Posted by: Mama Farhah | Julai 20, 2007

“Mak saya ingat saya sedang belajar kat kampus…”

Oleh: Mama Farhah

Pengalaman berceramah di sebuah ‘tempat perlindungan wanita’ membuat saya termenung seketika. Termenung soal nasib anak-anak hari esok. Pusat Perlindungan Wanita ini terletak di ibukota. Peranannya antara lain, untuk mendidik wanita-wanita yang telah ‘terlanjur’, juga untuk menyelamatkan bayi yang bakal lahir.

Bukan susah untuk faham. ‘Terlanjur’ disini ertinya mengadakan hubungan seks luar perkahwinan dan kemudiannya mengandung. Di Malaysia hari ini, hal seperti ini tidak sedikit. Tanyalah rakan-rakan kita di hospital. Berapa ramai ibu-ibu muda tak bersuami yang melahirkan anak. Belum dikira lagi yang menggugurkan anak tak berdosa itu.

Tak kurang pula yang mengambil ubat perancang atau menggunakan alat-alat lain untuk mengelakkan dari mengandung walaupun mengadakan hubungan luar nikah. Hari ini seks sebelum perkahwinan makin menjadi-jadi.

Di pusat perlindungan (yang tak perlu dinamakan) itu, saya lihat ramai ibu-ibu muda yang perutnya ‘boyot-boyot’. Muda dan remaja, tapi sudah mengandung. Ceramah yang sepatutnya berlangsung satu jam mengheret hampir dua jam. Banyak soalan yang ditanya. Habis ceramah, mereka datang lagi mengerumuni. Macam-macam yang ditanya. Jiwa dan ruhani mereka dahagakan pengisian.

“Ustazah, saya dah lima bulan kat sini. Sebenarnya, saya sedang belajat kat U***, tapi terpaksalah cuti, nak selesaikan yang ini” kata seorang penghuni sambil.

“Ya. Lepas ni kenalah sambung balik belajar, jangan cicir pula” gesa saya.

“Insyaallah. Sebenarnya mak saya tak tahu pun saya kat sini. Tak tahu pun saya mengandung. Mak ingat saya sedang belajar kat kampus…” jelasnya.

“Oh begitu. Yang penting kamu bertaubat dengan kesalahan yang lalu dan buka buku baru.” saya menasihatinya.

Malam tu, saya rasa agak penat, namun kerana mengingati tanggungjawab dakwah, saya melayan juga kerenah remaja yang bakal bergelar ibu itu. Sememangnya ruang dakwah terlalu luas bagi para pencinta Islam. Memang tak adil untuk kita menggoyang kaki melihat seribu satu kebobrokan di kalangan umat ini. Tapi kadang-kadang saya keliru dengan apa yang berlaku. Kenapa begitu banyak gadis-gadis menjadi mangsa – atau memangsakan diri – sebegini.

Saya lebih keliru bila salah seorang penghuni berbicara pada saya. Selepas saya bertanya khabar dan diberitahu umur dan tempat asalnya, dia berkata:

“Ustazah, yang ini… (sambil menunjukkan perutnya yang bunting) yang ini… sebenarnya tak sengaja…” katanya.

Memang keliru. Betul kah ada ‘benda-benda’ seperti ini yang berlaku dengan tak sengaja….


Respon

  1. Dunia semakin sampai…….. Bertaubatlah segera…….

    Kekurangan ilmu adalah salah satu punca kejadian seperti ini… mmmm

    Saya rasa apa yg perlu dilakukan hanyalah kembali ke undang2 asal ….
    Undang-undang ISLAM…….

    • terlalu ikutkan nafsu,begitu la jadinyer…
      kte ptt kawal nfsu…
      tp mmg skrg nie maksiat merata2…
      xdpt dibendung..

    • insyaallah…taubat la mereka kan……

    • btol ape yang u katakan tu syawal i arap sangat2 manusia zaman skarang jangan labercinta sampai TERLANJUR…….i pun bercinta jugak tapi tak adalah sampai sanggup mengadai diri…adalah jugak balak i minta buat sex tapi i tak bagi coz i ada maruah dan harga diri!!!!!!!!!balak i faham keadaan i…i happy dapat kapel nga die da 3tahun i kapel nga die…..alhamdulillah sejak i kapel nga die i tak pernah gaduh nga die coz kami saling memahami antara satu sama lain…..i arap orang2 ang dah TERLANJUR 2 insaf dan bertaubat la masih ada jalan dan peluang untuk anda taubat….tuan 2 maha pengampun kita hanya berserah padanya…….!!!!!!!

  2. Assalamualaikum,
    Baru pertama kali menjengah ke blog ini. Baru perasan sebenarnya. Apa-apa pun teruskan usaha murni kakak dan abang.
    Wassalam.

  3. Shawal,
    Benar, faktor kekurangan ilmu dan penghayatannya amat ketara dalam generasi muda hari ini. Gejala hiburan yang melampau merosakkan hati budi mereka. Pelaksanaan Syariat secara menyeluruh adalah antara penyelesaian yang terbaik. Saya setuju bangat.

  4. ummuaufa,
    Terima kasih atas sokongan. Sedikit sebanayk menambahkan lagi semangat kami untuk terus mengetuk keyboard ni. Jazakillah.

  5. […] Lagi kisah tentang gadis-gadis terlanjur […]

  6. memang banyak kisah-kisah seperti ini berlaku di kalangan remaja pada masa kini…walau bagaimanapun kita sebagai masyarakat haruslah memberi mereka dorongan padu agar mereka berubah…Dan jangan sekali-kali menyalahkan mereka seratus peratus kerana segelintir yang terjadi kepada mereka bukan kehendak mereka sendiri……….

  7. ini disebabkan faktor kepimpinan negara yang tidak telus dan menerapkan byk elemen yg tidak sihat kepada gol.muda belia. Institusi kekeluargaan yang tidak stabil turut mnyumbang..fikir2kanlh!!..islam hadhari yang tidak ada signikan langsung dengan nilai hidup masyarakat malaysia..

  8. Kaiyisha,
    Betul tu. Antara faktornya ialah kepimpinan. Mereka menjadi model-secara sedar atau tidak. Bayangkan jika PM kita orang seperti Tok Guru Nik Aziz, tentu anak mudanya akan berbeza.

  9. […] Lagi kisah tentang gadis-gadis terlanjur […]

  10. assalamualaikum..sememangnya zaman sekarang ramai anak-anak muda semakin goyah sahsiah mereka. saya yang masih belajar di tahun akhir dalam jurusan kerja sosial di usm, banyak melihat keadaan ini. sebenarnya banyak faktor yang menjadi punca masalah ini berlaku. tidak semestinya kekurangan ilmu menjadi penyebab kerana ramai remaja terlanjur datangnya dari golongan terpelajar. selain itu, faktor keluarga yang tidak ambil endah, bermasalah, di sekolah juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan juga penyebab keadaan ini berlaku. siapa yang harus di persalahkan itu satu perkara yang rumit kerana zaman sekarang sudah global. anak muda pun semakin sukar untuk di bentuk. jika di rumah di tekankan nilai agama dan disiplin tidak mustahil di luar mereka liar. semuanya bergantung kepada pemikiran dan sensitiviti semua pihak untuk menhakis masalah ini daripada terus berleluasa.
    terima kasih..sekadar pendapat…

  11. zaman ni nabi bilang “fasadi Umati” kerosakan umatku jangan kan zina atau lain2 maksiat , yang lebih besar dari itu sudah tertimpa pada umat ini, iaitu umat ini abaikan tugas dakwah yang merupakan asbab kemuliaan umat ini. meninggalkan solat sebenarnya lebih besar dari zina & dekat kepada shirik!

  12. boleh emailkan alamat pusat jagaan tu..tolong… pete310@gmail.com

  13. askum,,zaman skunk mmg ramai yg tlanjur.sy sndiri pernah trlanjur..tapi yg paling sy hairan slpas bbrapa kali trlanjur..bdk prempuan tue dgn selamber je mintak putus…emailkan alamat pusat jagaan remaja terkini

    Abi Muslih: Shah, taubat segera. Anda layak disebat 100 kali. Usah berbangga dengan dosa.

  14. syah,ko x pkir ke ape rasionalnyer die mntak putus???sbab die da x nak wat dosa yg same lg ngan ko..Pompuan pun 1 hal..kalu skali ye la terlanjur..tp kalu da 2 3 kali tu bukan terlanjur tp sengaja dilanjurkan..pkir la sendiri..

  15. salam…sangat bagus penulisan ini…ini dikatakan dakwah melalui teknologi…. remaja sekarang perlu tahu penting kenapa perlunya nak jaga maruah diri.. kalau kita tengok kenapa perlunya kisah macam ini, ,masyarakat mengatakan kisah ini sudah biasa didengari…tapi apa peranan kita…kita hanya persalahkan pihak yang terlibat, tapi mana rasa tanggungjawab kita…saya nak pembaca terutamanya pelajar IPT fikir, kenapa hidup kita dikongkong oleh anasir yang tidak tahu mana asal usulnya…kenpa kita tidak berfikir di luar kotak pemikiran…hanya mengikut apa yang ada…fikir2

  16. Salam mama farhah & abi muslih,
    bangga dengan anda berdua, berdakwah melalui teknologi.
    saya suka membaca catatan terkini bagaimana mendidik anak.
    Saya sebenarnya ingin tahu kaedah mendalam mendidik anak.
    Saya punya 2 orang putera berusia hampir 3 dan 1 tahun.
    Namun, watak keduanya sangat berbeza.
    Si abang sangat tegas dan suka menjerit2, si adik pula lembut dan kuat merajuk.

    Kata orang, budak kecil tidak pandai berbohong, tapi saya begitu rungsing kerana yang sulong terlalu petah bercakap hingga kepada perkara yang tidak benar. Contoh,dia mengadu pada abinya, tadi mama tumbuk adam, kenapa tak cakap elok2 dulu, kenapa nak marah2…sedangkan saya telah menasihatinya dengan cara terbaik dan perlahan (agar tidak memukul adiknya). Terkejut saya. Buat pengetahuan mama&abi, adam sudah boleh mengira one, two three hingga fifteen, sangat meminati backhoe/excavator (dia boleh ditinggalkan menonton youtube tractor berjam2. Dia klik cursor sendiri), dan sangat suka dengan sukan bermotor dan bola.Dia boleh menonton tanpa jemu sukan2 tersebut & anehnya dia tidak sukakan kartun kecuali wonderpet!. Dia langsung tidak boleh berkongsi barang dengan adiknya. Haknya tidak sekali2 diberi pada orang walau dengan ibu bapa sendiri. Tapi kekadang dia ada timbangrasa dan akan mengajar adiknya nama2 binatang dalam buku kanak2 tanpa disuruh. (Adiknya sangat sukakan buku sehingga celik mata saja akan mendapatkan buku kanak2)

    Saya tahu, dia masih kecil, tetapi watak tersebut bagaikan dari dalam dirinya. Saya mati akal untuk melarang dia dari membuli adik sehinggakan si adik langsung tidak mahu ditinggalkan dengan si abang sendirian.

    Tentang pelajaran agama, saya sudah mengajarnya membaca al-fatihah, tetapi dia tidak suka mengikut, kecuali menyambung. Contoh jika saya baca Alham…dia sambung dulillah…

    Begitu wataknya di rumah amat berbeza di luar. Bila abinya bawa ke surau, dialah budak yang paling baik di situ. Langsung tidak bergerak dan membuat bising walaupun begitulah sifatnya di rumah.

    Tolong nasihatkan saya bagaimana mendidik anak begitu. Kekadang saya rasa bagaikan ibu yang gagal.

  17. Assalamualaikum..

    Saya baru menjengah di sini, tiba-tiba tergerak hati untuk menulis buat puan wana.

    Berdasarkan pada pengalaman saya yang mempunyai 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan, perkara seperti ini biasa saja.

    Anak-anak sebenarnya inginkan perhatian. Cuma caranya berbeza. Anak perempuan berbeza dengan anak lelaki.

    Anak saya yang kedua (lelaki) memang selalu bertengkar dengan anak lelaki yang keempat. Sebaliknya agak baik dengan kakaknya dan adik perempuannya yang ketiga.

    Tetapi, semasa belum kelahiran anak ketiga(perempuan) dan keempat(lelaki), anak lelaki kedua saya mempunyai masalah untuk berbaik dengan kakaknya.

    Kalau berbaik pun sekejap saja.. kemudian tersilap sikit mereka akan berkarate!

    Memang menyedihkan sebagai ibu.. tetapi itulah cabaran kita. Saya tidak mengganggapnya sebagai kegagalan tetapi bagi saya selagi dia masih dalam tanggungjawab saya, selagi itulah saya punya harapan dan kepuasannya tetap ada.

    Paling penting di sini adalah doa seorang ibu dan juga ayah. Zikir untuk anak.. Zikir untuk diri sendiri.. supaya tidak stress bila berhadapan dengan kerenah mereka.

    Saya juga suka mengajar anak-anak menghafaz Al-Quran sambil berbaring sebelum tidur. Anak lelaki keempat saya akan bertanya kalau saya terlupa, malam ini tak baca ke?

    Saya akan mengajarnya surah yang pendek sahaja. Bila diulang setiap hari dia dapat menghafalnya.

    Permulaannya.. memang dia akan sebut dihujungnya sahaja. Katanya letih atau mengantuk.. Sebenarnya dia ingin saya bersama-sama.. sebagai satu perhatian dan kasih sayang.

    Saya selalu pesankan pada anak yang besar supaya menjaga adik-adik dengan baik. Kadang-kadang saya sengaja meminta abang kakak menggantikan saya membimbing adik-adik sambil saya perhatikan.

    Saya akan tegur dan nasihat dengan mengatakan adik-adik mereka mempunyai budi pekerti yang baik suatu hari, bijak dan akan menjadi kawan yang baik.

    Nakal sekarang sebenarnya menandakan adik mereka bijak atau ada gangguan dari hasutan syaitan dan saya minta abang kakak ini berzikir dan tabah menjaga adik-adik.

    Walaupun semua ini saya lakukan, tetapi saya rasa ini belum cukup. Cabaran masih banyak untuk mendidik anak-anak.

    Saya harap puan wana tidak kecewa. Banyak ruang dan masa lagi. Anak puan masih kecil. Kesabaran puan dan cari kelemahan diri sendiri, dekatkan diri dengan Allah.

    Anak-anak sedang memerhatikan kita, dari sudut yang berbeza dan kreatif, tanpa kita sedar atau kita fahami..

    wassalam.

  18. SALAM…
    sy suka blog nie… sy lepasan IPT, mmg mana2 IPT bagi sy semuanya sosial, walau kita dr sekolah agama, tahu halal & haram, dosa & pahala apabila masuk IPT akan ada kejutan budaya.. sy sndiri pn macam tu, hampir terjebak gejala zina nie.. sy xsalahkan org lain, krn itu pilihan sy.. apa lagi kalau budak sekolah biasa.. bagi sy yg berjaya menjaga kesucian diri di IPT hanya org2 yg betul2 istiqamah, kuat prinsip dan keimanannya… yg goyah macam sy nie, walau best student, pimpinan tertinggi di IPT tp masih gagal mengawal diri… Alhamdulillah, kini sy sudah berumah tangga, sy jadikan pengajaran apa yg sy lakukan masa sy di IPT supaya berhati2 dalam mendidik zuriat yg bakal lahir… Kadang2 terfikir dalam benak kepala sy melihat kawan2 yg kahwin awal di IPT, Alhamdulillah mereka bahagia dan mampu mengawal diri serta keluarga… Sy mmg nak kahwin sangat masa di IPT tapi family xizinkan so last2 kami kahwin juga, setelah bertimbun dosa kami lakukan, knp ibu bapa sy xterfikir soal dosa kami, nafsu kami mmg xtertahan dgn pesekitaran yg amat sosial, mujurlah kami kahwin jua sebelum kami terus telanjur dan berzina.. Sy cukup Insaf dgn apa kami lakukan dulu….

    • Apa yg blaku pd nana tu adlh slh satu cth knpa byk gadis2 tlanjur hr ni. Ibubapa juga sdkit sbyk sbnrnya myumbang dan penyebab berlakuny perzinaan. Sikap ibubapa yg mahukan hantaran yg tinggi, kenduri yg grand tanpa memikirkan bahawa anak mereka sebenarnya tidak mampu menyebabkan nafsu yg dah tak tertahan tu dilempiaskan tanpa mengira akibatnya. Ada antara pelajar u yg minta kahwin drpd mak bapaknya tanpa hantaran sebab lelaki tak kerja lg dan tak berduit, tp berapa kerat mak bapak yg izinkan? Oleh itu, marilah kita ubah adat resam kita demi menjaga maruah wanita.. Islam tak pernah letakkan syarat wajib perkahwinan adalah hantaran yg tinggi, cukup dgn mas kahwin apa yg mampu dibawa oleh pihak lelaki. Nabi mengahwinkan anaknya dgn saidina ali hanya bermas kahwinkan baju perang kepunyaan saidina ali (betulkan cerita sya ni klau sya silap) tapi mentaliti kita skrg yg malu klau tak berkenduri grand, tp tak terfikir klau anak kita terlanjur lg malu dan berdosa. Klau kahwin tanpa htran tu dpt menyelamatkan maruah anak kita, why not kita sama2 ubah adat resam, mentaliti dan budaya bahawa perkahwinan tetap sempurna dan diberkati Allah walaupun duit berpuluh2 ribu tak dihabiskan..berubahlah kawan2, ibubapa dan anak2 .. Ingatlah Islam tidak pernah menyusahkan pengikutnya..

  19. salam….kte pn tahu semua mnusia tak tlepas dr mlakukan ksilapn…jd hndari diri drpd melakukan prkara2 mngkar

  20. sye nie clon spm..lps sye dh abis exam sye ingat nk pegi mne2 pst pmlihn akhlak…sye nie rmja bmslah..tak pndai bca QURAN..sye nie sosial sgt..tp x pnh lg smpai trlnjur..sye nk brubh..prlu ke sye ke pusat pemulihan?

  21. saya sarankan zie pegi belajar di pondok…

  22. salam..
    kepada yg mempunyai alamat pusat jagaan gadis terlanjur..
    boleh alamtkan segera kepada sya…
    sya amt memerlukan demi membantu seseorang yg sya syangi..

  23. hah………. mengeluh panjang d buatnya. Tak antar anak ke u nak lanjutkan pelajaran. Dah antar pegi u dia berlajar benda lain plak. Inilah yang d katakan pelajaran je tinggi tapi iman cetek. sedihhhh betul

  24. Assalammualaikum….
    ingatlah bahawa kita di dunia ni hidup hanya sementara…….sahrusnya usia muda digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah bukan mendekatkan diri dengan maksiat sehingga hilang harga diri……sedarlah…….setiap perbuatan yang ditegah oleh islam haruslah dijauhi terutama bagi penuntut ipt…..yang jauh dari mak ayah…..sayangi dan hargailah pengorbanan mereka bukan dengan menconteng arang ke wajah mereka……..ingat balasan dan azab dari Allah…..

  25. belaja pun di pondok p lau da hati 2 x leh nak control xleh juga…..

  26. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.”

    Ayat di atas melarang kita utk mendekati zina. Artinya segala hal yg merupakan jalan menuju perzinaan harus kita jauhi apalagi zinanya sendiri tentunya lbh wajib kita jauhi.

  27. demi allah gejala2, masalah2 mcm ini tidak akan selesai smpai bile2 selagi hukum ALLAH tidak dijalankan,,, cube kite fikirkan alam ni dunia ni siapa yg cipta? ALLAH lah yg mencipta,,, sesuatu yg ALLAH cipta itu da sempurne, ade hak2 dan hukum masing2,, so samelah mcm berzina ni, ALLAH da letakkan hukum pd penzina baik lelaki atau perempuan, baik da kawin atau blm, hukumannye da jelas dlm ALQURAN..
    tp skrg dunie da lawan hukum dlm ALQURAN lwn ALQURAN maknanya lawan tuhan,,, kan tak masuk akal, dunia ALLAH yg ciptakan tp hukum manusia yg cipta, sama lah mcm ank buah lawan toke…
    dunia ni hak ALLAH, dan mempunyai HUKUM2 tersendiri…

  28. salam,betulah ape yg dbicarakan…kekadang hati saye sbagai ibu ni tesentuh jua saya punye anak seramai 6 orang 4 pempuan 2 lelaki kerenah anak2 kekadang memeningkan kepala lg dlm keadaan mereka sdang membesar ni sikakak bila dsuruh membantu banyak kesahnye siangah pula kuat merajuk bila ditegur siuda pula kuat menangis lau disuruh siabang suka n sayang kat adik2 tp dia masih kecil lg baru 3th si adik kuat buli abg n menangis bila ade yg x kena si bungsu pula tengah keletah bermanja …tp itulah bila dah terlalu marah dan geram terlepas jua kata2 yg x sepatutnye bagi seorang ibu…ya allah pe aku dah cakap ni…. bila tersedar cian kat ank2 mereka x tau ape2 pon, ya allah… kuatkan iman ku ujian ape yg sedang kau berikan pade ku ini…

  29. salam..
    “semuanya ini tak sengaja”
    ayat tu mengingatkan saya pada 1 peristiwa..
    kadang2, kita tak bole nak salahkan mana2 pihak..
    namun di sini, saya ingin bercerita…
    anak saya, tergadai maruah hanya kerana menolak cinta seorang lelaki..
    tanpa saya sedari, lelaki terbabit telah melakukan sesuatu, senang kata, menyihir anak saya supaya mengikutinya..anak saya hampir lari dari rumah, dan ketika itu la saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada anak saya.
    tapi sayang, semuanya sudah terlambat..
    Allah masih sayangkan kami anak-beranak..hubungn itu tidak membuahkan hasil..
    tapi, salah anak sayakah andai dia mengandung?
    sekarang anak saya sudah berusia 30 tahun, tetapi masih tidak ada teman lelaki..
    takut sejarah silamnya diketahui dan aibnya dibuka..
    selaku ibu, saya sangat sedih dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan lagi..

  30. Tlg email kan kat sye, alamat pusat perlindungan tersebut demi sya dapat membantu org yg sya sayangi, sbb sye x nak kehilangan salah seorang yg amat berharga dlm hidup saya…pls urgent…

  31. ni emel raudatussakinah. sy pernah buat program kat sana.. tempat tu bagus.. rsakinah@gmail.com


Tinggalkan Jawapan kepada secret Batal balasan

Kategori