Posted by: Fathi Yusof | Jun 16, 2009

Kisah Ibu mengajar anaknya mencuri

Kadang-kadang ibu bapa tidak perasan behawa mereka pernah menggalakkan anak mereka mencuri atau mengambil barang orang lain. Walau pun mungkin anda memandang isu ini sebagai remeh, bagi saya ia perlu diberikan perhatian serius kerana ia melibatkan tingkahlaku anak-anak bila dewasa nanti. Kisah-kisah silam pernah menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh ibu bapa dalam membentuk perilaku di anak.

Sebuah mahkamah telah menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas seorang pencuri. Apabila tiba waktu menjalankan hukuman, pencuri itu menjerit sekuat suaranya: ‘Sebelum tangan saya dipotong, tolonglah potong lidah ibu saya! Pernah saya mencuri dahulu sebutir telur dari rumah jiran saya, tetapi ibu saya tidak memarahi saya, dan tidak menyuruh saya mengembalikan telur itu kepada jiran saya. Malah dia gembira, sambil berkata: “Syukur, anak ku sudah menjadi manusia kini!” Kalau tidak kerana lidah ibu saya, nescaya saya tidak akan menjadi pencuri dalam masyarakat.’

Demikianlah satu kisah yang dipetik oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam menjelaskan betapa hodohnya tabiat mencuri dan betapa besarnya pengaruh ibubapa dalam membentuk tabiat itu. Semua ibu bapa tahu bahawa tabiat mencuri itu memang buruk. Namun secara tidak sedar, sesetengah ibubapa membiarkan anaknya menjadi pencuri.

Dua puluh sen

Mengajar mencuri bukan sahaja berlaku dalam bentuk yang ketara seperti kisah di atas. Ia juga berlaku secara tidak sengaja. Berapa ramai ibu atau bapa yang membiarkan wang syiling atau kertas diletakkan merata-rata di dalam rumah. Wang milik si bapa atau ibu ini mungkin dalam jumlah yang kecil seperti dua puluh sen atau seringgit sahaja. Bagi mereka wang sebanyak itu tidak membawa apa-apa kesan jika hilang atau diambil orang.

Namun budaya membiarkan wang merata-rata itu sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak-anak. Anak-anak yang memang sukakan duit mungkin akan mengambil wang itu. Pada peringkat awal mungkin anak itu meminta izin atau mengambilnya dihadapan ibu bapa.

Kemudian, si bapa mungkin bersikap tidak kisah jika anaknya mengambil wang berkenaan. Lama-kelamaan, sifat longgar ibu bapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran pemiliknya. Lantas mereka mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang, atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan.

Beg sekolah

Pernahkah anda ‘menyelongkar’ beg sekolah anak anda. Atau anda sekadar buat tak tahu dengan apa yang ada dalam beg sekolah itu. Ibu bapa sewajarnya melazimi membuka dan menyelenggarakan beg sekolah anak. Cara ini bukan sahaja dapat membantu kita memahami perkembangan akademik mereka, bahkan juga dapat memantau sebahagian dari tabiat mereka.

Apabila ibu bapa membuka dan meneliti beg sekolah anak, secara tidak langsung ibu dan bapa dapat melihat buku-buku latihan dan buku tulis anak-anak mereka. Pemantauan secara rutin tapi mengejut akan menjadikan anak-anak rasa diberi perhatian seterusnya mendorong mereka untuk lebih gigih berusaha.

Namun selain itu, tindakan memeriksa beg sekolah anak juga dapat memantau buku, alat tulis atau apa sahaja yang ada dalam beg anak-anak. Dari sini ibu bapa boleh pastikan sama ada anak-anak itu mengambil barang milik orang lain atau tidak. Jika terdapat pensil, buku atau mainan milik orang lain dalam beg mereka, maka ibu bapa perlu segera meminta mereka memulangkan kembali kepada pemilik asal.

Panjang tangan

Bila berziarah ke rumah saudara mara atau rakan-rakan, ibu bapa perlulah peka dengan apa yang ada di tangan anak-anak ketika pulang. Kadang-kddang terdapat anak-anak yang mengambil barang orang tuan rumah tanpa kebenaran. Sebahagian mereka mengambilnya tanpa rasa bersalah tanpa memahami konsep dosa pahala. Bila mereka suka dan minat mereka ambil begitu sahja.

Biasanya tuan rumah buat-buat tidak nampak bagi mengelakkan tetamu berasa malu. Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk memastikan anaknya tidak mengambil apa-apa dan jika terambil, barangan itu perlulah dikembalikan kepada tuan rumah. Inilah kaedah penting yang perlu disemai bagi mengelakkan anak itu menjadi ‘panjang tangan’ bila sudah remaja dan dewasa nanti.


Responses

  1. saya setuju ape yg saudare sampaikan maklumat diatas tu….

  2. memang petikan di atas dapat membantu saya mendidik anak-anak dan sejurus itu dapat memberi pengaran kepada anak muda sekarang ini


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: