Oleh: Abi Muslih
Mama Farhah kini berbadan dua — sejak lima bulan yang lalu. Setelah enam tahun tidak merasainya, maka kali ini dengan perasaan girang kami bersedia untuk menyambut orang baru. Masakan tidak, Farhah dan Muslih sudah besar panjang. Kedua-dua si comel itu tidak putus-putus bertanya ‘bila baby nak keluar?’. Farhah dengan sifat penyayangnya, selalu menggosok-gosok perut Mamanya. ‘Mama! Baby bergerak la. Dia tendang perut Mama’. Memang. Baby tu memang aktif. Asyik menendang perut Mama Farhah.
Muslih pula tak pernah lupa untuk mencium perut Mamanya setiap kali sebelum tidur. Ya, kami sekeluarga tak sabar menunggu kehadirannya. Namun, hanya Allah yang tahu betapa peritnya si ibu mengandungkan babynya. Dengan kepenatan mengajar di sekolah, Mama Farhah terpaksa bertarung pula dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain. Kepada keluarga dan juga masyarakat. Ya. Sakit dan perit yang bersilih ganti. Namun atas semangat menanti kehadiran anak yang dikasihi, maka segala keperitan ini dilepasi satu persatu. Namun pertarungan dan perjuangan ini masih panjang lagi. Insyaallah dengan izin Allah kami dijadualkan menyambut kelahiran akhir Jun nanti.
Moga rakan-rakan pengunjung dapat sama-sama doakan kehadiran cahaya mata kami ketiga ini dengan selamatnya. Itu yang kami harapkan. (Tolong baca Surah al-Ikhlas (Qul hu wuallah…) dengan niat kesihatan dan keselamatan untuk baby kami ini dan Mama Farhah). Terima kasih.
assalamualaikum tahniah buat mama farhah dan abi muslih…alhamdulillah semoga kebahagiaan melimpah ruah buat keluarga anda. anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai besarnya…bersyukurlah…
Abi Muslih: Terima kasih Nuriman.
By: nuriman on Mac 22, 2008
at 12:07 pm
tahniah….mama
first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…
By: sinar on Mac 28, 2008
at 10:43 pm
m
By: nizar al-kadiri on April 8, 2008
at 7:52 am
Semoga mama farhah dan baby selamat. abi muslih ni ustaz fathi dan mama farhah ni kak teh kan? salam ukhuwwah.- raden ex-kisas 94-97,cairo.
Abi Muslih: Terima kasih raden. salam ukhuwwah juga dari kami. (Angguk).
By: assyakirah on April 15, 2008
at 9:44 pm
Salam,
Saya doakan agar semuanya selamat, moga dgn usaha dan jerit perih mama & abi mendapat redha dr Allah & Allah gantikan dgn kelahiran baby yg comel n c-hat.
Abi Muslih: Kami pun nak ucap terima kasih atas kunjungan sdra/i. Moga sama-sama mendapat keampunanNya…
By: insan yg menyanjungi kalian on April 16, 2008
at 12:57 pm
Tahniah, saya ucapkan saya pun ibu 4 orang anak
& tumpang gembira dgn rezeki yang Allah berikan
pd kamu sekeluarga.Saya doakan selamat utk mama farhah sentiasa berfikiran positif & banyak2lah beristifar
By: sarinah on Mei 11, 2008
at 11:17 pm
…..>!!?? Chow….!!!
By: Eyo on Julai 3, 2008
at 2:07 pm