Posted by: Fathi Yusof | Mei 15, 2008

Siapa kawan anak anda?

Oleh: Abi Muslih

“Siapa kawan adik?” saya tanya Muslih.

“Emmm, Faris… Ukasya…. Anas…. Sofi… Nazrul, Haikal, Haziq Irfan…. Iman, Ihsan,….. Zakiuddin…. emmm dan Farah Syakirah…” jawab Muslih sambil menjeling ke sudut kiri untuk mengingat. Semua tu nama-nama pelajar PASTI Ilmi Taman Permata yang rapat dengannya.

“Kakak, sapa kawan tahun ni?” saya beralih kepada Farhah pula.

“Ramai…, tapi yang selalu makan sama-sama Siti Aisyah, Iman Shapai, Balkis Az Zahra, ….Nur Natasya, Rasulwana, Nur Syamimi dan Izah Hayati” jawab Farhah yang kini belajar di SRI Al Huda Gombak.

Bagi saya setiap ibu bapa yang prihatin akan sentiasa bertanya siapakah kawan anaknya. Mereka perlu tahu namanya, di mana dia tinggal, siapa ibubapa, dan bagaimana perangainya. Ibu bapa perlu bijak mengorek maklumat. Mintalah anak-anak bercerita tentang kawannya. Sekali-sekala tanyalah khabar kawannya.

Malah, lebih baik lagi, aturkan masa tertentu agar kawan-kawannya dapat datang ke rumah. Minta anak menjemput kawan-kawan mereka makan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengenali kawan-kawan tadi dengan lebih dekat. Nasihatilah anak-anak anda bersekali dengan kawan-kawannya. Dengan cara ini, anak-anak akan rasa dihargai dan kawan-kawannya juga akan lebih menghargai anak anda dan anda sendiri sebagai ibu bapa.

Mencari kawan untuk anak

Selain itu ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang dari keluarga yang baik dan berhemah, atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat. Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan:

  • Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.
  • Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak yang baik. Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.
  • Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.
  • Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Insyaallah dengan pendekatan di atas, kita dapat menggalakkan anak-anak memilih kawan-kawan yang baik. Selamat berusaha.


Respon

  1. mcm mn nak atur spy kwn anak menjenguk atau dtg ke rmh?
    takkannak pakse kot?


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: