Kami lama tidak mencatat diblog ini. Harap maaf kepada rakan-rakan pengunjung yang setia. Dalam ruang ini kami ingin berkongsi lagi tentang pendidikan anak. Ingin kami tanyakan satu persoalan yang fundamental iaitu: adakah kita sudah MENDIDIK anak-anak kita?
Rakan-rakan, mendidik anak bukan sekadar proses spontan yang berlaku secara semula jadi, namun ia adalah satu amanah yang amat didorong oleh syarak. Tak dinafikan bahawa manusia secara semula jadinya mahukan anak mereka menjadi orang ‘baik’. Walau jahat sekali pun seorang bapa ibu, hati kecilnya tetap mahukan si anak menjadi orang yang berguna dan taat.
Naluri semula jadi manusia akan menggerakkan dirinya untuk mengasuh dan mendisiplinkan anak-anak. Hanya manusia yang hilang nilai kemanusiaan dan diserap nafsu serakah kebinatangan sahaja yang mahu melihat anaknya rosak dan jahat.
Namun keadaan ini amat jarang berlaku. Kebanyakan manusia termasuk yang kurang beragama, bahkan yang terlibat dengan jenayah sekalipun biasanya berhasrat untuk memperolehi anak yang berjaya dan menjadi penyejuk hati.
Dalam Islam, keinginan untuk mendidik, dan mendisiplin anak-anak bukan sekadar terbit dari kemahuan naluri, bahakan ia terpancar dari pedoman agama dan berpaksikan perintah Allah dan Rasulnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan hendaklah engkau menyuruh ahli keluarga mu mengerjakan solat, dan bersabarlah terhadap perintah itu” (Thaha:132)
Solat yang dinyatakan dalam ayat diatas menjadi simbol kepada tema pendidikan anak yang dikenheaki oleh agama. Solat menjadi tapak kukuh kepada pembangunan kecemerlangan individu. Dalam solat terkandung ketaatan, disiplin, kesabaran, kawalan pelakuan, penyucian jiwa, ketajaman tumpuan akal serta kepatuhan kepada Allah dan RasulNya SAW.
Jika bapa berjaya melatih anaknya solat dengan tekun, bersegera, khusuk dan sempurna, maka secara kasarnya, bapa itu sudah berjaya mendidik anaknya menjejak kea rah kecemerlangan.
Selain dari suruhan agar ibu bapa mendidik anak, terdapat juga ancaman keras ke atas mereka yang gagal mendidik anak. Secara tegas dan jelas, Allah meminta agar ibu bapa mendidik anak dengan sempurna, kerana kegagalan mendidik mereka bermakna menghantar mereka ke neraka. Firman Allah:
Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka…” (Al-Tahrim:6)
Ayat di atas meletakkan tanggungjawab mendidik anak sebagai tanggungjawab yang paling hampir bagi setiap individu. Maksudnya, sebelum seseorang itu sibuk dengan urusan mengajar dan mendidik orang lain, dia terlebih dahulu perlu memastikan bahawa anggota kelurganya terdidik dan selamat dari ancaman api neraka.
Jika orang di bawah amanahnya rosak, bukan di anak sahaja yang akan tercampak ke neraka, bahkan si bapa atau ibu yang cuai dan gagal mendidik juga mungkin turut sama terhumban ke sana. Sabda Nabi SAW riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: “Seorang lelaki itu bertanggungjawab terhadap isterinya, dan dia akan dipersoal tentang tanggungjawabnya. Dan seorang wanita itu bertanggungjawab terhadap rumah suaminya, dan dia akan dipersoal tentang tanggungjawabnya.”
Moga catatan ringkas ini dapat membuat kita terus berfikir… dan bermuhasabah.
Abi Muslih & Mama Farhah
Perhatian: kami membenarkan artikel kami dipetik ke dalam mana-mana laman cyber namun dengan makluman kepada kami serta terdapat pernyataan sumber dan pautan ke sini. Terima kasih.
“sayangkah adik kp ibu n ayah?”
“siapa yg berikan ibu n ayah kpd kita?”
“perlukah kt berterima kasih kpd Pemberi yg memberikan mereka?”
“tahukah adik bhw Pemberi suka lagi bahagia jika kita berterima kasih dgn bersolat?”
“belajarlah adik solat..krn bukankah kt harus membahagiakan Pemberi yg memberikan kita kebahagiaan?”
“Ayuh abang ajarkan solatnya!”
…kpd anak2 yg masih merasa kasih ibu bapa..yg masih belum melupa..sblum mereka lupa..kita ikatkan dgn tali akidah..smg mereka tidak terlepas n lari mendamba kasih n tipu daya dunia..
syukur alhamdulillahirabbil alamin..terima kasih
By: ababil on April 21, 2009
at 9:56 am
knp ble kt nangis mse kecil kte panggil abah mama,tpi ble remaja kte akn cari bf kte ble kte nangis atau ade masalah???????????!!!!!!!!!!!!!!
nasihat sye jgn hanya ingat ibu n bapa mse kte kecil……..sayangilah mereka sementara mereka masih ada krne ble mereka sdh tiada,penyesalan kte sdh tiada gne nye…
By: nisa on September 29, 2009
at 10:15 am
askm….
terima kasih….!
berscerita ttg didik anak, adakah kita berjaya mendidik anak kita secara fomal at lest 2jam sehari ? (24 jam / 3(kerja, tidur, makan, Jln2 dll) saya sendiri gagal.
Sebagi Contoh paling mudah !!! , berapa kali solat berjamaah bersama, doa bersama , makan bersama, Membaca buku ilmah, sejaha kehidupan rasul dan sahabat, baca Alqur’an ?????
Marilah sama2 kita insaf atas taggjwb yg sediada dan pasti kena pikul dan ditanya kela. +++ bgmn pula ttg mendidik isteri ????
Saya pasrah pada ALLAh , bhw hamba mu ini lemah mohon taufik dan hidayah, kekuatan agar tidak putus asa dan keampunan atas keterlanjran dan kesilapan.
By: mimbar on Jun 3, 2010
at 1:01 pm