GEMAS: Kisahnya lucu, tetapi membawa pengajaran. Seorang Mat Rempit tertelan dua gigi palsu teman wanitanya ketika asyik bercumbu di sebuah pondok di ladang sawit di Felda Gugusan Palong, dekat Bahau, di sini.
Pasangan terbabit sebelum itu menghidu gam bersama sekumpulan Mat Rempit selepas berlegar-legar dengan menunggang motosikal bersama kekasih masing-masing di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.45 malam, Rabu lalu.
Menurut sumber, dalam keadaan ‘lalok’, kumpulan Mat Rempit itu mula bercumbuan hingga seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.
“Menyedari gigi palsunya tercabut, teman wanita Mat Rempit terbabit yang berusia 17 tahun panik lalu mencari-cari di sekeliling, tetapi gagal menemuinya.
“Ketika itu, Mat Rempit terbabit yang dalam keadaan khayal selepas menghidu gam memberitahu, dia tertelan gigi palsu itu,” katanya.
Katanya, pasangan itu bersama kumpulannya itu kemudian balik ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 pagi, Mat Rempit itu merasa perutnya tidak selesa.
Bimbangkan keadaan kesihatannya, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan di sebuah klinik di Bahau bagi mengeluarkan gigi palsu itu.
“Doktor yang memeriksanya memberitahu gigi palsu itu tidak dapat dikeluarkan lalu mengarahkan remaja itu pergi ke hospital untuk membuat imbasan X-ray,” katanya.
Sumber itu berkata, Mat Rempit berkenaan yang bimbang rahsianya diketahui umum pergi ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk menjalani pemeriksaan X-ray kira-kira jam 11 pagi.
“Doktor yang merawat Mat Rempit itu mendapati gigi palsu terbabit masih berada dalam perutnya dan memberi sejenis ubat cecair bagi mengeluarkannya ketika membuang air besar.
“Kira-kira lima jam kemudian, dua gigi itu dapat dikeluarkan,” katanya.
Jumaat lalu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah sebelum menyerahkan dua gigi itu kepada teman wanitanya.
Gigi itu bagaimanapun dicampak gadis berkenaan kerana berasa geli.
Tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20080318095344/Article/index_html
___
Ha ha ha… lawak sungguh. Ini lah balasan di dunia bagi yang lupa hukum Allah. Harap mat Rempit malang itu serta kekasihnya segeralah bertaubat dan kembali kepada Allah. Bercumbu tanpa ikatan perkahwinan bukan sahaja menyalahi adab bahkan bercanggah dengan Syariat. Kalau tak kerana tertelan gigi palsu tu, tak mustahil akan membawa kepada zina.
Kepada diri ini dan semua. Ingatlah balasan azab yang amat dahsyat di akhirat bagi yang berzina dan melakukan muqaddimah zina seperti bercumbu ini. Ingat juga kadang-kadang Allah balas di dunia lagi sama ada dalam bentuk kemalangan jalanraya, hilang barang berharga, ditimpa sakit kuat, mengalami kecederaan atau tertelan gigi palsu!
Abi Muslih
buat malu aje memang melucukan..itu menjadi pengajaran buat remaja2 semua…hindarilah zina dan hindarilah dosa…bertaubatlah……..
By: nuriman on Mac 22, 2008
at 12:10 pm
hehe..tak apalah…
merasa jugak dier rasa gigi palsu..hehe..
next time be carefully….
By: akien on Mac 31, 2008
at 8:31 pm
kelakar ar…nasi leh makan…gg palsu pun nk mkn..
By: Tanpa Nama on April 1, 2008
at 6:01 pm
funny gler…bf dier 2 lg ar…xkn la nak kasi blik gg 2…bertuah la awek dier nak blik…eyyy..
By: qis on April 1, 2008
at 7:34 pm
itu la nak buat kjr xsenonoh lagi………………… jaga la maruah itu……..
By: tomei on April 2, 2008
at 2:05 pm
kah.. kah padan muke… 2 la da gatal sgat eh?? len kali kawin terus kan da dpt malu.
By: FaNtAgHiRo on April 2, 2008
at 5:38 pm
PADAN MUKA…KENAPALH DIA TERTELAN DUA BIJI JERK…SEPATUTNYA…..SEMUA SEKALI…PADAN MUKA …HAHAHA..INILAH YANG DINAMAKANPEMBALASAN MALIN KUNDANG
By: yaya on April 3, 2008
at 9:22 am
MUDAH2AN MAT REMPIT TADI INSAF ATAS PERBUATANNYA DAN MAT2 YANG LAIN KENE INGAT KITA NI HIDUP SEMENTARA, BUATLAH PERKARA YANG TERBAIK DAN JAUHKAN DIRI DARI HUKUM ALLAH, PASTI HIDUP KITA AKAN TENANG DAN BAHGIA…PERCAYALAH….
By: najja on April 3, 2008
at 11:24 am
hahahahahahaha………………..
lain kali buat lagi…. betul-betul memalukan lah
tiada pengalaman langsung lah saya pun guna gigi palsu jua tapi tak jadi macam awak, insaflah wahai mat rempit ……….
By: zeroo on April 8, 2008
at 2:40 pm
come with me mat rempit…
By: hellboy on Jun 30, 2008
at 9:14 am
padan ngan muka mat rempit tu…tu dah kena balasan Allah.
By: musafir sufi on Jun 30, 2008
at 3:57 pm
haha!! lawak! lawak! pdn muke saper sur0h gatal sangat!!! 2 la blsn dier…2 bru skit kt dlm dunia ney…nnti bile akhirat kiter xthu aper yang jd..sy p0nn ader bacer bout cter ney dlm surat khabar bru2 ney…jd knlh ia sa2 pengajaran k! n lastly d0n,t f0rget Allah S.W.T yer.. sMiLe AlwAys!!! Assalamualaikum…. huhu!!okey r.. daa!! nak g gelak bnyak2 ney!! haahahahaha!!!!!! huhu!!!
By: biarlah secret admirer huhu!!! on Julai 22, 2008
at 11:41 am
eh s0ri ler klu syer g gelak kat die… tp lawak giler citer keysah bewnar ney….td dok pikir balik xbaek lark gelak kat 0rG lEn…klah moga2 mat rempit 2w insaf…. InsyaAllah…kita d0aknlah smer2… Amiin………s0rilah erk..c0z prangai syer gile2 skit…. tp bjak tAww…hehe xlah bijak manew cmew dpt 4a jew dlm UpSr…s0ri La ErK..SyEr BrU jUnIoR…14 tHn jEw.. eh… jap2.. nk teka s0mething ney…dlm bnyk2 buah, buah aper yg x bertangkai??? hehe jwb2…. Assalamualaikum… p/s: sper nak berknln ngn sayer… gi r umah syer.. huhu..jwpn td: buah tgn ler… c0z buah tangan mnew adew tangkai… hehe..[=] sMiLe AlWaYs!!!
By: biarlah secret admirer huhu!!! on Julai 22, 2008
at 11:55 am
harharhar..2laa..dh dapek telan gg free..org telan nasik..die telan gg..haa,len x bwat la lg..Allah nk tnjuk tu..
By: myzafeefa on Ogos 24, 2008
at 12:35 am
wtf.
K.M.P.G
omg!
Felda?
pleaseee
haha 😉
By: tanya on Disember 14, 2008
at 1:33 pm
ntah la…. saya x tahu nak ckp apa…..
nak ckp kelakar…..emmmmmm…bleh tahan la…
tapi apa yg penting pengajaran yang kt boleh dpt darinya. bersentuhan dengan bukan muhrim hukumnya adalah berdosa. apatah lagi , bercumbu-cumbuan..jd marilah kt sama2 menginsafi diri kt k…(n_n)
By: syafiqahsaad on Januari 24, 2009
at 2:13 pm
kah..kah..kah…lawak giler mat rempit
ade ke dia nak bagi balik gg palsu tu
kat gf die…pengotor betul…
By: sasuke on Februari 8, 2009
at 8:38 pm
ahaks.. kelakar lah.. tp memang padan dgan mat rempit tu..huhu
By: izwan on Februari 13, 2009
at 4:10 pm
Lwaknyer….kalo gigi 2 gigi emas macamane plak…hehe……………………..
By: awe_ecar on April 23, 2009
at 12:44 pm
kesian sgt2 2lah galak sgt..len kali wat pengajaran..2 baru Allah balas kat dunia,kalaulah gigi palsu 2 x keluar…..nahaslah
By: Tanpa Nama on Ogos 2, 2009
at 12:47 pm
HAHA !. bodo tol mat rempitt tu ! insaf la weyy !
By: Eiyzazraie on Februari 17, 2010
at 2:22 pm
ha3..bodohnye..sapa suh bcumbu smpai x ingt dunia..
By: nyna on Julai 25, 2010
at 2:34 pm