Posted by: Fathi Yusof | Disember 6, 2007

Aqiqah: Bagaimana melaksanakannya?

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Dalam artikel lepas, kami dah jelaskan beberapa maklumat asas tentang aqiqah. Di sini, kami menyambung perbincangan tentang isu aqiqah sebagai panduan buat pengunjung.

Bolehkah mematahkan tulang binatang aqiqah?

Antara soalan yang sering ditanya ialah berkaitan memotong, mencincang atau mematahkan tulang kambing yang dijadikan aqiqah. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Ja’afar bin Muhammad, daripada ayahnya, bahawasanya Nabi SAW berkata pada majlis aqiqah yang dilakukan oleh Fatimah kepada anak-anaknya Al-Hasan dan Al-Husain: ‘Kirimkanlah kepada mak bidannya satu peha, dan yang lain makanlah dan berikanlah kepada orang lain, tetapi jangan patah-patahkan satu tulang pun daripadanya.’

Riwayat lain dari Ibnu Juraij daripada ‘Atha’, bersabda BAginda SAW: ‘Dipotong dari pangkal anggotanya, dan jangan dipatah-patahkan tulang-tulangnya’.

Berdasarkan hadis ini, amat sangat digalakkan pelaksana aqiqah tidak mematahkan, memotong atau apa lagi mencincang tulang kambing aqiqah sama ada sewaktu mengagih, memasak atau memakannya. Pengasingan bahagian-bahagian kambing itu boleh dilakukan dengan memisahkan bahagian pada sendi-sendi ketika diagihkan dan mencubit daging tanpa mematahkannya ketika makan.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa galakan ini berasaskan beberapa hikmat iaitu:
 Menunjukkan keistimewaan makanan aqiqah berbanding kenduri biasa. Agar tukang masak, tukang agih bahkan sekalian tetamu menghayati hikmat disebalik aqiqah itu sendiri..
 Menggembirakan mereka yang menerima pemberian makanan aqiqah ini dengan pemberian pada jumlah yang besar, tanpa dipotong-potong kecil.
 Mengambil berkat dan mengharapkan rahmat Allah agar anggota anak itu terus sihat dan kuat serta tiada kecacatan, sebagai simbolik daripada tulang yang tidak dipatah-patahkan itu. Walau bagaimana pun segalanya terserah kepada qudrat Allah SWT.

Berapakah umur binatang aqiqah?

Selain itu, binatang yang hendak dijadikan aqiqah itu perlulah mencapai umur tertentu, dan tiada kecacatan ketara sebagaimana kelayakan binatang korban. Tetapi tidak seperti korban, aqiqah lembu atau untuk tidak boleh dilakukan secara syarikat tujuh bahagian. Jika mahu beraqiqah dengan binatang besar seperti lembu dan unta, ia boleh dilakukan secara tunggal iaitu seekor binatang untuk seorang anak.

Kepada siapa perlu disedekahkan?

Apabila haiwan aqiqah itu telah disembelih, pihak ibu bapa bolehlah bersedekah dengannya, menghadiahkannya atau memakannya. Dibolehkan juga daging itu digunakan untuk jamuan kesyukuran. Perlu diingat bahawa bahagian untuk fakir miskin, saudara mara dan jiran tetangga perlu juga diperuntukkan. Jika sesuai, amatlah wajar jika doktor, bidan, staf klinik atau hospital yang terlibat menyambut si anak turut diberikan bahagian atau dijemput menghadiri kenduri. Mudah-mudahan aqiqah dapat menjadi penghubung antara masyarakat menuju ke arah keredhaan Allah SWT.

Tegasnya, aqiqah adalah satu ibadah unik dalam rangka menyambut kelahiran seorang anak muslim. Aqiqah yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh kesedaran dapat mendekatkan si anak dengan Allah SWT. Darah merah yang mengalir dari leher binatang itu menjadi bukti keazaman sepasang ayah dan ibu untuk melihat anaknya menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dan berkorban untuk agamanya yang tercinta.


Respon

  1. Salam,

    Ya Akhie and Ukhtie,

    Jazakumullah on the article written. I’m a businessman on the livestock especialy for qurban and aqiqah in peninsular Malaysia.

    I would like to be part of your community to share the your knowledge especialy related to ibadah qurban and aqiqah.

    Syukran Jazilan

  2. […] Aqiqah: Bagaimana Melaksanakannya? […]

  3. Info yang bagus.

  4. info yang baik dan sesuai diamalkan. soalan saya, adakah orang bukan islam boleh diundang memakan daging akikah… seperti yang dicadangkan tuan supaya menjemput jiran tetangga malah doktor dan jururawat, maka sekiranya mereka semua berstatus bukan islam.. adakah boleh dijemput…

  5. sy jg mempunyai persoalan ug sama dgn en. hadi

  6. assalamualaikum, bolehkah kalau daripada 7 bahagian korban itu, diambil satu bahagian untuk dijadikan aqiqah? kalau boleh, berapakah bahagian untuk anak lelaki dan berapakah bahagian untuk anak perempuan?


Komen Anda

Kategori