Posted by: Fathi Yusof | Februari 20, 2014

Bila anak-anak ketagih game…

Ramai ibubapa menjadi pening dengan perangai anak-anak yang ketagih bermain dengan permainan video atau komputer. Permainan ini yang lebih senang disebut game memang mengasyikkan terutamanya bagi kanank-kanak dan remaja.Pemain game menjadi asyik sehingga lupa dunia sekeliling. Lupa untuk buat apa yang mereka patut buat dan lupa untuk menunaikan tanggungjawab. Kadang-kadang keasyikan menyebabkan pemain menjadi malas untuk melakukan perkara lain. Rasa berat untuk meninggalkan gajet mainannya.Bahkan ibu bapa kadang-kadang dirasakan seperti musuh yang menghalang mereka untuk ‘berjuang’ dimedan gamenya. Akibatnya ibu bapa semakin pening dan sakit hati??????????????????????????????????????????????????????????????????Anak-anak boleh menjadi degil kerana game. Tarikan kuat game menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menarik. Mereka jadi kurang tertarik untuk bersukan, apa lagi untuk belajar, bersolat, dan melakukan apa yang ibu bapa mereka suruh. Bahkan kadang-kadang mereka sudah kurang tertarik untuk makan. Ada yang makan sambil bermain game. Bila disuruh buat apa-apa mereka rasa berat dan malas. Lama-kelamaan mereka menjadi anak degil.Moga anak kita tidak jadi begitu. Anak degil kerana game akan cepat melenting bila dipanggil dan disuruh berhenti. Mereka melenting kerana mereka terpaksa berpindah dunia. Dari dunia game kepada dunia realiti.Dunia game semuanya seronok. Seronok kerana mereka berpeluang untuk menang dan berjaya dengan mudah. Mereka boleh kalahkan musuh dengan mudah. Mereka boleh mengatasi orang lain dengan mudah. Bahkan kalau kalah pun mereka akan hidup balik dan boleh bertarung lagi. Kalah bukan realiti. Semua dalam kawalannya.Game menjadikan pemainnya seperti Tuhan. Kalau kalah boleh turunkan tahap kepayahan. Kalau payah juga berpindah kepada game lain. Segala-galanya di tangan pemain. Sebab itu peminat tegar game amat sukar berpisah dari game. Mereka seronok berkuasa seperti Tuhan melalui perkakas game mereka. Moga anak kita tidak jadi begini.Peminat tegar game hidup dalam dunia sendiri. Dunia game iaitu dunia fantasi dan khayalan. Sebenarnya dunia itu adalah dunia delusi atau tipuan. Mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Dan mereka seronok berada di alam tipuan itu.Buat ibubapa ingatkanlah anak-anak ini dengan realiti. Pisahkanlah mereka dari alam dilusi. Ingatkan mereka bahawa di dunia ini ada jatun dan bangunnya. Ada sakit dan sihat. Ada menang dan kalah. Ada hidup dan mati. Hal ini cukup logik, tapi pemain tegar game sentiasa lupa hakikat ini. Maka, ingatkanlah mereka wahai ibu bapa.Mengingatkan mereka bukan sekadar dengan bercakap, dan sama sekali bukan dengan berleter. Ingatkan mereka dengan mengajak mereka untuk berpisah dari alam delusi itu. Tutup suiz game. Ambil gajet game. Reka kata laluan yang susah-susah. Hadkan masa bermain game. Jika boleh usah main game langsung. Namun biarlah berhikmah dan beransur-ansur. Bukankah arak dulunya diharamkan secara beransur-ansur.Kemudian, banyakkan ajak mereka interaksi dengan alam hakiki. Bermain dan bersukan dengan mereka. Sediakan raket, bola, baju riadah, kasut riadah dan seumpamanya. Yang paling penting ialah sediakan masa anda.Ajaklah juga mereka berinteraksi dengan manusia hakiki. Ajaklah mereka berziarah. Latihlah mereka berurusniaga. Berikan tugas dan tanggungjawab. Suruhlah mereka menghantar juadah kepada jiran-jiran. Bila tetamu datang bertandang, minta mereka tampil bersalam.Latih mereka bertanya khabar. Ajar mereka memandang wajah manusia. Menatap manusia dengan penuh kasih sayang. Memahami setiap manusia ada roh dan jasad. Supaya mereka semakin kenal hakikat roh dan jasad sendiri. Jika mereka terus di alam delusi game, mereka mungkin melayan manusia seperti watak-watak game. Kerna itu mereka memang perlu dipisahkan dari alam delusi itu.Ringkasnya, game mendatangkan mudarat. Bukan salah anak kita jika mereka ketagih game. Mereka ketagih kerana memang game membawa ketagihan. Yang salah ialah kita kerana kita yang menyuap mereka dengan game. Kita peralatkan game untuk mendiamkan anak. Supaya anak tidak bising dan tidak kacau sana-sini.Kita lupa apa yang kita suapkan itu akhirnya meracuni roh, akal dan tubuh badan anak kita. Moga Allah menjauhkan kita dari mudharat yang menakutkan ini. Moga game tidak lagi dominan dalam hidup anak-anak kita. Amin.

Advertisement

Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: