Posted by: Fathi Yusof | Ogos 27, 2007

Menyambut kelahiran anak 2: Galakan ucapan tahniah atas kelahiran bayi

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Dalam paparan yang lalu kami ada kemukakan langkah pertama bagi menyambut kelahiran iaitu menyatakan rasa bersyukur. Syukur perlu dirasakan dan diluahkan oleh ibu dan ayah.

 

bayi-from-god.jpg

Manakala, bagi saudara mara, sahabat handai, jaga jiran-jiran yang mendapat berita kelahiran, janganlah lupa untuk menyatakan kegembiraan dan ucapkan tahniah, serta memanjatkan doa buat keluarga yang menyambut kelahiran itu. Lafaz yang datang dari hati yang tulus akan membuahkan ikatan ukhuwwah yang mantap sesama muslim. Ia mampu mengeratkan hubungan keluarga, memulihkan kerenggangan, dan menghilangkan rasa curiga yang berbaki dalam hati.

Ucapan tahniah sunat disegerakan. Ucapan tahniah pada waktu kemuncak kegembiraan memberikan impak yang segar kepada mereka. Jika sempat dan sesuai, ziarahlah mereka di hospital atau di rumah. Bawalah ole-ole sebagai simbol ingatan dan kegembiraan. Jika tidak, telefonlah, atau sekurang-kurangnya, hantarlah SMS bagi menyatakan rasa hati. Janganlah bertangguh, kerana ia bukan sahaja bermanfaat bahkan dituntut oleh Islam.

Al-Quran sendiri merakamkan detik-detik ucapan tahniah dan menggembirakan bagi mereka yang menyambut kelahiran. Dalam Surah Hud (ayat 71) Allah menceritakan bagaimana Jibril menggembirakan Nabi Ibrahim dan Sarah dengan khabar kelahiran Ishak. Begitu juga Surah Maryam (ayat 7) dan Surah Ali Imran (ayat 39) yang menyebut bahawa para Allah dan Malaikat menggembirakan Nabi Zakaria dengan kelahiran Yahya.

Bahkan kisah Abu Lahab yang gembira atas kelahiran Baginda SAW menjadi bukti bahawa menyatakan kegembiraan atas kelahiran anak sesuatu yang mulia. Kerana gembira, Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah, hambanya yang menyampaikan berita kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa, Allah membalas kebaikan itu selepas kematiannya dengan memberikannya minum air dari celah jari Baginda Rasulullah saw.


Respon

  1. […] Galakan Ucapan Tahniah Atas Kelahiran […]

  2. saya tertarik dengan kesimpulan tentang kelahiran anak. ianya begitu tepat ringkas dan senang faham. terima kasih atas rujukan anda.

  3. […] disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?) Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan Hebahkan Galakan Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Azan dan Iqamah ke Telinga Bayi Sambut Kelahiran Dengan Tahnik Aqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada […]

  4. […] disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?)Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan HebahkanGalakan Ucapan Tahniah Atas KelahiranAzan dan Iqamah ke Telinga BayiSambut Kelahiran Dengan TahnikAqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada […]


Komen Anda

Kategori