Posted by: Fathi Yusof | Februari 29, 2008

Undilah dengan pertimbangan iman

“Tepuk dada, tanya iman”. Satu ungkapan yang diubahsuai dari ungkapan tradisi “tepuk dada tanya selera”. Ya, selera itu kadang-kadang berpulurkan nafsu. Selera semata tidak layak menjadi sandaran. Iman dan ilmu yang patut menjadi pedoman.

Tak lama lagi, anda mungkin akan mengundi. Undilah dengan ilmu, maklumat sahih lagi seimbang, juga dengan iman. Dapatkan hujah dan bicara dari semua pihak. Usahalah mencari maklumat yang terselit dan terpencil. Usah sekadar bergantung kepada maklumat yang terpampang dalam akbar arus perdana, atau yang tersiar dalam televisyen semata-mata. Biarlah adil. Bacalah juga maklumat dari harakahdaily, malaysiakini, juga tranungkite. Sudah baca semuanya, buatlah pertimbangan.

Pertimbangan itu biarlah dari fikiran yang waras. Tenang dan jelas. Jangan mudah tergoda dengan agenda propaganda hitam. Dalam dunia politik, antara teknik propaganda berkesan ialah dengan pengulangan. Contoh seperti ini: Buka tranungkite. Buka tranungkite, kalau mahu percaya. Jangan lupa buka tranungkite. Cepatlah buka tranungkite. Ya, buka tranungkite. Buka, jangan tak buka tranungkite…. Diulang-ulang (ni contoh sahaja).

Secara tidak sedar pendengar, penonton atau pembaca akan terpesona, dan mampu bertindak di luar pertimbangan akalnya. Di bawah aras sedar. Seakan dipukau. Jadi, usah mudah tergoda dengan poster-poster, iklan bertimbun-timbun di TV, akhbar dan mana-mana. Cuba buka televisyen. Berapa kali iklan-iklan itu diulang-ulang. Anda sebagai pengundi yang bijak usah terperangkap dengan strategi ini.

Sebelum keluar mengundi, bacalah bismillah. Mintalah petunjuk dari Allah. Sebelum mengundi dan memangkah, bacalah bismillah. Ingat, mengundi itu ibadah. Ibadah sebab kita akan menentukan masa depan anak-anak kita. Kita tidak rela, anak-anak muda terus terleka dengan dunia kelalaian. Kita tidak mahu lagi, orang-orang ‘atas’ menunjukkan contoh rosak akhlak dengan segala macam skandal dan penyelewengan. (yang anehnya, orang yang berskandal itu dilayan seperti hero pula). Kita tidak mahu harta wang negara dipunggah sesuka hati.

Kami sudah membuat keputusan. Dua menteri akan kami tolak (melalui undi, insyaallah). Dua BULAN PURNAMA akan kami pangkah. Di mana? (teka lah)

Anda bagaimana?


Responses

  1. […] Nama-nama bayi Islam yang baik, buruk dan yang melucukan Penting: Klik di sini-Tentang anda dan pilihanraya  […]

  2. Pikir bulat-bulat baru mengundi.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: