Posted by: Fathi Yusof | September 15, 2007

Bila MARAH tak dikawal: Suami belasah isteri gagal beli petrol

Nafsu marah itu ibarat api. Makin dibiar makin membakar. Syaitan menjadikan nafsu marah sebagai senjata sulit untuk menguasai manusia. Lihat lah apa yang berlaku.  

KUALA TERENGGANU: 10 September. Gara-gara gagal mencari petrol selepas motosikal dinaiki kehabisan minyak, seorang isteri dan anaknya menerima padah apabila dimarahi dan dipukul suami yang berang, Khamis lalu.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 22 tahun bersama anak lelaki berusia dua tahun dan suaminya berusia 20-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tok Jembal, kira-kira jam 2 pagi.

Difahamkan, ketika dalam perjalanan itu, motosikal dinaiki tiga beranak itu dikatakan kehabisan minyak menyebabkan mereka terpaksa berhenti di tepi jalan di kampung berkenaan.

Ketika berada di tepi jalan itu, suami mangsa dikatakan berang lalu memarahi dan memukul anak lelakinya yang dikatakan menangis.

Lelaki terbabit kemudian mengarahkan mangsa mencari bekalan petrol bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan pulang, namun isterinya dikatakan gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, suspek dikatakan terus bertindak agresif dengan memukul mangsa dengan topi keledar di tempat kejadian hingga cedera pada badan dan kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata berikutan kejadian itu, mangsa melarikan diri dari rumah esoknya sebelum membuat aduan polis.

Menurutnya, mangsa melarikan diri kerana mahu membuat laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang di Balai Polis Gong Badak.

Katanya, selepas membuat aduan, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan akibat kecederaan dialami dalam kejadian itu.

“Mangsa dari Jalan Kamaruddin dan ketika kejadian, pasangan suami isteri dan anaknya dalam perjalanan dari bandar Kuala Terengganu ke Kampung Tok Jembal.

“Kami sedang mengesan suspek dan setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan berharap mereka yang mengenali suspek supaya tampil memberi maklumat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya dan Seksyen 3(1) Akta Perlindungan Kanak-kanak,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/44917/Article/print_html


Respon

  1. grrrr!!!!…..huh..huh….

    rileks…hhhh….uuuuhhh….

    for information…I hate people like this…
    bodoh dan xde akal…. otak letak kat lubang dubur,
    sometimes I feel like blowing some brainless heads,
    you call your selves humans…? Humans have brain… think before you act…wtf…?! GTHell U id10+ s.o.b….
    and people’s who sewaktu dgnnya…
    sewaktu..sehari…sejam…what ever… gth…@pmn…(dlm bhs mly)

  2. i pun merupakan victim dalam rumahtangga,my husband akan memaki dan memukul i jika tidak puas hati dengan i,kadang-kadang my son yang berusia lima tahun menjadi tempat melepaskan geram beliau..bukan itu sahaja,duit gaji i pun beliau yang control..i x dibenarkan berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara i..beliau akan menuduh i bermacam-macam if my ofismate message i..i don’t know what to do..


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: