Soalan:
Assalamualaikum,
Saya telah berkahwin selama 19 tahun hasil perkahwin kami ada 3 org anak yang kakak 19 tahun 17 dan 12 tahun, Suami saya seorang peniaga restoran walau pun restoran kepunyaan sendiri ada banyak masalah kewangan.Saya berkerja di sebuah pejabat swasta selama 25 tahun.
Saya juga banyak bantu suami dalam hal kewangan.
Bla dia perlukan kewangan dia akan buat muka sedih ceritakan masalah kedai tak cukup duit bayar gaji pekerja la beli barang tak cukup duit nak cover chqeck tak cukup duit sampai habis barang kemas saya value kat 30 ribu setiap kali suami buat muka sedih saya pun hulur duit atau barang kemas. baru2 ada ramai pekerja perempuan indon dia kedainya. Ada ramai kawan or customer yang kenal saya sebagai isteri boss bagi tahu saya yang suami awak keterlaluan mesra dengan pekerja indon selepas tutup kedai bawa gi makan kat kedai kadang2 pegi ke rumahnya suatu hari saya pegi ketuk bilik perempuan indon suami saya ada baring di atas katilnya bayangkan macam mana keadaan saya indon tu pun dah lari. Saya sampai ketahap bercerai tapi dia kata masih sayangkan keluarga saya pun berbaik balik dengan suami.saya harap ini la first and last eksilapan dia buat.Tapi hampa harapan saya tak sampai 5 bulan dia dapat indon lain pula. Ada pekerja suami yang perihatin pada saya bagi tahu kak boss gan perempuan lain pula, Saya mula siasat suami hari2 di pocketnya ada ubat perangsang lalaki tapi dia tak tidur sama saya than buat apa dia makan ubat bila saya perlukan dia selalu elak penatla pening takcukup tidur saya buat2 berdengkun saya tahu perubahan suami sebab kami dah satu tilam selama 19 tahun, saya dah nampak dengan mata sendiri hampir setiap malam suami bilik perempuan indon kedua tapi saya tak berdaya nak gaduh lagi saya pun balik kerumah hampir 6 bulan saya tak pernah tanya apa2 pun.comment suami pada saya, saya tak pandai jaga badan gemua saya dah habis beribu tapi tak kuran juga. saya ingin tahu ada dosa saya buka rahsia suami di laman ini.
Anonymous
Dikemukakan dalam ruangan komen bagi artikel : Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri
Jawapan:
Waalaikum salam wbt wth,
Puan,
1. Saya mengucapkan takziah di atas kesukaran yang menimpa puan dalam menempuh alam rumahtangga. Moga-moga ujian yang besar ini menjadi menghapus dosa-dosa yang lepas dan mengukuh hubungan puan dengan Allah SWT.
2. Tindakan puan mengadu hal ini di sini bukan satu kesalahan. Ia tidak dianggap sebagai memburukkan suami kerana apa yang dilakukan oleh suami itu terlalu berat di sisi syarak, dan memerlukan tindakan seperti ini. Maksiat dan kezaliman tidak boleh didiamkan atau disembunyikan. Perlu dicegah dan diatasi. Bahkan puan bukan sahaja mengadu secara bersembunyi begini, malah perlu tampil kepada pihak berkuasa bagi melaporkan kezaliman yang dilakukan. Puan ada hak, dan ia perlu dituntut.
3. Berdasarkan apa yang berlaku itu, telah jelas bahawa suami puan telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Ia termasuklah:
- mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain secara
- mengabaikan tanggungjawab nafkah batin
- mengambil hak isteri tanpa keperluan sebenar
4. Oleh demikian, terpulang kepada pihak puan sendiri samada untuk terus bersama beliau atau berpisah. Namun, jika puan percaya masih ada ruang untuk suami membaiki diri dan meninggalkan terus perkara mungkar, maka usahakanlah. Lebih berkesan jika melibatkan orang tengah yang dihormati dan dipercayai.
5. Jika puan memilih untuk berpisah, boleh melalui prosedur taklik atau fasakh. Pada umumnya hak penjagaan anak terletak pada puan, dan suami tetap ada tanggungjawab untuk menanggung mereka.
6. Akhirnya, usahlah puan terlalu lama memendam masalah ini. Berbicaralah kepada yang boleh dipercayai. Jika tiada juga, pihak pentadbiran agama tentu bersedia untuk membantu. Bertindaklah.
Abi Muslih
nasib puan sama dgn nasib sy… yg mampu sy buat skrg berdiam diri n menangis shaja..
By: Tanpa Nama on Jun 14, 2012
at 6:11 pm
kesian cerita kakak ni..mcm juga cerita ku ni..suami curang d belakang sya..dorang dah bnyak main kn perasaan sya..sya prcya suami sya 100%tp yg sya dpt juga100% d tipu hidup2..sya nekat untk lari dri umh nya..sbb thu hubungan dorg tu walau pn x satu umh cuma coll n sms tu suda buat aq cemburu dgn prkataan syg2 n mmy2..sakit hti ku pendam sndri2..brkali2 ku bwa bncang yg aq x suka d buat mcm tu .tp dya buat bodohh je ape yg aq ckp..sedi aq bila aq tnya soal tu..dya msti bela pompuan tu..rupa2 nya dya suda ada ank dari pompuan tu..tmpa aq sedar..aq ingin mnta dya cerai kn tp dya x bole sbb dya syg kluarga ni..1 hri tu aq tggl kn dya dri 7 bulan smpai lh 2016 aq x sma2 dgn dya..tp nafka tetp ada..tp bukn dya yg bgi..tp dri bapa mentuaku je bagi..belik barang bby n susu ank2..1 hri tu dya kata dya x ada hubunga dgn pompuan tu …aq pn balik dgn dya..las2 aq d tipu lg..dorg masi sma2 1 rumh konun nya dorg suda khwin..ya bertapa sakit nya aq dgr yg dorg suda khwin..tp aq redo semuanya tu..hnya tuhan je thu mcm mn sakit nya bila suami dua kn istri tmpa dya x thu ape2
By: rieyA on Mac 11, 2016
at 5:55 pm
Assalamualaikum..
Saya sekarang buntu tak tahu nak buat apa dengan hubungan saya dan suami…saya dh berkahwin 6tahun dan belum mempunyai zuriat..sekarang saya dapat tahu suami saya tidur dengan perempuan lain dan bukan lah seorang..dan saya ada baca msj dia dgn perempuan2 yang dia jumpa..sy pernah beritahu hal ni pada suami…dia diam je..lama2 tak smpai sminggu dia ulang balik…apa sy harus lakukan…
By: Sue on September 11, 2017
at 9:12 pm
Saya baru pjj dgn suami sy baru dpt kerja.. Setiap kamis hingga pg ahad je kami bersama.. Dia baik n layan saya n ank baik je.. Satu mlm sy tgk handfon suami.. Ad app Michat.. Sy buka rupanya dia ada msg dgn ramai perempuan dan siap cari org yg blh layan dia termasuk sex dalah warga asing plk tu.. Dia x fikir bhye kee. Sy x pasti dia da g spa yg ad gro tu belum.. Sy x sangkA dia mcm tuu.. Sy mngaku slh sy sbb x dapt puas kn nafsu dia.. Sbb sy baru habs pantang x smpi 90 hari lg pun.. Bawh sy ni ketat dan sush nk masuk ttmbh plk trase sakit.. Mcm mne sy nk buat ni mcm mana sy nk suruh dia bhnti buat kerja mcm tu.. Sy rase geli sgt bce msg2 dia rasa sedih rase x percaya cbb dia org yg baik..
By: Seorang ibu on Julai 21, 2019
at 9:47 am