Masa tengah sarapan tadi, saya terima satu SMS dari abang saya, Abg Kie: ‘Sila kunjungi “Mampukah Pak Lah …” sabki.blogspot.com dan “Sehari di Sri Pentas” kompashidup.blogspot.com’. Begitulah lebih kurang SMS dari Abang Kie. Wah! Nampaknya dah mula berblog. Siap dua blog sekali gus. Tahniah abangku. Selamat ‘mengeblog’ (pinjam istilah Indon). Tahniah juga kepada Kak Muna dengan blognya Seanggun Bidadari.
Adik beradik ku yang paling awal berblog ialah Adik Mat atau namanya Ahmad Fadzli Yusof. Sesuai dengan peranannya sebagai perunding motivasi dan penulis yang tangkas, beliau telah mengolah satu blog yang sangat menarik dan popular. Dengan tagline Meneroka Minda Sukses, blognya menjadi rujukan para pelajar, kelompok pekerja dan rakan motivator lain. Rugi kalau tak jenguk blognya.
Selain abang dan adik ku, ada juga blog oleh ipar dan anak saudara. Siapa tak kenal Ustaz Zawawi Yusoh. Seorang penceramah dan bekas pensyarah UIAM yang sentiasa muncul di kaca TV. Abang ipar saya ini mula berjinak-jinak dengan blog melalui portalnya sendiri dengan motto ‘Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam’. Dengan populariti beliau saya percaya blog ni akan meletup satu hari nanti. Cuma lebih cantik lagi kalau lebih banyak ‘personal touch’ macam blog CheDet gitu!
Anak-anak saudara pun pandai juga berblog. Anak saudara paling senior saya Kamilah Shakura atau Kak Ira nampaknya agak rajin menulis dalam blognya (True Colours). Selain Kak Ira, rasanya ada juga blog oleh anak-anak Kak Pah (Sharifah, kaka saya yang kedua). Namun buat masa ni belum dapat saya kesan.
Jika anda perasan dalam link kanan blog saya ini ada beberapa blog lain dalam ruang Blog Famili. Yang tu semua adalah blog sepupu-sepupu saya. Kalau anda nak dapat maklumat tentang bahaya Syiah, jangan lupa untuk jenguk blog Nasim (Abu Naelah). Blog politik Mat Zahid juga menarik. Ulasannya tajam dan menarik. Beliau yang kadang-kadang menggunakan nama Zahash kerap juga menghantar artikel ke laman web seperti Tranungkite. Kerap juga berdebat secara online. Memang mantopp. Nasim dan Zahid ni sebaya dengan saya. Kami adalah antara lima sepupu yang lahir dalam tahun yang sama. Che Nob pula adalah blog Mat Mak Long. Tentunya banyak maklumat dari Yaman, sebab Mat Mak Long ni agak lama menuntut ilmu di sana.
Selain dari yang saya sebut di atas, saya percaya ada lagi adik beradik, saudara mara, sepupu sepapat yang sudah ada blog sendiri. Kalau ada tolong lah maklumkan. Boleh saya buat link nanti.
Walau apa pun, tahniah kepada yang dah ada blog. Moga saluran blog ni dapat menyebarkan lagi pedoman baik di samping mengeratkan ikatan mahabbah sesama kita.
satu lagi
http://www.kawakib_duriyah.blogspot.com
By: zahash on November 24, 2008
at 11:23 am