Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad


Dalam rencana-rencana dan ucapan saya sebelum ini,  saya menentang doktrin basic structure khususnya atas alasan hakim-hakim telah memberi kuasa kepada diri mereka sendiri untuk meminda Perlembagaan dengan menentukan mana-mana peruntukan Perlembagaan merupakan basic structure Perlembagaan itu dan, oleh itu, tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

Ini melanggar peruntukan Perkara 159 yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk meminda mana-mana peruntukan Perlembagaan asalkan prosedur yang ditetapkan oleh Perkara 159 itu dipatuhi. Perlembagaan tidak berkata ada peruntukan yang tidak boleh dipinda. Malah ia tidak boleh berkata demikian kerana Perlembagaan pun dibuat oleh Parlimen. Parlimen hari ini juga tidak boleh menghalang Parlimen masa depan membuat pindaan kepada Perlembagaan.

Tetapi, sekarang, mengikuti penghakiman Mahkamah Agung India, mahkamah kita turut berkata mahkamah/hakim boleh menghalang Parlimen membuat pindaan kepada Perlembagaan. Kesannya samalah seperti menambah satu klausa lagi kepada Perkara 159 yang mengatakan “Mahkamah boleh menentukan mana-mana peruntukan Perlembagan ini yang menjadi basic structure Perlembagaan ini.  Peruntukan-peruntukan  itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen.” Anehnya ia dibuat oleh hakim-hakim.

Soalan: Dari mana hakim-hakim itu mendapat kuasa untuk berbuat demikian? Mahkamah Agung India?

Saya katakan ia tidak akan berhenti di situ. Langkah selepas itu ialah mengatakan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang bercanggah dengan basic structure adalah tidak sah. Hujahnya ialah, jika peruntukan baru yang bercanggah dengan basic structure tidak boleh diadakan, peruntukan sedia ada yang bercanggah dengan basic structure pun tidak boleh bibiarkan beroperasi kerana kedua-duanya sama-sama bercanggah dengan basic structure dan sama-sama tak sah dan batal.

Atas asas tersebut, mereka akan menghujahkan bahawa Perkara 11 (Kebebasan Beragama) adalah sebahagian daripada basic structure, oleh itu peruntukan dalam Senarai II, Jadual Kesembilan (Senarai Negeri) yang bercanggah dengan Perkara 11 adalah tak sah dan batal.

Satu langkah lagi ialah mengatakan undang-undang yang dibuat di bawah Senarai Negeri itu, walaupun ia mengenai precepts of Islam dan hanya terpakai kepada orang Islam yang bercanggah dengan peruntukan basic structure adalah tidak sah. Hujahnya ialah Perkara 11 terpakai kepada semua bahagian Perlembagaan. Dalam kata-kata lain, Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membuat undang-undang di bawah Senarai Negeri, tetapi, jika ia bercanggah dengan Perkara 11, undang-undang itu tidak sah dan batal.

Sebagai misalan, DUN membuat undang-undang menjadikan kesalahan bagi seorang Islam berzina, meminum minuman yang memabukkan dan tidak membayar zakat. Mereka akan berhujah Perkara 11 adalah basic structure. Ia bukan hanya  menjamin kebebsan seseorang untuk menganut mana-mana agama atau tidak langsung. Ia juga menjamin seseorang untuk beramal atau tidak beramal dengan apa-apa suruhan dan larangan mana-mana agama. Dalam kata-kata lain,  Perkara 11 menjamin kebebasan seseorang sama ada dia hendak berzina atau tidak,  meminum minuman yang memabukkan atau tidak, membayar zakat atau tidak. Oleh itu undang-undang itu bercanggah dengan basic structure, tidak sah dan batal.

Hujah kita mengapa Perkara 11 tidak terpakai kepada kesalahan yang dibuat di bawah Senarai Negeri ialah, senarai Negeri merupakan pengecualian daripada peruntukan umum Perlembagaan. Ia membolehkan undang-undang agama dibuat terpakai kepada orang Islam sahaja dan dibicarakan oleh Mahkamah Syariah. Asalkan undang-undang itu berkenaan precepts of Islam ia sah tidak kira ia bercanggah atau tidak dengan Perkara 11. Tetapi, jika Perkara 11 merupakan basic structure dan mana-mana bahagian Perlembagaan atau undang-undang yang dibuat di bawahnya yang bercanggah dengan Perkara 11 itu  tak sah dan batal, maka akan tak sah dan batallah ia. Oleh itu, undang-undang yang menjadikan kesalahan-kesalahan yang saya sebut sebagai misalan tadi itu semuanya tak sah dan batal.

  

Mereka akan berhujah mereka tidak mengatakan semua Perenggan 1 Senarai Negeri dan undang-undang yang mewujudkan kesalahan mengenai precepts of Islam yang dibuat di bawahnya tak sah dan batal. Sebaliknya, mereka hanya mengatakan hanya undang-undang yang mewujudkan kesalahan tertentu itu yang tak sah dan batal sebab ia bercanggah dengan Perkara 11.

Saya percaya ada pihak yang sedang menunggu untuk membuat permohonan untuk mendapat perisytiharan seperti itu, ada peguam yang akan menghujahkan demikian dan ada pula hakim yang akan menerima hujah itu dan Majlis Peguam akan menyokongnya.

Walaupun sudah agak terlewat kerana Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun telah mengesahkan  pemakaian doktrin itu yang diimport oleh DS Sri Ram dari India yang mengenepikan dua penghakiman Mahkaman Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Suffian, yang kekal sebagai undang-undang negara ini selama 33 tahun, sehingga diketepikan oleh DS Sri Ram hanya dengan satu obiter (kenyataan sampingan yang tidak merupakan prinsip penghakiman itu)tanpa merujuk kepada penghakiman-penghakiman  Mahkamah Persekutuan sebelumnya itu.

Tidak kurang mendukacitakan, obiter itu diikuti oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh TS Zainun Ali dan sekarang, berulang kali disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Tengku Maimun dan hakim-hakim pilihan yang sependapat dengannya atau mengikutinya. Suara-suara menentang di Mahkamah Persekutuan sudah tidak kedengaran lagi kerana mereka tidak duduk dalam panel-panel yang mendengar isu-isu itu.

Harapan kita ialah, mana tahu dengan terus menyatakan pendirian dan hujah-hujah kita, akan ada hakim-hakim yang akan berfikir semula dan nampak akan bahayanya doktrin itu diterima pakai di negara ini dan berani menyatakannya. Kita tidak boleh mengharapkan ahli-ahli Parlimen kerana bagi mereka kehilangan kerusi mereka adalah lebih penting daripada kuasa Parlimen dirampas oleh mahkamah.

Jika tiada siapa mempedulikan kita pun dan jika apa yang dikhuatiri akan berlaku itu berlaku pun,  kita yakin, sejarah ada merakamkan bahawa kita telah menentangnya.

18 10 2022

tunabdulhamid@gmail.com                                 

http://www.tunabdulhamid.my

https://tunabdulhamid.me

Pautan asal di sini: https://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/974-adakan-undang-undang-sewa-dan-beli-dan-pajak-gadai-islam

1. Akta Sewa dan Beli Islam (Islamic Hire and Purchase Act)

Semenjak Hire Purchase Act 1967 diadakan, semua transaksi sewa beli (kenderaan, perabut dan lain-lain) termasuk oleh orang Islam, dilakukan mengikut akta tersebut. Transaksi-transaksi di bawah Akta tersebut berasaskan riba yang haram bagi orang Islam.

Untuk mengelaknya, institusi-institusi kewangan telah mengadakan transaksi sewa dan beli patuh Syariah. Mereka melakukannya mengikut nasihat jawatankuasa Syariah yang ditubuhnya sendiri dan ahli-ahlinya yang dilantik dan diberi elaun oleh institusi-institusi itu sendiri.

Akibatnya:

  1. Tidak ada keseragaman mengenai hukum yang ditetapkan oleh jawatankuasa- jawtankuasa Syariah itu;
  2. Jawatankuasa-jawatankuasa Syariah itu tidak mempunyai kepakaran yang cukup dalam bidang berkenaan;
  3. Oleh sebab ahli-ahli jawatankuasa-jawatankuasa Syariah itu dibayar elaun oleh institusi-institusi berkenaan, tidak nampak bahawa mereka itu bebas dalam membuat keputusan mereka;
  4. Tidak ada undang-undang dan peraturan khusus untuk dipatuhi; dan
  5. Tidak ada agensi kerajaan yang mengawal selia industri itu.

Namun demikian, industi sewa dan beli Islam itu terus berkembang sehingga jumlahnya dianggarkan melebihi RM60 bilion. Jumlah ini adalah anggaran kerana tiada statistik rasmi bagi industri sewa dan beli Islam di Malaysia.

Biasanya, pihak industri lebih gemar sekiranya industri mereka tidak dikawal dengan ketat oleh agensi kerajaan. Tetapi, dalam hal ini, pihak industri sendiri yang meminta kerajaan mengawalnya, demi untuk memastikan keseragaman amalannya dan sahnya transaksi-transaksi itu di sisi Syarak.

Semenjak lebih kurang 30 tahun dahulu, pihak Jawatankuasa Teknikal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang pada suatu masa, saya sendiri pernah menjadi ahlinya, dengan bantuan Jabatan Peguam Negara telah cuba menggubal satu Akta berkaitan dengan jual dan beli Islam. Tetapi, oleh kerana kekurangan kepakaran dalam jawatankuasa itu; oleh kerana ia tidak mendapat sokongan bersungguh-sungguh oleh

2

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta tiada kehendak politik (political will), maka usaha tersebut terbengkalai.

Pada tahun 2009, saya dilantik oleh Bank Negara Malaysia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengharmonian Undang-undang Sibil dan Syariah (JKPUSS). Satu daripada fokus JKPUSS ialah mengadakan akta/undang-undang sewa dan beli Islam. Saya mengumpulkan berbagai pihak termasuk pihak industri itu sendiri, peguam-peguam swasta, pegawai-pegawai Bank Negara, pegawai Peguam Negara untuk bersama-sama menggubalnya. Jika ada isu Syariah yang diperlu ditangani oleh JKPUSS, kami merujuknya kepada Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Pada masa itu, saya juga adalah salah seorang ahli Majlis Penasihat Syariah tersebut.

JKPUSS, dengan sokongan dari Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia berjaya menyiapkan satu draf undang-undang sewa dan beli Islam dan mengemukakannya kepada KPDNHEP. Namum, akibat pertukaran pegawai yang bertanggung jawab beberapa kali serta keperluan mengkajinya setiap kali ada pegawai baru, draf tersebut telah terpendam beberapa tahun. Saya sendiri terpaksa pergi berjumpa dengan Menteri berkenaan untuk meyakinkan beliau betapa pentingnya undang-undang tersebut.

Selepas itu, ia bergerak semula. Akhirnya, sampailah kepada pihak KPDNHEP mengemukakan draf undang-undang tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk penggubalan muktamad. Sebelum berbuat demikian, KPDNHEP atas inisiatifnya sendiri, telah mengadakan satu lagi menyuarat. Kali ini, dijemput pihak JAKIM menghadiri mesyuarat itu. Dalam mesyuarat itu, pegawai JAKIM yang hadir telah menyoal mengapa tidak digunakan draf asal JAKIM yang telah terbengkalai itu. Namun, pihak JAKIM tidak berupaya untuk menyatakan dengan jelas sama ada draf JAKIM itu lengkap atau tidak; apa beza di antara draf JAKIM dan JKPUSS; apa kekurangan draf JKPUSS dan apa cadangannya untuk memperbaikinya, jika ada.

Walau bagaimanapun, keadaan itu telah menyebabkan KPDNHEP menangguhkan lagi penghantaran draf Akta yang disediakan oleh JKPUSS kepada kepada Jabatan Peguam Negara. Selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku, kerana saya pun uzur dan JKPUSS telah dibubarkan. Besar kemunkinan tidak ada apa yang berlaku selepas itu.

Pengalaman ini menunjukkan bagaimana suatu usaha itu tidak berjaya dilakukan akibat pegawai-pegawai di kementerian berkenaan tidak faham isu teknikal undang-undang yang digubal lalu memendamkannya.

Sebenaya, pegawai-pegawai itu tidak perlu faham draf undang-undang itu keseluruhannya. Oleh kerana bukan semu orang faham semua perkaralah, maka diadakan jawatankuasa. Tugas KPDNHEP dalam hal ini sebagai sekretariat, adalah untuk mengemukakan draf itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menyediakan gubalan yang muktamad dan, selepas itu, menyediakan kertas kabinet.

3

JAKIM sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bidangkuasa yang diberikan oleh undang- undang. Ia hanya boleh memberi pandangan dalam sesuatu perkara, jika diminta, itu pun bukan fatwa. Ia juga tiada kepakaran dalam semua bidang. Kelulusannya tidak perlu diperolehi. Selain dari itu, isu-isu berkaitan dengan Syariah telah pun dirujuk kepada Lembaga Penasihat Syariah Bank Negara yang ditubuh oleh undang-undang.

Saya meminta YAB Perdana Menteri sendiri untuk mengambil inisiatif bagi menghidupkan semula cadangan mengadakan akta/undang-undang itu. Beliau hanya perlu mengarahkan kementerian berkenaan bahawa beliau mahukan akta/undang- undang itu dibuat untuk dilulus oleh Parlimen dengan seberapa segera. Maka KPDNHEP akan terpanggil untuk mengambil tindakan. KPDNHEP cuma perlu mengemukakannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk penggubalan muktamad. Saya percaya Peguam Negara yang baharu tiada masalah melakukannya.

2. Akta Pajak Gadai Islam/Al Rahnu (Islamic Pawn Shop/Al-Rahnu Act)

Semenjak diadakan Pawnbroking Act 1972, semua transaksi pajak gadai, termasuk yang melibatkan orang Islam, dijalankan mengikut akta itu. Ia juga berasaskan riba.

Sama juga dengan industri sewa beli, untuk mengelak riba dan juga transaksi-transaksi yang tidak patuh Syariah, semenjak lebih kurang dua puluh tahun dahulu, institusi- institusi kewangan, dengan bantuan penasihat-penasihat Syariah, mengadakan produk Al-Rahnu. Mereka juga melakukannya secara berasingan mengikut model masing- masing. Tiada keseragaman, tiada undang-undang dan peraturan untuk dipatuhi dan tiada kawalan khusus oleh mana-mana agensi kerajaan.

Namun demikian, mengikut maklumat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada tahun 2017, nilai industri pajak gadai Islam yang diuruskan oleh institusi- institusi Perbankan Islam melalui produk Ar-Rahnu adalah sebanyak RM2 billion (25% daripada jumlah keseluruhan nilai industri pajak gadai).

Pajak gadai terletak di bawah bidangkuasa KPKT. Semasa saya menjadi pengerusi JKPUSS dahulu, saya diberi tahu, di bawah kerajaan BN, Menteri yang bertanggung jawab terhadap kementerian berkenaan adalah daripada MCA. Beliau menentang diwujudkan akta/undang-undang Al-Rahnu kerana ia akan bersaing dengan industri pajak gadai yang dimonopoli oleh orang Cina.

Apabila beliau diganti oleh seorang Menteri Melayu, saya memanggil pegawai yang bertanggungjawab bagi bahagian berkenaan. Pegawai itu adalah seorang Cina. Apabila saya bertanya apa rancangan kementerian itu mengenai Al-Rahnu, beliau menjawab, Al- Rahnu akan menjadi saingan yang tidak adil kepada industri pajak gadai kerana pengamal Al-Rahnu tidak perlu membayar fee.

4

Saya menjawab, jika fee tidak dikenakan sekarang, itu kerana tidak ada undang-undang yang menghendaki lesen diambil dan fee dibayar. Jika ada undang-undang yang menghendaki lesen diambil dengan bayaran fee, fee kena dibayar juga.

Ini dengan jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak menyokong pembangunan industri Al-Rahnu.

Saya cadangkan kerajaan PN mengambil inisiatif mengadakan akta/undang-undang Al- Rahnu. Dengan adanya akta/undang-undang ini, ia akan mengukuhkan lagi industri tersebut dan, yang paling utama, memastikan hak-hak pengguna, terutamanya mereka yang berugama Islam, dilindungi dan halal mengikut syarak.

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia sedang dalam usaha mengukuhkan produk- produk Ar-Rahnu yang ditawarkan institusi Perbankan Islam untuk memastikan ianya mengikut prinsip Syariah yang tepat. Ini adalah selari dengan Dokumen Polisi Tadbirurus Syariah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada akhir tahun 2019. Dengan adanya akta/undang-undang Ar-Rahnu yang khusus, ia akan menyokong usaha Bank Negara Malaysia. Saya yakin, Bank Negara Malaysia akan bersedia membantu KPKT sekiranya ia berhasrat menggubal akta/undang-undang itu.

Akhir kata, jika Kerajaan PN berjaya membuat dua undang-undang itu, katakanlah dalam masa setahun sekalipun, ia akan menunjukkan kejayaan Kerajaan PN yang tidak dapat dilakukan dalam masa 30 tahun oleh kerajaan BN dan PH. Melakukannya tidak melibatkan perbelanjaan. Malah, ia akan menjadi sumber kewangan. Ia juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baru terutamanya untuk anak-anak Melayu. Selain daripada itu, ia menunjukkan komitmen kerajaan PN untuk terus membangun sektor kewangan Islam di Malaysia dan mengekalkan kedudukan negara kita sebagai pusat kewangan Islam yang terunggul di dunia. Ianya juga akan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan bagi sektor kewangan Islam kerana buat pertama kalinya undang- undang tersebut diadakan, di dunia. Insya Allah, ganjaran di akhirat juga mungkin menunggu kerana ia membolehkan umat Islam mengelak daripada terlibat dengan riba.

2020 03 23

tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me

Posted by: Fathi Yusof | Jun 16, 2019

Ujian Allah di Saat Lebaran

(catatan abi untuk ingatan kita sekeluarga agar kita tidak melupakan saat-saat getir dalam perjalanan hidup kita)

Alhamdulillah. Segala puji selayaknya kepada Allah yang memberikan peluang kepada kita sekeluarga untuk kembali ceria selepas ujian demam denggi di musim perayaan tahun 2019 ini. Ia satu pengalaman getir memang tidak dapat dilupakan.

masjid wp

Mana mungkin abi lupa pengalaman melalui saat demi saat isteri tersayang dan ketiga-tiga anak ditimpa demam yang dahsyat dan mengalami menurunan kadar penurunan platlet dalam darah sehingga ke tahap bacaan 8 sahaja.

DERITA DEMAM

Pada mulanya kita semua tak sangka ia denggi. Tambahan pula cuti panjang dan kepulangan ke kampung menyebabkan pemeriksaan darah sukar dibuat segera.
Kakak (Farhah) mula demam pada Jumaat malam Sabtu 1 Jun iaitu 27 Ramadan. Pulang tarawih kakak terus tidur. Penat.

musab
Pada pagi Sabtu pula adik (Mus’ab) demam. Kedua-duanya demam teruk sehingga tak mampu berpuasa sepanjang empat hari terakhir Ramadan. Waktu famili mahabbah berkumpul di Alam Damai, kedua-duanya sedang demam.

farhah
Bila ke Klinik Sulaiman, doktor berikat ubat gastrik kepada kakak dan ubat batuk selsema serta antibiotk kepada adik. Itulah penyakit yang didiognosis berdasarkan pemeriksaan yang dibuat. Maka dalam tempoh itu kedua-duanya dirawat dengan ubat-ubat itu, tetapi demam kedua-duanya amat lambat sembuh.
Waktu perjalanan pulang pada hari Isnin 3 Jun (29 Ramadan) kakak dan adik masih lagi demam dan penat.

perjalanan balik

sampaikedah
Demam kakak dan adik hanya berkurangan pada hari Raya kedua. Tapi masalah batuk dan sakit perut tidak juga reda. Mata adik pula kerap jadi merah. Waktu itu tak siapa jangka akibat denggi.

Manakala mama pula cergas dan segar waktu balik kampung. Tetapi mula nampak penat pada 4 Jun (30 Ramadan) — hari abi dan mama keluar membeli barang keperluan raya.

WhatsApp Image 2019-06-16 at 12.40.06
Balik dari pasar, mama maklumkan sakit badan. Kemudiannya badan panas dan demam. Saat itu kakak dan adik masih lembik demam. Jadi ada tiga yang demam.
HARAPAN ABI
Tengahari itu, abi cakap kat abang (Muslih): “Abang lah harapan abi, jangan demam yea!” abang senyum je. Tapi sebelah petang abang datang: “Abi minta maaf, abang pun demam juga!” Tergamam. Keempat-empat demam.

WhatsApp Image 2019-06-16 at 12.40.06(1)
Esoknya 5 Jun adalah hari raya. Banyak plan untuk masak itu dan ini. Abi yang tak pandai masak ini terpaksa back up buat apa yang patut. Sambil tu kena pastikan juga ada bekalan bubur nasi untuk dimakan oleh mama dan anak-anak yang demam.

WhatsApp Image 2019-06-16 at 12.40.05
Pada hari raya itu, kita solat sunat Idul Fitri di rumah sahaja. Selepas solat bergambar ringkas.Terhibur juga dengan tetamu kanak-kanak yang datang berziarah.

raya1


Cuba lihat gambar raya kami. Nampak mama, kakak, abang dan adik pucat. Gambar tu dapat senyum juga sebab kelakar lihat telatah budak yang datang beraya yang disuruh ambil gambar. Alhamdulullah sekurang-kurangnya ada juga gambar raya.

WhatsApp Image 2019-06-16 at 12.40.05(1)

Raya aidil fitri mama dan anak-anak dalam keadaan terkulai. Moga Allah memberkati dan mengampuni dosa-dosa kita sehingga bersih seperti fitrah.

WhatsApp Image 2019-06-16 at 12.40.05(2)
Petang raya tu abi bawa mama ke klinik. Sama seperi adik, mama didiagnosis sebagai demam batuk selsema.

raya2
Raya kedua (Khamis 6 Jun), bawa abang ke klinik, juga diberi ubat selsema, batuk serta tahan muntah. Mama layan tetamu macam dalam keadaan menahan sakit. Abang ula banyak tidur. Kedua-duanya amat lemah malam tu.
SAKIT BADAN
Keesokan harinya (Jumaat 7 Jun) adalah raya ketiga. Mama mengadu sakit badan yang amat kuat. Badan lemah dan sakit-sakit. Muslih pula pagi tu agak segar walau pun masih demam. Kakak dan adik sudah pulih demam tapi masih batuk-batuk dan sakit perut (kakak). Abi putuskan untuk bawa mama ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Muslih diajak sekali. Selepas di rawat, doktor minta untuk buat pemeriksaan darah mama sebelum dimasukkan ke wad. Dr Mahamad Yusof memeriksa mama lebih lanjut. Muslih hanya pesakit luar. Waktu di dalam wad, abi dimaklumkan keputusan ujian darah dah siap. Abi diminta jumpa Dato’ Dr Chan.
Bila keputusan darah dimaklumkan, abi terkejut. Sah denggi. Bacaan pletlet hanya 8. Ya Allah! Bantulah kami.
ANGKA PLETLET
Abi segera minta ujian darat dibuat untuk abang. Dalam hati berdoa, agar jangan denggi juga. Muslih mulanya enggan. Takut jarum katanya. Dipujuk akhirnya setuju. Keputusannya 82 dengan kadar sel darah putih yang rendah–juga sah denggi. Jadi, Muslih juga perlu dimasukkan ke wad.
Mama di bilik wad 501, Muslih pula ditingkat 4 bilik 401. Waktu itu teringat kakak dan adik. Terus telefon abang Fuad. Minta bantuan bawa mereka untuk ujian darah juga.
Farhah dan Mus’ab datang tersengih-sengih. Bagi mereka, demam dah berakhir dan sekarang masa untuk beraya. Tambahan pula dah ramai berkumpul di rumah tok wan. Tapi ujian ini penting sebab denggi biasanya tetap ada walau pun selepas demam. Bila dapat keputusan, pletlet kakak 65 tapi dianggap telah melepasi kategori denggi kerana petanda lain seperti sel darah putih dan kepekatan darah baik. Cuma tetap perlu pemantauan kerana kadar nadinya lemah.
Adik pula kadar pletletnya 109, agak tinggi tetapi dianggap positif denggi kerana faktor-faktor lain. Tambahan pula adik didapati mengaami jangkitan kuman microplasma yang memerlukan pemantauan lanjut.

WhatsApp Image 2019-06-16 at 12.40.05(3)
RAYA DALAM WAD
Jadi kedua-duanya pun ditahan di wad. Kini keempat-kempat perlu masuk wad. Alhamdulillah pihak pusat rawatan memberikan kerjasama baik untuk membenarkan semua keempat-empat berada di dalam satu bilik. Bilik 502 yang memuatkan 5 katil jadi pilihan. Mama dipindahkan sebelah petang. Muslih pula masuk dalam jam 10:15 malam. Semuanya berkumpul dalam satu wad. Di sini kita ‘beraya’.

mlm1

kakakm1

adik

Allah uji kita waktu ini untuk mengajak kita kembali kepadaNya. Meletakkan seluruh harapan kepadaNya. Hanya kepadaNya. Betapa kita manusia tiada upaya untuk mengubah apa-apa. Hanya mampu berusaha. Itu pun terlalu sedikit yang mampu dibuat.

Screenshot 2019-06-16 at 11.05.21 PM

Apa sangat yang kita mampu buat ke atas virus denggi, yang sangat kecil hingga mata kita pun tak mampu nak lihat.

Screenshot 2019-06-16 at 11.04.28 PM

Apa upaya kita nak membina sel-sel pletlet agar kembali bertambah. Tak mampu. Kita terlalu lemah. Lantas, hanya kepada Allah tempat kita bergantung.

Abi takkan lupakan saat getir pletlet mama yang turun dari 45 kepada 19 (Sabtu) dan turun lagi ke 14 (Ahad). Ditambah pula mama yang tidak selera makan dan mengalami jangkitan hempedu serta kembung. Hanya Allah tempat berserah. Tika pletlet mama naik ke 21, pletlet Muslih pula turun dari 84, ke 54 dan ke 43.

Screenshot 2019-06-16 at 8.55.18 PM

Kita tak lupa sokongan dan doa keluarga kita. Famili Kedah tak putus-putus berziarah menghiburkan hati kita di dalam wad, sambil menyediakan sup ketam dan jus pucuk betik sebagai ikhtiar penyembuh. Keluarga mahabbah pula tak putus-putus bertanya khabar dan berdoa. Terima kasih semua.

tok

Alhamdulillah mama dan anak-anak bersemangat untuk sembuh. Minum banyak air, walau pun sulit untuk ke tandas. Terpaksa panggil nurse untuk buka salur drip dan pasang kembali. Mama, abang dan adik diminta untuk catat semua yang dimakan, diminum, kencing dan berak. Adik semangatt untuk cipta rekod sukat air kencing hingga 450cc. Hehehe.

Pendekatan doktor yang merawat juga alhamdulillah cukup baik. Dato’ Chan memang pandai memberikan keyakinan dan menenangkan kita di saat yang getir dan genting. Jasanya dan juga jasa Dr Guna yang rawat adik kita tak lupakan. Mereka orang baik-baik. Moga Allah berikan hidayah kepada mereka dengan Islam supaya dapat menikmati syurga Allah.

dr chan

Akhirnya hari kelima dalam wad (Selasa), kita boleh pulang. Petang itu terus ke rumah tok dan tokwan untuk ambil beg. Kemudian bertolak pulang. Sedih juga tak sempat luang masa lama dengan tok dan tokwan. Tapi memandangkan tok dan tokwan dijadualkan datang KL beberapa hari kemudian, maka tak ras terkilan sangat.

balikKL

Pengalaman keluarga kita diuji dengan denggi ini sebenarnya amat berharga buat kita. Pertamanya ia menunjukkan betapa besarnya nikmat kehidupan, dan nikmat kesihatan. Kita kadang-kadang cuai untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta persekitaran. Kedua, pergantungan kepada Allah adalah sumber kekuatan buat kita. Ketiga, kesabaran dalam menghadapi kesakitan amat penting untuk kesembuhan. Keempat, ikatan kasih sayang keluarga kita sangat mahal harganya. Jagalah sebaik mungkin. Kelima, semangat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu (seperti kesembuhan) sangat penting. Sokongan luaran amat membantu semangat ini.

Kita sama-sama doakan moga Allah memberikan kita keberkatan, rahmat dan kesihatan sebaik-baiknya.

Posted by: Fathi Yusof | Mac 30, 2019

Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat 2019

Kali ini kami berpeluang berkunjung ke Sumatera Barat, melawat bandar Bukittinggi, Istana Pagar Ruyung di Tanah Datar, Danau Maninjau, Danau Singkarak serta kota Padang. Seperti biasa, cuti sekolah je, kami terus cari peluang berjalan. Jadi selepas habis Family Day Mahabbah di Pantai Balo, pada hari Isnin 25hb Mac 2019, kami terbang ke Padang. Balik Khamis 28hb.

Sampai di Airport, kami disambut Pak Angga, supir dari Syarikay Kayu Gadang. Servisnya bagus. Pak Angga berumur 42 tahun, memandu dengan cekap dan cermat.

Bila sampai, kami di bawa ke Rumah Makan Lamun Ombak sebagai pembuka tirai menikmati masakan Padang. Memang enak. Waktu ni kami mencuba menu teh telur.

 

Selepas solat di sebuah masjid berhampiran, kami singgah ke Taman Tirta Alami Anailand, satu tempat rekreasi indah yang dibina di kawasan jeram menggunakan batu-batu sungai.

 

Selepas tu kami singgah pula ke kedai sate Padang. Amboi, kuatnya makan… Tapi sate ni tak sama dengan di Malaysia. Pertamanya, tanpa diminta untuk memilih kami dihidangkan dengan sate organ campur perut campur daging. Kuahnya kuah sate Padang, tak ada kuah kacang. Anyway sedap dan lezattt.

 

Kemudian kami check-in di Novotel Hotel di Bukittinggi. Cantik hotel ni. Semua dalam satu bilik. Baru jimat.

Ni malam gambar pertama masa menginap di Bukittinggi. Gambar Jam Gadang ni satu kemestian. Jam ini dibina sejak zaman Belanda, tapi dibaiki dan diuabahsuai dengan bentuk bumbung minang kemudiannya.

 

Hari esoknya (Selasa) kami ke Danau Maninjau. Memang cantik memukau. Tempat lawatan ialah Rumah Kelahiran Buya Hamka.

 

Sebelah saya itu Pak Akhyar, sepupu Buya Hamka. Panjang dia bercerita tentang sejarah dan keluarga tokoh hebat itu.

Selepas itu kami ke Puncak Lawang. Tempat rehat-rehat.

 

 

 

Posted by: Fathi Yusof | Januari 31, 2015

Memukul Anak Untuk Mendidik: Apakah Syarat-syaratnya?

Seperti yang telah dibincangkan dalam penulisan lepas, ibu bapa tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk memukul anak-anak mereka. Mereka terikat dengan ketetapan Allah, Tuhan yang menjadikan anak itu, dan juga yang menjadikan ibu bapa. Maka memukul anak-anak hanya boleh dilakukan dengan syarat-syarat yang ditentukan agama. Bagi memudahkan perbincangan di sini saya perincikan syarat-syaratnya yang dirumus berdasarkan panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, termasuk juga diambil dari pandangan para ilmuan Islam:

  1. Anak berumur sepuluh tahun ke atas.

Anak yang belum berumur sepuluh tahun, tidak wajar dirotan atau disebat.

1364554950276431695

Namun hukuman yang lebih ringan seperti dengan memulas teliga, cubitan kecil, dan seumpamanya boleh dilakukan mengikut tahap pemikiran anak itu. Tahap umur ini berdasarkan hadith Nabi seperti yang dinyatakan dalam penulisan lepas. Rasulullah SAW hanya membenarkan pukulan bila anak berumur sepuluh tahun dalam kesalahan mengabaikan solat. Kesalahan ini amat besar dalam Islam, maka amat tidak wajar ibu bapa memukul atas kesalahan lain yang lebih kecil.

  1. Kesalahan yang dilakukanl biarlah setimpal dengan hukuman.

Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Januari 31, 2015

Bilakah anak layak dirotan?

Sebagai ibu dan bapa yang baik, anda perlu berfikir dengan mendalam tentang dua persoalan ini sebelum anda pernah merotan atau memukul anak anda: Bilakah anak anda layak dirotan? Atau, bilakah anda sendiri layak merotan anak? Anda juga patut berfikir tentang persoalan: Setakat mana anda berhak mendidik anak dengan rotan? Adakah rotan berkesan untuk mengubah akhlak dan amalan anak anda?

nasihat-300x209

Istilah ‘merotan’ yang kami gunakan di sini bukan merujuk kepada hukuman menggunakan rotan sahaja, tetapi sebarang bentuk hukuman yang berbentuk pukulan sama ada menggunakan rotan, tali pinggang, penyangkut baju, kayu atau sebagainya. Ia juga termasuk tindakan memukul anak dengan tangan.

Memukul manusia adalah satu bentuk kekerasan. Pada asalnya, tiada manusia yang berhak menyakiti orang lain, walau pun anaknya sendiri. Rasulullah SAW sendiri melarang umatnya menyakiti antara satu sama lain. Apa lagi jika yang disakiti itu insan yang kecil dan lemah. Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Januari 31, 2015

Perlukan menghukum anak-anak?

Terdapat segelintir ibubapa yang melihat bahawa tindakan menghukum anak-anak, samada melalui pukulan atau selainnya adalah satu kaedah lapuk yang tidak lagi sesuai zaman ini. Mereka berpandangan bahawa anak-anak cukup menerima didikan melalui pengajaran yang diberikan dan melalui pengalaman yang mereka lalui sendiri. Menurut mereka, anak-anak perlu didorong, bukannya dipaksa. Bagi mereka, menghukum anak-anak akan merencatkan perkembangan emosi mereka, dan menjadikan mereka pendendam, rendah diri, dan takut untuk meneroka perkara baru.

th (2)

Adakah anda setuju dengan pandangan seperti ini? Adakah ibu bapa tidak perlu menghukum anak-anak yag melakukan kesalahan. Adakah cukup jika anak-anak hanya diajar dan diberitahu serta dilarang, tanpa perlu dihukum dengan pukulan? Adakah ibu bapa tidak berhak untuk memukul atau merotan anak-anak?

Islam vs. Barat

Memang menurut kebayakan pakar psikologi barat, menghukum secara fizikal mesti dielakkan bagi mengelakkan kesan sampingan. Mereka berpendapat bahawa hukuman fizikal akan menyebabkan anak itu menjadi agresif dan suka berlaku kasar dengan orang lain. Selain itu, mereka mendakwa ia juga sukar dikawal dan boleh mendatangkan kecederaan kepada anak-anak.

Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | Januari 31, 2015

Berkahwin dengan bekas adik ipar

SOALAN:

Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan bekas adik iparnya, iaitu adik bekas isterinya yang telah meninggal dunia?

 

JAWAPAN:

Boleh.

Seseorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan adik iparnya iaitu adik atau kakak kepada isterinya. Tetapi jika isterinya meninggal dunia atau telah bercerai dengannya, maka dia boleh berkahwin dengan bekas adik iparnya itu.

Menurut hukum fikah terdapat dua jenis mahram iaitu: mahram sementara dan mahram yang berkekalan. Pengharaman berkahwin dengan ipar termasuk kategori mahram sementara. Ia berlaku dengan sebab wujudnya hubungan perkahwinan. Pengharaman bermula selepas akad dan ia berakhir selepas habis ikatan perkahwinan.

Pengharaman ini berlaku kerana seseorang lelaki tidak boleh mengumpulkan dua wanita bersaudara dalam perkahwinannya. Ia termasuk dalam senarai wanita yang haram dikahwini dalam ayat 23 Surah Al-Nisa’. Allah berfirman:

…وَأَن تَجۡمَعُواْ بَيۡنَ ٱلۡأُخۡتَيۡنِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٣

  1. … dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hukum ini bukan sahaja melibatkan adik beradik isteri, bahkan juga ibu saudaranya sama ada sebelah ibunya atau bapanya. Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Tidak boleh dikumpulkan antara seorang wanita dengan ibu saudaranya (sebelah bapa) dan tidak juga antara seorang wanita dengan ibu saudaranya (sebelah ibu).” (Riwayat Al-Bukhari)

Dalam hal ini pada ulama’ menetapkan kaedah bahawa ‘seorang lelaki diharamkan berkahwin dengan kerabat isterinya yang mana jika dia berada di tempat isterinya dia haram berkahwin dengan kerabat itu’. Seorang lelaki itu haram berkahwin dengan adik-beradik, ibu saudara dan anak saudara. Maka seseorang lelaki yang beristeri tidak boleh berkahwin dengan adik-beradik isterinya, ibu-ibu saudara isterinya dan anak-anak saudara isterinya.

Walau bagaimana pun, oleh kerana pengharaman ini hanya sementara, maka bila lelaki itu berpisah dengan isterinya sama ada kerana kematian atau perceraian, hukumnya berubah menjadi halal. Wallahu’alam.

SOALAN:

Adakah perkahwinan ini boleh mendatangkan masalah dari sudut budaya dan agama?

 

JAWAPAN:

Dari sudut agama, ia tidak mendatangkan masalah kerana keharusannya adalah jelas. Para ulama ada membahaskan tentang hikmah pengharaman mengumpulkan dua adik beradik. Antara hikmahnya untuk mengelakkan berlaku konflik sesama saudara akibat perasaan dengki dan dendam yang amat mudah timbul di kalangan wanita yang bermadu. Hal ini bersandarkan kepada kata-kata Nabi SallaLlahu ‘alaihi wasallam selepas baginda melarang seorang wanita dikumpulkan bersama-sama dengan ibu saudaranya: “Jika mereka (kaum wanita) itu melakukan demikian, mereka telah memutuskan hubungan silaturrahim.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Terdapat juga hadis riwayat Abu Daud (hadis mursal) daripada Isa bin Talhah yang menyebut bahawa Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wasallam melarang seorang wanita dinikahi atas pernikahan kerabatnya bagi mengelakkan pemutusan hubungan persaudaraan.

Jika dirujuk kepada hikmah pengharaman ini, dapat difahami bahawa masalah yang dirisaukan daripada bermadu dengan adik beradik adalah soal terputusnya ikatan persaudaraan. Masalah yang dirisaukan itu hilang bila ikatan perkahwinan yang pertama sudah tiada lagi. Oleh itu andaian bahawa perkahwinan demikian tidak baik dan mendatangkan masalah perlu diketepikan.

Setiap apa yang diharamkan ada keburukan dan mudaratnya. Sebahagian keburukan itu dapat difahami oleh manusia dan dinyatakan sebagai hikmah pengharaman. Tetapi hakikat sebenar hikmah pengharamannya mungkin tidak mampu difahami oleh manusia. Demikian juga soal keharusan sesuatu perkara. Apabila Allah mengharuskan sesuatu, maka kita perlu yakin bahawa keburukan yang timbul akibat pengharamannya sudah tiada lagi. Oleh itu tidak wajar untuk kita menandai-mandai mencipta hukum dalam bentuk ‘pantang-larang’ atau sebagainya yang tidak mempunyai asas yang zahir.

Bahkan dari sudut hubungan antara seorang lelaki dengan mertuanya, perkahwinan dengan bekas adik ipar begini dapat mengekalkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain. Bahkan ia juga mungkin mendatangkan kebaikan kepada anak-anak. Namun begitu, tidak salah bagi mana-mana pihak untuk mempertimbangkan soal ini berdasarkan masalah-masalah yang zahir seperti krisis rumah tangga yang pernah wujud atau sebagainya.

Wallahu’alam.

SOALAN:

Bagaimana pula jika adik perempuan itu pernah menyusukan anak kepada lelaki itu, iaitu anak saudaranya. Adakah lelaki itu boleh berkahwin dengannya yang juga menjadi ‘ibu susuan kepada anaknya’?

 

JAWAPAN:

Boleh. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ibu susuan anaknya. Oleh itu, jika kebetulan ibu susan itu adalah bekas adik iparnya, maka dia juga boleh berkahwin dengannya.

Pengharaman dengan sebab penyusuan melibatkan wanita-wanita berikut:

  1. Ibu susuan dan ke atas.
  2. Saudara perempuan susuan, iaitu anak kepada ibu susuan, atau anak susuan lain kepada ibu susuan.
  3. Anak perempuan kepada saudara sesusuan.
  4. Ibu saudara susuan, iaitu wanita yang menyusu bersama-sama dengan bapa atau ibu seseorang lelaki.
  5. Anak perempuan kerana sesusuan, iaitu wanita yang menyusu dari isteri kepada seorang lelaki, maka lelaki itu menjadi bapa kerana susuan.
  6. Ibu susuan isteri.
  7. Anak perempuan susuan.
  8. Isteri kepada bapa susuan.
  9. Isteri kepada anak lelaki susuan.

Hukum pengharaman susuan tertumpu kepada hubungan antara ibu susuan dan anak susuan itu. Ahli keluarga lain tidak terikat dengan hukum itu. Contohnya Harun adalah anak susuan Siti. Harun tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan Siti kerana mereka adalah adik beradik susuan. Tetapi adik-beradik Harun yang lain, yang tidak pernah menyusu dengan Siti, boleh berkahwin dengan anak-anak Siti.

Kaedah yang sama terpakai dalam permasalahan di atas. Wallahu’alam.

Posted by: Fathi Yusof | Oktober 25, 2014

Berkongsi Kasih Kerana Poligami

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya ni wanita yang dah berusia 40 tahun. Anak-anak saya dah besar panjang, ada yang sudah masuk universiti. Masalahnya ustaz, suami saya ni tiba-tiba beritahu saya yang dia hendak kahwin lagi. Saya rasa macam dunia ni nak kiamat. Saya tak rela hendak dimadukan dan saya tak rela hendak berkongsi kasih. Saya tahu poligami itu harus dalam Islam. Apa yang terbaik perlu saya lakukan ustaz?

Faridah,

Ampang, Selangor.

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wrh wth, Puan Faridah. Pertamanya saya mengucapkan syabas kepada puan kerana mengemukakan apa yang buku dihati ini melalui ruangan ilmiah dan berasaskan pedoman agama. Tindakan ini amat bertepatan bagi mengelakkan kita terbawa-bawa dengan perasaan sedih dan marah sehingga bertindak diluar kewarasan dan pertimbangan adil.

Bila ditanya kepada mana-mana isteri, kebanyakan mereka biasanya akan menyatakan berat untuk membenarkan suami mereka berkahwin lain. Masing-masing tidak sanggup berkongsi kasih, atau melihat suaminya sendiri berada disamping wanita lain. Perasaan cemburu sebegini adalah normal dan semulajadi. Bahkan Baca Lagi…

Posted by: Fathi Yusof | September 25, 2014

Edah Kematian Suami

Sepupu perempuan saya baru kematian suaminya. Bolehkah ustaz nyatakan edah baginya. Adakah ada pantang larang ke atasnya?

Yanti

Klang

Jawapan:

Edah kematian adalah empat bulan sepuluh hari . Namun jika dia hamil, edahnya ialah sehingga dia melahirkan anak.

Bagi isteri yang kematian suami dia wajib berkabung iaitu dengan meninggalkan pemakaian wangi-wangian, bersolek, atau memakai barang perhiasan. Selain itu dia tidak boleh keluar rumahnya melainkan kerana keperluan, seperti bekerja, mendapatkan barang keperluan dan lain-lain. Dalil berkabung dalam tempoh eddah adalah hadith riwayat Al-Bukhari (938) yang bermaksud:

“Wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak dihalalkan berkabung (meninggalkan perhiasan dan wangian) disebabkan kematian seseorang melebihi tiga malam kecuali kerana kematian suaminya, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.”

Wallahu ‘alam.

Older Posts »

Kategori