Posted by: Fathi Yusof | Mac 31, 2008

Tutup aurat biar sempurna

Malam tadi sempat jeling-jeling acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian kat TV3. Ada sesuatu yang agak menyakitkan mata. Pertama, seperti biasa artis-artis ni memang gemar berpakaian dedah sana sini. Kedua, artis yang bertudung nampakkan pakai tudung sekadar tutup rambut. telinga dan leher terdedah pula.

Kita amat mengalu-alukan perubahan artis yang dulunya tidak bertudung kemudiannya sedia untuk menutup aurat–terutamanya selepas balik dari Tanah Suci. Alhamdulillah. Namun nampaknya macam ada satu evolusi tudung. entah siapa yang mula saya tak tahu. Tapi saya takut trend bertudung nampak leher ni berjangkit pula pada anak-anak gadis yang selama ini bertudung sempurna.

Saya harap para artis ni lebih berhemah. Cuba kembali tanya soalan asas: Kenapa anda bertudung? Adakah tudung anda menepati agama? Adakah anda merujuk ilmuan Islam atau pereka fesyen dalam memilih tudung yang sesuai? Di bawah ini saya paparkan satu artikel tentang penutupan aurat. Agar kita semua bersemangat untuk menjaga syariat Allah ini.

Tutup aurat menawan dan dapat pahala



SUNGGUH mengagumkan apabila fesyen terutama untuk wanita membuka ruang diskusi dan perdebatan, dari pentas peragaan di Paris dan New York hingga ke padang pasir berkerikil di negara Arab mengenai pakaian lelaki dan wanita sama ada dipandang dari sudut negatif atau positif.

Beberapa tahun lalu, perdebatan berkisar isu pakaian wanita Islam hebat diperkatakan dan aspek yang sangat mempesonakan ialah kebanyakan perdebatan itu didominasikan bukan Muslim.

Kepada sesetengah pihak, wanita bertudung lingkup dari kaki hingga kepala didakwa sebagai satu penindasan, manakala yang lain cuba memahami logik yang tersirat di sebaliknya, sementara bakinya tidak mempedulikannya malah berpendapat penerimaan cara berpakaian hak individu.

Sesuatu pakaian boleh dikatakan fesyen atau tidak bukannya berdasarkan faktor negara semata-mata. Jika anda dari Afrika Barat, contohnya warna terang, pakaian panjang dan aneka hiasan lazimnya mendominasi fesyen pakaian.

Jika anda dari Pakistan, mungkin menjadi cantik dengan ‘salwar kameez’ (baju dan seluar yang longgar) yang ditakrifkan sebagai sentuhan menarik. Tetapi sekiranya anda mengenakan gaya berfesyen ekstrem dari Barat, norma atau kebiasaan yang perlu dibayar terlampau mahal harganya.

Beberapa tahun lalu, kita mendapati peningkatan bilangan remaja perempuan Islam mengenakan tudung untuk menutup kepala dan berpakaian dengan gaya sederhana.

Walaupun ia mungkin menjelakkan bagi golongan yang cenderung kepada ‘kebebasan’ dalam berfesyen, aliran itu semakin meningkat.

Ketika fesyen golongan lelaki tidak mendapat perhatian sebagai tajuk besar, fesyen wanita adalah sebaliknya mempunyai pengaruh kuat dalam hubungan sosial dan ekonomi.

Jika kita menyelidik lebih dalam, kita akan menemui sejumlah wanita Islam yang cenderung kepada pakaian sederhana.

Kita juga akan menemui wanita mengenakan tudung kerana pelbagai sebab dan alasan.

Di kebanyakan negara majoriti penduduknya Muslim, terutama negara Arab, transformasi kepada kesederhanaan berpakaian menunjukkan peningkatan dramatik beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda boleh terus menyelidiki senario ini, bilangan wanita memakai tudung kerana menjadi amalan masyarakat dari generasi ke satu generasi, wanita memakai tudung kerana sebahagian daripada fesyen atau mereka mengubah suai sehingga mewujudkan pelbagai gaya pemakaian tudung.

Kemudian, anda juga boleh menemui keseimbangan wanita yang mengutamakan kepercayaan agama, malah memahami kepentingannya dan oleh kerana itu memilih untuk memakai tudung.

Jika kita menoleh ke perbatasan Indo-Pakistan, ada kecenderungan berbeza dalam aspek ini. Pakaian wanita lebih sederhana, sama ada dengan ‘salwar kameez’ atau ‘sari’.

Tetapi di kalangan masyarakat Islam, wanita juga ada kelihatan tidak menutup kepala atau menutupinya secara acuh tidak acuh. Di sini mungkin ada alasan berbeza, tetapi secara asasnya menutup kepala secara sempurna adalah tanggungjawab beragama.

Adakah anda pernah bertanya pada diri anda. “Kenapa saya memakai pakaian begini? Adakah bagi mematuhi peraturan agama kerana pengaruh budaya atau sosial? Kemudian, apakah cita rasa cara berpakaian anda dipengaruhi agama yang anda anuti, kewarganegaraan anda, atau masyarakat anda? Apakah anda juga dipengaruhi aliran fesyen tempatan atau antarabangsa? Maryam, 19, dari Ghana, berkata jika mengikut budaya wanita di negaranya, mereka mengenakan pakaian panjang dan menutup kepala.

“Tetapi dengan semua yang berlaku seluruh dunia, kini saya mempunyai banyak persoalan dan mahu mengetahui agama lebih baik.

“Saya mula memakai hijab dan berasakan lebih banyak kebaikan mengenainya. Walaupun tiada yang ingin mendekati saya dan ini mungkin satu masalah, menutup kepala adalah tuntutan agama dan budaya. Saya memilihnya kerana tuntutan agama,” katanya.

Ruqayya, 22, dari Afrika Selatan, yang menggemari fesyen pakaian, berkata sebelum ini dia berpendapat aktiviti berfesyen bercanggah dengan agama.

“Tetapi sekarang saya tidak berfikir demikian. Saya percaya anda dapat memberikan komitmen kepada agama dan terus berfesyen, selagi anda memenuhi tuntutan syariat dan kod pakaian yang ditetapkan Islam.

“Hanya dua tahun lalu, saya mula berfikir mengenai hijab,” katanya yang sentiasa berpakaian sederhana (baju labuh dan berseluar atau berkain labuh).

“Saya mahu menutup rambut dan saya suka berbuat demikian dalam majlis tertentu. Saya tahu ia tidak sepatutnya dalam majlis tertentu. Bukan bermakna saya enggan memakainya, tetapi apabila saya mahu memakainya, saya mahu niat saya ikhlas,” katanya.

Huda, 16, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), berkata: “Saya berfesyen untuk menarik hati.

Memang bukan begitu sepatutnya, tetapi saya hanya menjelaskan sikap jujur saya.” Dia bukannya mengenakan pakaian untuk menunjuknunjuk, tetapi dia memang suka kepada aksesori dan kelihatan anggun.

“Saya tidak kisah apa yang rakan saya fikir terhadap pakaian saya. Saya suka pujian dan berbual mengenai fesyen terbaru,” katanya.

Mengenai fesyen, secara langsung atau tidak, secara sedar atau tidak, orang akan sentiasa terpengaruh dengannya. Aliran fesyen bergerak pantas dan ramai remaja mendapati mereka tertekan apabila mahu menyesuaikan diri dengan gaya fesyen terkini.

Tetapi segelintir dapat menenangkan diri mereka daripada menghadapi kekalutan itu.

Ketika sesetengah memberikan alasan, fesyen membuatkan orang kelihatan anggun, sebaliknya ia juga boleh membawa masalah apabila ia mempengaruhi harga diri orang.

Penting untuk mengetahui alasan anda berpakaian sedemikian. Dengan cara itu, anda dapat menerima pilihan gaya anda dengan alasan munasabah. Apa yang penting pakaian anda menepati hukum Allah.


Respon

  1. Ummah film di http://ummahfilms.blogspot.com/ telah menyediakan video bertajuk “That’s not hijab” yang menceritakan berkenaan contoh-contoh hijab yang bukan hijab seperti “Mickey mouse hijab”, “see-through hijab” etc. Agak menarik kerana ianya menggambarkan situasi yang sama dihadapi di Malaysia. Video secara monologue disampaikan dalam nada yang bersahaja dan menarik untuk ditonton oleh pelajar, anak-anak dan juga ibubapa.

  2. Perbezaan antara tutup kepala dengan tutup aurat adalah sebagaimana yang dapat kita lihat sekaranglah. Macam Ogy, saya ingat dulu cantik pakai tudung. Last-last tutup kepala aje.

  3. Jangan kata artis (yg sememangnya dipengaruhi oleh pemerhatian masyarakat), saya pun kadang2 rasa terpengaruh nak berfesyen ala tudung nampak leher ni hehehe…

    Moga2 Allah tetapkan hati saya yg lemah ni betul pada jalannya huhuhuu…..

  4. Assalmualaikum.. saya sokong dengan pendapat tentang artis bertudung sekadar fesyen..Sepatutnya mereka kena faham apa makna bertudung dalam konteks islam sebenar.Bukan sekadar bertudung kerana baru balik dari Mekah. Ini menunjukkkan mereka tidak mendalami ayat Al-Quran tentang suruhan Allah SWT tentang wanita menutup aurat yang sebenar. Adakah mereka ini buta Al-Quran atau tahu tetapi tidak mahu mengikut suruhanNYA..sedih..

  5. emmm…bagi saya , badan mereka . jadi mereka punya ske r nak pakai apa pun. kte sebagai sesama umat hanya bleh tegur dan berdoa agar umat islam sedar yang mereka islam di mana umat islam di wajibkan utk menjaga aurat mereka. xder gunanye kt herdik mereka atau mengumpat mereka. t kt juga berdosa. free of charge je dpt.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: