Posted by: Fathi Yusof | Oktober 15, 2008

Pakai tudung tapi seksi!

Kalau anda memakai tudung, alhamdulillah (kepada wanita ni). Tapi belum tentu anda dah tutup aurat dengan sempurna. Jika anda pakai tudung kerana Allah, pastikan anda ikut apa yang Allah nak.

Berikut adalah petikan tulisan dari portal IluvIslam (link ada di bawah):

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Respon

  1. Erm..mmg xsnonoh pn!?
    Di sbbkn setitik nila rosak susu sebelanga?
    Pe nk jd la ttp aurat pi pkai ketat2!!
    Klu mcm 2 baek xyah pkai tudung!?
    Mmalukn jew!?
    Astafirullah al-azim….

  2. ermmmm…..????
    amboi.. bunyi tang,tang,tang pon
    mnaikkan syahwat lelaki ker???
    okey2….

    • heh..baru tau

      • hurmm..ade yg pakai tdung tp yg bwah trdedah….astrafiruallah halazim… I hOpe pekare ini akn di ambl kira Oleh pihak atasan………

    • hebat giller

  3. ape2 la..tp utk pmpn yg pkai baju xckup kain,tdung xckup labuh,jgn smp aku dpt ckp ngn korang..buta ja kena bancuh ngn aku..haha

    • bukan camtu nak sedarkan org.berilah nasihat dulu,sekarang kalu didik kasar2 lg la x ikot,sedgkan ckp lembut2 pun wat muka seposen

  4. eh,x tau plak bunyi tang tang tang 2 bleh naikkan syahwat laki..btol ke ne wahai laki2 kat luar sane??tp bunyi kasut yg slalu sy dgr bkan tang tang tp tuk tuk tuk,hehehe..

  5. bnyi ksut……..
    ttg yg menaikkn syahwat 2 bley jgk d ganti ngn mnarik prhatian org rmai.. maka, dgn e2 fitnah akn t’jadi. sdgkn nabi sndiri mnjaga kehormatan wanita dgn mnyuruh mnutup aurat n jgn wt benda2 yg bley mnimblkn fitnah..

  6. ya..btl la 2..dlm surah an-nur pmpn n llk yg b’iman di susuh mjga pndgan..namun keadaan umat skrg yg bperilaku sperti jahiliyah tntunya mnimbulkn fitnah..Nabi da b’pesan bhw sburuk2 ftnh bg llk adalah fitnh wanita

  7. alangkah indah jika setiap perempuan itu sedar akan kesilapan yg sedang dilakukan.. inilah kesannya tidak mengamalkan ilmu yg ada, bukan kecik2 x diajar semua ttg aurat, tp akibat xamal n praktikkan, dah besar buat xtau je.. padahal yg menjalankan tugas tetap menjalankan tugas dgn setia, catatan demi catatan ditulis dlm diary pgmbaraan hidup sebagai manusia.. di akhirat sane, smua 2 lah yg akan dibangkitkan, bukan kecantikan yg dimegah2kan atas dunia ni.. sy menyeru pd semua gadis, tutup dan peliharalah diri kamu spy mendapat keredhaan ILLAHI..insyaAllah.. wallahua’lam..

  8. btol 2 kte ni umat islam knalah tahu malu camne kte nak ajak org kafir 2 msuk islam klu kte sndiri pon lolak ngan ajaran islam msti depa tak nak kan iala diaorg pon dah hlang percaya pda kte.thanks sapa_2 yg buat web cam ni kte kna sedarkan smua org dlm dunia agar tak ssat jauh nun disana

  9. bagusnye ade blog ni…tq ye

  10. Petikan dari Novel Manikam Kalbu, tentang busana Melayu:

    Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

    Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.
    Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

    Sultan Muhammad Syah amat teruja.

    Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

    Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

    Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

    ‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’

    Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai.’

    Diam seketika. Bunyi katak bersahut menyahut dengan cengkerik dilanda jerkah belalang berbaur di luar rumah. Ada burung hantu juga berseru.

    Kita suka sekali dengan syarat-syarat ini Tuan Guru, tetapi ampun beribu ampun, tidakkah syarat kelima itu menutup kebijakan Melayu, kalau jumud begini bagaimana kita dapat menggubah baju supaya seiring dengan zaman kelak?

    Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim tersenyum lugu.

    Syarat kelima itu bukan untuk membataskan kepandaian orang Melayu tetapi untuk menjaga pakaian dan busana kita kelak tidak sampai terlerai dari pokoknya, tunjangnya ayat yang kubacakan tadi. Pakaian Melayu itu anakanda harus ada akar. Akar itu makna. Makna itu ada dua makna lahir juga makna batinnya.

    Sultan Muhammad Syah menghela nafas khuatir, ‘Begini syaratnya Tuan Guru, akan adakah sesiapa tukang jahit seisi negeri mampu mengisi kehendak kita ini.’

    Kehendak agama dan kehendak budaya.’ Tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim membetulkan.

    ‘Syukur kita kerana beroleh ilmu dari Tuan Guru. Apakah ada yang hendak Tuan Guru tambahkan untuk kepastian anakanda sebelum dimasyhurkan seisi negeri tentang syarat-syarat busana Melayu ini?’

    Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim tersenyum.

    ‘Allah itu indah suka sekali dengan yang indah. Itulah satu lagi yang harus dimengerti. Untuk busana yang lelaki itu juga ada syarat tertentu bahawa lelaki budiman dan mulia tidak dia menonjolkan urat dan kekuatan badan tidak menentu tanpa sebab di tempat yang tidak berpunca, kecuali perlu kerana manusia ini dinilai istimewa pada akalnya, juga akhlaknya, letak molek pada ilmunya dan keutamaannya, bukan kerana keindahan atau keperkasaan bentuk badannya. Adapun baginda Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang aku kutip dari Kitabul Birri wash-shilah wa Adab dan dari Kitabul Tahrimu Zhulmil Muslimi wa Khadzlihi wa Ihtiqarih bahawa bunyinya: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuhmu dan tidak pula kepada bentukmu. Akan tetapi Dia melihat kepada hatimu.

  11. Mmg la byk yg aku perasaan perkara ni drpd ppuan2 yg bertudung ni…jgn kata remaja, yg tua pun ada.Bg aku la kan, lebih baik xbertudung klu rasa nak seksi2, bukan apa elakkan org mualaf yg baru nak kenali islam ni rasa pelik ngn ppuan yg kononnya beragama islam..bertudung tp aurat lain terbuka..buat mereka confused kan…tlg la, fikirkan, celikan minda tu bukan maknaya kena pakai tudung, rambut tu jer aurat. klu dah org islam…mesti fahamkan ttg aurat kita.

  12. tapi camane plak if ade jgk yang xpakai tdung tp, smbahyang…boleh diterime ke

  13. hurmm..psl x pkai tdung kne tngOk gak cara nyew..tp kite sbagai umt islm hrus lah nsihat-mnashati…cOz kite nie umt allah yg tdk smprna..sO kite ne mmberi tgurn yg baik kpd Org yg mmbuat ksilapn..sO kite ne larh brdoa agr pntu htinyew trbuke tOk taubat..allhamdulillah..

  14. […] File Name : Pakai tudung tapi seksi! | fathi & ros izanuri Source : abimuslih.wordpress.com Download : Pakai tudung tapi seksi! | fathi & ros izanuri […]


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: