Posted by: Fathi Yusof | Oktober 15, 2008

Anak-anak dan pengaruh media: Apa tindakan anda?

Bagi memenuhi janji, kami mencatatkan beberapa panduan ringkas yang boleh dikadikan rujukan ibu bapa dalam menghadapi media yang bobrok. 

Pertamanya, perlu diingat bahawa gelombang media perosak yang makin mengganas ini menuntut keprihatinan maksimum ibu bapa. Insafilah, anak-anak kita pada fitrahnya inginkan kesucian jiwa dan hembusan taqwa. Mesej-mesej dari bahan media perosak hakikatnya amat jauh dari keputihan fitrah anak-anak. Maka usah kita sogokkan mereka dengan bahan-bahan pemusnah ini. Jika kita ingin membeli majalah, pilih lah majalah yang membina. Jangan ada majalah pendorong pergaulan bebas, majalah hiburan, majalah berunsur misteri dan tahyul, apa tah lagi majalah berunsur seks dalam rumah kita. Sejak dari tadika, mereka perlu didedahkan dengan majalah Islami.

Begitu juga dengan media elektronik. Usah berikan kepada anak-anak bahan-bahan CD atau DVD, mahu pun rancangan TV yang berunsur seks, ganas dan melalaikan. Usah biarkan mereka menonton adegan intim orang bercinta. Hari ini siri kartun kanak-kanak pun ada adegan French kiss, apa lagi dalam rancangan TV dan filem lain. Maka, peranan ibu bapa amat penting untuk mengawal dan sentiasa amengingatkan anak-anak dengan adegan yang boleh merosakkan iman ini.

Tapisan, pemantauan dan panduan ibu bapa amat penting dalam mengendalikan media untuk anak-anak. Bagi media yang sukar disekat, ibu bapa perlu bertindak sebagai penapis bahan-bahan yang tersiar. Tentukan kepada anak-anak bahan yang boleh ditonton dan yang tidak boleh ditonton. Begitu juga dengan internet. Perlu ada tapisan bagi membuka laman web. Gunakan teknologi semasa untuk menapisnya. Walaupun tapisan seratus peratus unsur perosak adalah hampir mustahil, namun sekurang-kurangnya biarlah ia terkawal.

Pemantauan perlu dibuat secara berkala bagi memerhatikan kecenderungan dan tingkahlaku anak-anak. Perlu diingat dengan kelebihan sebahagian anak-anak dalam soal perkembangan teknologi mungkin mereka bijak menyembunyikan perangai tidak senonoh mereka menggunakan bahan yang merosakkan. Maka, ibu bapa bukan sahaja perlu prihatin, bahkan perlu mengikuti perkembangan teknologi bagi memintas salahlaku yang mungkin dilakukan oleh anak-anak.

Perlu diingat juga bahawa ibu bapa perlu lah seimbang dalam memantau penggunaan media oleh anak-anak. Apa yang penting ialah kefahaman dan keyakinan anak-anak tentang bahaya bahan-bahan media yang merosakkan. Sebaik-baiknya biarlah anak-anak itu diserap dengan iman yang mendalam sehingga mampu mempunyai benteng diri bagi mengelakkan pengaruh media perosak ini. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bahan-bahan alternatif bagi memenuhi tuntutan jiwa kanak-kanak dan remaja, agar jiwa muda dan segar mereka tidak terkulai layu akibat sekatan yang melampau dan tidak munasabah.

Mudah-mudahan kami dan anda semua menjadi ibu bapa yang sentiasa peka dengan cabaran yang berlaku ini. Cabaran kita hari ini jauh lebih rencam dan kompleks berbanding cadaran ibu bapa kita yang mendidik kita. Moga Allah sentiasa menunjukkan hidayah buat kita semua. Ameen.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: