Posted by: Fathi Yusof | Jun 12, 2008

Usahlah bercerai, ingat nasib anak-anak mu

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Dalam paparan yang lepas, kami telah bincangkan isu konflik rumahtangga. Konflik ini boleh memberikan tamparan hebat kepada keharmoniah rumahtangga, seterusnya menyebabkan kasih sayang menjadi luntur. Kami juga menjelaskan langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengatasi konflik.

Kesan buruk konflik rumah tangga akan memuncak jika berlaku perceraian. Islam membenarkan perceraian. Dalam keadaan tertentu, perceraian terpaksa dipilih selepas penyelesaian lain menemui jalan buntu. Namun, perceraian tetap pilihan terakhir. Ia adalah yang terakhir kerana ia banyak mendatangkan kesan buruk. Buruk kepada suami dan juga isteri. Tetapi pihak yang menerima kesan yang paling besar ialah anak-anak.

Bayang kan anak kecil yang baru mengenal dunia namun punya ketempangan dalam menempa kasih sayang. Anak yang seperti yatim, walau pun hakikatnya bukan yatim. Hilang tempat mencurah kan kasih. Jika anak itu adalah remaja, jiwa mudanya akan mudah memberontak akibat kepincangan di rumah. Cerita-cerita tentang kasih sayang ibu bapa yang didengar dari kawan-kawan akan meyebabkan dirinya diselubungi perasaan rendah diri dan mudah kecewa.

Biasanya anak-anak akan tinggal dengan salah seorang ibu atau bapa mereka. Jika mereka memilih bapa, mereka akan ketandusan belaian kasih seorang wanita.

Jika mereka tinggal dengan bapa, mereka hilang tempat bersandar dan bergantung harap. Bagi anak lelaki, bapa adalah model terdekat mereka.

Bagi anak perempuan, ibu adalah contoh terhampir. Tanpa mereka anak-anak akan terkapai-kapai dalam membentuk identiti positif.

Kadang-kadang anak-anak dari pasangan bercerai ini lebih malang dari anak-anak yatim. Mereka bukan sahaja terpaksa tinggal dengan penjaga tunggal, bahkan mereka diselubungi oleh konflik rumah tangga yang kadang-kadang berlarutan dan berpanjangan. Ada di kalangan mereka yang menjadi mangsa tarik tali dalam perebutan hadhanah. Mereka jadi keliru dan bingung. Bingung kerana kedua-dua orang tua mereka – yang sedarah sedaging dengan mereka – asyik berkonflik dan bertarung di medan pengadilan untuk mendapatkan hak itu dan ini.

Malah, lebih malang lagi, jika penjaga tunggal anak-anak mangsa perceraian ini, terlalu sibuk dan tidak memberikan tumpuan kepada mereka. Penjaga mereka beriya-iya mahu mendapatkan hak jagaan, bukan kerana cakna dan sayang, tapi kerana mahu menang bertarung dengan bekas pasangan. Selepas, hak diperoleh anak-anak dibiarkan menagih kasih dan didikan.

Tegasnya, konflik rumah tangga dan perceraian adalah taufan ganas dalam sesebuah rumah tangga. Menjadi tanggungjawab semua pihak agar mengekalkan kaharmonian rumah tangga dan mengelakkan sejauh-jauhnya kemungkinan perceraian. Demi kerana masa depan anak, suami isteri sewajarnya bersabar dan bertenang dalam mengekalkan ikatan perkahwinan, walau pun badai yang melanda itu terlalu besar dan ganas.

Moga Allah jauhkan kita dari mala petaka ini. Amin.


Respon

  1. salam.
    penting bagai kedua-dua pasangan memahami dan mendalami ilmu rumah tangga bersandarkan al quran dan hadis.
    bacalah kisah rumah tangga rasulullah saw untuk panduan

  2. perkara yang halal tapi dimurkai Allah ialah at talak (perceraian) – al hadis

  3. alangkah bagus kalau kanak2 remaja melayu islam mempunyai akal yg tajam dan tidak menjadi bodoh untuk tunduk dan dikawal oleh emosi dan peristiwa, terutama hawa nafsu iblis yg mencegah kita dari mendapat hidayah dan berakal sempit, dari remaja ilmunya (logic pemikiran akal dan daya kreativiti) akan dibawa ketua dan diturunkan kepada anak2 dan jika remaja berakal sempit, jadilah seperti ibubapa seperti yg diceritakan, someone plz understand how to use u’re brain… jadi manusia(berfikir seperti manusia, bukan anjing (lagi2 anjing iblis)), jadi lelaki (bg lelaki (berfikir seperti lelaki islam yg mempunyai akal yg tinggi dan benar)), jadi pemimpin dan pejuang (dijalan Allah swt (untuk mendapat kemenangan yg sebenar)), jadilah kamu seorang insan disisi Allah dan Allah swt akan membimbingmu (Insya-Allah) menerusi hidayah, nur hidayah. Maaf klu sy silap, dan betulkanlah sy jika sy silap.

  4. kalau iye pun teringin sangat nak bercerai, bercerai la sebelum dapat zuriat! :))


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: