Posted by: Fathi Yusof | September 27, 2007

Aqiqah anak anda: untuk dekatkan kepada Allah

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Ibadat yang jelas dinyatakan dalam dalil-dalil syarie. Maka, setiap ibu dan bapa perlu menghayatinya sesuai dengan kedudukannya sebagai ibadat. Darah binatang yang ditumpahkan bukan semata-mata untuk dijadikan santapan tetapi, namun yang lebih penting adalah sebagai tebusan kepada Allah SWT. Yang utama bukannya kelazatan daging kambing atau lembu yang disembelih, tetapi nilai taqarrub si bayi kepada Allah hasil aqiqah itu. Kehebatan aqiqah bukannya pada keenakan hidangan jamuan, namun terletak pada keiklasan si bapa dan ibu yang mengelolakannya.

Aqiqah, dari segi bahasa maknanya ‘putus’. Menurut Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, aqiqah adalah ‘menyembelih kambing untuk anak yang baru lahir pada hari ketujuh dari hari kelahirannya’.

Ada ulama’ seperti Hasan al Basri, Al-Laith bin Saad menganggap aqiqah itu wajib. Namun begitu, jumhur ulama termasuk Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad berpendirian bahawa hukum aqiqah adalah sunat yang mustahab, iaitu sunat yang amat dituntut. Hukum ini berasaskan dalil-dalil yang nyata serta hikmahnya yang amat besar.

Apakah hikmah aqiqah?

Walau pun aqiqah kelihatan seperti ibadah berbentuk kemasyarakatan, namun ia terselit hikmah yang sangat bermakna meliputi soal ketuhanan, pendidikan, kekeluargaan dan keadilan. Secara ringkasnya aqiqah mempunyai hikmah seperti berikut:Mendekatkan diri si anak dengan Allah SWT iaitu dengan menumpahkan darah demi kerana cinta kepadaNya di saat-saat pertama kelahirannya.

  • Sebagai tebusan si anak dari bebanan dan bahaya sebagai mana tebusan NAbi ISmail a.s. dan tebusan Abdullah, bapa Nabi SAW.
  • Melepaskan belenggu anak untuk mensyafaatkan kedua ibu bapanya.
  • Menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemunculan anak penyejuk mata, yang juga menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW
  • Mengukuh dan mengeratkan tali ukhuwah dan silaturrahim antara anggota keluarga dan jiran tetangga dengan adanya majlis jamuan.
  • Sebagai simbol ingatan kepada prinsip tolong menolong dalam anggota masyarakat dengan melibatkan semua anggota tetangga dan keluarga tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Apakah dalil-dalil aqiqah?

Al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya, sabda Rasulullah SAW, maksudnya: ‘Bersama anak itu, aqiqah. Maka alirkanlah darah untuknya dan hindarkanlah bahaya daripadanya.’

Ashabus Sunan meriwayatkan daripada Samurah katanya: Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: ‘Setiap anak bergantung kepada aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberikan nama, dan dicukurkan kepala.’

Yahya bin Said menyebut daripada Amrah, daripada Aisyah r.a.: Sesungguhnya RAsulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk Al-Hasan dan Al-Husain pada hari ketujuh’.

Bila aqiqah patut dilaksanakan?

Berdasarkan apa yang disuruh bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW, aqiqah amat digalakkan dibuat pada hari ketujuh kelahiran. Walau bagaimana pun, aqiqah adalah sah dilakukan pada bila-bila masa selepas kelahiran anak, sebaik-baiknya tidak terlalu dilewat-lewatkan.

Apabila ditanya, Aisyah r.a berkata: Aqiqah itu dilakukan pada hari ketujuh, dan keempat belas, dan dua puluh satu’

Imam Malik berkata: ‘Adalah jelas bahawa ketetapan aqiqah pada hari ketujuh hanyalah galakan sahaja. Jika tidak boleh lakukan pada hari itu, dan dilakukan pada hari keempat, kelapan, atau kesepuluh atau sesudahnya pun sah juga aqiqah itu.’

Tegasnya, dalam soal masa ini Allah memberikan kelonggaran kepada umat Islam dengan membolehkan aqqiqah dilaksanakan bila-bila masa kelepas kelahiran. Kaedah ini bertepatan dengan hikmah syariat Islam yang sentiasa memudahkan penganutnya, bukan menyusahkan.

Adakah aqiqah lelaki sama dengan perempuan?

Tiada pertikaian bahawa, aqiqah itu adalah sunat untuk anak lelaki dan perempuan. Walau bagaimana pun timbul persoalan dari segi jumlah kambing yang disembelih untuk aqiqah itu anak lelaki dan perempuan.

Kebanyakan sahabat dan ulama’ cenderung mengatakan bahawa aqiqah untuk anak lelaki adalah dua ekor, berbeza dengan wanita yang hanya seekor. Pegangan ini berasaskan kepada beberapa hadith termasuklah satu sabda Rasulullah SAW yang menjawab pertanyaan Ummi Karz Al-Ka’biyah dengan katanya, bermaksud: ‘Untuk lelaki dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.’

Namun begitu, Imam Malik berpendapat bahawa aqiqah untuk anak lelaki adalah hanya seekor, seperti anak perempuan. Beliau bersandarkan kepada beberapa hadis lain seperti hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW melakukan aqiqah untuk Al-Hasan dan Al-Husin dengan seekor kibasy.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan berpendapat kedua-dua pendapat ini diguna pakai dengan mengandaikan bahawa aqiqah dengan dua ekor kambing sesuai bagi golongan yang lebih berada dan sebaliknya bagi mereka yang sederhana memadailah dengan aqiqah dengan seekor kambing bagi seorang anak lelaki.

Di sini mungkin timbul pertikaian, kenapa wujud perbezaan antara lelaki dan wanita? Kenapa aqiqah lelaki dilebihkan dengan dua ekor kambing sedangkan wanita sekadar seekor sahaja? Penulis menjelaskan bahawa, segala apa yang ditentukan oleh Allah pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kadang-kadang tidak mampu digarap oleh minda manusia yang terbatas. Maka para mukmin perlu menerimanya dengan pasrah. Dari segi logiknya, kelebihan yang dikenakan bagi anak lelaki ini bagi menunjukkan lebihnya kuasa dan tanggungjawab mereka berbanding wanita. Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah An Nisa’ (34) yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu lebih berkuasa daripada kaum wanita dengan apa yang dilebihkan Tuhan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan dengan apa yang dibelanjakan mereka dari harta benda mereka”

Bersambung…

Bolehkah mematahkan tulang binatang aqiqah?
Berapakah umur binatang aqiqah?
Kepada siapa perlu disedekahkan?


Respon

  1. apa khabar ust? Raya ni balik terengganu ke? Ana kelik klate. Maklumlah tahun pertama di sarawak, kena kelik raya tempay kita dulu. Maaf baru link blog ust di blo ana-wan yusof

  2. ASSALAMMULAIKUM..SAYA KHAIRUDDIN, DARI SABAH..SAYA INGIN BERTANYA,ISTERI SAYA NAK BERSALIN,ANAK SAYA LELAKI..KALAU ANAK LELAKI..MESTI DIAZANKAN..TAPI SAYA TAK TAU,NAK AZANKAN TELINGA SEBELAH MAN..ASAKAH TELINGA KANA ATAU TELINGA KIRI..

  3. Waalaukum salam, Khairudin, moga isteri selamat melahirkan anak. Bila dah lahir, cepat-cepat azankan ke telinga kanan dan iqamah ke telinga kiri.
    Artikel tentangnya ada disiarkan… sila klik pada Kategori Fikah Mudah.

  4. Assalammualaikum

    Saya nora. Saya ada kemuskilan mengenai bahagian lembu untuk diakikahkan.
    Soalan saya : Kalau anak perempuan 1 ekor kambing dan anak lelaki 2 ekor kambing. Kalau lembu pulak ada 7 bahagian. Untuk anak lelaki berapa bahagian dah berapa bahagian untuk anak perempuan.

    Terima Kasih

  5. Waalaikum salam,

    Nora, puan boleh rujuk artikel kedua berkaitan aqiqah untuk mendapatkan jawapan.

  6. […] artikel lepas, kami dah jelaskan beberapa maklumat asas tentang aqiqah. Di sini, kami menyambung perbincangan […]

    • …..salam
      macamna saya nak dapatkan sambungn artikel tentang aqiqah? to;ong…terima kasih…

  7. […] Aqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada Allah […]

  8. ASSALAMUALAIKUM,
    SAYA INGIN BERTANYA, SEKIRANYA KITA TIDAK DAPAT MENGAKIKAHKAN ANAK KETIKA MASIH BAYI, APA BOLEHKAH KITA MENGAKIKAHKAN ANAK YANG SUDAH BESAR (BELUM AKIL BALIGH)?

  9. Waalaikum salam whm wbt,
    Ida, yang baiknya aqiqah pada hari ke tujuh. Jika berhalangan hari ke 14 atau 21. Masa lain pun boleh, tapi sebaik-baiknya semasa anak kecil. Jika dah terlepas, boleh la juga buat walau pun anak dah besar. Mudah2an dapat pahala sunnah.

  10. apa hukumnya melakukan persetubuhan bersama suami ketika hamil? Adakah akan effect pada kandungan? Apa nasihat yang terbaik….

  11. assalammualaikum ustaz,saya rase gemuruh,berdebar-debar untuk menyambut kelahiran anak sulung saya insyALLAH pd mac ini…..ape yang perlu saya lakukan.wasalam..

  12. salam
    ust,sy ingin bertanya.berapakah umur kambing yang sebaik2nya utk dijadikan aqiqah?

  13. bgs perbincangan ini,saya punya kemusykilan.apa yg saya faham dari sini,aqiqah hendaklah berupa kambing,persoalannya di sini,ramai yg menggunakan lembu sbg ganti kambing,sah kah aqiqah ini?tambahn lg ada yg mengambil bhgian dari lembu korban utk d jadikan aqiqah,sahkah aqiqah itu.perkara ini amat2 memuykilkan saya,kerna raya korban nnti saya ingin meaqiqahkah anak ppuan saya yg sudah 9tahun.hrp ada yg mmberi pndngan jelas buat pnduan saya.

    • sebaik2nya seekor kambing atau seekor lembu. Ada pendapat yang membolehkan satu bahagian lembu seperti korban. Pendapat ini tidak kuat tetapi popular dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia.

  14. blh ustaz tlg bg dalil yg mmbolehkan sbagian lembu korban d jadikan aqiqah,saya perlu pnjelasan ini kerna sudah mnjadi amalan umat islam d mlaysia,persoalannya adakah amalan ini d trima Allah dan sah?atau cuma skadar memenuhi adat.saya perlukan dalil yg jelas dlm hal ini krn saya blm jumpa lg dalil yg mengatakn sah.

  15. aslmkum…
    sy ingin bertanyer pd ustaz..
    apakah hukum..sekiranya mengaqiqahkan,
    pd ank2 yg meninggal sewaktu masih kecil lg?
    adakah hukumnya wajib,sunat dan harus?

  16. Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanya kepada ustaz satu soalan iaitu bulan apakah yg baik untuk melakukan aqiqah selain hari raya qurban?

    • Wsalam, Waktu afdhal aqiqah berdasarkan kiraan dari hari kelahirannya. Tidak dikhususkan pada bulan2 atau hari2 tertentu.

  17. […] (Bagaimana anda menyambut kelahiran anak anda? Bagaimana anda disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?) Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan Hebahkan Galakan Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Azan dan Iqamah ke Telinga Bayi Sambut Kelahiran Dengan Tahnik Aqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada Allah […]

  18. Bolehkah ibu (perempuan) azankan bayi perempuanny di telinga kanannya?

  19. saya masih2 ragu2…ada pelbagai pendapat utk aqiqah anak laki2…ada kata lbh baik 2ekor kambing dr seekor…mcmana ye ???

  20. 0125043369

  21. jika benazar..adakah sah nazar,dgn mengakikahkan 2 orang anak lelaki,dgn masing2 seekor kambing bg setiap ank,sy pernah benazar,sekiranye ank yg d lahirkan sihat,dan dpt bayi lelaki,sy ingin bt kenduri akikah,adakah sah nazar,sekiranye ank lelaki dgn seekor kambing,

  22. […] Ucapan Tahniah Atas KelahiranAzan dan Iqamah ke Telinga BayiSambut Kelahiran Dengan TahnikAqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada Allah Share this:FacebookTwitterLike this:LikeBe the first to like this post.  March 12, 2012 […]

  23. Salam, sy nk tnya, knpa kambing lebih afdal utk akikah???

  24. What’s up i am kavin, its my first time to commenting anywhere, when i read this paragraph i thought i could also create comment due to this good article.

  25. I love what you guys tend to be up too. This
    kind of clever work and exposure! Keep up the good works guys I’ve you guys to blogroll.

  26. I was recommended this website by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as
    no one else know such detailed about my trouble.
    You are amazing! Thanks!


Komen Anda

Kategori