Salam Idul Fitri buat semua pembaca. Moga amalan kita diterima Allah. Jika ada salah silap, harap maffin!
Di Malaysia, 1 Syawal itu sebulan. Hebat. Orang Malaysia, khasnya warga KL sambut hari raya sebulan. Persoalannya, boleh ke beraya sebulan. Bukan ke raya tu 1 Syawal sahaja?
Bagi saya tak salah. Berayalah sebulan ka atau dua bulan. Tak ada apa-apa yang salah. Cuma perlu diingat bahawa sambut Raya sebulan itu adalah proses penyesuaian sambutan Id dengan budaya setempat dan semasa. Ia bukan ketetapan nas syarak.
Kalau ikut prinsip Islam sambutan Idul Fitri hanyalah pada 1 Syawal sahaja. Namun, dengan realiti di Malaysia agak mustahil untuk berziarah dalam masa sehari. Tambahan pula, orang kita beraya di dua dunia. Satu di kampung dan satu lagi di tempat tinggal. Beraya di kampung biasanya memakan masa hampir seminggu. Bila pulang pula, sambutan rumah terbuka sempena Raya pula di buat pada hujung minggu.
Apa yang menarik dalam sambutan hari raya sebulan ini ialah, kelaziman orang kita yang mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf sepanjang bulan Syawal. Bukan pada 1 Syawal sahaja. Secara tak langsung ia membuka ruang yang lebih luas untuk memohon maaf antara satu sama lain.
Namun dalam keghairahan beraya ini perlu juga diingatkan. Kegembiraan berhari raya sebenarnya adalah kerana kejayaan melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan. Maka, sambutan Id perlu lah sederhana dan tidak keterlaluan. Biarlah setanding dengan kehebatan ibadah. Selain itu, puasa enam jangan lupa.
Sekali lagi. Salam Idul Fitri buat semua. Terima kasih kerana setia berkunjung di sini.
Ikhlas dari: Abi Muslih, Mama Farhah, Farhah, Muslih & Mus’ab
“Kalau ikut prinsip Islam sambutan Idul Fitri hanyalah pada 1 Syawal sahaja.”
boleh huraikan prinsip Islam yg dimaksudkan x?
By: Tanpa Nama on Januari 4, 2009
at 1:53 am