Posted by: Fathi Yusof | Januari 20, 2010

Mencari kawan untuk anak

Sudahkan anda bertanya anak-anak, siapa kawan mereka di sekolah?

Jika belum, cepat-cepatlah bertanya. Dan, cuba ingat nama mereka. Bagaimana perangai mereka dan lain-lain. Sekali sekala tanya lah khabar tentang kawan-kawan mereka.

Tapi, jangan lupa untuk sentiasa ingatkan mereka agar mencari kawan yang baik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang dari keluarga yang baik dan berhemah, atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat.

Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan:

  • Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.
  • Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak yang baik. Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.
  • Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.
  • Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Selamat berusaha mendidik anak…


Respon

  1. Bagus sekali.jarang ibu bapa memikirkan soal ini, ya fathi. zaman sekarang dan akan datang lebih mencabar.ana sendiri risau memikirkan.

  2. mendidik anak adalah salah satu cabaran yg tinggi pada masa kini…
    harap ruangan ini dapat membantu kaum ibu bapa demi kesejahteraan keluarga dan ank2 yg terjamin dunia dan akhirat

  3. Alhamdulillah , atas penulisan artikel yang bermanfaat untuk mereka yang sudah bergelar ibu dan bapa.

    Mohon izin ustaz dan ustazah untuk berkongsi artikel Abi Musleh dan Mama Farhah di ruangan web akhi.

    Semoga ALLAH SWT membalas kebaikan yang banyak kepada kalian atas usaha menyebar ilmu ini.

    Ameen.

    Jazakallah khairan khathira.


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: