Posted by: Fathi Yusof | November 11, 2008

Kampung yang dirindui

galah

Ayah dan Mak sedang mengikat galah buat mengait mempelam yang sedang ranum

 

“Ayah rasa nak balik dah” tiba-tiba bicara Ayah. Ya, sudah hampir sebulan Ayah dan Mak di KL. Memang di KL tak ada masalah: rumah dan bilik selesa, anak-anak ramai yang sentiasa menjenguk, makan minum ada yang uruskan, tak berlu bersusah ke pasar atau ke kedai dan segalanya.

Tambahan pula kaki Ayah masih sakit. Terbayang betapa peritnya Ayah menahan sakit melangkah satu per satu dengan begitu perlahan. Mak pun bukannya sihat sangat. Itu lah sebabnya kami anak-anak amat-amat berharap agar Mak dan Ayah terus tinggal di KL.

Mendengar bicara Ayah itu saya dan Kak Lah saling berpandangan. Sebenarnya ini bukan kali pertama Ayah menyatakan hasrat untuk pulang segera. Namun, Ayah banyak mengalah. Tambahan pula Ayah ada temujanji dengan pakar Ortopedik Hospital Putrajaya.

Hari itu, temujanji dah selesai. Urusan di KL kelihatan dah habis. Maka sekali lagi Ayah menyatakan hasrat untuk pulang segera ke kampung.

Memang di KL ini segala-galanya mudah. Namun ia tetap tidak sama dengan kampung. Kemewahan dan keselesaan KL tidak mampu memadam rindu pada kampung. Rindu pada pohon menghijau, rindu pada kebun di belakang rumah, rindu pada kokokan ayam, rindu pada hembusan angin kampung yang segar, rindu pada buah-buah yang mekar, rindu pada rumah yang setia menanti, dan rindu pada seribu satu kenangan manis yang terpahat disetiap inci rumah dan setiap langkah lamannya.

Rindu itu fitrah. Bukankah ada sahabat Rasulullah SAW yang demam kerana rindu pada Makkah seusai hijrah ke Madinah.  Maka rindu Ayah juga fitrah.

Insyaallah kita pulang ke kampung nanti.


Respon

  1. Bilal merindui Makkah sehingga beliau demam. Lalu Rasulullah s.a.w. mendoakan Bilal agar beliau kasihkan Madinah seperti mana beliau kasihkan Makkah.

    Mat Che Ngah

    http://kawakib_duriyah.blogspot.com/

  2. Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. E, ada sorang lagi yang rindu kat rumah..hehe . anak bongsu ayah, dah lama dia tak tidur rumah. dia kata kat tiga minggu dah.. 😀

  4. ha’ah abg e, adik abg e rindu sgt nak tidur rumah dia kat ukayperdana 🙂 malam tadi dia berjaya tidur di rumah 🙂

  5. berbaktilah kepada ibubapa selagi mereka masih hidup….


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: