Posted by: Fathi Yusof | September 15, 2007

Menyambut kelahiran anak 4: Tahnik

Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah

Tahnik maknanya mengunyah kurma lantas memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Caranya ialah seperti berikut:
• kunyah kurma, atau sesuatu yang manis seperti madu
• letakkan kurma yang telah dikunyak di hujung jari
• masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut anak yang baru dilahirkan
• gerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri dengan lemah lembut sehingga meliputi keseluruhan mulut anak kecil dengan kurma yang dikunyah tadi.

Dalam Sahih al-Bukhari, terdapat riwayat dari Abu Musa r.a. yang mengatakan: “ Aku pernah mendapat anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w. maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnikkan dengan kurma, lalu didoakannya agar dicucuri berkat, kemudian dia pun menyerahkan kepada ku.”

Penulis Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa antara hikmah tahnik adalah supaya otot-otot mulut menjadi kuat, dan membolehkan anak itu menghisap susu badan dengan baik. Selain itu, perbuatan tahnik ini afdhal dilakukan oleh orang-orang soleh dan bertaqwa bagi mengambil berkatnya. Agar, anak itu nanti turut menjadi soleh dan bertaqwa.


Responses

  1. […] Sambut Kelahiran Dengan Tahnik […]

  2. assalamualaikum abi muslih semoga Allah panjang kan umur abi selalu memberikan kebaikan pada semua orang amiiin. Abi saya di kasih amanah yang kedua kelahiran putra pada tanggal 9/9/2010 masuk bulan Ramadhan ,abi mohon saran apanama yang baik untuk putra saya . mohon petunjuk abi terim kasih wasalamualaikum wr,wb.

  3. […] Anak: Syukur dan Hebahkan Galakan Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Azan dan Iqamah ke Telinga Bayi Sambut Kelahiran Dengan Tahnik Aqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada […]

  4. […] Penulis Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa antara hikmah tahnik adalah supaya otot-otot mulut menjadi kuat, dan membolehkan anak itu menghisap susu badan dengan baik. Selain itu, perbuatan tahnik ini afdhal dilakukan oleh orang-orang soleh dan bertaqwa bagi mengambil berkatnya. Agar, anak itu nanti turut menjadi soleh dan bertaqwa.  Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah. Sumber: https://abimuslih.wordpress.com/2007/09/15/menyambut-kelahiran-anak-4-tahnik/ […]

  5. […] Anak: Syukur dan HebahkanGalakan Ucapan Tahniah Atas KelahiranAzan dan Iqamah ke Telinga BayiSambut Kelahiran Dengan TahnikAqiqah: Untuk Dekatkan Anak Kepada Allah Share this:FacebookTwitterLike this:LikeBe the first to […]


Komen Anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: