Posted by: Abi Muslih | Februari 29, 2008

Mencari Calon Isteri dan Suami: Panduan Memilih Jodoh

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.

PENYAKIT “TIDAK JELAS”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal

MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.


Respon

  1. berdoa dgn hati yg ikhlas..

  2. akum,
    selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..

  3. [...] berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap [...]

  4. yup…setelah apa yg sy baca dan sy paham, I think that’s right…

    I agree… ;)

  5. hmm…. cemana nak cari calon atau jodoh yang sepadan sampai empat ek…?

  6. jike benar ape yang dihantar oleh ’sinar’ saya kate…
    “Mana gadis yang belum lagi kawin tuh… biar saya bolot sumua bersma saya!!!”

  7. tu laa…sekarang ni susah skit nak carik calon….me salah seorang drpd org yang tak nikah lagi la….bkn tak usaha…tapi tak ade jodoh…penat dah sampai putus asa pun ade….sedey =(

  8. kalau ade yg kat sini still single n dah stabil n rasa mcm sanggup pikul tanggung jawab…jom laaaa kite nikahhh….hehehehe

  9. kalau la semua mencari kebahagiaan hidup dengan cara ini…
    indah la dunia ini…
    mudah la mengatur hari2 perkahwinan…
    tapi berapa ramai yang mempraktik kan hal ini???

  10. sebelum kita lahir kedunia nie pun allah telah memberitahu riwayat hidup kita… setiap insan dijadikan berpasangan… so janganlah risau sangat, jika kita mahukan seorang yang soleh , beriman dan bertaqwa, kita jua harus menjadi macam tu jugak kerana allah maha adil, lagi maha penyayang……………… wht ever………….

  11. ramai yang gagal dalam bercinta hingga … sanggup membuang semua kepentingan sendiri lalu terkakis menjadi perjudian dirinya … tidak tertahan dengan hawa nafsu yang di bajai dengan kealpaan ..maka pilihlah ……. sebagai jodoh

  12. Kalau lelaki banyak tak ready, apa kata kahwin misyar. Perempuan yg dah berkerjaya tu boleh tanggung suami. Kalau suami org pun, boleh bagi saguhati pada bini no. 1, sure setuju punya. Nak tanggung satu family dah makin berat ni, kalau ada lagi sorang bini bantu, alangkah leganya. Adakah cadangan saya diterima?

  13. bersabar….. bukan mudah nak cari yang betul2 boleh membawa kita ke jalan yang lurus… janji ALLAH wanita yang baik adalah untuk perempuan yang baik…

  14. Salam Abi Muslih…,

    Banyak maksud2 yang tersirat dan tersurat di dalam artikel saudara. Dan artikel ini juga di harap dpt memberi pendekatan dan pendedahan kpd remaja2 kite skang ni untuk lebih mempersiapkan diri utk melangkah setapak lagi ke “next phase” di dlm hidup ini.

    Saya amat bersetuju dgn saudara ttg maksud TAHU agama, MAHU dan MAMPU beragama. 100% saya bersetuju. Yang pentingnya adalah individu yg MAHU dan MAMPU beragama.

    Trime kasih sekali lagi kpd saudara Abi Muslih kerana sedikit sebanyak telah membuka minda saya. Insya Allah. Wassalam.

  15. Pengalaman saya:-
    Perkahwinan kite semua telah tertulis di Loh Mahfuz. Jadi kite semua tidak perlu risau ttg jodoh kite sekali pun jodoh kite itu bukan kehendak kite.

    Saya pernah mengalami keadaan spt itu. Tetapi setelah lama hidup bersamanya. Subhanallah. Baru saya akui …isteri saya adalah pasangan saya yg telah dipilih untuk saya oleh Allah S.W.T.

    Pasangan kite adalah pelengkap diri kite dan kite jua adalah pelengkap kpd pasangan kite. Subhanallah. Cukup hebat kuasa Allah S.W.T.

    **Berdoa la kpd Allah utk jodoh yg baik. Dan paling penting yakinlah dgn janji2 Allah S.W.T.

  16. Saya ingin meminta pendapat. Saya ingin menjadikan seorang gadis pilihan saya sebagai seorang isteri. Dia mempunyai perwatakan yang baik dan mendengar kata saya. Walaupun kurang dari segi agama, apabila saya memberi tunjuk ajar kepadanya, dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat solat contohnya. Tetapi, kerana kesilapan saya ingin mengetahui kisah silamnya, saya mendapat tahu yang dia pernah di sentuh oleh lelaki lain dalam hidupnya. Tetapi tidak lah sampai ketahap berzina. Saya begitu terkilan dan sukar untuk menerima perkara ini. apakah nasihat daripada anda semua, adakah patut saya mencari calon yang lain? . Walaupun saya cuba untuk terima perkara ini, tetapi terlalu sukar untuk saya.
    Saya perlukan pandangan dari sudut agama yang saya percaya dapat memberikan saya jalan yang benar. terima kasih

    • salam. bigfoot, sy rs awk ptot trima dia…sy rs dia dh brsedia untk mnjadi seorang isteri. lagipun dia bukan nye brzina…setiap manusia ada klemahannye…sy yakin dia dh insaf…bg lah dia peluang…sy yakin dia mmpu menjadi isteri yg solehah, ibu yg baik dan hamba yang patuh dgn suruhan Nya…so…why not gv her chance…wasalam

  17. bigfoot…hrmm bagi saya terima la perempuan tu…as long as dia insaf n tidak akan ulangi perbuatan dia tu lg n boleh menerima tunjuk ajar, insyallah dia akan jadi perempuan yang baik.

    Lagipun tanggung jawab lelaki untuk bimbing perempuan yg mencari bimbingan…

  18. astaghfirulallah hal azim, ramainye bagi komen kat tempat2 mcm ni..terkejut gak.ha32..saya tahu kt kena berusaha utk mencari jodoh. tapi jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah s.w.t . buat apa saya nak cari cinta sesama manusia, klu cinta saya terhadap Allah s.w.t yang sedia ada ini saya tak jaga dengan baik??????
    spt yg tlh dijanjikan oleh Allah s.w.t, org baik dpt psgn yg baik dan org yg sebaliknya dpt la jodoh yg sme ng psgnnya… (n_n)
    insyaallah………….

  19. askum smua………….. kpd bigfoot,ila harap bigfoot solat istaghrah la. jgn la mjtuhkan hukuman tnpa berfikir pjg. itu adalah kisah silam dia,may be skrg dia dah berubah ble dh jumpa dgan lelaki betul2 blh bmbing dia. insyaallah……….ALLAH akan memberi petunjuk kppd hambanya… WASSALAM

  20. Janji ALLAH itu pasti! jodoh dan pertemuan antara 4 perkara yg sudah tertulis disetiap insan yg lahir dmuka bumi. Kdg-kdg kata org kita terlalu cerewet dalam memilih pasangan sbb tu susah nk kahwin. Bagi sy, apa salahnya kita cerewet sikit dlm mmilih pasangan hidup. Mesti nak yg terbaik utk kita dan yg utama kita nak khwin bukan untuk semalam tapi seumur hidup. Tapi pokok pangkal tanyalah hati dan ringankanlah tangan bermunajat pada DIA. Mohon dibukakan hati menerima cinta dan mohonlah agar cinta yg datang adalah cinta ikhlas lahir dari hati yg luhur & suci

  21. bigfoot, pastikan dia betul2 insaf kerana ALLAH dan bukan kerana sayangkan anda.

    Saya sudah terlalu lemas, sedih, dah bengkak mata saya menangis kerana hairan dan sedih melihat & mendengar skandal pejabat (zina & ringan2 isteri orang dengan bujang, suami orang dengan anak dara) kerana kurang iman dan kononnya tidak mendapat perhatian pasangan masing2.

    Asalnya berkahwin kerana simpati dan kerana si dia cantik, akhirnya akhlak entah kemana.

    Di sini si BUJANG dan DARA semua, sementara anda masih single, carilah pasangan yang berIMAN..BERIMAN u know..bukan yang bergetah, cantik jelita, putih gebu or kaya raya kacak..BERIMAN.

    Fikirkan, yang mana anda nak? anda celik mata dan melihat pasangan di sebelah, adakah hati anda merasa sakit jiwa, rasa nak tampor dia sedangkan wajahnya elok menawan, atau anda merasa sangat tenang dan damai meskipun rupanya biasa-biasa? mesti ada yang jawab, nak yang cantik dan baik…ermm bertuah kalu dapat yang tu.

    Jika anda tak tersalah pilih pasangan dan telah berkahwin, anda akan faham betapa benarnya kata-kata saya ini kelak.

    • Betull…aku setuju dgn hujah mukabiasa..mmg kena sgt dgn batang idung aku…nyesal btul aku..nape lah aku xsolat istikharah dulu..adoyai.. skg ni ayat yg sesuai utk aku…”Lu Pikirlah Sendiri..”

  22. salam……..
    soal jd0h ketentuan tuhan…
    mecuba selagi ada daya…

    bigf00t…hope dpt terima si dia krn x baik menghukum sese0rang tu…sdgkan nabi maafkan umat..inikan kita manusia biasa…xsempurna..
    tp bkn krn hanya SAYANG…krn ALLAH…

  23. Sy brumur 25thn, ramai yg kate sy cute & ramai peminat.Tp sy rase sy tak la cantik sgt. Alhamdulilah perfect la.Cume kdg2 sy rase jelous dgn wanita yg bdn cubby coz sy btubuh kecil.Kenapa sy selalu dikecewakan lelaki w/pun sy setia dgn mereka..sudah 6 org lelaki yg sy couple. Bile da putus, mereka de yg kate sy terlalu baik unt mereka.
    Patutkah sy perlu berdiam diri dan hyg tuggu org dtg melamar?

    Bole beri nasihat unt sy kepada yg pakar agama..plez…

  24. Setiap orang dijadikan berbeza2…
    Setiap orang minat pun berbeza2.
    Just jaga penampilan, pemakaian, & bersederhana.

    Saya pon masih mencari… walaupon direject 100 kali, Alhamdulillah… usaha tetap diteruskan
    and saya yakin usaha mencari tu pun membawa saya lebih dekat kepada apa yang dicari~

    Untuk setiap kegagalan, pasti ada pengajaran
    (& setiap kesukaran disertakan dengan kemudahan)

  25. semoga Allah permudahkan segala usaha kita dalam mengapai keredhaan-Nya…amin

    dugaan dan ujian sebagai peringatan buat kita, maka berbahagialah sesiapa yang bersyukur dengan nikmat Allah dan bersabar dengan ujian-Nya..

  26. bagi saya jodoh ketentuan Allah swt. dah berusaha berjuta kali namun Allah swt masih ingin menguji hambanya ini. pasrah dan terus berusaha. jgn serik. namun jgn lupa kita sedang menuju kesatu destinasi yang menjanjikan segala kemewahan berbanding dengan apa yang ada di dunia ini. oleh itu tenangkan hati dan berterusan istiqamah di atas jalan yg lurus ini. jgn kecewa kerna tidak berjodoh.

  27. Syukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini~

  28. salam. sy pun selalu terfikir ttg jodoh wlaupun org kata umor sy ni msh muda lagi…24 thn..muda ke?? tp sy ada falsafah sy sendiri, bg sy..llaki2 yg dtg dlm hdp sy ibarat daun2 kering yg jatuh melepasi bahu, terserah kt untk genggam daun yg mn…sekiranya ia jth mencecah tanah mknanye dia bkn untk kt..sekiranya dia jth btol2 dia tapak tgn..insyaAllah, dialah yg trbaik untk kt…sumenye atas usaha dan doa kt pd Nya…Moga Allah jodoh kan sy dgn llaki yg beriman dan menerima sy seadanye sy…amin. salam.

  29. Kesimpulannya, teruskan berusaha & tawakal…

    Putus asa hanya melemahkan hati…

    Bersyukur apa yang kita ada
    Kita sering melihat apa yang orang lain ada
    Jarang melihat orang yang serba-serbi kekurangan

  30. insyallah..

  31. teruskan berjuang mencari jodoh~

    cabaran sepatutnya bukan utk melemahkan, tetapi utk memperbaiki diri & menambah kebaikan yang ada pada diri…
    hanya orang yang berputus asa sahaja yang tidak nampak jalan keluar dan gagal utk tidak berfikiran sempit

  32. tlglah nur..

  33. tolong macamane? mencari/memilih?

  34. macam mana nak tahu sama dan dia betul suka kan atau cinta kan kita.

  35. sy sdg mencari…tp slalu x menepati kriteria…tlong bantu sy…

  36. sy sedang m’cari…..tp xjumpe2…ada t’jumpa tp t’lepas plk…adoooiiiii…g mn ni?…help me please…

    • xpe wawa….kte senasib…..kdand2 tu jeles gak nengok kwan rmai dah ade couple….sdandkan sy still single.tp klau difikirkan balik….orng yng couple tu confirm ke….leh dirikan masjid?

  37. no komen..belum jumpa jodoh..


Leave a response

Your response:

kategori