Kami menerima komen dari seorang pengunjung yang meminta penjelasan tentang kedudukan ibunya yang memakai susuk. Berikut adalah catatan beliau:
Daripada Insan Mengharap: salam.sy nak kan pendapat mamafarhah n kalu bleh penyelesaian pada masalah sy ne..
10 thn dlu parent sy ade sikit krisis rmhtangga sbab sorg pompuan..ats nasehat kwn,ibu sy pakai susuk dr sorg bomoh yg kononnnye sbagai penyelesaian masalah rmhtangga 2 sbab bleh pikat suami..tp msalahnye mase 2 ibu sy x tau pemakaian susuk 2 salah di sisi agama coz ibu sy ne jnis individu yg kurg terdedah dgn dunia luar n agak jahil dlm bidg agama..sy pun x mmpu nk nashat ms 2 coz sy still d sekolah rendah..n menurut bomoh 2 susuk 2 bleh hilg bila umur mencapai 40 ke 50 lbih..ayh sy tau ibu sy g jmpe bomoh tp die xtau yg ibu sy jmpe ntok mintak susuk..tp skarang family sy da ok..jd ape hukumnya dlm kes ne n ape komen mamafarhah?ad ke susuk yg bleh ilang sendiri??tlong la bg sy penyelesaian..sbabnyer sy sdih nengok keadaan ibu sy yg umur da 40 lbih tp x prnah bersolat..sy takut susuk 2 penyebab penghalang die wat ibadat…=(
Ulasan kami adalah seperti berikut:
1. Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah dan syabas atas sifat prihatin saudari yang ingin melihat ibu dan ahli keluarga berada pada jalan Allah SWT. Moga Allah memberikan kekuatan dan istiqamah kepada saudari.
2. Pemakaian susuk adalah dilarang oleh Allah kerana ia merupakan satu amalan sihir iaitu meminta bantuan jin untuk mendapat sesuatu. Sihir ini boleh memesongkan aqidah dan boleh membawa kepada keluarnya agama jika pergantungan kepada makhluk jin itu mengatasi pergantungan kepada Allah.
3. Orang yang mengamalkan susuk akan mendapat keseronokan kecil yang sementara, tetapi akan mengalami penderitaan yang panjang dalam hidup di dunia, dan penyeksaan yang dahsyat diakhirat nanti—jika dia tidak segera bertaubat dan meninggalkan amalan itu.
4. Sifat jin kafir (syaitan) amat suka jika dapat menumpang pada jasad manusia. Sekali dia diberi ruang, dia tidak akan mudah keluar atau pergi begitu sahaja. Maka pada umumnya susuk itu tidak akan hilang sendiri, bahkan perlu dihilangkan melalui perubatan Islam. (Atau sekurang-kurangnya perlu disahkan bahawa ia telah hilang melalui rawatan perubatan Islam).
5. Berasaskan maklumat saudari, ibu saudari tidak pernah bersolat, maka perkara utama yang perlu dilakukan ialah untuk menimbulkan kesedaran beragama bagi mengukuhkan aqidahnya kepada Allah dan keyakinan kepada balasan Allah melalui syurga dan neraka selepas kematiannya.
6. Kemudian, perlu dibimbing agar dia mengamalkan rukun Islam yang asasi seperti solat, puasa dan lain-lain disamping mendekatkan dirinya dengan al-Quran.
7. Selepas itu, dedahkanlah kepadanya dengan ilmu-ilmu Islam termasuk dalam soal amalan sihir dan perubatan Islam. Ajaklah dirinya supaya kembali ke jalan Allah.
8. Usahakan agar dia dibawa menjalani rawatan perubatan Islam (seperti Darussyifa dibawah pimpinan Dr. Harun Din atau Darussalam dibawah pimpinan Ust Ismail Kamus) bagi membuang susuk yang ada pada dirinya.
9. Dorongkan diri ibu agar istiqamah pada jalan Allah.
10. Selain itu kami cadangkan juga agar saudari menggunakan pendekatan yang hikmah agar usaha ini dapat mencapai sasaran yang terbaik.
Moga Allah merahmati usaha saudari itu.
Abi Muslih & Mama Farhah
saya nak respon sikit pasal pakai susuk ni. ni pengalaman kawan saya. suami dia kawin dua. kawan saya tu isteri pertama. dia berusaha menawan kembali suami. yg biasa dilakukan oleh mereka yg tersepit seperti ini berjumpa bomohlah. bomoh bagi dia ayat baca ketika bulan mengambang. dia cuma baca dua kali. tapi mujarab juga. dia dan suami amat seronok ketika bersama. sehari boleh sampai 3 / 4 / 5 kali tanpa rasa penat. pendekkata suami hanya kerumah isteri muda sekali seminggu aje. lama juga keadaan macam ni bertahun lamanya. suatu hari kawan saya pergi berubat . perawat dapat mengesan yg kawan saya memakai susuk. kawan saya kata mmg tidak pernah pakai susuk. tapi akhirnya dapatlah dikesan rupanya susuk kat situ. bile dibuang mereka suami isteri tidak lagi sehebat dulu. maklumlah kawan saya tu bukan muda lagi . dah 46 tahun. kembalilah mereka normal ketika bersama macam org lain.
moral of the story… rupanya ada juga susuk kat situ bukan kat muka jer. apa-apa pun tetap dosa dan bertaubatlah. susuk ni sebenarnya penggunaan jin sebagai pembantu. dalam kes ini jin digunakan dan bermastautin kat situ untuk membantu menguatkan sex dan menarik perhatian pasangan yang dihajati. wassalam. wallahualam
By: fitrah on Ogos 19, 2009
at 3:56 am
Fitra Boleh tak minta kawan awak orang tu punya alamat yg telah buang susuknya. Saya dah lama cari orang itu buang tetapi tidak berjaya. Harap dapat bantu saya.
By: Honey on Oktober 31, 2009
at 11:17 pm
susuk memang bgerdosa
By: suehjj on Oktober 30, 2009
at 2:39 pm