Posted by: Fathi Yusof | Ogos 25, 2008

Hebatnya kesan media atas anak-anak

Dalam tulisan yang lalu, kami cuba untuk membuka mata pembaca dari sudut pengaruh media perosak dalam pendidikan anak-anak. Hari ini kami cuba perincikan lagi pengaruhnya dari beberapa sudut yang dirasakan kritikal untuk direnungi.

Ibu bapa perlu sedar bahawa media cetak dan elektronik ini mampu memberi kesan berganda, berbanding nasihat lisan yang kita berikan saban hari. Bahkan media yang penuh tarikan ini jauh lebih digemari dan memberi impak kuat berbanding leteran si ibu yang menyakitkan telinga.

Imej-imej yang terpapar lengkap dengan warna-warni akan tercetak dalam minda anak-anak dan mampu mempengaruhi pembentukan jiwa. Imej bergerak dalam internet, televisyen atau filem—secara sedar atau tidak—akan mencorakkan watak dan perangai anak-anak.

Apatah lagi, game komputer, yang melibatkan psiko-motor anak-anak semasa mengendalikannya akan memberikan kesan panjang kepada minda dan kelakuan mereka. Jika permainan itu memerlukan mereka berwatak ganas dan sadis, maka watak itu mungkin terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

Media perosak ini sangat mudah melunturkan iman dan menghakis ketekunan ibadah. Maksiat-maksiat dalam bentuk zina mata ini menyebabkan kemanisan ibadah hilang dan mendorong mereka melakukan kemungkaran yang lain pula.

Kegilaan kepada hiburan melampau dan ketagihan kepada keseronokan tanpa batas akan melontarkan remaja dan anak-anak ke gaung keruntuhan akhlak. Alangkah sayangnya! Anak-anak yang asalnya putih bersih, dicemari dengan media yang merosakkan ini.

Bagi anak-anak yang sedang menuntut ilmu, tentunya media yang melalaikan ini akan menghilangkan fokus mereka kepada belajar. Masa belajar semakin sempit gara-gara banyak masa dibazirkan dengan menonton TV, filem, mengadap internet atau bermain game.

Lebih parah lagi jika mereka sudah pandai berjinak-jinak dengan cinta monyet akibat terpengaruh dengan media. Penyakit angau orang bercinta di bangku sekolah bukan sahaja boleh meruntuhkan iman dan akhlak bahkan boleh menggelapkan masa depan mereka.

Bahkan lebih jauh lagi, pengaruh media jahat ini bisa merosakkan remaja dan kanak-kanak sehingga melakukan maksiat dan jenayah. Gejala maksiat hari ini seperti khalwat, dan zina banyak didorong oleh peranan media yang membudayakan maksiat seperti itu.

Hari ini rancangan televisyen, termasuk terbitan tempatan memaparkan pergualan bebas, lelaki wanita bukan muhrim tinggal serumah, anak luar nikah, dan perempuan simpanan sebagai fenomena biasa dan semacam tidak berdosa. Akibatnya anak-anak terikut-ikut dengan budaya ini, terutamanya jika tiada pedoman dari ibu dan bapa.

Paparan ganas pula mampu mendorong anak-anak membuat jenayah. Gejala rogol, samun, rompak, culik dan bunuh sedikit sebanyak didorong oleh pengaruh media perosak.

Hakikat sepatutnya menyedarkan pemerintah, pengamal media, penyedia bahan, pengendali media, guru dan ibu bapa perlu menggandakan keprihatinan bagi mengatasi kemelut ini.

Demikianlah betapa kuatnya kesan media kepada anak-anak. Insyaallah dalam penulisan berikutnya kami akan kongsikan beberapa cadangan untuk menghadapi cabaran hebat ini. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membuka jalan barakah dari Allah supaya anak-anak kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


Respon

  1. anak2 harus diawasi untuk melihat media.

  2. lama tak update syeh?? ngaper ?? memang ana minat utk baca blog ni..

    Kanak-kanak sekarang ni lebih gemar main PS 2 daripada main permainan kampong spt congkak dll

  3. Jazakallah akhi krn sudi berkunjung.

    maaf sbb lama tak update. Ana baru lepas demam denggi… alhamdulillah sekarang sihat…

  4. DI SINI KAMI MENAWARKAN PERKHIMATAN UNTUK MENGAMBIL AIR DI DALAM TANAH
    (BORENG AIR)
    TIUB WELL

    SILA HUBUNGI KAMI
    T/H:0179733062
    FIX:09-5821020

    http://WWW.RAMLITIUBWELL.COM


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: