Posted by: Mama Farhah | Ogos 2, 2007

Bila isteri ‘mahu’ dan suami ‘tak faham’

Oleh: Pak Utih

Kita, suami yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan persatuan ni, kadang-kadang suka membawa kerja-kerja pejabat, masyarakat maupun organisasi untuk dibereskan. Masa yang selalu kita gunakan ialah antara jam 10 hingga 1 tengah malam. Memanglah masa itu sajalah amat sesuai kerana kita pun dah makan, badan terasa segar kembali, anak-anak pun dah masuk tidur dan tidak menganggu lagi. Malah ramai juga dikalangan kita yang tidak membuat kerja seperti di atas tetapi menonton TV.

Biasanya cerita pada waktu-waktu ini “khas” untuk orang macam kita yang profesional ni. Maka kita pun dengan penuh perhatianlah memberikan tumpuan kepada kerja-kerja atau menonton TV. Bertambah lagilah penumpuan kita ini jika isteri kita datang menyediakan minuman teh atau kopi kegemaran kita.

3286618127.jpg

Apabila jam telah hampir 11.30 hingga 12.00 mlm, isteri kita akan menghampiri kita seolah-olah berminat terhadap apa yang sedang buat itu. Bagi isteri yang rajin bertanya, dia akan menanyakan sesuatu yang berkaitan dengan kerja kita itu. Bagi isteri yang jenis pendiam pula, dia akan menghampiri dan hampir bersentuh dengan kita. Kalau dia lihat kita masih kusyu’ dengan kerja atau menonton TV, maka dia akan memberi peringatan dengan suara yang perlahan, ” Dah jauh malam ni, tidurlah bang..” atau yang sewaktu dengannya.

Apabila kita mendengar peringatan dari isteri kita itu, biasanya kita akan meneruskan kerja-kerja tadi dengan memberitahu padanya, ” Kejap aje lagi” untuk menyenangkannya atau supaya dia tidak ganggu lagi. Bila kerja dah selesai, atau TV pun dah berbunyi seeeeeeeee!!!!! (berbintik-bintik di screen), barulah kita naik tidur. Waktu begini, suasana dah teramat tenang sampai ke pagi. Kita pun bangun dengan doa yang amat gembira sekali.

Tetapi, bagaimana pula isteri kita?.. Belum pasti dia gembira. Semasa dia “menunggu“,kita tidak juga menjelma. Semasa dia “tak mahu” kita yang pula mendesak. Akhirnya semua kerja-kerja kita yang kita bawa ke rumah itu akan dilihatnya sebagai musuh yang mesti ditentang. Maka timbullah anggapan yang isteri kita ni tidak membenarkan kita aktif dalam persatuan atau jamaah atau kerjaya dan sebagainya.

Inilah salah satu komunikasi isteri yang sering kali kita gagal memahaminya. Sebenarnya, jika isteri telah menyediakan minuman dan memberikan masa untuk kita menyelesaikan kerja, kemudian dia datang memberi peringatan mengajak kita tidur, ini bemakna, ada satu lagi “agenda” yang amat dinanti-nantikan olehnya, yang juga amat “penting” baginya, selain dari kerja yang sedang kita buat tu.

Kita tahu yang Malaikat akan melaknati isteri kita sampai ke pagi kerana tidak melayan kehendak kita. Tetapi kita juga mestilah berlaku adil kepada isteri kita apabila datang giliran permintaannya pula.

Oleh itu, rancanglah penggunaan masa kerja-kerja di pejabat, masyarakat dan jamaah dengan lebih berkesan dan cekap. Masukkan juga “agenda” kita bersama dengan isteri dalam jadual harian dan mingguan itu. Supaya ianya lebih adil kepada isteri kita. Dia juga mempunyai hak terhadap kita.

Selamat mencuba.


Respon

  1. yer betul…biasa camtulah…isteri pun malu nak mintak terang-terangan nih…

  2. O.k, sy blum kahwin lagi tapi sy phm… 🙂

  3. itulah kelebihan seorang istri kepada suaminya yang faham kerja suaminya, tapi suami pulak yang taknak cuba faham istrinya , so ambiklah ikhtibar n jadikan rasullulah sebagai roll model, dan ikuti sunahnya dimana pada malam isnin khamis dan jumaat di sunatkan……. what ever….

  4. seb bek wife aku direct to the point!

  5. hahaks!!! no komen..huhu

  6. kalau isteri yang minta..suami kadang2 tunaikan..kadang2 tidak.. tapi suami pula tak pernah sendiri mahu.. mcam mana? kadang isteri rasa sangat terhina.. rasa diri ni x diperlukan dan dihargai pun..


Komen Anda

Kategori