Memahami Perubahan Anak-anak dan Beberapa Persediaan Untuk Menghadapinya (Siri 2)

Dalam catatan lalu, kami mengemukakan pandangan tentang beberapa hakikat perubahan yang dialami oleh anak-anak dalam proses tumbesaran mereka. Dalam catatan kali ini kali kemukakan aspek pertama perubahan yang dimaksudkan itu.

Perubahan pertama yang perlu diketahui oleh ibubapa ialah perubahan dari sudut pergantungan anak-anak kepada mereka. Bayi yang baru lahir bergantung hampir sepenuhnya kepada penjaga atau ibu bapa untuk menguruskan diri mereka, baik dalam urusan makan, pakaian, membersihkan najis, dan bergerak ke sana sini.

Semakin bayi itu membesar semakin banyak yang mereka boleh berdikari. Bagitu juga dari sudut membuat keputusan. Ketika masih bayi, semua keputusan seperti pilihan pakaian, dan sebagainya ditentukan oleh ibu bapa.

Semakin anak itu membesar, mereka semakin belajar untuk membuat keputusan sendiri seperti memilik makanan yang lebih disukai, memilih pakaian yang digemari dan seumpamanya. Bila anak itu remaja dan dewasa, pergantungan kepada ibu bapa untuk membuat keputusan semakin berkurangan.

Pergantungan anak-anak ini berkait rapat dengan kawalan ibu bapa ke atas anak-anak. Semakin besar pergantungan anak-anak, maka semakin besarlah kuasa ibu bapa menentukan keputusan untuk anak-anak.

Bila anak itu remaja dan dewasa dengan sendirinya kuasa dan pengaruh ibu bapa akan berkurangan sedikit demi sedikit. Ibu bapa yang baik mengetahui waktu yang tepat untuk menyerahkan ‘kuasanya’ dalam anak-anak untuk membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Penyerahan kuasa

Ibu bapa yang baik juga mengetahui bahawa penyerahan kuasa sewajarnya berlaku secara beransur-ansur mengikut perkembangan dan kemampuan anak-anak. Menyerahkan kuasa kepada anak-anak tidak semestinya menyerahkannya secara total.

Ibu bapa boleh menetapkan sempadan dan panduan. Contohnya, jika memberikan ‘kuasa’ kepada anak-anak untuk membeli baju raya, ibu bapa wajar menetapkan kriteria baju yang dikehendaki, khususnya yang berkait dengan batas-batas syariat.

Ibu bapa yang gagal menghayati perkara ini mungkin akan terjebak dengan dua ekstrem.

Yang pertama, mereka mungkin terlalu awal memberikan ‘kuasa’ kepada anak-anak untuk membuat keputusan, tidak memandu anak-anak tentang bagaimana cara menggunakan kuasa dan tidak memantau bagaimana anak-anak mereka menggunakan kuasa yang baru diperolehinya.

Kesannya anak-anak mereka akan terlalu bebas dan mungkin hilang pedoman. Inilah faktor kenapa anak-anak sentiasa perlu diingatkan dengan pedoman dari al-Quran dan Sunnah agar mereka mampu membuat keputusan yang tepat dengan agama.

Kedua, mungkin juga ada ibubapa yang terlalu sukar untuk meyerahkan kuasa membuat keputusan kepada anak-anak.

Ibu bapa ini cuba memastikan setiap perkara diputuskan oleh mereka sendiri, baik dalam urusan makanan, pakaian, pendidikan, hobi, pemilihan kawan, dan sebagainya. Anak-anak tidak dapat membuat keputusan sendiri melainkan jika mereka melakukan secara diam-diam dan bersembunyi.

Akibatnya, anak-anak kurang mampu berdikari dan terlalu bergantung kepada orang lain. Bahkan, mungkin juga anak-anak akan rasa dikongkong, lantas cuba untuk memberontak bagi melepaskan diri dari pengaruh ibu bapa.

Oleh itu, cara yang terbaik ialah mencari jalan tengah iaitu melepaskan anak-anak dari kawalan dan pergantungan secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.

Kaedah yang betul dalam mengurangkan kawalan ke atas anak-anak anak menjadikan anak lebih mampu berdikari, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mampu membuat pertimbangan dengan matang. Selain itu ia juga membina perasaan selamat dan kepercayaan yang tinggi anak-anak kepada ibubapa mereka.

Tegasnya, ibubapa perlu peka dengan perkembangan anak-anak dan bijak bertindak menyesuaikan pendidikan anak-anak sesuai dengannya. Inilah kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam mendidik generasi muda.

Insyaallah dalam catatan berikutnya kami akan kemukakan tiga lagi aspek perubahan anak-anak. Selamat mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat!

Abi Muslih.
Gombak, Selangor.

Posted by: Fathi Yusof | Mac 22, 2012

Rasa Makin Jauh Bila Anak Makin Membesar?

Memahami Perubahan Anak-anak dan Beberapa Persediaan Untuk Menghadapinya (Siri 1)

Tanpa disedari, anda mungkin termasuk di kalangan ibubapa yang tidak benar-benar bersedia menghadapi perubahan diri dan perkembangan anak-anak.Anak yang dulunya anda dakap buat kali pertama untuk diazankan, rupa-rupanya begitu cepat berubah dan membesar. Anda tentu masih dapat membayangkan perubahan anak anda iaitu daripada seorang bayi yang hanya tahu tidur dan menghisap susu, dia mula belajar bertatih dan berjalan, selepas itu tahu berkata-kata, dan kemudian pandai meminta itu dan ini.Anda tentu masih ingat hari pertama menghantarnya ke sekolah rendah, Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Julai 6, 2011

Suami Tidur Dengan Wanita Lain

Soalan:

Assalamualaikum,
Saya telah berkahwin selama 19 tahun hasil perkahwin kami ada 3 org anak yang kakak 19 tahun 17 dan 12 tahun, Suami saya seorang peniaga restoran walau pun restoran kepunyaan sendiri ada banyak masalah kewangan.Saya berkerja di sebuah pejabat swasta selama 25 tahun.
Saya juga banyak bantu suami dalam hal kewangan.
Bla dia perlukan kewangan dia akan buat muka sedih ceritakan masalah kedai tak cukup duit bayar gaji pekerja la beli barang tak cukup duit nak cover chqeck tak cukup duit sampai habis barang kemas saya value kat 30 ribu setiap kali suami buat muka sedih saya pun hulur duit atau barang kemas. baru2 ada ramai pekerja perempuan indon dia kedainya. Ada ramai kawan or customer yang kenal saya sebagai isteri boss bagi tahu saya yang suami awak keterlaluan mesra dengan pekerja indon selepas tutup kedai bawa gi makan kat kedai kadang2 pegi ke rumahnya suatu hari saya pegi ketuk bilik perempuan indon suami saya ada baring di atas katilnya Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Januari 17, 2011

Tanda-tanda baligh: anak anda sudah tahu?

Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?

Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?

Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?

Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?

Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih butal dalam soal hadas besar dan baligh.

 

Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib.

Malah, tidak pernah pun mandi wajib! Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Januari 10, 2011

Didik Anak Jadi Pejuang

“Israel tu jahat ke, mama?” tanya Zaki kepada ibunya.

“Ya, Zaki. Israel memang jahat. Dia halau orang Islam Palestin. Lepas tu dia bunuh orang Islam yang lawan.” Jawab ibunya dengan tenang.

“Ooh”, jawab Zaki. “Zaki perasan tak tengok iklan McD kat TV”, tanya si ibu.

“Ya Mama, Zaki ada tengok”, kata Zaki.

“Tahu tak, kalau kita makan dekat McD bermakna kita tolong beli peluru kepada Israel untuk tembak orang Islam” terang Mama.

“Kenapa pula, Mama” Tanya Zaki dengan wajah hairan.

“Macam ni. Duit yang kita bayar tu sebahagiannya diberikan kepada Israel. Lepas tu Israel gunalah untuk beli senjata bunuh orang Islam”, jawab si ibu dengan bersemangat.

“Ooh, baru Zaki faham” kata Zaki sambil mengangguk kepala.

Demikianlah perbualan seorang ibu dengan anaknya. Pernahkan anda bercerita demikian dengan anak-anak? Pernahkah anda jelaskan kepada anak-anak tentang masalah ummah? Masalah-masalah seperti penindasan dan penderitaan umat Islam. Anak-anak sememangnya amat perlukan pendedahan awal tentang masalah ummah. Agar mereka menjadi cakna ummah sejak dari kecil.

Hero khayalan

Mungkin anda berfikir bahawa anak-anak anda masih kecil untuk didedahkan dengan perkara-perkara yang besar ini. Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Ogos 24, 2010

Hukum Ilmu Pengasih

Berikut adalah soal jawab agama yang dikendalikan oleh sahabat yang saya kasihi Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Persoalan jampi pengasih ini kadang-kadang menjadi pilihan bagi yang tidak bertemu pedoman Ilahi. Jika jampi itu berupa mentera yang jelas terdapat pemujaan syaitan, maka jelas syikir dan terlarang. Namun bagaimana jampi yang bermula dengan bismillah dan mengandungi ayat-ayat simbolik. Dapatkan jawapannya.

Berikut adalah petikan dari Blog Ustaz Adnan:

Soalan; Assalamualaikum ustaz,saya sebagai hamba Allah amat musykil dengan adanya amalan, yang tidak diketahui di bolehkan atau tidak sehingga takut menjejaskan iman saya sebagai orang muslim (SYIRIK). Oleh yang demikian saya ada pertanyaan mengenai Ilmu Pengasih. Contohnya: Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Ogos 11, 2010

Usah Salahkan Tiang, Didiklah Anak Memahami Potensi Diri

Saya ada menyentuh tentang pemikiran proaktif, dan bagaimana melatih anak-anak untuk memiliki kemahirannya. Ibu bapa perlulah terlebih dahulu menunjukkan contoh sebagai insan yang bersikap proaktif dan bukannya pesimis dan reaktif.

Ambik kau, tiang!

Selain dua langkah yang dinyatakan dalam artikel lepas, tindakan ketiga ialah ‘mengajar’ anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain. ‘Mengajar’ di sini bermaksud ibu bapa perlu menunjukkan contoh sikap proaktif dengan mengelakkan budaya merungut-rungut dan suka menyalahkan orang lain. Bahkan ibu bapa perlu mempamerkan ketabahan dengan sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi menghadapai sesuatu kesulitan. Jika ibu bapa kerap mempamerkan kekecewaan, anak-anak mudah menjadi insan lemah daya juang. Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Ogos 7, 2010

Gincu bibir membatalkan puasa?

Saya paparkan di sini soal jawab agama yang dikendalikan oleh sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Moga dapat memberikan panduan buat anda menjelang Ramadhan ini.

Berikut adalah petikan dari blog beliau:

Soalan; Assalamualaikum, terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu yang dapat saya manfaatkan. di sini saya ada sedikit kemusykilan. adakah benar pemakaian gincu akan menyebabkan puasa terbatal? bagaimana sekiranya menyapu pelembab bibir? Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Ogos 4, 2010

Latih Anak-anak Berfikir Proaktif

Kadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya. Ibu bapa masakini terlalu berlumba-lumba untuk melihat anak mendapat keputusan peperiksaan yang boleh membanggakan mereka, atau sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka bila ditanya oleh kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga. Terkadang anak-anak menjadi mangsa. Mereka mangsa ibu bapa yang mahu mempertahankan keegoannya.

Mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan belum tentu membuktikan anak-anak akan menjadi cemerlang. Keputusan peperiksaan yang baik boleh menjadi petanda bahawa anak itu bersungguh-sungguh, rajin, punya daya ingatan baik, cepat memahami sesuatu dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Namun ia bukan satu bukti yang mutlak. Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Januari 20, 2010

Mencari kawan untuk anak

Sudahkan anda bertanya anak-anak, siapa kawan mereka di sekolah?

Jika belum, cepat-cepatlah bertanya. Dan, cuba ingat nama mereka. Bagaimana perangai mereka dan lain-lain. Sekali sekala tanya lah khabar tentang kawan-kawan mereka.

Tapi, jangan lupa untuk sentiasa ingatkan mereka agar mencari kawan yang baik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang dari keluarga yang baik dan berhemah, atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat.

Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan:

  • Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.
  • Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak yang baik. Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.
  • Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.
  • Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Selamat berusaha mendidik anak…

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori