pape pun.. bia berfikiran kolot jnji selamt dunia akhirat..
By: bdk ipt gak on Januari 24, 2008
at 7:21 am
btuL tuhc……….
Ingat akhirat ,Ingat ALLAH…
By: ambar on Mac 15, 2010
at 2:25 pm
boy xrugi ka? boy rugi gak klo gadis tu terberanak… pastu kene paksa kawen [dgn gurl yg tentunya xcantik akhlaknya], bg yg pengecut tu lari la ke hujung dunia…
By: anakkawi on Januari 28, 2008
at 12:13 pm
boy bkn je x rugi malah x bertangguna jwb pujuk rayu bkn main lg dah dpt lesap
By: Tanpa Nama on Jun 11, 2010
at 12:48 pm
mmg boy xrugi pape tp lau btol dy yg melakukan perbuatan zina tu dy bole tnjukkan yg dy seorang lelaki yg bertanggungjawab.Dan masyarakat tak kan salahkan lelaki itu lagi drp dy lari dr tanggungjawab dy sndiri.sama-sama rasa sama-sama tanggung.
By: IBU on November 9, 2010
at 7:31 pm
ye, betul anakkawi. Dua-dua rugi. Boy and girl.
Dunia akhirat…
By: Abi Muslih on Januari 29, 2008
at 1:32 am
wahai gadis….
ingatlah bahawa maruah adalah makhkota yg paling penting daripada segala galanya….
cuba berfikir sejenak…….
setelah melakukan perkara terkutuk tu……….
adakah laki2 tu nak bertanggungjwb…..?
apakah nasib bayi tu nanti……?
adakah laki2 tu nak kawin ngan gurl yg dia tahu boleh serahkan diri kat sape2 yg dia suka…..?
camna ngan dosa yg byk ditanggung…?
jd sy merayu kepada semua wanita di dunia agar tidak mudah menyerahkan maruah kpd lelaki…….
buatlah seks secara halal iaitu dengan adanya ikatan perkahwinan…..
seronok yg anda kecapi dgn cara yg x btol…..
adalah bersifat sementara…..ingatlah…….(“,)
By: merun on Februari 1, 2008
at 2:23 am
a’aa btol 2, rmai dh budak ipt skrang yg t’lanjur. ye la kt u rmai yg couple, mcm dh x ingt pape lg dh. kn bgus klau couple lpas kawen. spatutnye sbgai seorang muslimah jgalah mahkota anda hanya utk suami bukannya lelaki yg b’gelar kkasih sblum kawen. sebab, mreka ni blum tntu lg akn anda miliki scra hakiki, halal. so, yg t’baik enjoy la lpas kawen, Insyallah, hdup akan lbih bahagia.
By: aina on Februari 25, 2010
at 8:32 pm
[…] Berkaitan: Kisah-kisah Budaya Seks Gadis IPT […]
By: Akibat perlakuan seks bebas pelajar UiTM? « Abi Muslih & Mama Farhah on Februari 1, 2008
at 3:06 am
insaf la oiiiiiiiiiii
By: bluehyoo on Februari 3, 2008
at 3:40 pm
Sayangi lah diri anda wahai kaum hawa…….
By: tokeytino on Februari 5, 2008
at 6:01 pm
btol tu..xyah la bagi body kat laki..
BUKAN diorang nk b’tanggungjwb klau da mengndung…
klau mula2 tu mmg la manis janji nya ckp nak jage smpai kawen tp
lps bwat PROJEK mesti xde lagi janji2 tuh..kenapa?
sbb dia da rasa badan korang…spatutnya jadi perempuan ni kena b’syukur sbb perempuan lagi byk kelebihan dr laki..
tau knapa? sbb laki ad 1 nafsu tp xbole jaga bebaik..
pempuan ada 9 tp bole jaga..mcm mana nk jaga? solat la…
By: budak k.e.c.i.q on Februari 9, 2008
at 1:44 pm
Wahai hamba Allah, sedarilah bahawa kita dipinjam oleh Allah hanya untuk sementara, cuma nak lihat betapa kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan atau tak…pandanglah diri kita yang kerdil ni..sayangilah diri kita agar kita dsayangi Allah…banyakkanlah doa kepada Allah,pasti hidup kita akan bahgia dunia dan akhirat….amin Ya Rabbi…
By: NADJARADJA on April 3, 2008
at 11:59 am
walaupun bru sem 1 di sebuah univrsiti di shah alam..namun kisah remaja menggurkan anak tetap ade di tempat kami..dan kerap menghantui pelajar disini…ish..anak yang digugurkan itu akan mnolak anda trus ke neraka dengan senang..fikir-fikirkanlah
By: adik on Jun 25, 2008
at 9:17 pm
Wellhhh…. I don’t know what to say…
May Allah send some guidance to y’ll,
Don’t do drugs…O.k
see U on the other side…….
By: eyo on Jun 30, 2008
at 10:49 am
if u all look at ipta now days, there a lot of this matter happen. dont you all forget to look into the ipts. from what am i observe, commonly ipts students is the most who are influent tto do these forbidden activity. i hope all of us take an action when see couple around us coz our prophet ask us to avoid all that thing as hard as we can. please tell those who stupid with religious do the right things.
By: pis+ac=ous on Julai 1, 2008
at 3:16 pm
yaALLAH berikan lah petunjuk kepada hamba Mu yang berada d akhir zaman ini..selamat kan lah umat islam daripada terjurumus kelembah zina
By: shah on Julai 2, 2008
at 1:58 pm
soal seks bukan mainan p,seandainya syaitan mrasuk hanya iman yg mampu menghalang.jd tkutlah pada azab allah s.w.t
By: az-zahra on Mac 9, 2010
at 10:31 am
Nauzubillah… mintak jauh dari keluarga kita….
sesapa yg buat tu… klu tak malu kat org lain malu la kat diri sendiri….
By: ismawani on Julai 10, 2008
at 12:18 am
masalah gugur dan buang bayi ini adalah masalah sifat kebinatangan selepas seks bebas atau seks haram di kalangan masyarakat malaysia hari ini. Kelalaian dari didikan agama dari rumah di kalangan ibu bapa. Wahai manusia seluruhnya, dan ingatlah janji2 mu ketika kamu bersumpah kepada ALLAH bahawa lamu akan memertabatkan agama Nya daripada kesesatan dunia. Perindahkanlah kemanusiaan mu dari kejahilan yang durja mengalah sifat binatang. Perelokkanlah kasihsayang mu untuk jiwa manusia seperti mu. Jangan mudah lupa pada pencipta mu walau apa yang kamu lakukan.
By: Mir Azman B Hasnan Hassan on Julai 17, 2008
at 12:56 pm
wehh..bodo nye budak2 ni..dh tau msk ipt tu, blajo laa..ni keje berendut je pastu pregnant..bile dh mngandung br nk nyesal..sori to say laa..kebanyakan student2 ni culture shock n mostly dr kwsn perkampungan.i mean dr luar bandar laa yg byk mcm ni.my sis doktor n ade clinic sendiri.ramai bdk2 yg terlanjur ni yg tanye ade abortion kat clinic akak aku ni tapi sorry laa, mmg takde pun.n my sis tanye laa diorg blajo mane n kebanyakan nye dr kampung2.kesian aku tgk diorg ni.lepas laku gile bile blkg mak bapak diorg
By: Tanpa Nama on Ogos 12, 2008
at 1:18 am
wahai wanita islam..insaflah..bangkitlah.. jgn mudah bermimpi lagi.. kerana kamu adalah wanita yang mampu goncangkan dunia ..
jgan jadi seperti “epal” masam yang mudah dibuang… carilah apa yang kamu perlukan dalam hidup bukan apa yang kamu mahukan dalam hidup…jadika Alquran sebagi petunjuk
By: juma on September 24, 2008
at 11:24 am
Brani buat brani tggung,jgn buang baby tu,dia x b’salah,yg b’salah mak bapak baby tu,bgi pluang mreka utk m’betulkan k’silapan mreka.Masyarakat kita t’lalu m’yalahkan mreka.Sbb itu k’jadian m’buang baby b’leluasa skrg.Bg mreka pluang…………..x slahkan.
By: Azonelady on Oktober 5, 2008
at 6:39 pm
lelaki mcm tu hanya mahukan bdn pmpn tu..seks semata2..mustahil mahu bertanggungjawab,,ingtlah akan azab yg akan Allah berikan
By: ina on Oktober 7, 2008
at 8:22 pm
betul…igt azab drpd allah
By: amin on Oktober 11, 2008
at 12:48 am
semua tahu buat seks d luar nikah tu haram..tmbh lg diorang peljr ipt..tapi nafsu itu tak ddidik dgn smpurna.punca adlh iman rosak yg xdiusakan..so nk usaha ats iman kita peljr ipt kena libt diri dlm agama . .spt belajr sunah nabi melalui keluar jalan Allah
By: amin on Oktober 11, 2008
at 12:56 am
en fathi, mcmana nak contact en fathi?, no hp en fathi dah tukar kan. ur student.
By: asnul on Oktober 14, 2008
at 9:35 pm
insaflah wahai umat manusia.. sesungguhnya pedihnya azab di neraka..setiap apa yang kita lakukan akan dicatit..
carilah islam dalam diri kita..
By: juma on Oktober 21, 2008
at 10:50 am
kembali kepada islam… cara terbaik ialah gunakan hukum islam… rejam sampai mati org yg b’zina.. beri pengajaran pd yg laen.. baru selesai maslah…
By: man on Oktober 29, 2008
at 5:19 pm
Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.
Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.
Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.
http://pondokhabib.wordpress.com
By: shafifah on November 12, 2008
at 10:02 am
duharap pihak yang bertanggungjawab menitik beratkan isu ini kerana ia melibatkan modal insan negara…..kerajaan macam tak tau jer isu ini dah jadi barah…cam x wat kerje,risau n len2 lah
By: amy on Disember 18, 2008
at 10:08 pm
undi lah pas….. pilih la pimpinan ulamak,berjihad tegakkan undang2 hukum hudud.br la negara selamat dr bala Allah…. br la maksiat dpt dibendung… TAKBIR…..singkirkn pemimpin rasuah,pulau umno…..
By: yoe malaysia on Januari 26, 2009
at 11:46 am
pimpinan pas baguihhh sgt ker?2X5 je gejala ni berleluasa kat kelante.kelante yang tak berapa nak maju(hidup sederhana lah katakan) tapi berita maksiat top jugak.tak gitu…tak payah nak politik2 kat sini.
By: bulan on Oktober 22, 2010
at 5:14 pm
ERM..cik norhaizah…sy bljr kt um gak.dr first degree untl master.duduk luar je..xde masalah pun..ok je..bleh gak skor..xde kesah pun ngan sakit2 mate ni..ngan adegan2..
bg sy, kl duduk kolej pun..maksiat pun bleh jadi gak..kt mane2 pun bleh..yg penting dr diri kite sendiri.
By: erm on Mei 21, 2009
at 3:14 pm
caleg mana ci yang bener-bener beragama islam 1000%…????????….
By: hardian on Jun 18, 2009
at 3:16 am
kenapa ….sebab akal nafsu telah menguasaiii……
kalau begitu terus surf my web…
By: md rosli on Jun 24, 2009
at 9:23 am
akhir zaman….
dunia nak kiamat……
ya allah simpangkan aku dari perbuatan terkutuk ini…
By: nash on Ogos 4, 2009
at 12:47 pm
Wah! Ternyata saya salah masuk nch…
Bahasa Nak nak takye-Takye itu ape..?
By: Girl Abiez... on Oktober 12, 2009
at 2:56 pm
2 la,g mngji tinggi2,dok mgabiskan wit mk bpk,tp wat kj hrm ni..ingat owg bplajran ni,hrg diri dia tinggi,tp tnp sdr,dowg snd mmbenam maruah dowg..insaf la weii..
By: emm... on November 19, 2009
at 5:07 pm
xpyh la nk slhkan mk bpk ker,kerajaan ke, ulama ker @ owg lain..sume tletak pd diri snd..nk kata bdk kck,dh bsr panjg..nk kata xcerdik,blajar dh tinggi dh..sume tletak kat hati…klu ko xnk wat,pe owg goda pn ko xkn wat..tp klu ko mmg nk wat,xyah owg ckp,ko snd akn wat..kekdg mk bpk dh bg didikn cukp smpurna..klu x,xkn smpai ke ipt kot kn..xgn gak krjaan wat kempen ksdaran klu remaja 2 dok ikut hati snd..yg penting hati…xyah la nk tunding jari kat owg lain..owg lain la yg slh..remja 2 mngsa la konon?!!
By: emm... on November 19, 2009
at 5:58 pm
btui
By: Tanpa Nama on Februari 16, 2010
at 9:35 pm
Kpd Affuan, Jika awak JAHIL tentang ekonomi, sosial dan agama di dunia Malaysia ini dgn masyarakt majmuknya dan dgn PERANGAI Melayu dlm parti Pembangkangnya sila duduk diam. Org2 kerajaan terpaksa berpolitik utk menangkis ckp ckp songsang ikut sedap jiwa dr ahli politik pembangkang melayu, itulah pasal perkara2 ini terbantut. Sepatutnya awak beri cdgn pd wakil2 lidah kerajaan utk membantu. Awak ni saya agak bukan pemuda harapan bangsa, pelingkup dan cari masaalah adalah…
By: jupiter singh on Mac 1, 2010
at 10:26 am
Ingat akhirat
Ingat Dosa
Dan slalu ingat Ke-padanya ,yaitu dgn ALLAH SWT
By: ambar on Mac 15, 2010
at 2:27 pm
sambil lalu je ni. lama juga tpik ni jadi bualan ye.. dah dua tahun.
agaknya, pelajar2 IPT ni perlu diberi tugasan/ idea perjuangan yang buat mereka sibuk. jangan dikekang sgt utk bersuara, waimah berpolitik. paksa diorng ni jana idea2 bernas untuk diimplimentasikan ke dalam masyarakat…
tapi sape nak sampaikan ke ipt ye? bukan mak bapak ke? yg klu nak marah/ saman ipt bukan main senang..
By: BumiHijau on Mac 16, 2010
at 6:40 pm
wahai wanita dan di luar sana insaflah…..ingatlah mak ayah yang membesarkan kita dengan bersusah payah sehingga sanggup berhutang putang samata- mata ingin melihat anak berjaya….namun ini plua sebaliknya…..tanpa pengetahuan mereka sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral sehingga ramai anak yang tanpa bapa dilahirkan dan dibuang begitu sahaja…….bayi yang tidak berdosa yang mnejadi mengsa keadaan….ingat balasan tuhan di akhirat kelak……maha dasyat……!naauzubillah…..!
By: dyg on Mac 27, 2010
at 3:49 pm
kalaupun da terlanjur,masih ada kesempatan untk bortobat..bila dalam situasi rumit,baca bible..da tenang baru dapt buat kptusan rasional..
By: aries girl on Mei 6, 2010
at 11:21 am
assalamualaikum…,kite takla boleh salahkan lelaki 100% jer….wanita pun bsalah gak..theres no forced coz they can say NO WAY!!!!!!!!!!!!
By: abirah humayra on Jun 1, 2010
at 1:23 am
askm….. terimakasih atas catatan:
Bagi saya punca keruntuhan moral adalah bermula dari dalaman yang tidak ampuh melawan nafsu ingin mencuba+pengarauh teknologi yang berada dijari. Betullah apa yang Nabi kita pesan ….Ummati, ummmati peganglah (rti kata sebenar pegang ialah Rasa dan jangan lepasakan,Belajar, fahami, teliti,insafi dan amalakan) apa yang ku tinggalkan AlQuran+ as-sunnah pasti kamu selamat . Apatah lagi bagi Wanita yang mempunyai 9 keinginan, emosi+ingin merasa yang tak dapat dikawal ( pakai baju sendat, nampak bonjol sana -sini yg membuat golongan lelaki GERAMMMM)belailah perasaan malu anda. Menakala pihak Lelaki memang diberi emosi 1, Insaflah wahai Lelaki anda hanya ada 1 ( perlu dikawal pd tempatnya, halakan pada Satu + jadilah 1 pemimpin). Tapi Fahamlah jika dikira Bilangan Syaitan sejak nabi Adam ada, Berapai ramai sehingga sekarang ditambah dengan Nafsu manusia akhir zaman ini yang memang dah akhir yg kearah dunia+keseronokkan++++. Sama2lah kita berwaspada agar tidak terjebak+terlanjur+sesat di penghujung penghidupan (Kematian) dan mendapat rahmat dan reda Allah!!!!!
By: mimbar on Jun 3, 2010
at 12:48 pm
bukan senang utk myedarkn manusia yg kmaruk dgn hawa nafsu.kita perlu kuasa utk mghalang sgala bentuk kmungkarn.kerana itu dalam islam ada hudud.jangan sangka hukum hudud ni di laksanakn dgn sewenangnya. skiranya umat islam dapat bersatu hati mnegakkan islam d dlam diri,kuarga+masyrakat…ALLLAH pasti megembalikn kemuliaan kita. KEMULIAAN hanya datang dgn ISLAM.
By: acikida69 on Disember 18, 2010
at 6:21 am
laksanakan hukum hudud….dah byk kali hukum hudud dibentangkan tp org depa kata undang2 depa dah baguih….sapa yg x setuju hukum hudud elokla pi kaji kebaikan hukum hudud ni leklok…islam ni adil….takbir…
By: mari berjihad on Januari 27, 2011
at 1:52 am
Mcm mana nak dapatkan contact number KEWAJA? Berminat nak tau prosedur utk ambil anak angkat
By: Cik tudung merah on Februari 12, 2011
at 11:21 pm
Saya pun bekas mahasiswa UM…erm x dinafikan kota metropolitan penuh kemaksiatan..para pelajar yg tercari2 identiti diri dan terkena panahan kejutan budaya mmgla ramai.Di situlah silapnya mereka result ke mana maruah ke mana …kerja belum tentu lagi….semoga Allah memberikan pintu hidayah kepada rakan2 kita yg terlibat dlm isu ini dikampus2…
By: miza on Februari 23, 2011
at 11:06 am
Tiada klik ” like ” untuk laman sosial Facebook?
By: Ariff on Februari 25, 2011
at 3:48 pm
dunia dah moden, pemikiran pun moden lah. kat barat lagila, seks bebas anywhere, anytime, anyone.
By: drakula on Jun 7, 2011
at 11:16 am
As’kum kpd semua adik2 ku yg telah terlanjur, disini byk pengajaran yg dpt kita bleh buatkan pedoman diatas kesilapan yg tlah lalu jesteru itu igatlah manusia ini sentiasa dikelilingi oleh godaan syaitan..jeteru itu jauhilah kpd para-para hawa berhati2 lah dgn kata2 janji manis dri seorang lelaki yg tidak bertanggungjawab terhadap apa yg telah mereka lakukan…bagi mengelak ini semua berlaku ingatlah allah.s.w.t…semoga adik2 kuatkan semangat cekalkan hati bagi melalui kehidupan akan mendatang…setiap apa yang hendak kita lakukan ingatlah allah…………….
By: Tanpa Nama on Julai 31, 2011
at 5:19 pm
Belajr tinggi tapi tp boleh pkir yang mana baik dan yang mana buruk..sanggup serahkan mahkota yang paling berharga kepada lelaki yang hanya nak puaskan nafsu semata..sedarlah wahai gadis-diluar sana..sanggupkah anda nak berikan sisa orang lain pada suami anda nanti..fikir-fikrkan lah..
By: Tanpa Nama on Oktober 4, 2011
at 4:51 pm
tak semua pelajar ipt mcm tu..ada satu kes ni lg pelik dan kisah ni mmg berlaku .. pasangan ni terlanjur sampai si gadis hamil..yg si laki2 tu lak nk bertanggungjawab sampaikan sanggup ikut si gadis balik jumpa parent si gadis minta izin berkahwin.. tpi parent si gadis pulak xbagi kahwin malah pisahkan mereka dan xbg si laki2 tu bertanggungjawab ..dan anak yang bakal lahir tu akan diserahkan pada orang lain sedangkan pasangan terlanjur sangat sayangkan anak tu… itu mcm ner pulak?? apa yang patut mereka buat sedangkan pasangan ini betul2 nk berkahwin dan jaga anak dalam kandungan tu… sapew2 blh bg pendapat??
By: si buntu on Ogos 20, 2012
at 3:51 pm
Amazing issues here. I am very glad to see your article.
Thank you so much and I am having a look ahead to contact you.
Will you kindly drop me a mail?
By: http://greatsleepingaid.bravesites.com/ on Julai 6, 2013
at 11:00 am
WOW just what I was searching for. Came here by searching for black diesel fuel
By: cheap diesel fuel on Julai 12, 2013
at 2:04 am
Salam..n thanks a lot for your information.its totally right that everything happens becoz of your desire! if u donna want it to happen,,just say NO and it will never ever happen..just remember,,be strong! n trust HIM..it was a big test for everyone that He has chosen..remember the punishment that you will get in dun’a and akhirat.always put your parents as your PRIORITY n don’t let them be upset..this is also an advice for myself too..together we change to be a better Muslim.May Allah bless all of you 🙂
By: somebody on September 26, 2014
at 10:46 pm